~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, March 10, 2016

Novel : Mamat Muka Selenga Bab 4



Bab 4
Buah keranji dalam peti, untuk santapan sang putera,
Rasa macam dah jatuh hati, adakah ini namanya cinta?
AKU membuka pintu rumah dengan malas, pintu grill kubuka sambil menahan kuap. Mataku kugosok perlahan, rasa mengantuk masih menguasai diri. Lepas terjaga pukul empat semalam, aku terus tak boleh tidur. Apalagi, mulalah aku melayan drama Korea di laptopku sampai ke pagi. Pagi ini baru rasa mengantuk yang teramat. Ini salah Min Ho!
“Assalammualaikum!” suara garau dan sedikit nyaring itu menerjah telingaku macam petir yang menyambar. Lekas aku mengurut dada, terperanjat. Wajah di hadapanku itu kupandang dengan mata membuntang. Geram pun ada, sebal pun ada, rasa macam nak seligi saja mamat ni!
“Waalaikumussalam.” aku membalas acuh tak acuh sambil menyarung kasut yang baru diambil dari atas rak kasut sebelah pintu tadi.
“Nak pergi kerja ke kak?” Aku menoleh dengan kening terangkat. Sudah geharu cendana pula mamat ni!
“Tak. Nak pergi tengok wayang.”
“Nak ikut!” dia sengih.
“Ish! Dah pagi-pagi macam ni, mestilah nak pergi kerja.” aku membentak. Kalau tak kacau hidup aku sehari, tak boleh ke? Baru je dia datang sini tapi dah buat hidup aku huru-hara macam ni.
“Aih, bergurau pulak....” jejaka itu menyengih lagi, menampakkan gigi taringnya.
“Dah-dah, saya dah lambat ni.”
“Eh saya pun nak keluar ni, marilah pergi sekali.” Dia tersengih, serius saja bunyi ajakannya.
Aku pandang mamat itu atas bawah. Memang dia sudah berpakaian kemas, kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar slack. Kalau tengok dari bawah sampai paras leher saja, nampaklah machonya, tapi bila pandang wajahnya, aduh buat spoil mood betul! Baru saja aku nak berangankan Lee Min Ho yang sedang berdiri di hadapanku, sebab ketinggian mamat ini memang lebih kurang ketinggian jejaka-jejaka korea. Tinggi model orang kata.
“Naik apa?” sengaja aku menduga.
“Motosikal saya la.”
“Ish tak ingin!” aku mencebik. Tak kuasa aku nak naik motosikal mamat ni. Buat malu orang aja. Ok berangan Fatihah, bila masa yang kau wajib naik dengan dia? Tak tahu halal haram? Kereta kau tu nak campak mana?
“Dahlah, saya dah lambat.” aku meminta diri. Makin lama dilayan mamat ni, makin lambat aku ke tempat kerja.
“Eh kak. Semalam... nasi ayam tu... terima kasih! Banyak betul akak letak, sampai ke malam saya makan nasi ayam tu. Kenyang! Sedap sangat!” dia mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Aku terdiam, mengingati kisah semalam. Nasib juga aku bagi kepada mamat ni, sebab Hajar balik lepas dia makan malam dengan Faiz. Kalau tak, membazir saja aku buat nasi ayam tu semalam. Aku seorang mana mampu nak habiskan semua.
“Yelah, sama-sama. Dah, saya nak pergi kerja.”
“Ok. Tata!” dia melambai, namun aku hanya buat tak nampak. Langkahku kucepatkan, takut mamat muka selenga itu mengikut aku.

AKU memarkir keretaku di tempat letak kereta bersebelahan bangunan Menara Awan, tempatku bekerja. Mujur tak terlewat sampai dek kerana halangan besar yang menanti saat hendak ke tempat kerja tadi, mamat berwajah selenga itu.
Mamat muka selenga.
Ya, dia!
Hah! Mamat muka selenga! aku tersentak, saat wajah itu terjongol di cermin tingkap kereta. Halusinasikah ini? Aku merenung wajah itu sekali lagi, wajah itu tersengih seraya mengetuk cermin tingkapku.
“Awak!” aku hampir menjerit saat cermin tingkap kereta diturunkan. Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, aku ditakdirkan untuk bertemu mamat ni sekali lagi. Tak ada tempat lain ke lelaki seorang ni nak pergi? Argh tolonglah!
“Eh kak! Tak sangka jumpa dekat sini pulak kan?” Fahmi menyeringai suka.
“Saya bukan kakak awaklah. Nama saya Fatihah! Nur Fatihah Husna! Saya baru dua puluh tiga tahun. Awak mesti lagi tua dari saya kan? Jadi jangan panggil saya kakak. Faham?”
“Oh sorry. Husna buat apa dekat sini? Kerja sini ke?”
Husna? Aduh selamba badak je dia panggil aku macam tu. Sejak bila pulak orang panggil aku Husna?
“Panggil saya Fatihah la, tak pun Fatih.”
“Ala tak kisahlah. Nama Husna kan lembut je bunyinya. Saya suka.” Sengih lagi macam tak ada trademark lain nak tunjuk. Hesy mamat ni!
“Gelilah!” aku mencebik, serius tidak suka dipanggil Husna. Sejak kecil aku dipanggil Fatihah atau Fatih saja. Tak pernah lagi yang ada memanggilku Husna, memandai je mamat sorang ni tau! Tak brutal la orang macam aku ni dipanggil Husna. Ewah, brutal sangat la kau, Cik Fatihah oi!
“Abang ada temuduga. Husna pulak buat apa kat sini? Kerja ke?”
Aku tergamam. Wajah di hadapan aku itu aku pandang semula. Abang? Ini dah geli berganda dah ni. Tadi panggil aku Husna, panggilan yang sangat keperempuanan, sekarang bahasakan diri dia sendiri pulak abang. Choi! Takkanlah sebab aku beritahu dia umur aku, terus status kami bertukar dari aku jadi kakak, terus sekarang dia pulak jadi abang. Haih! Macam-macam betullah mamat ni!
“Husna?” suaranya yang memecah gegendang telinga buatkan aku kembali tersedar.
            “Ya...” datar saja aku menjawab sambil mengerling jam di tangan.
“Ya Allah! Kerjaaa! Dah-dah jangan kacau saya, saya dah lambat ni!” aku terkocoh-kocoh menanggalkan tali pinggang keledar sebelum melangkah keluar dari kereta. Langkah kulajukan supaya aku sempat sampai ke pejabat sebelum waktu kerja bermula, kalau tidak, merahlah punch card nanti! Aku langsung tak berpaling ke belakang, takut mamat itu mengekori aku lagi.
Haih! Kenapalah aku kena terjumpa dia ni lagi? Tadi dah hadap dia dah, lepas tu kena hadap dia lagi sampai terlambat aku nak masuk office ni. Kenapalah aku yang harus jadi mangsa. Oh kejam sungguh dunia! Why why!

“FATIH, bos panggil.” Tak sempat punggung aku mencecah kerusi, Kak Lisa, pembantu peribadi bos sudah memanggil. Aku mengangkat kening, tanda menyoal Kak Lisa, namun Kak Lisa hanya membalas dengan gelengan. Nak kata aku terlambat masuk, tepat-tepat aku punch card tadi. Apa pulak salah aku kali ni? Aduh!
“Ada apa Dato’ panggil saya?” lekas aku menyoal Dato’ Said saat membuka pintu biliknya. Siapa tak kenal Dato’ Said yang tegas itu, kalau diberi arahan untuk berjumpa dengannya, haruslah pantas dilaksanakan sebelum bos aku ini mengamuk satu pejabat.
“Oh Fatihah, mari sini. Saya nak kenalkan dengan seseorang.” Dato’ Said tersenyum dari tempat duduknya. Seorang jejaka sedang duduk menghadap Dato Said dan membelakangi aku.
‘Aik. Macam kenal saja. Takkanlah dia lagi...’ aku menebak sendiri dalam hati.
“Kenalkan...” Aku tergamam.
Ini anak saya...” jejaka itu menoleh memandang ke arahku. Aku terkesima, lutut dah jadi longlai. Rasa macam dah tak berpijak di bumi yang nyata.
“Aydan Danial Dato’ Said.” Dia memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan padaku. Aku cuma tersenyum tanpa membalas huluran tangannya. Bukan hendak bersikap biadab tapi kami kan bukan mahram. Aku ni walaupun kerja di persekitaran yang serba moden, tapi aku ingat lagi hukum-hakam.
“Anak saya baru saja habis pengajiannya di Australia jadi sekarang dia akan membantu saya menguruskan syarikat. Saya nak awak bantu Aydan biasakan diri dengan persekitaran kerja dan bantu dia apa yang patut, ok?” Dato’ Said tegas memberi arahan buatkan aku lekas mengangguk laju.
“Baik Dato’. Saya akan bantu apa yang termampu.”
“Bagus, Fatihah.” Dato’ Said memandang anaknya semula.
“Aydan, Fatihah ni setiausaha papa, dia boleh bantu Aydan untuk sesuaikan diri dekat sini. Papa mahu Aydan belajar semua selok belok business kita supaya papa boleh serahkan syarikat ni kepada Aydan dengan rasa senang hati nanti. Kalau ada apa nak tanya, Aydan tanya saja pada Fatihah, ok.”
“Ok, got it papa.” Aydan memandang aku semula sebelum mengukir senyum. Masya-Allah, manisnya! Tolong jangan senyum lebar sangat, nanti aku kena kencing manis! Aduh!

AKU keluar dari bilik Dato’ Said dengan senyuman tak lekang. Macam mana tak senyum kalau anak bos aku itu irasnya macam hero pujaan hatiku, Lee Min Ho. Aduh! Tak sangka dalam Malaysia ni ada juga lelaki Melayu berwajah Korea kan. Untungnya aku dapat jumpa seorang. Haha. Patutlah aku tengok Dato’ Said itu segak orangnya walaupun dah berusia, rupanya anaknya pun bukan main kacak lagi.
Ok stop it Fatihah! Kau dok menggatal ni kenapa? Please control yourself. Cuba jaga sikit penampilan diri tu, tudung dah litup tapi perangai tu tak semenggah. Hesy! Kepalaku kuketuk selepas menasihati diriku sendiri.
Tapi, tadi mati-mati aku ingat si mamat muka selenga yang duduk di hadapan Dato’ Said itu sebab dari belakang memang sebijik macam dia, tingginya, rambutnya semuanya sama. Nasib baik bila berpusing orangnya tak sama. Malah jauh panggang dari api. Yang ini segak bukan main, yang itu... errr malas nak cakap. Ish kenapa dalam keadaan macam ni pun aku nak terfikir pasal mamat muka selenga itu. Aduh!
Pinky lady!” Aku tersentak saat mendengar panggilan itu. Siapa pulak yang memanggil aku dengan panggilan sebegitu? Mentang-mentanglah hari ini tudung merah jambu fuschia aku ni menyerlah lain macam. Aku berpaling dengan rasa ingin tahu.
Erk! Encik Aydan sedang tersenyum padaku. Alamak... jangan cair, Fatihah. Jangan cair!
“Fatihah kan?” dia menyoal lagi. Lupalah tu.
“Err ya, Encik Aydan.”
I need all documents for our upcoming projects. You cari dan letak atas meja I nanti ya? I want to do some revision.
“Ok Encik Aydan.” Aku mengangguk. Fuhhh speaking berhabuk. Risau aku, dah la aku ni tergagap sikit kalau nak bercakap dalam bahasa Inggeris. Kalau bahasa Korea tu oklah sikit. Haha perasan kau Fatih!
Sebaik Encik Aydan berlalu dari tempatku, tak semena-mena meja aku diserbu Sally dan Shima yang kelihatan teruja, ingin tahu gerangan siapakah lelaki kacak yang mencemar duli masuk ke pejabat ini hari ini.
“Siapa tu Fatihah? Kacaknya aku tengok!” Sally sudah mula keluar miangnya sama seperti bila ada klien lelaki yang segak-segak datang ke pejabat kami.
“Jangan menggatal nak cuba dia, Sally. Itu anak Dato’ Said, ok.” Aku memberi amaran sebab bukan boleh kira si Sally ni, karang tak pasal dia pergi goda Encik Aydan tu.
“Wah anak bos ke? Lagilah aku nak!” Sally sudah bersuara dengan nada teruja. Meliuk lentuk tubuhnya saat itu dah macam ular kena palu.
“Jangan berani-berani kau nak cuba dia eh?” aku memberi amaran yang berbaur kekerasan kali ini. Biarlah mereka takut sikit.
“Amboi bagi amaran nampak. Nampak sangat yang kau pun nak try dia, kan Fatih?” Shima cuba menebak hati aku. Haish macam mana dia tahu ni? hehe.
“Mana ada, aku tak nak kau orang buat yang bukan-bukan. Dia kan anak bos kita.”
“Tapi untunglah kau, Fatih.”
“Untung?” keningku sedikit terjongket, tidak mengerti.
“Yelah. Kau dapatlah selalu berurusan dengan anak bos kita tu. Kau kan setiausaha bapak dia.”
“Bagus kau highlight benda tu. Jadi biar aku terangkan lagi sekali, aku ni setiausaha Dato’ Said, bukan anak dia.” Aku bingkas bangun dari mejaku, menuju ke kabinet fail. Dari melayan dua orang minah ketandusan kasih sayang ni, baiklah aku cepat-cepat cari fail-fail yang Encik Aydan minta. Kalau aku lambat karang, aku juga yang kena bukannya dia orang.

“ENCIK Aydan.” Aku bersuara saat membuka pintu biliknya usai mengetuk pintu. Encik Aydan yang sedang khusyuk memandang skrin komputernya pantas berpaling memandangku.
            “Oh, Cik Fatihah. Ada apa?” dia senyum. Masya-Allah, indah sungguh. Macam ini, hari-hari kerja pun tak apa.
            “Err ini fail-fail yang Encik Aydan mintak.” Aku menghulurkan fail-fail itu kepadanya sebelum kembali berdiri tegak di hadapan jejaka itu.
            “Ok. Terima kasih, nanti ada apa-apa I panggil ya.”
            “Baik, Encik Aydan. Saya minta diri dulu.” Encik Aydan sekadar mengangguk sebelum mencapai salah satu fail yang aku bawa tadi.
            “Oh one more thing...” belum sempat aku melangkah keluar sebaik membuka pintu bilik itu, Encik Aydan tiba-tiba saja bersuara.
            “Ya, Encik Aydan.”
            “I belum ada setiausaha, jadi papa minta you yang jadi setiausaha I. Lisa akan tolong handle kerja you untuk papa nanti. Ok?” aku tergamam mendengar kata-kata Encik Aydan. Tuah apakah ini? Baru saja aku katakan kepada mereka yang aku ini bukan setiausaha Encik Aydan, tiba-tiba saja jejaka ini memberi perkhabaran gembira sebegini? Aduh rasa nak menjerit saja.
            “Ok, Encik Aydan. Boleh saja.” Aku membalas dengan tenang walaupun dalam hati dah bersorak gembira.

            “Ok. You may go.” Aku sekadar mengangguk mendengar arahan Encik Aydan dan bergegas keluar dari biliknya.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u