~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, June 18, 2013

Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2013

Assalammualaikum semua!

Ya Allah berhabuknya blog T_T. Maafkan cik penulis sebab menghilang selama ni. tarikh terakhir update blog, 24 April, ok hampir 2 bulan, itupun update pasal PBAKL =_=".

Ya dan kali ni juga, cik penulis terpaksa hampakan kalian semua sebab saya munculkan diri bukan untuk sambung novel tertunggak atau siarkan cerpen, tapi nak cerita pasal Anugerah Pilihan Pembaca Popular 2013.


Ok ramai yang dah tahu, dan saya memang sudah sangat lambat untuk inform pada mereka yang belum tahu. Maafkan saya, sesungguhnya mood ini tiada hingga nak menekan butang New Post pun saya malas. T_T

Seperti yang diketahui umum, APPPBH ini dianjurkan setiap tahun oleh kedai buku terkemuka, Popular bagi memilih buku-buku kesukaan pembaca untuk diangkat sebagai pemenang anugerah. ok gila skema punya ayat, kau fikir kau tengah tulis artikel ke hape?

Errr, tehee. malu nak cakap, tapi... novel picisan kiterr tersenarai, wakk. ok ini nada gedik pula. ya, baby sulung saya, novel Love You Mr Arrogant turut tersenarai dalam senarai calon. Alhamdulillah. rasa macam tersenarai dalam ABPBH pulak perasaannya. hahahaah! ok kau fikir kau artis?


Undian dibuka hingga 23 Jun 2013 ini. mudah saja cara untuk mengundi, cuma klik pada link ni>>> SINI
dan anda bolehlah membuang undi, tak perlu sapu dakwat kekal dulu. eh... kih3. ok anda boleh pilih 3 novel fiksyen dan 3 buku bukan fiksyen sebagai pilihan, lepas tu isi borang kat bawah tu dan klik undi. SIAP!


cepat cepat! dah nak tamat tarikh undian dah! hehehehe. anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik macam baucer buku dan hamper dari Popular. Oh ya! novel yang tersenarai juga, dapat diskaun 20% di seluruh rangkaian Popular, jadi boleh beli dulu buku, baca, dan undi kalau suka. hehe

Jadi mari pakat undi! tiada paksaan untuk mengundi novel saya tapi kalau diundi, Alhamdulillah. heheehehe. buatlah pilihan bijak, ingat org tersayang. eh. hihihhi. selamat mengundi!


p/s : serius, masih tak ada perkembangan terbaharu sebab mood masih kelaut, sedang cuba naikkan kembali semangat ni ke darat. hahaha. doakan saya!

Suka? =)

2 comments:

  1. hai kak aliesha, saya nak tanya bila nak buat novel terbaru...kedua-dua novel kak saya dah baca...really awesome...saya suka sangat..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga berjaya. Akak suka banget dengan Cinta XXL tu.

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u