“Bismillah!
Itadakimasu!” aku bersuara gembira saat sudah duduk di meja makan bersama Haiza
pagi itu. Biasalah cikgu-cikgu, pukul sebelas sudah makan tengah hari. Hehe.
“Amboi
DD, bukan main happy lagi kau bila
dapat makanan kan?” Haiza mencubit pipiku yang yang tembam ini membuatkan aku
menjerit kesakitan. Aku menggosok pipiku perlahan sambil memandang wajah Haiza
dengan rasa marah. Ada jugak orang yang makan garfu hari ni!
“Sakitlah
ngeng! Kan aku cakap jangan panggil aku DD! Aku bukan happy sebab dapat makan, aku happy
sebab ini rezeki Allah. Salah ke?” aku menjelaskan, namun Haiza cuma tersenyum
sinis.
“Eleh!
Rezeki konon, nampak makanan macam tak makan sebulan.”
“Ceh!
Aku happy pun salah. Bukannya aku
makan macam tak makan sebulan. Sama je pun kuantiti nasi kau dengan aku, lauk
pun sama. Kan?” Haiza cuma buat muka malas hendak melayan.
“Eh
tengok jap, kau kena charge berapa
ringgit.” aku cuba menyelak kertas terisi harga sepinggan nasi itu yang
terselit di bawah pinggan Haiza, sama seperti kebanyakan kedai yang menyediakan
lauk cedok.
“Empat
ringgit. Kenapa?” Haiza pelik, dahinya berkerut. Pelik dengan soalan itu
barangkali.
“Cis!
Tak adil betul! Aku kena charge lima
ringgit lima puluh sen!” hatiku rasa sebal, sebaik melihat kertas di bawah pingganku
dan kubanding dengan harga nasi Haiza. “Padahal sama aje lauk kau dengan aku
kan! Bencinya!” aku masih tidak puas hati.
“Mak
cik tu nampak macam banyak kot.” Haiza menjawab acuh tak acuh, sambil mula
menyuap makanan ke mulutnya. Kurang asam jawa betul!
“Kau
nampak pinggan aku ni, banyak beza ke dengan kau?”
Haiza
melihat pingganku sebelum menggeleng perlahan. Memang pinggan kami tidak banyak
beza.
“Ah
mentang-mentang aku ni gemuk, aku ambil lauk macam orang normal pun, orang
tetap nampak banyak. Tetap nak charge
mahal. Benci!” aku tarik muncung sedepa. Hati ini bukan main angin lagi. Mujur
aku ini malu-malu kucing orangnya, kalau aku ni tak reti malu, aku dah tanya
dah makcik kantin tu, kenapa charge
dekat aku harga mahal.
Haiza
cuma tergelak mengekek. Langsung tidak cuba memahami perasaanku yang sebal
tidak terkata.
Ah
diskriminasi betul! Inilah nasib orang badan XXL...
Menjadi
XXL itu bukan bebanan bagi si pemilik saiz itu, tetapi mereka terbeban dek
kerana layanan insan sekeliling pada mereka. Eh buat pesanan khidmat masyarakat
pulak. Errr sambung cerita!
Aku
pelik saat memasuki perkarangan rumah sebaik balik dari mengajar kelas tambahan
hari Sabtu itu, dua buah kereta yang tidak diketahui pemiliknya elok terparkir
di luar pagar rumah teres dua tingkat milik keluarga aku itu. Beberapa pasang
kasut juga berselerakan di hadapan pintu utama. Aku masuk ke rumah dengan
perlahan, usai memberi salam.
“Waalaikumussalam.”
Ayah yang sedang khusyuk berbicara dengan tetamu-tetamu itu, segera menjawab
salam.
Beberapa
orang tetamu mendongak memerhatikanku membuatkan aku yang masih dalam keadaan
kehairanan,melangkah dengan perlahan-lahan, menyalami semua tetamu wanita termasuk
bekas guruku merangkap pengetua tempatku mengajar sekarang, Puan Hamidah yang
asyik tersenyum memerhatikanku. Haih! Buat apa Puan Hamidah datang rumah aku
pulak ni? Aku pelik, namun pantas berlalu ke dapur, mencari kelibat emak.
“Ada
apa tu mak?” aku segera menyoal emak yang asyik membancuh air. Beberapa jenis
kerepek sudah terhidang di dalam pinggan, membuatkan tanganku pantas mengambil
sekeping kerepek dan mengunyah. Sedap aih!
“Ish
tak baik macam tu, itu untuk tetamu. Dah-dah, tak manis pulak kalau bakal mertua
kamu nampak kamu macam tu.”
Srappp!
Darah rasa menyirap ke kepala, kerepek yang dah aku kunyah, rasa macam susah
nak ditelan. Apa tadi? apa yang emak cakap tadi? aku macam tak dengar sangat
la.
“Ba...
baaa... bakal mertua?” aku jadi tergagap, meminta kepastian.
Emak
tergelak kecil, melihat wajahku yang cuak.
“Aah
la, bakal mertua kamu kat luar tu. Cikgu Hamidah.”
“Mak
bergurau kan?” aku menyoal lagi dengan senyuman sinis, beranggapan bahawa emak
aku cuma bercanda. Sengaja nak permainkan jiwaku yang rapuh ini. Auww!
“Ish
nak main-main buat apa, tak ada kerja. Takkanlah saja-saja orang datang rumah kita
bawak sirih pinang tu kalau bukan nak merisik.”
“Mungkin
dorang datang merisik Ameena agaknya.” aku buat acuh tak acuh, yakin yang
rombongan itu pasti bukan untuk diriku. Yelah, siapalah yang nakkan aku ni kan?
“Haish!
Adik kamu tu baru enam belas tahun! Kalau ada yang meminang dia pun, mak takkan
izinkan! Lainlah kamu tu, dah nak jadi anak dara tua!”
“Emak!”
aku menjerit kecil. Malu bila dikata sebagai anak dara tua.
“Ish
dah lah, mak nak ke depan ni. Nanti kering tekak tetamu semua.” emak tersengih,
membiarkan aku keseorangan di dapur dengan penuh tanda tanya. Nak menghendap pun
aku tak berani, tetapi hati aku tak keruan mahu tahu kebenaran! Ahhh!
Emak
menyuruh aku keluar saat rombongan itu ingin pulang. Aku keluar dari dapur dan
bersalaman dengan semua makcik-makcik yang ada di situ. Puan Hamidah yang duduk
di hujung sekali, tiba-tiba bangun lalu terus memeluk aku, lama. Aku tergamam.
“Harap-harap
Deeba boleh terimalah, peminangan cikgu ni ya!” Puan Hamidah sempat berpesan sambil memegang tanganku erat, sebelum dia keluar
dari rumah aku itu. Wajahnya penuh mengharap, menanti balasan dan keputusan
dari pihak aku.
“Cikgu,
eh mama balik dulu ya...” Puan Hamidah menepuk bahuku sebelum duduk di sebelah
tempat duduk pemandu. Dia melambai sebaik kereta mula bergerak. Aku terpempan,
masih terkejut dengan perkara itu. Terkejut ya amat! Adakah aku bermimpi?
Aku
merenung siling bilik dengan pandangan kosong. Kata-kata emak tadi masih terngiang-ngiang
dalam ingatan. Sudahlah rasa terkejut tadi belum reda, disuruh terima
bulat-bulat pulak. Aduh! Tak bagi aku berfikir langsung, mentang-mentanglah
anak Cikgu Midah, laju je mak nak suruh terima. Ah macam mana nak bagi
keputusan, kalau keputusan dah dibuat tanpa persetujuan aku?
“Terima
sajalah lamaran dari Cikgu Midah tu, takkan kamu nak membujang sampai tua?” emak
memujuk aku saat aku sedang khusyuk menonton drama di televisyen, hampir
tersedak aku yang sedang mengunyah kerepek baki petang tadi, saat mendengar emak
memujuk sebegitu.
Buang
tebiat agaknya emak ini, sewenang-wenang hendak menerima pinangan orang, dan
buang tebiat juga Puan Hamidah yang tiba-tiba hendak menyunting aku untuk anak
bujang dia yang tak pernah aku kenal. Ah semua orang dalam dunia ni dah buang
tebiat agaknya!
“Eii,
tak nak lah Deeba, bukan Deeba kenal pun lelaki tu, tiba-tiba aje masuk
merisik. Tak nak, tak nak!”
“Apa
tak kenalnya, kan mak dia cikgu kamu masa sekolah dulu, mungkin mak dia
berkenan kat kamu untuk jadi menantu dia.”
“Yelah
tu mak, ada ke orang yang nak berkenan dengan Deeba ni. Deeba kan gemuk, tak
cantik, tak ada siapa pun pandang Deeba selama ni, mak. Biar ajelah Deeba
bujang seumur hidup. Deeba tak kisah, boleh jugak Deeba jaga emak dan ayah.”
“Jangan
menolak tuah Deeba, bersyukurlah ada yang sudi terima kamu. Kamu pun dah nak
masuk dua puluh enam tahun, sampai bila nak duduk bawah ketiak emak saja. Esok-esok
mak dah tak ada, siapa pulak nak jaga kamu? Kiranya kamu ni bertuah la Deeba,
lelaki yang boleh terima kamu seadanya memang lelaki yang baik.”
Aku
telan liur, ada kebenaran juga pada kata-kata emak. Ah tapi...
“Ala
emak, ni mesti Cikgu Midah yang paksa, bukan anak dia nak sangat pun kat Deeba.
Entah-entah pandang muka Deeba pun tak nak.”
Emak
menggeleng laju.
“Mana
ada, dia sendiri setuju terima jodoh ni, maknanya dia tak kisah la, sayang.”
“Mesti
dia tak tengok Deeba lagi kan? Lajulah dia setuju, cuba dia dah tengok Deeba,
mesti dia tak nak.” Aku cuba serkap jarang.
“Kenapa
anak mak ni suka buruk sangka sangat ni? kamu tu cantik Adeeba. Kamu saja yang
suka merendah diri. Dia dah tengok kamu, Cikgu Midah yang beritahu mak sendiri,
dia tak ada halangan pun nak terima kamu. Dah jangan banyak alasan lagi, terima
ajelah ye. Rugi kalau kamu tolak dia Deeba, peluang macam ni jarang muncul.
Jodoh dah ada depan mata, jangan nak bantah-bantah lagi ya, sayang. Terima aje
ya!”
Aku
tergamam, tidak tahu hendak membalas apa lagi, kelu lidah hendak bersuara. Aku
sebenarnya sudah redha, redha jika memang tiada jodoh aku di dunia ini kerana
sudah lama aku menanti jodoh, namun setiap insan yang aku cuba cintai tidak
mahu membalas cinta aku. Ah inilah kesusahan menjadi insan bersaiz XXL, tiada
siapa yang sudi memandang.
Benar
juga kata emak, hendak memiliki cinta punyalah susah bagi insan seperti aku,
bila dah datang bergolek takkanlah aku nak menolak? Tapi ada ke lelaki yang
baik sangat nak terima aku? ah lelaki tu tak betul agaknya!
Aku
berkalih badan dan menutup mataku. Cuba mengusir perkara yang mengganggu
ketenanganku ini.
“Nah, ambil ni. Cikgu Hamidah suruh ibu bagi
pada kamu.” emak menghulurkan sekeping sampul surat bersaiz sederhana saat aku
turun untuk sarapan, pagi itu.
“Apa
ni ibu?” aku menyoal sebaik sampul itu bertukar tangan.
“Bukak
ajelah. Cikgu kamu tu cakap, dia tak mahu kamu terima tanpa tengok tuannya.” Emak
berkias sebelum tersenyum sinis.
“Ala,
kalau tak tengok pun, memang ibu dah terima dah kan. Deeba tak boleh tolak
pun...” aku mencebik membuatkan Puan Asiah ketawa kecil.
“Iyelah,
sebab kalau kamu tolak kali ni, memang kamu tolak tuah!” emak menjawab sebelum
berlalu ke dapur, meninggalkan aku keseorangan di meja makan. Aku pandang kiri
dan kanan, depan dan belakang. Emak sudah sibuk membasuh pinggan, Ameena sedang
asyik menonton kartun di televisyen, ayah pula sedang membaca surat khabar di
ruang tamu. Ok line clear! Aku membuka sampul itu perlahan
sambil masih memerhati sekeliling, takut kalau kelakuanku diperhatikan.
Sekeping gambar yang berada di dalamnya, kutarik perlahan lalu kutatap dengan
debaran yang kencang.
“Subhanallah!
Ish, biar betul emak ni?” aku terkesima, sukar hendak kugambarkan dengan
kata-kata lagi.
salam dik..akak nak ucapkan selamat berpuasa ..
ReplyDeletewah ..Ak..comelnya adeeba tu ek..mesti heronya hensem giler kan..tak sabar nak tunggu next E3
syabas ..akak rasanya cetir ni mesti sehebat Mr Arrogant..
salam
Kak Ida
apsal deeba t'kejut tgk gmbr 2...?
ReplyDeletemst XXL kn? hehehe...
t'tgu2 kisah Irham ngn Zaara sbnrnya nie... :)
salam AK...
ReplyDeletepermulaan yg bestlah AK....bertuah deeba tu...sukaa cita ni
sue_atie
rasenya deeba t'kejt sbb hensem kot?macam cerpen cinta bersaiz xxl yg akak AK tulis..betl x?hehe
ReplyDeletemcm pernah baca lar..
ReplyDeletenovel nim dr cerpen yg AK pernah karang ke???
dalam cerpen AK sebelum nih kan...hehe..nk pnjg kan jd novel...bgs2...cayok AK
ReplyDeletedalam cerpen AK sebelum nih kan...hehe..nk pnjg kan jd novel...bgs2...cayok AK
ReplyDeletenice..
ReplyDeletesuke
nak lagi bleh? :)
cerita ni dah dipostkan ke Penulisan2u kan..
ReplyDeletebest la...
ReplyDeletejln cerita yg agk berlainan...
agknya mcm mana la rupa si hadif tu smp adeeba terkejut?? hhmm....
waiting for the next entry ;)
haha, apa la yg adeeba terkejut sgt bila nengok gambar bakal suami dia tu ek??? nice entry... teruskan usaha anda...
ReplyDelete~Aisy~
best cite ni.
ReplyDeletemesti hensem gler or keding gler kan hadif tu...hehee
ReplyDeletehaha...best2!!konpem ensem gilerrr mamat tu!!!
ReplyDeleteAK.. adekah novel nie diambil drpd cerpen AK "Cintaku Bersaiz XXL" ?? tp cerpen tu mmg best !! :D ade ke lelaki mcm Hadif kat dunia nie ? =_=
ReplyDeleteApa ada dlm minda adeeba agaknya bila tengok gambar tu...
ReplyDeletep/s: AK blog satu lagi dah tak ada ke?
SUKA :)
ReplyDeletelayannn hehe
suke2...
ReplyDeletebestttttt sgtttttt...
ReplyDeleteahhh! Kimbum... comelnyer dy...! Kawaii... kyeopta... hawaiting lagi ok? gambatte! <3
ReplyDeletesalam AK...
ReplyDeleteseriusly bst.fst time jmpe blog ni ble tgk cerita love you mr arrogant at tv... cri2 jmpe jugk... heheh
Make mcm jep sepah kot...hehehehe
ReplyDeleteMuke macam Jep Sepah kot...hehehhe
ReplyDelete