~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, January 14, 2016

Novel : Angin Cinta Bab 3

Bab 3
IRIKA keluar dari lif menuju ke tempat parkir di dalam Menara Alam tempatnya bekerja petang itu saat sebuah kereta Ferrari kuning berhenti betul-betul di hadapannya. Irika menjenguk ke dalam namun tidak nampak apa-apa kerana kereta itu bertinted gelap.
            Baru saja Irika mahu melangkah pergi, tingkap kereta itu turun dengan perlahan-lahan, menampakkan wajah seseorang, dari hidungnya saja Irika sudah kenal siapa dia.
Baru saja jumpa pagi tadi, petang ini dia datang lagi apahal? Nak suruh aku minta maaf ke? Irika menyoal sendiri.
            KK membuka rayban hitamnya sebelum berpaling ke arah Irika dengan penuh gayanya, mengharapkan Irika tertawan.
            “Hai, nama saya KK.” KK memperkenalkan diri semula walaupun dia sudah menulis namanya di dalam nota tadi.
            “Tak tanya pun.” Irika menjuihkan bibir sebelum berjalan ke belakang kereta tersebut, mahu melintas jalan untuk ke keretanya di hujung sebelah sana.
            “Eh tunggu!” KK cepat-cepat keluar dari keretanya untuk menghalang Irika. Hilang terus niatnya hendak berlagak macho apabila Irika tak pedulikan dia begitu.
            “Encik nak apa, datang jumpa saya ni? Saya nak baliklah.” Irika merengus tidak sabar.
            “Nantilah dulu, dengar dulu apa saya nak cakap.”
            “Apa?” Irika berpusing memandang KK semula namun pandangan mata Irika itu membuatkan hati KK tertawan sampaikan dia terlupa apa dia nak cakap.
            “Ish, kalau tak ada apa, saya pergi dulu.” Irika tidak sabar, rimas melihat lelaki itu merenungnya macam nak telan.
            “Eh nanti-nanti. Saya dah ingat dah. Jom... saya hantar awak balik...” KK menukar nada suaranya untuk kedengaran macho semula. Dia bersandar di belakang keretanya dengan kaki disilangkan. Nak tunjuk cool.
            “Tak perlu, saya ada kereta. Saya boleh balik sendiri. Bye!” Irika mahu melangkah namun cepat-cepat dihalang KK lagi.
            “Ok-ok, kalau macam tu kita keluar makan saja. Nanti saya hantar awak dekat sini balik.”
            Irika berpaling memandang ke arah KK semula dengan tangannya sudah disilang.
“No thanks. Saya nak balik makan dekat rumah saja, mama saya dah masak sedap-sedap. Kalau saya keluar makan dengan Encik, makanan sedap pun saya boleh hilang selera.” Irika bernada tegas membuatkan KK kehilangan kata.
“Kenapa awak layan saya macam ni? Niat saya baik nak kenal-kenal dengan awak je.” soalan KK tidak berjawab apabila mereka terdengar hon dibunyikan. Mereka sama-sama berpaling ke arah bunyi itu dan terlihat sebuah kereta Audi berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. KK tergamam. Seorang jejaka kacak keluar dari kereta tersebut dengan langkahnya yang cukup bergaya.
“Irika...” dia melemparkan senyumannya yang manis. Kacak sekali!
“Eh Zainal...”
KK pecah tawanya apabila mendengar nama lelaki kacak itu. Ingatkan kacak begitu, namanya pun ikut hebatlah macam Danial ke, Adam ke, Harith ke, Rayyan ke, sekali Zainal? Memang KK tak boleh bayang. Pandangan mata Irika yang mencerlung ke arah KK membuatkan tawa KK terhenti dan dia mengangkat tangan tanda tidak akan buat lagi.
“Encik tak payah kacau saya lagi. Saya bukan perempuan yang Encik boleh usung sesuka hati. Dah saya nak jumpa kawan saya, Encik baliklah.” Irika bersuara sebelum berlalu mendapatkan Zainal yang sudah menantinya.

“SIAPA tadi tu?” Zainal menyoal saat dia menghadap Irika di restoren itu. Irika yang menunduk, asyik bermain dengan strawnya,  memandang ke arah Zainal semula sebelum menggelengkan kepalanya.
            “Tak ada siapalah.”
            “Dia tu KK, pemilik Kay Kay Holding kan?”
            La dah tahu tanya lagi. Irika memandang Zainal dengan rasa tidak percaya.
            “Eh tu awak dah tahu, kenapa tanya lagi.”
            Zainal membetulkan duduknya sebelum tajam merenung Irika.
            “Maksud I, siapa dia dengan you? Why dia kacau you?” Zainal menyoal, serius saja kedengaran di telinga Irika.
            “Tak ada siapa, tak pernah kenal pun. Kawan bos saya saja.” Irika menjawab datar, malas hendak menjawab persoalan yang tidak penting itu.
            “Kalau kawan bos, kenapa dia kacau you pulak?”
            Irika menghela nafasnya.
            “Stop it, Zainal. Tak payah cakap pasal dia tu boleh tak?” Irika merengus.
            “I just want to make sure yang mamat tu tak kacau you ke apa. You know kan I ambil berat pasal you.” Zainal bersuara menggoda sebelum tangannya ingin mencapai tangan Irika namun cepat-cepat Irika menarik tangannya tanpa sempat Zainal menyentuhnya.
            “Awak tak perlu risau pun pasal saya, saya tahulah jaga diri saya. Lagipun...”
Irika memandang Zainal semula dengan wajahnya yang serius.
“Kita ni tak ada apa-apa pun kan. Just friend. Tak payahlah nak over.”
“Sampai hati you cakap macam tu. You pun tahu kan, yang I ni suka dekat you.”
“Enough Zainal. Saya jumpa awak hari ni bukan sebab nak dengar luahan hati awak yang entah dah masuk kali keberapa ni. Saya anggap awak kawan saja lagipun your father dengan my father kan kawan baik. That’s all! Kalau awak tak boleh anggap saya sebagai kawan saja, baik kita tak payah jumpa dah.”
“Ok-ok. I’m so sorry, Irika. I tak cakap apa dah.” Zainal mengangkat tangannya tanda mengalah.
Irika mengeluh sendiri, rimas hendak melayan perangai Zainal yang tidak sudah-sudah hendak jual minyak.
“Sudahlah, Zainal. Saya nak balik. Awak fikirlah baik-baik apa yang saya cakap tu, lepas awak rasa awak boleh anggap saya sebagai kawan saja, baru awak contact saya ok.” Irika bangun dan terus berlalu tanpa memandang ke arah Zainal lagi.

Zainal terkedu, tidak mampu hendak berbuat apa.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u