“Ila
nekad ke dengan keputusan Ila?” Syida menyoal saat dia duduk di sisiku,
menemaniku di dalam bilikku itu. Aku mengeluh kecil, mataku pantas memandang
wajah Syida yang sedang membelek kad kahwin Ida dan Iman.
“Ila
nekad. Mungkin dengan cara ini, hati Ila akan lebih tenang. Dan Iman pun tidak
akan terlalu berasa bersalah dan tidak selesa melihat Ila.”
Syida
menghela nafasnya sebelum memandang aku dengan renungan tajam.
“Tapi
lari takkan pernah dapat menyelesaikan apa-apa masalah, Ila.”
“Tapi
berdepan dengan mereka pun takkan dapat selesaikan masalah ini, Syida.
Menambahkan lagi masalah, mungkin.”
Syida
mengangguk perlahan, barangkali bersetuju dengan aku.
“Habis
tu, bila Ila nak bertolak? Berapa lama?”
Aku
tersenyum, kerana dapat merasakan Syida sudah bersetuju dengan keputusanku.
“Esok
Ila bertolak, mungkin dalam masa sebulan dua ni. sampai Iman selamat
diijabkabul, dan sampai habis cuti persekolahan nanti. Yang penting, selagi
majlis perkahwinan Iman belum selamat dilangsungkan, selagi tu Ila takkan balik
ke sini.” Aku nekad.
Syida
mengelus bahuku lembut, mungkin sebagai tanda yang dia menyokong keputusanku.
Aku tersenyum padanya, walaupun terasa begitu perit sekali untuk tersenyum tika
itu.
Aku
bakal meninggalkan segalanya buat seketika, lari jauh dari sini, agar tiada
hati yang terluka dengan kehadiranku. Dan aku juga bisa menyembuh luka biarpun
aku tahu, biar dari kejauhan, luka ini akan lebih parah apabila tiba ketikanya,
Iman akan menjadi milik orang lain.
Ya
Allah, redhakanlah aku dalam merelakan Iman pergi dari hati ini.
--------------------------------------------------------
Setelah
sekian lama, aku pulang ke kampung, menghabiskan cuti persekolahan yang
panjang, bersama keluarga Mak Teh aku yang menetap di situ setelah kematian
datuk dan nenekku.
Suasana
kampung yang mendamaikan, mungkin bisa menenangkan sedikit hatiku yang rawan
tika itu. Menanti dan menghitung detik-detik waktu, menghampiri saat Iman akan
diijabkabulkan dengan Ida.
Aku
menelek skrin telefon setelah lama kubiarkan ia di dalam laci meja kerana tidak
mahu melayan sebarang panggilan atau mesej dari Iman.
‘44
missed call. 21 unread messages.’ Aku membaca tulisan di atas skrin. Nafas
kuhela sekali lagi. “Pasti dia...”
Aku
lihat siapa yang memanggil, dan memang benar telahanku, memang kesemuanya, Iman
yang memanggil sepanjang dua minggu aku menyepi setelah keluar dari hospital.
Ah biarkan saja dia, andai kubalas panggilan itu, pasti hatiku akan kembali
lembut. Aku kena kuat!
Senarai
mesej, ku belek satu persatu. Mesej-mesej itu dari Iman yang kesal kerana aku
pergi dari hospital tanpa memberitahunya, mesej meminta aku berjumpa dengannya,
dan mesejnya merayu untuk aku menjawab panggilannya. Aku menghela nafas, rasa
tidak sanggup pula untuk menelek lebih banyak mesej yang ada kerana air mataku
sudah bercucuran laju setiap kali membaca mesej darinya itu.
‘Pepohon
cintaku, kian merimbun, semakin dicantas, makin bertunas, tidak mampu mendustai
hatiku, rasa cinta fitrah manusia...’ nada dering irama nasyid kegemaranku itu
kembali berdering menyebabkan aku tersentak, hingga terlepaskan telefon bimbit
itu ke atas katil. Aku gapai semula telefon itu lalu terlihat nama Iman di
situ. Hatiku rasa sayu, kalaulah boleh, memang aku ingin menekan butang hijau
dan bercakap dengan Iman, tapi... aku tidak boleh! Aku harus kuatkan juga
hatiku untuk tidak menjawab panggilan itu. Aku tidak mahu Iman mempengaruhi
keputusan aku untuk pergi dari hidupnya. Aku tidak mahu!
Nada
itu mati di situ, membuatkan aku menarik nafas lega. Aku pantas menggapai
semula telefon bimbit itu, namun belum sempat aku berbuat apa-apa, telefon itu
berdering semula, membuatkan jantungku hampir berhenti berdetak. Aku melihat
pada skrin, kali ini aku terkejut apabila melihat nama Farah yang terpamer di
skrin, tanpa berlengah, aku mengangkat telefon.
“Assalammualaikum
Farah!”
“Ila...”
suara itu mematikan nada ceria yang baru aku pamerkan apabila menjawab
panggilan Farah. Terasa sukar sekali untuk bernafas, di saat aku mendengar
suaranya di sebelah sana. Tapi macam mana dia boleh gunakan telefon Farah?
“Ila,
Ila ada tak kat sana?” soalan itu membuatkan aku tersentak. Fikiranku ligat
memikir, adakah patut letakkan saja telefon itu atau bercakap dengan Iman.
“Hmmm...”
mulutku spontan bersuara.
“Ila,
sebelum Ila fikir nak letak telefon ni, izinkan Iman cakap dulu. Please Ila.”
Aku
tergamam, bagaimana Iman mengerti apa yang ada dalam fikiranku tika itu.
Keluhan
berat kulepaskan. Aku tidak membalas apa-apa, tapi aku juga tidak meletak
gagang, membiarkan Iman berbicara padaku.
“Ila,
tolonglah jumpa Iman untuk sekali ni saja Ila. Ada perkara yang Iman perlu
selesaikan dengan Ila sebelum Iman boleh langsungkan pernikahan tu nanti.”
“Saya
rasa dah tak perlu kot. Dah tak ada apa-apa untuk kita selesaikan Iman.”
Terdengar
dengusan dari sebelah sana. Iman berjeda seketika membuatkan aku turut
mendiamkan diri.
“Ila,
please. Jangan buat Iman macam ni Ila. Tolonglah, untuk sekali ni saja Ila.
Lepas ni Iman janji takkan ganggu hidup Ila lagi.”
Aku
dengar ada sendu pada suaranya. Adakah Iman hampir menangis? Ya Allah,
syahdunya hatiku terasa. Andai bisa aku mengatakan ya, tapi berjumpa dengan
Iman takkan dapat selesaikan apa-apa masalah, aku juga takut hatiku akan lebih
parah apabila melihat dia untuk kesekian kalinya.
“Ila...”
Iman bersuara dari sebelah sana, seperti mengharapkan balasanku.
Aku
diam seketika. Nafas kutarik dalam-dalam.
“Kalau
awak ada apa-apa nak cakap atau nak selesaikan dengan saya, awak cakap saja
dengan saya sekarang. Saya dengar.”
“Tak
boleh Ila. Iman kena jumpa Ila juga.”
“Saya minta maaf Iman, permintaan tu saya tak
dapat tunaikan.”
“Ila...
jangan buat Iman macam ni.”
Air
mataku laju bercucuran.
“Kalau
tak ada apa, saya kena pergi dulu, Iman. Assalammualaikum.”
Aku
pantas menekan punat merah. Dadaku sebak dengan tangisan yang tidak bisa kutahan
lagi.
Ya
Allah, begitu peritnya sebuah perpisahan, tapi perit lagi bila cinta yang
pernah diimpi suatu ketika dulu, datang kembali, tapi kita sudah tidak mampu
menerimanya dek kerana detiknya tidak lagi tepat.
Aku
menangis semahunya, agar bisa kulepas segala rasa yang terbuku.
-------------------------------------------------------------------
“Farah
minta maaf, Ila.” Farah bersuara saat aku mengangkat gagang telefon rumah
kampungku petang itu. Telefon bimbitku sudah kumatikan, tidak mahu Iman
menggangguku lagi. Awal-awal lagi aku sudah berikan nombor telefon kampungku
itu bagi menghadapi kemungkinan yang aku akan menutup telefon bimbitku, dan
sekarang kemungkinan itu sudah aku realisasikan. Aku nekad menutup telefon
hingga majlis pernikahan Iman berlangsung.
Aku
menghela nafas.
“Tak
apalah Farah. Ila faham, Farah mesti rasa bersalah kan. Ila tak salahkan Farah
pun. Cuma Ila tak faham, macam mana?”
“Dah beberapa hari Iman datang rumah ni, cari
Ila. Tapi Farah dan Syida berkeras tak nak beritahu Ila ada dekat mana.”
Farah
terdiam, mungkin masih dibelenggu rasa bersalah.
“Lepas
tu tadi, masa Farah baru balik kerja, Farah nampak Iman dah tunggu depan pintu
pagar. Iman merayu dekat Farah, dia nak cakap dengan Ila untuk sekali ni saja.
Lepas fikir panjang, Farah bagilah jugak dia cakap dengan Ila, sebab Farah tak
nak dia berharap lagi dah. Dia cakap dia nak selesaikan semua hal dia dengan
Ila sebelum dia mulakan hidup baru. Maafkan Farah, kalau Ila rasa keputusan
Farah tu tak betul. Maaf sangat-sangat.”
Aku
terdiam. Farah langsung tidak bersalah dalam hal ni. Masalahnya sekarang, aku
pun tidak tahu apa lagi yang mahu diselesaikan oleh Iman.
“Tak
apa Farah. Ila tak salahkan Farah pun. Cuma, tak ada apa lagi untuk
diselesaikan. Ila pun tak faham, apa lagi yang Iman nak dari Ila. Dia tak nak
selesaikan dekat telefon, dia nak jumpa Ila jugak. Tapi kalau Ila jumpa dia,
Ila takut hati Ila sakit. Ila tak sanggup untuk bertemu dengan dia di saat dia
bakal jadi milik orang lain Farah.” Aku meluahkan segalanya.
“Tapi,
selagi Ila tak jumpa dia, selagi tu dia tak tenang Ila. Apa kata Ila bagi saja
dia peluang terakhir, untuk berjumpa, sebelum Ila dan dia betul-betul mulakan
hidup baru. Manalah tahu, dengan cara ni, dia akan puas hati, dan tak ganggu
hidup Ila lagi.”
Aku
berfikir sendiri, ada benar juga kata Farah. Walaupun hati ini tidak betah
untuk bertemu Iman lagi, namun jauh di sudut hatiku, aku rasa ingin tahu, apa
yang ingin diselesaikan antara aku dengan Iman. aku juga teringin untuk
berjumpa dia buat kali terakhir, kerana aku belum sempat mengucapkan selamat
tinggal saat pertemuan terakhir dulu. Ah adakah aku patut berikannya peluang
ini?
erkkk..bru nk tarik nafas dh bis dh??pendeknya...tp sya tetap xsbr tggu ila jd x jmpa dgn iman
ReplyDeletebest.nak sambunggan lagi.mesti iman tak jadi kawinkan.dia kawin dengan ila kut.akak teka aje.hehe
ReplyDeleteIla..... cubalah tetapkan hati, bulatkan tekad..... bila dah ambil keputusan utk berundur dari hidup Iman.... baik teruskan saja... jgn berundur lagi..... kelak ada hati yg kian terluka..... maybe ada someone yg sesuai utk Ila diluar sana... jgn rosakkan majlis org lain dan persahabatan yg telah terjalin.... mencintai tak semestinya memiliki... jika org yg kita cintai hidup bahagia dgn org lain.... itu dah memadai walaupun bukan dgn diri kita.... lagipun Iman pernah menolak dan melukakan perasaan Ila.... jadi seharusnya dia pasrah menerima balasan atas tindakannya dahulu....
ReplyDeletehohoho.. bile nak sambung lagi ni???
ReplyDeletetakut.....sambung lagi ye
ReplyDeletekesian sgt kat ila......cinta die asyik x kesampaian...geram dgn iman.....dah nk kawin 2 x yah la kacau ila lg....die x paham ke perasaan illa mcm mane......hope ila tabah....
ReplyDeletelike sgt...tp pendek sgt la kak....x puas
Apsal Ila ni emosi sgt heh? Sikit2 termenung, nangis,,, ayoyo...
ReplyDeleteHisy, sakit hati betul dengan Iman ni.Dah nak kahwin pun masih nak kat Ila.
ReplyDeleteALA,BIAR JE IMAN TU MATI DOWH.....SAKIT HATI BETUL TENGOK MAMAT TU.
ReplyDelete