~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, April 5, 2016

Novel : Mamat Muka Selenga bab 11



Aku suka layan drama Korea,
Menyibuk betullah dia!
AKU sedang menyapu koridor di hadapan pintu rumahku saat Mak Ngah Ana keluar sambil mengjinjing plastik sampah berwarna hitam. Hendak membuang sampah di tong sampah besar di bawahlah gamaknya tu.
            “Selamat pagi, Mak Ngah.”
            “Pagi, Fatihah. Awal lagi dah menyapu ya?”
Aku sengih, terhenti menyapu habuk dan pasir di atas koridor itu.
“Lama dah tak sapu kat luar ni, Mak Ngah. Habuk pun dah menimbun.”
“Hari ni tak ada rancangan nak keluar ke mana-mana ke?”
“Belum fikir lagi, Mak Ngah. Kenapa Mak Ngah tanya?”
“Oh saja tanya. Si Fahmi tu balik kampung hari ni, kotlah Fatihah pun ada perancangan nak balik kampung.”
‘Balik kampung ye?’ aku berbicara dalam hati saat terdengar kata-kata Mak Ngah Ana.
“Tak baliklah, Mak Ngah. Jauh kalau nak balik pun, takat cuti Sabtu Ahad je rugi.”
“Kampung Fatihah dekat mana?”
“Penang.”
“Oh orang Penang. Jauhlah.” Mak Ngah Ana mengangguk-angguk tanda mengerti. aku sekadar senyum memandangnya, teringat pula pada kampung halaman, rasa rindu menggebu-gebu. Tak aci si mamat tu balik kampung dah, padahal tak sampai sebulan lagi dia duduk dekat KL ni. Huwaa jeles!
“Fahmi balik Johorlah kan, Mak Ngah. Jauh jugak tu. Lebih kurang macam KL nak pergi Penang jugak.”
“Hmm si Fahmi tu bukan kira. Dia tu anak manja emak sikit, kalau tak ada apa-apa mesti dia nak balik kampung.”
Aku ketawa kecil mendengar songehan Mak Ngah Ana. Oh anak manja emak, tak padan dengan dah besar panjang.
“Kalau dah tak boleh berenggang dengan emaknya, kenapa datang jugak berhijrah ke KL ni?” aku spontan mengeluarkan persoalan yang berlegar di benakku.
“Dia nak ubah angin katanya. Entahlah Mak Ngah pun tak pasti sangat.” Mak Ngah Ana menarik senyum nipis. Wajahnya seolah menyimpan sesuatu namun mulutnya tidak mampu meluah. Aku menggangguk kecil, tidak mahu terus bertanya andai soalan itu sensitif.
“Hmm tak apalah macam tu. Mana tau rezeki dia lagi meluas dekat sini kan. Insya-Allah.”
“Insya-Allah. Mak Ngah pun harap begitu, mudah-mudahan. Eh oklah Fatihah, Mak Ngah nak turun kejap buang sampah ni. Ralit bersembang sampai tak sedar pegang sampah busuk. Maaflah ya.” Mak Ngah Ana terkocoh-kocoh berjalan ke arah tangga membuatkan aku sekadar tersenyum memandangnya.

AKU merenung kosong ke arah dinding bilikku itu. Terasa sunyi pula malam ni, Hajar tak ada dekat rumah, biasalah dia setiap masa nak berkepit dengan encik tunang saja kalau hari cuti macam ni. Tinggallah aku terkontang-kanting seorang diri dekat dalam rumah ni. Selalunya ada juga mamat senget sebelah rumah yang dok menyanyi sambil petik gitar, tidakpun suara dia bercakap pun dah riuhkan satu rumah flat ni. Hari ini terasa sepi pula tanpa dia.
Eh ok, kenapa dengan aku ni? tak betul ke dok teringat dekat si Fahmi tu. Haih memang tak betul! Herghhh! Aku mendengus kasar, geram dengan diri sendiri sebab berfikir perkara yang tidak sepatutnya. Aku mengalihkan pandanganku dari dinding ke arah laptopku yang sudah lama tidak kubuka.
Aku membuka folder video dan terhenti di folder Drama Korea; tempat aku menghimpunkan segala drama korea yang aku sudah download dan sedut dari teman-teman sejak zaman universiti lagi. Aku membelek satu persatu tajuk sebelum terhenti pada folder yang bertajuk Rooftop Prince. Drama yang baru aku download beberapa minggu lepas itu segera aku pasang di laptop sebelum mataku fokus menghayati cerita yang sudah terpampang di skrin saat itu.

“WOI, khusyuk gila!” Hajar yang menepuk bahuku tiba-tiba buatkan aku berpaling sebaik menekan butang pause pada aplikasi pemain video itu.
            “Ish, kau ni Hajar! Tak terkejutkan aku tak boleh ke?” aku mengomel sambil memandang jam di dinding. Sudah hampir pukul dua belas tengah malam dan Hajar baru saja pulang. Aku mencekak pinggang memandangnya sambil buat muka garang.
            “Lama betul kau keluar dating ya cik Hajar sayang. Dari pagi tadi kau keluar, sekarang baru kau balik ya. Kalau aku ni mak kau, dah lama aku tarik telinga anak dara aku seorang ni. Balik tengah-tengah malam buta.”
            “Ala relakslah, Fatih. Hari ni seharian aku cari barang hantaran tau. Penat gila kau tahu tak. Kan majlis dah dekat, aku tak naklah buat kerja last minute.”
            “Yelah tu.” Aku mencebik. Tak habis dengan alasan majlis nak dekat dia tu.
            “Ala janganlah marah, mak nenek. Ni aku belikan burger bakar spesial untuk kau. Kau kan suka makan burger daging cheese.” Hajar mengangkat plastik yang terisi bungkusan burger.
            “Nak rasuah akulah tu.” Aku menjuihkan bibir namun plastik itu aku capai juga. Dok menghadap drama Korea ni dari lepas Isyak tadi sampai tak sedar aku belum makan malam, perut pun tiba-tiba saja berkeroncong bila nampak burger. Rezeki jangan ditolak. Hehe.
            “Rasuah pun ambik jugak.” Hajar ketawa sebelum berlalu keluar dari bilik aku. Aku tersenyum sendiri sambil membuka bungkusan burger itu, mengakui kata-kata Hajar itu. Bila perut dah lapar, dah tak kira dah rasuah atau tidak. Bismillah... ngap!

TANPA sedar air mataku mengalir membasahi pipi. Aku seka dengan belakang tangan sebaik merasa sejuknya air mataku yang jatuh namun air mata itu tidak mahu berhenti juga. Hati aku terasa sayu, pedih dan pilu, tak tahu nak terangkan macam mana. Sakit dada aku menahan sebak namun gelora di dada tetap tidak surut.
            Itulah, buat perangai lagi, marathon drama Korea dalam masa dua hari sahaja. Tak berganjak dari skrin laptop kecuali atas urusan penting macam mandi, makan, dan solat. Bila penamatnya begini, aku jugak yang susah nak menahan diri. Sudahlah mata dah macam mata panda sebab tak cukup tidur, sekarang nak bengkak pulak dek asyik menangis dari tadi. Tapi kenapa penamat cerita ni sedih sangat? Huwaaa! Aku menangis lagi untuk kesekian kalinya.
            “Assalammualaikum! Husna! Husna!” suara seseorang yang memekik di luar buatkan aku pantas menyeka kembali air mataku. Nafas kutarik dalam-dalam, tidak mahu sebak di dada terus bergelodak.
            “Ya! Waalaikumussalam.” Aku segera menjawab sambil menyarung tudung ke kepala. Pintu rumah aku buka, sudah tahu siapa gerangan di luar tanpa perlu menjenguk terlebih dahulu.
            “Nak apa?” soalku kepada dia yang sedang berdiri tegak dengan sengihan tak lekang. Suaraku yang sudah serak aku selindungkan dengan berdeham beberapa kali, cuba menormalkan kembali nada suaraku.
            “Amboi garangnya, Husna. Tak rindu abang ke?” dia menyengih lagi macam kerang busuk.
            “Tak kuasa nak rindu-rindu.” Aku mencebik.
            “Habis kalau tak rindu, kenapa menangis sampai bengkak mata? Husna ada masalah ke? Bagitahu abang.” Dia memandang aku dengan wajah risau. Cepat-cepat aku seka air mata yang masih terasa basah di tubir mata. Haih tak hilang lagi bengkak ni. Salah timing betul mamat ni nak muncul. Tak pasal dia nampak air mata jantan aku ni. Huhu.
            “Mana ada masalah apa. Tak ada apalah. Jangan risau.”
            “Mana boleh tak ada apa. Kalau dah bengkak sampai begini sekali mesti ada apa-apa ni. Baik Husna bagitahu abang, kalau tidak abang tanya Hajar.”
            “Ish sibuklah awak ni! Saya cakap tak ada apa, tak ada apalah.” aku mendengus. Takkan nak beritahu dia yang aku layan drama Korea sampai bengkak mata menangis. Malu wei!
            “Hajar! Hajar!” Fahmi memanggil sambil menjenguk ke dalam. Tidak mempedulikan kata-kataku.
            “Ish panggil Hajar buat apa? Dia tak ada dekat rumah, lagipun dia mana tahu apa-apa.” aku menghela nafasku. Susah bercakap dengan orang yang tak faham bahasa dan tak tahu erti berputus asa macam mamat seorang ni.
            “Habis tu? Kenapa jadi macam ni?”
            “Saya tengok drama Korea! Sedih! Saya menangislah. Puas hati? Puas hati awak sekarang?” aku membentak. Geram betul! Nak tahu sangat kan.
            “La, tengok drama Korea ke? Mati-mati abang ingat Husna ada masalah besar. Putus cinta ke, kucing mati ke.” Dia ketawa tak ingat dunia. Aku renung saja dia dengan hati yang panas. Nak kena sungguh dia ni? Kalau aku keluarkan silat jurus bumi terbelah dua ni baru dia kenal erti penyesalan. Hergh!
            Dia terhenti ketawa setelah beberapa ketika, tergamam melihat wajah aku yang masam mencuka.
            “Oh sorry-sorry. Abang tak gelak dah.”
            “Dah puas gelak kan? Dah, saya nak masuk.” Aku mengundur diri ke belakang sebelum mahu menutup pintu namun belum sempat aku berbuat demikian, Fahmi sempat menghalang pintu itu dari tertutup.
            “Eh tunggulah, Husna.”
            “Nak apa lagi?”
            “Ini...” dia menghulurkan satu plastik terisi buah pulasan.
            “Abang bawa dari kampung. Ambillah.” Dia menyambung seraya tersengih. Aku merenung plastik itu sebelum beralih ke arah wajah mamat muka selenga.
            “Eh tak apalah. Nanti Mak Ngah tak dapat pulak.”
            “Jangan risau. Abang bawa balik banyak. Ada lagi satu plastik untuk Mak Ngah.” Fahmi menunjuk ke arah satu plastik besar buah pulasan di atas bangku. Aku memandang ke arah Fahmi semula sebelum menarik senyum tipis, terharu pulak rasanya.
            “Terima kasih.” Aku bersuara saat mengambil plastik itu dari Fahmi namun dia masih memaut kuat, enggan melepaskan plastik tersebut. Dia kembali tersengih saat aku mendongak memandangnya semula dengan kehairanan. Nak bagi ke tak nak?
            “Husna lagi cantik kalau selalu tersenyum macam ni.” Dia berbisik kepadaku sebelum melepaskan pautannya pada plastik tersebut dan melangkah pergi ke rumahnya di sebelah. Ok kenapa aku terasa seram sejuk macam nak demam? Haih geli bulu tengkuk!

“WAH pulasan! Mana kau dapat ni?” Hajar bernada girang sebaik melihat plastik terisi buah pulasan di atas meja sebaik pulang ke rumah lewat petang itu.
            “Fahmi bagi.” aku menjawab datar sambil menyuap sebiji buah pulasan yang sudah dikopek masuk ke dalam mulut.
            “Dia bagi dekat kita? Wah bestnya, mesti sedap.” Hajar mengambil sebiji pulasan dan memulas kulitnya untuk mendapatkan isi di dalam.
            “Dia bagi dekat aku saja. Bukan untuk kau.” aku merampas buah di tangan Hajar. Sengaja hendak mengusik.
            “Cewah, dah mengaku nampaknya hubungan kau orang.” Hajar angkat-angkat kening.
            “Eiii tolonglah! Tak kuasa aku.”
            “Eleh tadi dah mengaku, sekarang malu-malu pulak.” Hajar masih tidak puas mengusik.
            “Nah ambiklah buah ni balik, dan semua buah pulasan ni kau punya. Anggap saja mamat muka selenga tu bagi dekat kau sendiri. Aku tak nak ada kena mengena.” Aku meletakkan buah pulasan yang kurampas tadi ke atas tangan Hajar sebelum bingkas bangun meninggalkan meja makan itu.

Hangat betul hati ini kalau asyik dengar Hajar kenenkan aku dengan si mamat sebelah rumah tu. Haih! suara Hajar yang memanggil dan memujuk tidakku hiraukan lagi. Nasib dah telan dekat sepuluh biji buah pulasan tadi, tak ralatlah kalau tidak dapat makan lagi. Heh!

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u