~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Adakah anda ingin memiliki novel Kalimah Cinta dan koleksi cerpen Aliesha Kirana versi bercetak?

Thursday, August 11, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 25 - part 1


Irham duduk berteleku di dalam keretanya sambil mengeluh berat, lain yang ingin diketahuinya, lain pula yang dia terima. ‘Hadry bekerja di pejabat Zaara! Ah kenapa aku rasa tak suka dengan perkara ni!’ Irham meraup wajahnya perlahan.
Tadi usai bertemu Mr. Raymond, Hadry datang menegurnya, bukan kepalang dia terkejut, namun dia cuba berlagak biasa, padahal jiwanya sudah tidak tenteram. Ada satu macam punya aura sedang membalut jiwanya. Aura cemburu barangkali? Ah tak mungkin!
Enjin kereta mewah jenama BMW itu segera dihidupkan, cuma memadamkan perasaan yang kian menggebu dadanya. Kalau dibiarkan makin parah pula jiwanya. Ada perhitungan yang masih belum selesai. Dia harus ketepikan hal lain dan bertentang mata dengan seorang lelaki yang tega mencederakan Zaara. Mamat psiko...
-----------------------------------------------------------
‘Beb, berita panas! Suami kau datang ofis tadi.’ Fiz segera menghantar mesej itu kepada Zaara sebaik dia duduk di dalam kedai makan berhampiran bangunan pejabatnya, hari ini terpaksalah dia berehat sendirian untuk kesekian kali. Nasib badan...
Nada dering Upin dan Ipin memanggil opah kedengaran, menandakan ada mesej sedang masuk.
‘Waalaikumussalam. Buat apa dia ke sana?’
Fiz menggaru kepalanya apabila membaca balasan mesej dari Zaara. ‘Aik! Bila masa aku bagi salam? Ni mesti kes nak perli aku ni...’
‘Manalah aku tahu. Tadi aku nampak dia keluar dari bilik big boss.’
Hantar.
‘Matilah aku! kalau dia tahu pasal Faisal tolak aku macam mana?’
Fiz tersengih kerana dapat membayangkan wajah Zaara yang sedang cuak.
‘Ah tak mungkinlah. Kan kau cerita dekat aku aja. Orang lain mana tahu. Mungkin dia bincang pasal business kot.’
‘Hope so. Thanks inform.’
‘No hal. Take care, beb. Assalammualaikum.’
‘Waalaikumussalam.’
--------------------------------------------------------------------
Zaara mengeluh perlahan sebaik meletakkan telefon bimbitnya kembali di sisi meja, perutnya yang berkeroncong segera di pegang. ‘Laparnya! Kalau tahu macam ni, pagi-pagi tadi aku niat puasa sunat dah. Dapat jugak pahala.’ Zaara berseloroh dalam hatinya.
 Jam di sisi katil itu dikerling, sudah pukul tiga petang namun satu titik air, dan satu butir nasi pun belum Zaara jamah. Kalau ikutkan hati memang dia nak turun saja ke bawah, tapi bila memikirkan keadaannya, dia menangguhkan dulu hasrat hendak turun. Bimbang kalau-kalau tak pasal-pasal dia tergolek sekali lagi di atas tangga.
‘Haish, semua orang dah lupa pasal aku ke eh?’ Zaara memikir sendiri. Dia bingkas turun dari katil dan terhencut-hencut melangkah keluar. Matanya ditinjau-tinjau ke bawah namun tidak ada tanda-tanda yang sesiapa pun bakal menaiki tangga itu dan membawa sesuatu buatnya.
‘Tawakal ajelah...’ Zaara nekad, sebelum mengatur langkahnya menuruni anak tangga itu dengan perlahan dan berhati-hati.
“Aaa!” Zaara menjerit saat kakinya tiba-tiba tidak dapat menyeimbangkan badannya. Tubuhnya hampir terjatuh apabila tiba-tiba dia disambut seseorang. Apabila Zaara mendongak, wajah Irham yang kelihatan sedang merangkulnya sambil merenungnya dengan mata tajam, wajahnya mencuka.
“Kenapa kau turun ke bawah ni? Kan aku suruh kau rehat je kat atas. Kalau kau jatuh lagi sekali tadi macam mana?” Irham bertanya dengan nada tegas. Geram melihat isterinya yang tidak dengar cakap.
Zaara tergamam, tidak tahu hendak memberi penjelasan yang bagaimana. Takkanlah dia nak beritahu yang dia hampir mati kelaparan di atas tadi. Sudahlah tadi dia baru mendapat berita dari Fiz yang suaminya ke pejabat, kalau suaminya tahu tentang kejadian semalam tu macam mana?
“Err, kenapa awak balik awal ni?” soalan itu terpacul dari mulut Zaara mengalih topik supaya kemarahan Irham padanya reda.
Irham cuma diam dan memimpin Zaara turun hingga membawa gadis itu duduk di atas sofa. Irham kemudiannya ingin berlalu tanpa berbicara walau sepatah tetapi Zaara cepat menggapai tangan jejaka itu.
Irham berpaling memandang Zaara sambil cuba menyembunyikan satu perasaan yang membalut jiwanya saat itu. Ingin saja dia menyoal Zaara tentang kejadian yang disaksikannya sendiri melalui video yang terakam dari kamera litar tertutup di kawasan tangga tempat Zaara ditolak, namun Irham cuba bersabar, kesihatan Zaara lebih penting dari mencari gaduh tak tentu fasal dek kerana bengang Zaara menyembunyikan hal yang sebenar.
“Awak...” Zaara memegang tangan Irham sebelum Irham sempat melangkah lebih jauh. “Kenapa senyap je ni? Awak nak ke mana?”
Irham tersedar seraya memandang sekilas pada Zaara sebelum berpaling semula ke depan. “Tak ada apa, aku nak naik atas kejap, mandi. Nanti aku turun.”
Zaara cuma mengangguk. Tidak mengesyaki sebarang perubahan pada sikap Irham kerana baginya Irham memang sukar diduga, sekejap dingin, sekejap mesra.
 ------------------
bersambung di Penulisan2u!

-----------------------------
Assalammualaikum semua!

demi untuk tidak membuat semua tertunggu, AK siarkan juga Bab 25 minggu ini, tapi cuma separuh, separuh lagi tunggu kat p2u ye sayang2ku sekelian hehehe..

 disebabkan kt p2u, bab 24 pun AK blom siar, so sambungan bab 25 ini akan AK siar di p2u 2 minggu lagi. maaf kerana terpaksa menunggu..

enjoy! sebab ini bab terakhir yang akan dipost di blog dan p2u ye kawan2. sobs2..

jgn sedih T_T. ok AK yg nanges ni... doakan AK yer...

syg semua! muah3!

Suka? =)

23 comments:

  1. hate waiting..lagi2 tunggu LYMA..sedih giler ni AK..sob..sob

    ReplyDelete
  2. bab terakhir ke.... sedihnya.... bila nak diterbitkan LYMA.. tak sabar nak tahu apa yg akan terjadi... semoga happy ending.

    ReplyDelete
  3. best2..t[ sikit sgtlah..harap AK cpt2 siapkan manuskripnya..bila si Irhamn ni nak jatuh cinta kat Zaara.

    ReplyDelete
  4. bilakah nk msuk kat p2u..excited ni..aish ..lgi seronok plak tambahan yang baru ni

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan...muahahahaha...

    ReplyDelete
  6. huuuu..cepat2 la ye publish citer niii

    ReplyDelete
  7. huawaa..rasa nak nagis sbb da x dpt baca.

    ReplyDelete
  8. AK...apsal pndek benor n3 nie...? huhuhu

    ReplyDelete
  9. AK, jgnlah stop tulis LYMA... sedeh :(

    ReplyDelete
  10. alahai..Ak ni mmg nakal suka menyakat kami..kenapa ek minah tu tak cakap..semua org da lupa kat dia...satu haram apa pun dia tak makan dan minum lagi...tanyala tanyala..dan mamat tu jgn la marah marah..for the first time ..tanyala minah tu ngan penuh kasih sayang dan hemah...plz ..AK..takdela nanti minah tu hatinya berubah arah..
    love
    Kak idA

    ReplyDelete
  11. kenapa pendek sangat?x bez la cam ni...

    ReplyDelete
  12. janganla stopkan dulu.tls la lg.:'(

    ReplyDelete
  13. Y_Y kejamnya dunia ! Kalau AK buat novel LYMA 2 kan best ... tapi apa pulak nak dicerita ?

    ReplyDelete
  14. owh ye ke..hmm nmpknye kene tggu lagi la nie..
    tp xpe pasnie dah bole bace hbs. hehehe
    keep it up AK!!

    ReplyDelete
  15. sdihnya x de smbungan dh lpas ni... sob2...T_T

    ReplyDelete
  16. waaaaaaaaa sedihnya...nak kat sini lagi. p2u lmbt sgt lah.

    ReplyDelete
  17. harap2 LYMA cpat2 dipublishkan..huhu

    ReplyDelete
  18. sedihhhnye...
    post lg stu dua episd lg...
    plisss..

    ReplyDelete
  19. sambung lg A.K.bab 27 n bab 28 pleaseee

    ReplyDelete
  20. bila lg ni nk d bukukan...???

    ReplyDelete
  21. saya cari kat kedaii tak pernah jumpaa pun ? kenaappaaa erkk ?
    saya stayy kelantan :)

    ReplyDelete
  22. crta ak mmng ok, tpi tak dpt nk byng cm na hero tu blh jd jwng karat...hahaha... gurau je ya ak.. what i wanna say here is u have a talents...hehehe

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u