~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, January 17, 2016

Novel : Angin Cinta Bab 7

Bab 7
ORANG cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja, lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhh kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya tapi dia juga boleh guna cara lain untuk mendapatkan cinta seorang Irika.
KK melihat dirinya di hadapan cermin, dia mengemaskan tali leher dan sutnya sebelum keluar dari biliknya dengan langkah yang teratur. Hari ini dia harus melaksanakan rancangannya dengan jayanya supaya dia dapat menjauhkan seseorang dari buah hatinya itu.

“KENAPA ni bos? Happy semacam saja?” Sharon yang masuk ke dalam biliknya saat itu menegur. Senyuman sinis yang terpamer di wajah KK segera dia matikan. KK mendongak memandang Sharon sebelum menggelengkan kepalanya.
            “Tak ada apalah Sharon.” KK menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kantoi dia tersenyum sorang-sorang sebab teringatkan rancangannya.
            “Kalau senyum macam tu tandanya orang tengah angau.” Sharon menyengih.
            “Mana ada. You suka sibuk hal I kan.” KK menjuihkan bibirnya. Sengaja buat-buat tidak suka padahal dia dan Sharon itu sudah rapat sampai dia tidak kisah bercerita tentang apa saja waima kisah cintanya pun.
            “Yelah bos. I tak cakap apalah.” Sharon menjawab datar, sengaja melayan walaupun dia tahu KK tak bermaksud apa-apa.
            “Ini I nak keluar kejap dengan Soraya. Ada apa-apa call I ok.” KK bersuara kembali sambil mengemaskan mejanya dan memegang beg bimbit dan buku jurnalnya.
            “Eh time rehat macam ni pun bos nak cari prospek ke? Rehatlah bos. You need some rest, dont overwork sangat.” Sharon mengomel membuatkan KK sedikit tergelak.
            “Relakslah Sharon, prospek I kali ni baik punya.”
            “By the way, alang-alang bos keluar dengan Soraya, at least get to know each other la. Mana tahu bos boleh berkenan nanti dari bos dok angau dekat perempuan yang tak hargai hadiah bos tu.” Sharon mencebik, tahu mengenai kejadian tempoh hari.
            “She got a name ok.” KK sedikit membentak. Tidak suka Irika disebut sebegitu.
            “Ok fine. I’m sorry bos. But I’m sure Soraya tu berganda lagi cantik dari that girl kan? Why not, bos pikat saja Soraya. Habis cerita, tak payah bos susah-susah kejar perempuan tu lagi.” Sharon menghela nafasnya.
            KK berjeda seketika. Bukan dia tak pernah terpesona dengan kecantikan Soraya, lagipun siapa yang tak pernah. Iyalah wajah cantik ala-ala minah arab, mekap pula tebal seinci tapi sekadar terpesona sajalah seketika, tak ada pula sampai rasa tertarik mahunpun nak simpan perasaan. Tapi dengan Irika ni lain, sekali saja dia lihat Irika hati dia macam dah terantai dekat hati Irika. KK sendiri tak pasti kenapa.
            “Irika. Her name is Irika. Lepas ni you kena respect dia, panggil nama dia Irika. I tak suka you sebut-sebut pasal dia macam tu. For your info, Irika tu walaupun tak secantik Soraya, but dia cantik di mata I.”
            Sharon terdiam, mengerti yang kali ini bosnya itu serius. Tak pernah dia lihat KK dalam keadaan begitu. Selalunya dia tak ada pun nak gilakan perempuan sampai macam ni sekali.
            “Ok bos, cuma I kesian dekat you bila dia layan you macam tu sampai tak nak terima hadiah you yang mahal tu.”
            “That’s ok, Sharon. I yang tersilap langkah. I yang cuba tawan hati dia dengan tunjuk kemewahan diri I.”
            “Tapi dia patut hargai jugak hadiah bos tu.” Sharon masih tidak berpuas hati.
            “Sebab tu dia special, Sharon. Dia lain dari gadis-gadis yang I pernah kenal yang mudah sangat dibeli. Sebab dia jual mahallah I suka, Sharon.”
            “Ok bos. I understand, tapi jangan sampai you merana ok.”
            “Don’t worry, Sharon.” KK senyum, terharu dengan keprihatinan Sharon itu.

KK tidak senang duduk saat menanti seseorang bersama Soraya di dalam kafe itu. Soraya asyik membelek mukanya di cermin bedak kompak sambil sesekali menempek bedak itu ke mukanya. Hendak ditambah berapa inci lagi pun KK tidak tahu.
            “Awak nak makan dulu, makanlah Soraya. Order ja, nanti saya bayar.”
            “Tak apa bos, I can wait. Lagipun I’m on diet.”
            KK menelan liur, boleh pengsan dia kalau tidak makan tengah hari, gadis hijabista di hadapan dia ni selamba saja tak nak makan.
            “KK! KK right?” Zainal menegur ramah sebaik dia berdiri di hadapan KK saat itu.
            “Eh Zainal. Yup, saya KK.” KK dan Zainal saling berjabat tangan sebelum Zainal melabuhkan punggungnya di meja itu.
            “Oh by the way, ini ekskutif saya, dia yang akan briefing pada awak tentang projek JV kita ni. Soraya, this is Zainal, pemilik Alamar Corp.” KK memperkenalkan keduanya seraya memerhati reaksi mereka.
            Yes! KK menjerit di dalam hatinya saat melihat Zainal macam seolah-olah terpukau dengan kecantikan Soraya. Ok Zainal, tergodalah lagi! Tergodalah lagi!
            “How are you, Encik Zainal? Saya Soraya.” Soraya tersenyum manis kepada jejaka kacak itu.
            “Great! I feel great!” Zainal tersengih sampai ke telinga.
            KK ketawa sendiri di dalam hatinya. Mangsa dah masuk dalam perangkap. Haha.

IRIKA menghela nafasnya sendiri sambil sesekali menelek jam di tangan, baru pukul dua belas tengah hari tapi perutnya berkeroncong lain macam hari ini. Mungkin sebab pagi tadi dia cuma meneguk air milo dengan makan biskut kering gamaknya.
            “Eh Encik KK, cari Encik Johan ke?” suara Kak Mona kedengaran dari arah depan membuatkan Irika memanjangkan lehernya. Lelaki itu sedang tersengih memandang Kak Mona sambil mengangguk.
            “Ya, bos ada?” KK menyoal.
            “Of course. Kejap ya.” Kak Mona bersuara sebelum berlalu ke bilik Encik Johan untuk memaklumkan kehadiran KK di situ.
            Irika kembali menunduk, tidak mahu lelaki itu terpandangkan dirinya. Malu ada, takut pun ada. Seram sejuk saja dia bila ternampak KK, risau lelaki itu menganggunya lagi.
            “Eh KK, what a pleasant suprise. Ada apa kau datang ni?” Johan keluar dari biliknya dengan senyuman lebar, seronok melihat KK di situ.
            KK ketawa tapi macam dibuat-buat, pantas dia mendapatkan Johan sambil memeluk bahu sahabatnya itu.
“Sajalah, datang sini nak bincang-bincang.” KK bersuara sambil matanya melirik ke arah Irika sebelum dia menarik Johan masuk ke dalam biliknya.
Irika menarik nafas lega, rasa tersekat nafasnya tadi saat terpandangkan kehadiran KK di situ. Tidak mengerti mengapa jejaka itu harus muncul lagi. Selama ini tidak pernah nampak pun, sekarang bila sekali berjumpa kerap pula dia nak munculkan diri. Hesy!
            “Ehem, kekasih hati datang lagi tu.” Kak Mona mengusik membuatkan wajah Irika mencuka.
            “Kak Mona!”
            Ini yang Irika tidak gemar. Bila orang tahu saja pasal ni, mesti tak habis-habis dia diusik.

“LAIN macam saja kau ni. Sejak datang pejabat aku hari tu, aku tengok kau macam tak senang duduk saja. Dan apa yang lagi pelik, KK yang sentiasa super busy ni ada masa pulak nak singgah pejabat aku? Ada yang tak kena ni... Cer citer... cer citer...” Johan mengerutkan dahinya memandang ke arah KK.
            “Eh mana ada sebab apa. Aku kan nak bincang pasal projek kita tu. Tak ada agenda lain ok.” KK cuba berselindung.
            “Ok fine.” Johan berputus asa, malas hendak mengorek cerita lagi. Dia menekan interkomnya sebelum bersuara.
            “Irika, buatkan kopi. KK, kau nak kopi ke teh?”
            KK menelan liur saat mendengar nama itu. Terkedu dia jadinya sampai tak dengar soalan Johan seterusnya.
            “KK?” Johan menyoal lagi setelah melihat KK diam saja.
            “Hah, apa?”
            “Nak teh ke kopi?”
            “Anything will do.”
            “Ok Irika, dua kopi ya. Make it fast.” Johan memberi arahan sebelum kembali memandang ke arah KK dengan pandangan pelik semula. Aneh melihat keadan KK yang macam menerawang entah ke mana.

            Irika menggumam. Kenapalah dalam ramai-ramai orang, dia juga yang disuruh buat kopi di saat genting begini? Tahulah kopi dia buat tu sedap. Hesy, apa kau merepek ni Irika, kau kan setiausaha Encik Johan. Hesy!

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!