~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, January 4, 2011

Sambungan Cinta Buat Kesatria Ducati akan menyusul!

hari tu buat citer ni... kan? Cinta Buat Kesatria Ducati kan?

lepas ni...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



sambungan CBKD!!!

heheheh...

Cinta Buat Perwira Rapid!

jom bace sikit!

-----------------------------------------------------------------------------

Ayra melangkah keluar rumah dengan tergopoh-gapah, biasalah ratu tidur macam dia ni tak sah kalau tak bangun lambat, mujur Subuh sempat lagi dibuatnya.
Cepat-cepat Ayra sarung kasut sekolah Pallas yang bercorak warna-warni hasil contengannya itu ke kaki. Ayra pandang dirinya atas bawah, tudung warna-warni yang labuh, baju kurung kain kapas, dan kasut sekolah itu. ‘Perfect!’ jerit hatinya sendiri bila melihatkan penampilannya yang comel dan sempoi.
Pantas Ayra menapak ke skuter kesayangannya yang berkilat sebab hari-hari dicuci Ayra tak pernah jemu. Skuter warna pink itu digosok-gosok perlahan sebelum Ayra duduk dan menghidupkan enjin.
“Vrommm...peh..” enjin mati.
“Vroommm.... peeehhh...” enjin mati lagi. Ayra cuba lagi beberapa kali. Masuk kali ke empat belas, Ayra dah hilang sabar.
“Cik Pinky.... kenapa buat hal sayang? Penat aku cuci kau hari-hari, kau buat hal jugak. Aku humban dalam lombong kang baru kau tau!” Ayra menghamburkan amarahnya pada skuter itu seolah skuter tu bernyawa dan memahami kata-katanya itu. Kalau orang lalu ternampak Ayra, pasti dia cakap Ayra gila.
‘Ah tak boleh jadi ni, kang kena marah dengan bos lagi, mati aku... silap-silap kena buang kerja, adeh!’ Ayra ketuk kepalanya.
“Oit, kenapa ni Ayra? Tak pergi kerja lagi ke?” tegur Sheyy yang sedang asyik mengunyah karipap menjenguk dari pintu.
‘Alamak, mak buyung ni keluar dah...’
“Nak pergi la mak buyung oi, tapi enjin skuter ni tak nak hidup la pulak,” Ayra mengomel pada Sheyy, kawan baiknya yang juga isteri Paksunya.
Dulu Ayra dan Sheyy duduk serumah, selepas Sheyy dan Paksunya berkahwin, dia ikut tumpang duduk dengan mereka, almaklumlah dia memang rapat dengan Paksunya sebab Ayra anak tunggal dalam keluarga, dan Paksu pulak hampir sebaya dengannya. Sheyy pun tidak menghalang malah lagi suka, sebab dia ada kawan. Itulah untungnya Sheyy berkahwin dengan Paksu Ayra.
Sheyy geleng-geleng kepalanya, bila memikirkan Ayra yang selalu kelam-kabut untuk ke tempat kerja.
“Nak suruh Paksu kau tu pun, dia dah ke tempat kerja, kau naik bas ajelah Ayra, bus stop kat depan tu je pun,” Sheyy muncungkan bibir ke satu arah.
“Takutlah...”
“Kau takut apa?”
“Aku tak pernah naik bas...”
“Senang jelah, tahan bas, naik, bayar tiket, duduk, dah nak sampai, tekan loceng, turun. Apa yang susah?”
“Macam susah je semua tu.”
“Ei, mengada la kau ni, anak manja betul. Dulu aku dok naik teksi sorang-sorang ok je pun.”
“Kau takpelah, kau ganas. Aku lembut.”
“Nak kena lesing?”
“Tak mau!”
Ayra tersengih memandang Sheyy yang dah mengandung lima bulan. Fikir punya fikir, pantas Ayra berlari ke pondok bas berhampiran, lagi lama dia berlengah, lagi lambat dia ke tempat kerja. Ayra dah terbayangkan bosnya yang berkepala botak berkilat tu menengkingnya depan orang lain. Mana dia nak letak mukanya yang cun ni nanti? Malu ah!
Ayra menunggu dengan tidak sabar. Dalam hatinya berdoa semoga cepat-cepat bas datang. Walaupun tak tahu bas mana yang perlu dinaikinya, dia pasrah aja. Hentam kromo orang cakap, mana-mana bas datang dulu, dia tahan. Nekad!
Dari jauh sebuah bas Rapid menghampiri, Ayra gapai tangan laju-laju, walaupun dia tak pasti itukah caranya nak tahan bas, hentam sajalah labu.
Bila bas berhenti saja depan dia, Ayra pantas meluru ke arah pemandu bas, tak sabar nak bertanya.
“Pakcik, pakcik, bas ni pergi tak...” Ayra terdiam, tak mampu menyambung kata-kata. Mak aih, mudanya pemandu bas ni, hensemnya, sebijik macam Fahrin Ahmad.
“Tua sangat ke saya ni sampai kena panggil pakcik?” pemandu itu memerli. Sengihnya meleret sampai nampak gigi sebaris yang putih.
“Err.. er... maaf... encik...”
“Panggil abang ajelah...”
Erkk... gatal!
“Bas ni pergi Taman Sentral tak abang?”
“A ah pergi, seringgit empat puluh sen,” pemandu itu menghulurkan tiket. Ayra cepat-cepat seluk pursenya dan keluarkan sepuluh ringgit.
“Mak aih, besarnya duit, tak ada yang lagi besar ke?”
Ayra terdiam. ‘Kena perli lagi...’ manalah dia tahu nak kena naik bas hari tu, jadi tak adalah duit kecil dalam pursenya.
“Duduklah dulu, kejap lagi saya bagi baki.”
Ayra duduk. Lesap bakinya kalau pemandu tu lupa. Ayra jenguk-jenguk pemandangan sekeliling, cuba mengenalpasti setiap kawasan, kot-kot dah nak dekat sampai Taman Sentral, tak adalah dia menggelabah nanti. Jam dikerling, dah pukul sembilan setengah pagi. ‘Habislah aku!’ Ayra dah kecut perut, waktu kerja pukul sembilan pagi, sekarang dah lebih setengah jam, macam mana ni?
Ayra rasa matanya makin kuyu, dia tidur lambat semalam, sebab main game Warcraft sampai tak ingat dunia, dahlah penghawa dingin ni sejuk aja, memang bestlah kalau dapat tidur. Dalam senyuman, Ayra lentok bahunya ke dinding bas, matanya dah terlalu berat untuk dibuka.
“Adik..adik...” suara itu kedengaran merdu di telinga Ayra. Putera raja mana yang kejutkan aku ni? Oh indahnya.
“Adik oh adik...”  Ayra buka matanya perlahan-lahan, digosok-gosok matanya yang masih pedih.
“Er, kat mana ni?” Ayra tersedar. Terkejut dia bila melihat dirinya masih di dalam bas, tapi bas tu dah kosong. Yang ada cuma dia dan pemandu bas. Pemandu bas?
“Err, macam mana saya ada kat sini?” Ayra rasa takut, teringat kisah ngeri seorang gadis dirogol dan dibunuh pemandu bas. Ah, mintak simpanglah dari benda-benda tu.
“Adik tertidur tadi, saya pun lupa adik nak pergi mana, tengok-tengok sampai kat hentian terakhir ni pun adik tak sedar lagi.”
“Hah! Hentian terakhir?”
bersambung!
-----------------------------------------------
tengah berusaha nak menyiapkan cerita ni.. doakan AK berjaya.. ingat nak publish minggu ni kat p2u... laalalalala~


Suka? =)

2 comments:

  1. bila nak smbung kalimah cinta ... rasenyer dah lamer gak citer ni trgntung........

    ReplyDelete
  2. hehe. InsyaAllah. nnti AK sambung eh. maaf menunggu! ingtkan xde sape rindu citer tu..kui3~

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u