~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, July 12, 2012

Penulis seperti Aku...

Siapa ni?

Dalam dunia penulisan yang baru saya tempuhi ini, pelbagai jenis penulis sudah saya ketemu.

Ada yang pantas sangat (atau lebih sesuai ekspressinya disebut LAJU GILAAA!) dalam menulis sampaikan tak mampu sesiapa nak kejar. Sehari dia boleh kerjakan 3-4 bab tanpa sebarang masalah. dan setahun sudah berderet manuskripnya siap.

Ada pula yang menulis pelbagai manuskrip novel serentak, sampaikan saya sendiri tertanya macam manalah dia boleh ingat semua plot cerita dan watak-watak yang direkanya tu.

Ada juga jenis yang hari-hari menulis, tak kisah la panjang mana janji ada hasilnya. Gigih sangat!

Ada yang tulis ikut mood, ikut idea datang, kadang-kadang tulis setiap hari, kadang-kadang lama tak menulis sebab mood tu tak ada. Ini mungkin mewakili kebanyakan penulis. Mungkin ya. mungkin. haha.

Saya? entah siapa yang masuk dalam kategori saya ni, saya pun tak tahu. tapi kalau ada, kita geng la. hehe. saya menulis bila saya mampu mengawal mengantuk saya kah3. saya bukan jenis burung hantu yang tak kisah tidur lewat, pukul 10.30 malam saya dah tak senang duduk, rasa nak tidur. saya memang kuat tidur. T_T
Jadi saya memang kena tunggu hari yang saya ada semangat nak menulis. kadang-kadang bila saya rasa nak menulis, idea pula tak nak keluar. sebab tu adakalanya berminggu saya tak update cerita. Macam sekarang ini pun, mood saya tenggelam timbul. petang rasa semangat, bila malam semangat itu kuncup, dan akhirnya saya menghabiskan masa di depan laptop bermain game. =_=" (dan sila ambil perhatian : saya cuma menulis di waktu malam, di dalam rumah saya dekat meja @ atas katil. tempat lain, feel tu tak datang. haha.)

Saya memang bukan macam penulis lain, tapi saya bahagia menjadi penulis! sebab menulis adalah salah satu cara untuk saya lari dari segala tekanan di alam realiti dan hidup bahagia dalam alam fantasi yang saya cipta sendiri. haha.

Jadi saya minta maaf andai saya selalu kecewakan pembaca yang ternantikan hasil dari saya, selalu buat kalian tertunggu-tunggu, walaupun berapa ramai sangat la yang nantikan karya saya kan? haha. saya cuba jadi lebih rajin lepas ni, saya cuba! apapun, terima kasih atas sokongan kalian, saya sayang kalian ketat-ketat!

p/s : sedang berusaha siapkan bab terbaru Cinta Bersaiz XXL! caiyok utk dr sendiri! haha

Suka? =)

3 comments:

  1. Salam..huhuhu. Saya xkesah sgt.. Yg pasti setiap ari sy akan cr blog nih... Xkesah lar lambat ke cepat asal jgn xnk samb lgsg.. Yg tuh akan wat sy nangis... Huhuhu..paper kes i support u.. Chaiyok eh.. Gambatte!

    ReplyDelete
  2. menulis tak boleh paksa. biar datang secara naturally. as long as you happy, lepakslah!

    ReplyDelete
  3. releks n cool yer sis. biar lambat, asal hasilnya nnti ada ummmph. tak sabr ni nk tunggu cinta XXL tuh. sebab kiter pun kategory tuh. haha. tapi mmg best walupun bace sekerat kat P2U mmg teruja nk terjah beli taon depan! (tak senonoh betol ak neh.ooopps!) ^_^

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!