~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, January 14, 2016

Novel : Angin Cinta Prolog

PROLOG
HARI ini Kuala Lumpur sibuk sahaja seperti kebiasaannya, dengan kenderaan yang tak putus-putus dan umat manusia yang tidak terbilang banyaknya. Ya Kuala Lumpur masih seperti biasa kecuali pada satu perkara.
            Kedai emas Habib Jewels yang terletak di dalam pusat membeli-belah betul-betul di tengah bandaraya KL itu tiba-tiba sahaja terasa satu aura yang luar biasa. Seorang jejaka berkaca mata hitam dan bersut gelap sedang mundar mandir di hadapan kedai emas itu dengan perasaan yang cemas membuatkan beberapa mata memerhatinya, namun dia langsung tidak pedulikan mereka kerana ada perkara yang lebih mustahak harus dia selesaikan saat itu.
            Seorang wanita lewat lima puluhan keluar dari kedai emas tersebut usai membeli gelang tangan yang baru, dia membelek gelangnya dengan hati yang gembira walau tangannya sudah berselirat gelang tangan lain. Sekali pandang memang kalah Mami Jarum.
Jejaka itu terhenti dari melangkah dan memandang wanita terbabit membuatkan wanita itu sedikit cemas dan terus berlalu meninggalkan kedai terbabit dengan pantas. Takut diekori jejaka yang memandangnya dengan penuh minat itu. Pengawal keselamatan yang berjaga di hadapan kedai itu bingkas bangun apabila melihat situasi tersebut namun duduk kembali apabila jejaka itu tidak mengambil sebarang tindakan dan sekadar memerhati wanita terbabit berjalan menjauhi kedai tersebut.
            KK menghela nafasnya untuk kesekian kali. Tangannya sudah terasa sejuk bagaikan berada di dalam peti ais. Dia mengatur langkah memasuki kedai emas tersebut tanpa menghiraukan pengawal keselamatan yang sudah pandang dia semacam, dia angkat tangan kepada pengawal tersebut seolah tidak ada apa-apa yang berlaku namun pengawal itu memandang dia macam nak telan.
            “Eleh, sombong pulak pak guard ni. Dia tak kenal lagi siapa KK. Kejap lagi baru dia kenal erti penyesalan.” KK mengomel sendiri sambil menyeluk sesuatu di dalam koceknya membuatkan pengawal terbabit semakin galak memerhatinya sambil memegang senapang di tangannya dengan kejap.
            Aku buat semua ni untuk Irika, aku buat semua ni untuk Irika! Dia mengulang kata-kata itu sambil melajukan langkahnya ke arah pekerja kedai emas yang bertugas. Kali ini apa nak jadi, jadilah! KK nekad!

IRIKA tersenyum sendiri sambil merapatkan telefon di telinganya. Gadis cantik bertudung itu sedang membelek sehelai dress berwarna hitam putih dan sehelai selendang berwarna merah di tangannya. Hatinya tak torah sedari tadi memikirkan malam nanti.
            “Ya, KK ajak aku dinner malam ni, dia kata special. Aku pun tak tahu apa specialnya.” Irika menala pandangannya ke arah satu nota yang dikepil bersama dress tadi bertulis, ‘Sila pakai saya untuk malam ini,’ membuatkan senyuman manis kembali tersimpul di bibirnya yang merah bak delima.
            Yup, Irika, gadis idaman KK juga mungkin idaman Malaya. Tapi Alhamdulilah, Irika hanya cintakan KK. Yup! Hanya KK. Kerana itu juga buatkan KK nekad hari ini, demi cinta Irika. Ingat senangkah dia hendak menawan hati Irika yang keras macam batu itu? Susah tahu tak? Susah!




Suka? =)

1 comment:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u