~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, May 26, 2012

Promo Kau Imamku



-----------------------------------------------------------------
I tunggu tempat biasa. Jumpa kat sana ya, sayang!
Mesej itu aku baca dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Hujung-hujung minggu macam ni, barulah boleh berjumpa dan berdating dengan buah hati. Kalau hari lain, masing-masing sibuk dengan kerja. Dah nasib...
Aku melihat ke dalam cermin setelah telefon bimbitku kuletak kembali di atas meja solek, bibirku terukir senyum. Wajah sudah berpalit mekap dengan mata yang bercelak tebal, bibir berwarna merah jambu terang dan pipi disapu pemerah pipi. Haha! Sangat remaja gitu.
Aku bangun pula bagi melihat keseluruhan diriku di cermin solek ini, skinny jeans berwarna biru gelap dipadankan dengan blaus labuh merah polka dot juga jaket baldu itu memang menyerlahkan lagi gayaku sebagai anak dara muslimah zaman moden. Selendang satin dililit ke kepala dengan gaya ala Hana Tajima. Barulah stylo!
Hmm cantik jugak aku ni kan? Haha. Perasan sungguh la cik Aisya Humaira sorang ni. Kih kih kih.
Selepas membetulkan sedikit, tudung yang herot, aku pantas menggapai beg sling berwarna merah jambu terang kesukaan aku itu, sebelum aku keluar dari bilik itu. Azzam sudah menanti di shopping mall, aku tidak mahu lewat.
“Ibu, orang pergi dulu ye.” Aku melaung pada ibu yang sedang sibuk di dapur, sebelum keluar dari rumah itu. Biasalah, ibu tidak marah kalau aku hendak ke mana-mana, asalkan pandai jaga diri, sudahlah.
Aku membuka pintu Proton Preve kesayanganku itu lantas meletakkan beg slingku ke dalamnya, menghidupkan enjin lalu keluar semula dari perut kereta. Pintu pagar yang masih bertutup rapat, segera aku hampiri, kunci di tangan pantas kubelek, mencari kunci bagi mangga pagar itu.
“Assalammualaikum...” satu suara garau kedengaran dari arah depan, membuatkan aku pantas mendongak. Seorang pemuda, berjubah dan berserban sedang berdiri di hadapan pagar rumah. Wajahnya jernih, janggutnya sejemput saja, dia tersenyum tapi macam tak beria sangat, namun masih manis. Eh apasal aku renung dia pulak ni! haish!
 “Cik, tumpang tanya...”
Ish, tabligh mana pulak ni? nak mintak derma ke?
“Err. Tak apa, saya dah lambat ni.Maaf ya.” Aku cuba lari, kang tak pasal-pasal dia bagi tazkirah sedas sebelum minta derma. Biasalah tabligh-tabligh ni, bersembang tak nak kalah. Tazkirah je memanjang.
Aku cepat-cepat membuka pintu pagar, lalu berlari masuk ke dalam kereta semula. Pandang cermin pandang belakang, nampak jejaka itu masih tegak di situ, tapi dia sudah berdiri sedikit tepi, bagi memberi laluan pada aku ini agaknya. Ah seram aku tengok dia ni, dah lah berjubah putih tengah-tengah rembang ni.
Hish, dari aku fikirkan dia ni, baik aku cabut. Kang tak pasal-pasal Azzam merajuk pulak sebab aku lambat. Laki tu pun bukan main lagi rajuknya, kalah perempuan. Hehe. Sebaik kereta aku melintasinya, aku lihat dia sempat tersenyum dan mengangkat tangan. Amboi bukan main budiman lagi. Heh!
 bersambung...
----------------------------------------------------------
 p/s : idea citer ni yang dtg dulu, maka AK letak dl promo ni, once dh siap bab 1, AK post yer. hehehe. sementara tu layan jelah promo ni yer. heeheh. apapun citer kat atas ni, masih tertakluk pada perubahan. manalah tahu, si penulis ni tiba-tiba rasa macam nak buat onar lagi. hahaha. dush!
 yang ternanti novel Cinta Bersaiz XXL, hrp bersabar ya. AK tengah cari ilham. cehhh! alasan lagi. hehe.

Suka? =)

5 comments:

  1. hahah, aisya igt imam tu hantu agknyer

    ReplyDelete
  2. wah, best ni . suka dgn cerita yg ada unsur islamik. :) siapa yg agaknya lelaki tu ? cept2 post bab 1 tau ^^

    ReplyDelete
  3. agak2 la kan, lelaki tu nak tanye apa erk ?

    ReplyDelete
  4. hehhhe..ingat ustad don yang dtg rumah bg salam.. =D

    ReplyDelete
  5. like like like
    akan sabar menanti adegan seterusnya hehe

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u