~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, February 13, 2013

Novel : Mamat Muka Selenga Bab 2




“LA, kenapa tak beritahu Mak Ngah, Fahmi sampai hari ni? Mak Ngah ingatkan, Fahmi sampai esok pagi.” Wajah Mak Ngah yang terkulat-kulat memandangnya, buatkan Fahmi tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang salahnya pun, sebab tidak khabarkan awal-awal, sengaja nak terkejutkan Mak Ngah. Sekali dia yang terkejut sebab hampir pukul lapan, baru Mak Ngah muncul.
“Saja nak kasi suprise dekat Mak Ngah. Mak Ngah apa khabar?” Fahmi menyalami tangan ibu saudaranya itu dengan penuh rasa hormat.
“Baik. Alhamdulillah. Dahlah, tak payah sembang-sembang di luar ni, Maghrib dah nak habis pun. Marilah masuk.”
Fahmi hanya mengekor langkah Mak Ngahnya yang sudah masuk ke dalam rumah kecil itu. Rumah itu dijelajah melalui matanya. Walau kecil namun tampak selesa dan kemas teratur. Rumah pangsa kos rendah itu sudah menjadi tempat berteduh keluarga Mak Ngah sejak dua puluh tahun lalu, saat Mak Ngah berhijrah mengikut Pak Ngah ke Kuala Lumpur. Mereka mempunyai dua orang anak, Shima dan Shira namun keduanya sudah tidak tinggal bersama kerana sudah mengikut suami masing-masing setelah berumahtangga.
“Kamu solatlah dulu, Mi. Mak Ngah pun nak solat, nanti kita makan sama-sama eh. Mujur hari ni Mak Ngah rasa nak beli banyak lauk, rupa-rupanya memang kamu nak datang.”
“Langkah kananlah saya hari ni, Mak Ngah.” Fahmi tersengih.
“Aah. Langkah kanan sangat. Dah pergilah rehat dulu, itu bilik kamu.” Mak Ngah mengunjuk pada bilik bersebelahan pintu utama itu. Fahmi hanya tersenyum sebelum mengatur langkahnya ke arah bilik yang ditunjukkan Mak Ngah.

“KAK Dah macam mana, tak marahkan kamu ke?” Mak Ngah menyoal saat Fahmi sedang membantu membuka balutan ayam percik untuk diletak ke dalam pinggan. Fahmi angkat muka, wajah emaknya di kampung, mula terbayang di mata.
“Tak adalah Mak Ngah, memang mak berat hati. Tapi bila Mi terangkan yang Mi datang sini nak cari rezeki, nak ubah nasib keluarga, emak izinkanlah.”
“Bapak kamu?”
Fahmi sengih. Ayam percik sudah siap diletak ke dalam pinggan, bungkusan yang membalut ayam tadi, segera dibuang ke dalam plastik di atas meja.
“Bapak macam biasalah. Ikut saja keputusan Mi. Cuma dia sedihlah, tak ada lagi orang nak temankan dia mancing.”
“Alah, bukannya kamu datang sini tak balik terus sana. Bila ada kelapangan, bila-bila masa saja boleh balik.” Mak Ngah mengomel sambil mencubit sedikit peha ayam percik dan digaul dengan nasi sebelum disuap ke dalam mulutnya.
“Hah! Betul tu, Mak Ngah!” Fahmi menepuk membuatkan Mak Ngah yang terkejut terus melatah.
“Hah betul betul betul!” Mak Ngah melatah terus menyuap nasi ke dalam mulut Fahmi. Fahmi yang terkejut, terus pecah tawanya sebaik nasi berisi lauk ayam percik itu selesai ditelannya.
“Adoi, Mak Ngah. Tahulah rindukan Fahmi, sampai siap bersuap bagai ni.” Fahmi menekan perutnya yang terasa geli hati.
“Ish kamu ni, Fahmi. Suka terkejutkan Mak Ngah. Hesy, bertuah punya budak!” Mak Ngah mengurut dadanya yang semput dek terkejut tadi.
Fahmi tersengih, sudah lama tidak melihat Mak Ngah melatah, rindu juga rasanya. Lepas ini dia pasti rindukan emaknya pula.
“Hah, Fahmi. Bila sampai?” suara Pak Ngahnya yang kedengaran di muka pintu pantas membuat kedua mereka berpaling. Fahmi bangun seraya menghulur salam pada Pak Ngahnya.
“Jemput makan, Pak Ngah. Mi baru je sampai, Maghrib tadi.” Fahmi mengambil duduk semula di tempatnya.
“Oh, makanlah dulu Mi. Pak Ngah nak mandi dulu, berlengas rasanya ni.” Pak Ngah bersuara sambil membuka butang atas baju uniformnya. Kerjaya Pak Ngah sebagai pemandu teksi, memang tidak menentu baliknya. Kadang-kadang balik awal, kadang-kadang lambat, ikut keadaan. Kadang-kadang sudah balik, dipanggil semula untuk ambil penumpang.
“Kesian Pak Ngah ye, Mak Ngah. Letih benar nampaknya tu.”
“Biasalah tu, cari rezeki. Ini pun dah kurang sikit lincahnya sebab dah kurang sihat, dah tua. Dulu kalau belum tengah malam, dia tak adanya nak balik. Risau Mak Ngah kadang-kadang tu.”
Fahmi mengangguk-angguk. Kagum dengan semangat Pak Ngahnya mencari rezeki untuk keluarga.
“Dah, makanlah Fahmi. Esok kamu dah nak mula cari kerja, kan?” Fahmi mengangguk laju. Itulah tujuannya datang berhijrah ke Kuala Lumpur. Buat sementara waktu ini, dia menumpang dulu di rumah Mak Ngah. Bila sudah stabil esok, barulah dia fikir hendak cari rumah lain, segan juga menumpang rumah Mak Ngah lama-lama.

“TANPAMU akulah yang rindu, tanpa dirimu, hilanglah manjaku...” bait-bait lagu itu sayup-sayup kedengaran dari rumah sebelah.Hajar menekap telinga pada dinding bilik Fatihah, cuba mendengar dengan lebih jelas.
“Kau dengar tak, Fatih?” Muka Hajar jelas serius menyoal sambil telinganya masih melekap pada dinding.
“Dengar. Kalau tak lekat telinga dekat dinding tu pun, dah boleh dengar dengan jelas.” Fatihah menjawab acuh tak acuh sambil matanya masih fokus pada novel di tangannya. Suara macam katak, ada hati nak menyanyi. Huh! Dalam diam, hatinya mengomel sendiri.
“Sedap jugak suara dia, kan?” Hajar tersengih sebelum bingkas duduk semula di sisi Fatihah.
“Sedap?” mata Fatihah membuntang memandang Hajar, novel yang dibacanya sedari tadi, automatik ditutup.
“Aah la. Sedap apa. Unik suara dia, ala-ala Ramli Sarip.”
“Itu bukan macam suara Ramli Sarip, itu dah macam Sarip Dol Kampung Dusun.”
“Ish, kau ni tak puas hati apa dengan budak tu? Bagi aku, suara dia boleh tahan apa.”
“Boleh tahan kata kau? Aku yang tak tahan ok. Hilang konsentrasi aku nak membaca, terganggu!” Fatihah sudah tarik muncung panjang. Baru je sampai Maghrib tadi, dah pandai melalak malam-malam begini. Mengacau sungguh!
“Ish kau ni kenapa? Sejak jejaka sebelah rumah ni muncul, terus kau hangin semacam.” Hajar seolah dapat melihat keruh di wajah Fatihah. Mungkin kerana jejaka sebelah ni, seiras Jep Sepah, mood Fatihah ni dah terbang entah ke mana. Sampai macam tu sekali penangannya. Kalaulah jejaka sebelah ni seiras Lee Min Ho, rasanya mesti mood Fatihah ni berbunga-bunga je kan. Tak adil betul!
“Mana ada hangin. Aku cuma rasa terganggu je.” Suara Fatihah sudah kembali datar. Tidak mahu Hajar syak yang bukan-bukan. Padahal sebenarnya, sejak tengok mamat muka selenga dekat sebelah ni, terus dia jadi hilang mood. Entahlah kenapa, kali pertama tengok pun dah rasa menyampah. Bahaya ni!
Tapi memang ada pun kes sebegini kan? Ada orang yang pertama kali kita tengok pun dah jatuh suka, ada pula yang pertama kali kita tengok pun dah menyampah gila-gila. Kira aku ni jatuh kes yang kedua la. Haha. Fatihah mengulas sendiri.
“Buatlah muka menyampah macam tu, nanti lama-lama jatuh hati dekat jejaka sebelah rumah ni, baru padan muka kau!” suara Hajar mengejek buatkan mata Fatihah yang sedia bulat itu, makin membulat.
“Gila! Doakan aku yang bukan-bukan tu kenapa?” Fatihah mencubit lengan Hajar, buatkan Hajar menjerit. Serentak itu, alunan suara dari rumah sebelah, hilang dari pendengaran.
Fatihah dan Hajar saling berpandangan, Hajar menyoal Fatihah dengan isyarat mata, Fatihah hanya angkat bahu tanda tidak tahu. Akhirnya kedua-dua mereka hanya membuat kesimpulan yang jiran mereka itu sudah tidur.

“AIK, siapa pulak menjerit malam-malam ni?” Fahmi menyoal dirinya sendiri sambil menghentikan petikan gitar. Baru je nak feeling malam-malam begini, dah dengar bunyi jeritan. Agaknya, ngeri sangat ke suara aku ni? Fahmi ketawa sendiri. Gitar kapok peneman hidupnya selama ini, diletakkan di sebelah katil sebelum dia bingkas keluar dari bilik. Rasa pelik pula dengan bunyi tadi.
“Hah, Fahmi, nak ke mana pulak tu?” Mak Ngah yang sedang melipat baju di ruang tamu, lekas menegur sebaik melihat anak buahnya itu seolah mahu membuka pintu rumah.
Fahmi menoleh seraya tersengih.
“Ni Mak Ngah, tadi saya terdengar suara perempuan menjerit. Takut terjadi apa-apa, saya nak pergi tengoklah.”
“Oh, kamu jangan risaulah Fahmi. Tak ada apa tu. Ni mesti suara gadis-gadis bujang rumah sebelah ni. Duduk rumah flat ni, jiran sebelah bergaduh pun kita boleh dengar, Fahmi. Biasalah tu, budak berdua tu memang rajin bergurau, Mak Ngah rasa itu mesti suara dia orang. Tak ada apalah yang berlaku. Kamu janganlah risau.”
“Tak apalah Mak Ngah, saya periksa dulu. Manalah tahu, dia orang dalam bahaya ke?”
“Hmm. Yelah, tapi jangan sampai masuk pulak rumah budak-budak tu. Kang naya kamu.”
“Ish, tak adalah sampai ke situ, Mak Ngah. Fahmi pergi tengok dulu ya?”
“Aah, pergilah.” Mak Ngah memberikan kebenaran sebelum menyambung kerjanya. Biasalah pemuda kampung yang lurus macam Fahmi tu, sentiasa saja nak ambil berat hal keliling. Mak Ngah menggelengkan kepalanya.
Fahmi melangkah keluar dari rumah sebelum meninjau-ninjau rumah sebelah. Tidak ada apa yang mencurigakan. Mangga juga dikunci dengan kemas. Tapi itu bukan bererti segalanya elok saja. Jangan disangka air yang tenang tu tak ada buaya. Fahmi teringat pesan bapaknya dulu masa mereka keluar memancing, walaupun tak tahu kaitan dengan keadaannya sekarang, tapi dia tahu situasi di sini lebih kurang sama.
“Assalammualaikum! Assalammualaikum!”
Senyap. Tiada balasan. Patutkah aku pecah masuk? Fahmi berkira-kira.
Fatihah yang baru saja nak lelap, sebaik Hajar keluar dari biliknya, membuka mata. Ish, siapa pula datang malam-malam begini? Fatihah berjalan dalam kantuk yang sudah menyerang matanya. Hajar yang ratu tidur itu, pastilah sudah terlena sebaik kepalanya mencecah bantal. Jadi siapa lagi boleh membuka pintu, kalau bukan Fatihah.
Fatihah membuka pintu sebaik tudung disarung ke kepalanya dalam keadaan mamai.
“Waa... lai... kumuss... salam...” Fatihah menjawab perlahan-lahan saat pintu itu juga dibuka perlahan.
“Arghhhh!” Fatihah menjerit sekuat hati sebaik terlihat kelibat suatu makhluk yang menyeringai di hadapannya. Pandangan Fatihah tiba-tiba kelam.


Suka? =)

6 comments:

  1. mak ngah beli lauk byk..tp ade ayam percik je?kekeke..

    *bestnye kalo dpt mkn ayam percik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu lauknye lah tu. kah3. malas nak senaraikan lauk-pauk secara panjang lebar. kang semua org terliur. hahaa

      Delete
  2. Terus pengsan...? Hahahhahah.... nie mesti kalau jatuh cinta, jadi parah nie...

    ReplyDelete
  3. Best..... #^_^
    Sambung cepat2 ye dear!!!!

    ReplyDelete
  4. menyeringai yang tak tahan tu.HAHAA serius terbayang jep. Kak Aliesha cepat2 lah release kan novel ni :3

    ReplyDelete
  5. lol ... funny larr

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u