~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, January 17, 2016

Novel : Angin Cinta Bab 9

Bab 9
KK duduk sendiri di lobi Menara Alam, sebal kerana Irika menolaknya lagi walaupun dengan cara halus. Gadis itu licik sekali, belum apa-apa dia sudah tahu KK itu memang tidak gemar kalau pergi ke tempat-tempat yang biasa macam gerai tepi jalan mahupun pasar malam.
            Rosaklah statusnya sebagai usahawan yang berjaya lagi terkenal kalau orang lihat dia makan di tepi jalan sebegitu. Tak pasal-pasal kliennya yang berderet cabut lari.
            “Sharon. I ni.” KK  bersuara saat panggilan telefonnya itu bersambut.
            “Yes bos.”
            “I masuk office lambat sikit ok. Anything just call me ok.”
            “Ok bos.” Sharon menjawab.
            “But bos....” Sharon tiba-tiba bersuara kembali sebelum KK sempat mematikan talian itu.
            “Yes.”
            “You pergi mana tu? Ada hal penting ke? If client tanya, I nak jawab apa?”
            “I ada dekat Menara Alam ni.”
            “Again?”
            “Yes. Again, bincang projek dengan Johan. Nanti I balik.”
            “Bincang projek ke nak mengorat awek tu, bos?” Sharon sudah ketawa di hujung talian.
            “Sharon...” KK bernada tegas.
            “Opps sorry bos! All the best! Jangan lupa masuk office pulak.”
            “Yeah I know. Dah sambung kerja you.”
            “Ok bos!”
            KK mematikan talian sebelum matanya tertancap pada kelibat seseorang. Irika sedang berjalan sendirian di lobi itu. KK memanjangkan lehernya cuba mencari mamat lembut yang ada dengan Irika di pejabat tadi, tak ada pulak bayangnya.
            “Awak seorang saja ke?” persoalan KK yang tiba-tiba berdiri tegak di hadapannya itu membuatkan Irika sedikit terperanjat. Tidak menyangka KK masih berada di situ.
            “Err aah.”
            “Kata tadi nak keluar rehat dengan kawan awak tu?”
            “Oh... yang tu ye...” Irika pucat, dia mencari-cari alasan yang sesuai.
            “Dia sakit perut, dia suruh saya pergi dulu.”
            “Oh sakit perut ya?” KK mengangguk-anggukkan kepalanya, seolah dapat membaca tipu helah Irika kali ini.
            “Kalau macam tu, biar saya sajalah temankan awak.” KK tersengih.
            “Eh tak boleh Encik KK. Gerai tu tepi jalan je, tak sesuai dengan Encik KK.”
            “Tak apa. saya boleh je.” KK mahu menduga Irika. Wajah Irika semakin pucat.
            “Tak boleh! Encik KK tak boleh ikut saya!” Irika sedikit menjerit. Ada mata-mata yang memerhati kedua mereka, pelik dengan situasi itu.
            “Why?” KK masih tidak puas hati.
            “Sebab...”
            KK memandang Irika, menanti jawapan dengan tidak sabar.
            “Saya tak suka! Saya tak suka Encik! Tolong jangan kacau saya lagi!” Irika meluahkan segala isi hatinya tanpa berselindung lagi membuatkan KK tergamam, tidak menyangka gadis itu tega menolak dia secara terang-terangan begitu.
            Irika tidak mempedulikan KK yang masih tersentak dan terus berjalan pantas keluar dari bangunan itu, risau kalau-kalau KK mengekorinya lagi.

“MACAM mana bos? Berjaya?” Sharon tersengih-sengih saat masuk ke bilik pejabat KK petang itu. KK yang tidak ada mood, mendengus kasar.
            “You jangan perli I boleh tak? Serabut tau I ni.”
            “Lorr kenapa meh?” Sharon mengerutkan dahinya.
            KK menghela nafasnya sebelum memandang ke arah Sharon semula.
“Seumur hidup I kan, tak pernah lagi tau I kena reject. Tapi perempuan ni, keras hati betul. Tak termakan godaan langsung!”
“You salah teknik kot bos.”
“Salah teknik apanya. I buat macam biasalah.”
“Maybe kali ni perempuan yang you nak tu, lain sikit. Bukan jenis mudah cair, you kenalah usaha keras lebih sikit. Baru perempuan tu boleh lembut hati.”
“Usaha lagi?”
“Ya lorr. Ambik tahu apa favourite dia, bagi hadiah. Anything that a romantic young gentleman could do.”
            KK terdiam mendengar kata-kata Sharon dengan khusyuk.
“Guna cara lembut, slow and steady, jangan terkam terus. Maybe this girl jenis tak suka yang agresif. Lain perempuan lain caranya bos.”
“Hesy! Complicated betullah perempuan ni!”
“That’s whylah kami ni special.” Sharon tersenyum sampai ke telinga.
“Ok fine.” KK menjulingkan matanya ke atas.
Sharon ketawa melihat wajah KK yang toya.
“Be patient bos. Lama-lama mesti that girl terpikat punya, janji you jangan putus asa saja.”
“Thanks, Sharon. I nak undur diri sekarang pun hati I dah terjatuh dalam sangat dah ni. So I have to go on la kan.”
“Yes! That’s the spirit bos!”

“Dahlah, tak payah cakap pasal tu lagi. Anything important yang I perlu tahu?” KK kembali serius, mahu fokus kepada kerjanya semula. Mahu melupakan soal Irika buat sementara waktu, tidak mahu konsentrasinya pada kerja terganggu kerana seorang gadis. Ini KKlah, takkan sebab perempuan sampai lupa kerja? No way!

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u