~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, February 23, 2013

Novel : Mamat Muka Selenga Bab 3




“APA dah jadi ni? Apa awak buat pada Fatihah?” Hajar yang baru keluar dari bilik sebaik mendengar suara jeritan Fatihah, tercengang sebaik melihat Fatihah terjelepok di atas lantai di hadapan jejaka rumah sebelah yang sedang melutut menghadapnya.
“Eh saya tak buat apa pun. Dia yang tiba-tiba pengsan tengok saya.” Fahmi mengangkat kedua belah tangannya tanda tidak bersalah.
Hajar pantas mendekati Fatihah dan merangkul sahabatnya itu.
“Fatih, Fatih! Kenapa dengan kau ni? Bangunlah Fatih!” Hajar menepuk-nepuk lembut pipi Fatihah, membuatkan gadis itu kembali tersedar.
“Hmm. Aku kat mana ni?” Fatihah seolah masih mamai. Wajah Hajar yang masih samar, ditatapnya.
“Kau kat rumah kita la. Kat mana lagi?”
“Hajar, tadi aku nampak hantu.” Fatihah tiba-tiba bersuara dengan wajah yang pucat, sebaik dia yakin yang orang di hadapannya itu Hajar.
“Hantu?” dahi Hajar berkerut. Matanya sempat dijeling ke arah jejaka di hadapannya itu. Fahmi sekadar angkat bahu sambil tersengih apabila dia merasakan gadis itu sedang meminta penjelasannya.
“Ini ‘hantu’ kau?” Hajar menuding ke arah Fahmi di hadapan mereka.
Fahmi tersengih seraya mengangkat jari telunjuk dan jari hantu, menjadi simbol peace sebaik Fatihah mendongak memandang dia.
“Arghhh! Hantu! Hantu!” Fatihah menekup mukanya pada lengan Hajar yang sedang merangkulnya.
“Ish kau ni Fatihah, itu kan jiran sebelah rumah kita ni.” Hajar cuba menenangkan Fatihah yang seolah terkena histeria.
“Yang awak ni pun satu.” Hajar menala pandangannya pada jejaka itu pula. “Kalau ia pun nak pakai bedak sejuk, tak payahlah sampai putih serupa tepung gomak macam ni sekali.”
Fahmi terkulat-kulat. Pipinya disapu dengan tangan sebelum dahinya diketuk. Ish macam manalah boleh terlupa yang tadi dia dah sapu bedak sejuk lepas mandi, nak licinkan kulit yang tak berapa nak licin nilah katakan.
“Oh sorry kak. Saya tak sengaja nak terkejutkan kawan akak ni. Saya terlupa.” Dia menyengih.
“Ish apa berakak pulak dia. Kami berdua muda lagilah!” Hajar menukas. Jejaka di hadapannya itu menggaru kepala sambil menyengih macam kerang busuk. Tapi manis juga senyumannya. Eh Hajar, suka-suka hati je kau nak puji-puji senyuman lelaki lain, tahu dek Faiz, makan semburlah jawabnya. Haha.
“Oh maaf, adik. Eh cik, saya tak tahu nama awak siapa. Sebab tu saya panggil akak je, sebagai rasa hormat.” Fahmi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa bersalah pun ada jugak ni.
Hajar merenung tajam, cuba menafsir keikhlasan jejaka di hadapannya itu. Yang dia nampak hanya sengihan yang tak hilang dari tadi. Mentang-mentang ada gigi taring, asyik sengih je memanjang mamat ni sorang. Tapi entah kenapa, dia merasakan yang jejaka itu orang yang baik-baik, dan tidak ada niat buruk.
Fatihah yang masih dilanda rasa terkejut yang amat sangat, mula memberanikan diri untuk membuka mata saat dirasakan Hajar asyik bersembang sakan secara selamba dengan makhluk yang menyeringai depan muka Fatihah tadi.
Makhluk itu ditatap dengan penuh fokus sebelum dia akhirnya dapat melihat wajah mamat bermuka selenga itu di sebalik tempekan bedak sejuk yang memenuhi wajahnya.
“Awak?!?” Fatihah menuding jari ke arah Fahmi dengan wajah yang cuba dibengiskan. Perasaan takut itu sudah menjadi perasaan marah. Sudahlah dia memang dah jatuh meluat dengan mamat ni, sekali dia diterkejutkan sampai macam ini sekali pula. Geramnya membuak-buak. Fahmi terpinga-pinga bila disapa begitu.
“Awak buat apa depan rumah kami malam-malam buta begini, hah?” lekas Fatihah menyoal setelah dia bingkas duduk.
“Kan baru pukul sembilan, mana ada malam buta lagi...”
“Ah jangan nak buat lawak pulak. Tak lakulah lawak awak tu kat sini.”
Fahmi menggaru-garu kepalanya, rasa bersalah kerana mengejutkan gadis di hadapannya itu tadi masih belum hilang. Manalah dia tahu, niat suci murninya itu boleh sebabkan seorang gadis diserang histeria.
 “Ala, relakslah Fatih. Janganlah marah-marah, cuba tanya elok-elok.” Hajar cuba menenangkan Fatihah yang asyik bad mood bila menghadap jiran sebelahnya ini.
“Saya cuma...  errr...”
“Fahmi!” laungan dari rumah sebelah membuatkan Fahmi berhenti berbicara dan ketiga-tiga mereka mengalih pandang ke arah yang sama. Mak Ngah terjongol di muka pintu rumahnya.
“Apa yang bising-bising lagi tu?” Mak Ngah menyoal sambil langkahnya sudah diatur menghampiri mereka. Fahmi cuma diam sambil tangannya disilang ke belakang, seolah seorang pengawas sedang menunggu kedatangan guru disiplin untuk menyoal siasat pelajar yang berbuat salah.
“Kamu berdua tak apa-apa ke?” Hajar pantas menggeleng. Dia dan Fatihah, pantas bangun sebaik Mak Ngah Ana berdiri di hadapan mereka.
“Tadi si Fahmi ni cakap, dia dengar kamu menjerit, sebab tu dia datang tengokkan keadaan kamu. Fatihah, kamu ok ke? Pucat semacam Mak Ngah tengok.” Mak Ngah Ana memegang bahu Fatihah yang kelihatan tidak bermaya itu.
“Tak ada apalah, Mak Ngah. Kami ok je. Tadi terperanjat je bila hantu tepung gomak berdiri depan pintu.” Fatihah tersenyum manis pada Mak Ngah Ana.
Fahmi terkesima. Cantik pula senyuman Fatihah ni. Pandai pulak dia cakap elok-elok dengan Mak Ngah, dengan aku asyik nak marah je. Sedih tau.
“La... Fahmi! Kenapa sampai putih macam ni sekali muka kamu tu?” Mak Ngah Ana pecah tawanya sebaik melihat wajah Fahmi.
“Kenapa Mak Ngah tak tegur Fahmi, masa Fahmi keluar tadi?” mulut Fahmi sudah panjang muncungnya. Malu bila dia berupa sebegitu, tak pasal-pasal jadi kes histeria.
“Mak Ngah tak pakai spek tadi, Mak Ngah tak perasan.” Mak Ngah bersuara dengan tawa yang masih bersisa. Iyelah, katarak matanya dah makin tebal, manalah dia nampak sangat wajah Fahmi dari jauh tadi.
“Saja tau, nak bagi Fahmi malu...” nada suara Fahmi sudah berubah, sengaja dia merengek-rengek. Gedik, Fatihah rasa menyampah.
“Tihah, Hajar, jangan dilayan sangat budak ni. Dia memang macam ni, suka sibuk-sibuk hal orang lain. Dah-dah, jom masuk Fahmi. Janganlah kamu nak ganggu anak dara dua orang ni. Kang tak pasal-pasal marah buah hati dia orang.” Mak Ngah sudah menarik tangan Fahmi ke arah rumah mereka. Fahmi hanya mengikut, namun sempat dia menoleh ke arah Fatihah dan melambai ke arahnya sebelum mengenyitkan mata.
“Ish menyampah.” Fatihah bersuara selepas menjelir lidahnya pada Fahmi. Rumahnya segera dibolosi, rasa mengantuk setelah hampir diserang histeria tadi. Hajar yang mengekor dari belakang, cuma tersengih seorang diri.
Fatihah menoleh ke belakang, melihat Hajar yang masih tidak hilang sengihnya.
“Kau ni kenapa? Kena sampuk hantu tepung gomak pulak?” Hajar menoleh ke arah Fatihah sebaik mendengar suaranya.
“Ehem, ada orang tu dah ada orang yang berkenan...” Hajar tersengih-sengih.
“Siapa?” Fatihah bertanya sambil lewa.
“Kaulah...”
“Eh! Mana ada!” pantas dia menyangkal.
“Aku nampak la...” Hajar mengangkat-angkat keningnya.
“Nampak apa?” Fatihah duduk di atas katilnya.
“Nampak la yang orang tu minat dekat orang ni...” Hajar ikut duduk.
“Gila! Tak nak aku!”
“Tapi orang tu nak...” Hajar sudah kembali mengusik.
“Pandai-pandai je kau kan. Baru kenal seminit dua, dah boleh baca fikiran dia eh?”
“Aku kan bomoh cinta.”
“Wekkk! Tak glamour langsung gelaran bomoh cinta.” Fatihah mencebik.
“Untunglah kau, dah ada yang suka.”
“Ish! Cukup-cukuplah merepek tu, Hajar! Dah-dah, aku nak tidur, lagi dilayan kau ni, lagi naik tocang kan? Tak habis-habis nak usik aku.” Hajar ketawa kecil sebelum bingkas bangun dari katil Fatihah.
“Aku cuma nak doakan yang baik-baik untuk kau.” Fatihah buat muka toya.
“Dari kau buat cubaan untuk doakan aku dengan mamat muka selenga tu, baik kau doakan aku dengan jejaka kacak berwajah Korea di luar sana.” Fatihah sudah berbaring menarik selimutnya.
“Hesy, high taste betul kawan aku ni. Jangan memilih sangat, Fatih. Kang tak pasal-pasal jadi terbalik. Yang kau nak tak dapat, yang kau tak suka yang kau akan dapat.”
Fatihah menyelak selimutnya kembali dengan mata yang membuntang memandang Hajar.
“Ish, janganlah mintak yang bukan-bukan dekat aku! Mintak simpang laaa...”
“Simpang kiri, simpang kanan?”
“Simpang tiga.”
Hajar ketawa mendengar jawapan selamba Fatihah.
“Oklah, selamat malam. Moga mimpikan mamat rumah sebelah tu! Apa namanya tadi? oh Fahmi.” Hajar ketawa sambil berlalu keluar dari  bilik Fatihah.
“Cis, kurang asam jawa punya kawan! Grrr!” Fatihah mengetap bibir sebelum menarik selimutnya semula, mahu melupakan segala kejadian tadi dan bayangan wajah mamat muka selenga yang bertempek bedak sejuk tadi. Tak mahu dapat mimpi ngeri malam ni, tak mahu!

Suka? =)

8 comments:

  1. Hee sambung la lagi. tak puas baca cerita ni.. he he he

    ReplyDelete
  2. best jgk cter ni....hehehe...smbng lg...cik writer KAU IMAMKU xnk smbng blk ke???best la cter tu kak sebab ada unsur2 islamik dlm cter tu...wtk lelaki tu walaupun seorang yg berkerjaya msih lg mengekalkan ciri2 org yg beriman...cehwah!!..hehehe...teruskanlah kak best cter tu....

    ReplyDelete
  3. sambung r lagi...sonok gak lyn novel ni

    ReplyDelete
  4. haha ok mmg best biler nk sambungan akak AK x sabar, kalo bleh buku kan ajelah hihi

    ReplyDelete
  5. haha ok mmg best biler akak AK buat sambungan lagi x sabar,kalo bleh bukukan je lah hihi

    ReplyDelete
  6. bile nak sambung nie.... baru bace sikit dah best... hehehehe

    ReplyDelete
  7. interesting entry niy .. do continue akak :D

    ReplyDelete
  8. akak, sambung lagilah..best novel ni ada unsur humor :)

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!