~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, March 14, 2012

Novel Love You Mr. Arrogant Kini Sudah Terbit!

Assalammualaikum semua!


Akhirnya yang dinanti dah tiba! inilah kulit depan novel sulung AK, Love You Mr. Arrogant. heheeh.

Novel ini dah boleh diorder secara online di web KaryaSeni. dapat diskaun RM3 lagi, dan caj pengeposan tidak dikenakan. novel akan mula diedar pada 19hb Mac.

bagi pembaca yang nak beli dari kedai buku, akan mula diedar di kedai buku berhampiran anda, terutamanya di Popular dan MPH mulai 23hb Mac.

-----------------------------------------------------------
LOVE YOU MR.ARROGANT - Aliesha Kirana

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online, tiada caj pengeposan dikenakan )
Selamat mendapatkannya!

Suka? =)

22 comments:

  1. salam dik..ada yr signature ke ..kalo order ngan karya seni direct..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak. InsyaAllah. heehe. tp kene cpt la. dlm 200 copy je ade TT. hehe

      Delete
  2. sy dh order & bayar smlm harap2 nama sy termasuk yg 200 copy tu lah... senyum lebar klu dp yg ada sign...

    ReplyDelete
  3. saya pon dah order n bayar smlm..but still xdpt lagik status order..xsabar dh ni nk bace...huhu..

    ReplyDelete
  4. saya cari kat kedailah...kedai popular tak jauh dari tempat keje...congrate to writer..

    ReplyDelete
  5. msa pgi semlm order x buka lg...pastu tgk fb kak rehan makhtar dia update psal novel nih..trus je beli....x sabarnya nk bca....

    ReplyDelete
  6. Farah Hanna JeamseMarch 14, 2012 at 3:34 PM

    Kak AK... turun KS kew ? bila? Ahad nie eq?

    ReplyDelete
  7. salam dik..
    akak dah purchase online baru sat..dan make sure akak punya copy ada yr signature ek..sebab akak merasa teruja ngan nukilan karya adik yg pertama ini..Rasa rasanya bila ek ..boleh dapat..bila order ari ni..buka apa tak sabar nak baca kesinambungan citer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak! saya akan cari nama akak. heeheh. mula pos 19hb. insyaAllah 20hb dh dpt peluk LYMA. heehehe.

      Delete
  8. dah order dngn mmber kemarin...

    ReplyDelete
  9. sayang aliesha..satu nama yg sgt indah.. seindah nukilan adik yg membuat kita semua teremosi ngan Mr Arrogant ciptaan adik tu..tapi dalam nya ada sebuah taman..kan kan..
    Nanti abis baca ..akak komen novel adik ni..ek..

    ReplyDelete
  10. dah beli semalam, n dah hbis baca dah... ok... best...

    ReplyDelete
  11. wah tahniah! tahniah! hehe tak sabar2 nak beli ni.

    ReplyDelete
  12. huhuh...
    cover dia kurang menarik laa...
    tapi mesti ceritanye best kan... ^_^

    ReplyDelete
  13. http://budaktakomei.blogspot.com/2012/04/novel-love-you-mr-arrogant.html Kite buat entry khas love you mr arrogant walaupown byk merepek. Hihi tahniah kak !!

    ReplyDelete
  14. Akak buku ni ade bape mukasurat? Saya nak bli tapi x jumpe2x

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 462 ms, harganya rm18. tak jumpa eh dik? try beli online terus dari karyaseni. masuk web ni. www.karyaseni.my

      Delete
  15. sy dah bace.. best sesangat.. cover nampak cam xbest tp kna pgg falsafah omputih 'don't judge a book by its cover'

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u