Berkurung
seorang diri di dalam bilik wad itu, hanya membuatkan fikiranku tambah kusut.
Sekejap hatiku terkenangkan arwah Safwan, sekejap hatiku teringatkan Iman.
Satu-satunya saat yang bisa membuatkan aku lupa pada keduanya adalah di saat
aku melelapkan mata. Itu sahaja.
‘Wan,
Ila bodoh kan? Sebab masih tak boleh lupakan dia? Ila sayangkan Wan, tapi
dia.... dia dah lama berada di hati Ila, sebelum Wan lagi. Ah! Ila kena lupakan
dia, kan Wan. Dia sudah menjadi tunangan orang. Tak elok kiranya Ila menaruh hati
pada orang yang bukan milik Ila... kan bagus kalau Wan ada di sini, dan kita
sudah sah bergelar suami isteri. Ila pasti takkan memikirkan dia lagi. Wan...
Ila rindukan Wan.’ Aku bercakap sendiri, seolah-olah Safwan mendengar segala
rintihanku. Air mataku gugur lagi.
“Ila,
Ila ok ke?” sapaan itu mengejutkan aku yang mengelamun entah ke mana. Iman
melihatku dengan wajah gusar. Aku menyeka air mata yang tidak pernah kering di
pipiku.
Aku
menggeleng laju. Ah kalaulah Iman tahu, yang aku menangis kerananya.
Iman
menghela nafas sebelum melabuhkan punggungnya di sisiku. Matanya tertancap lama
pada wajahku, membuatkan aku tidak betah.
“Ila
kena kuat ok. Please Ila. Iman tak suka tengok Ila yang tidak henti bersedih.
Kesedihan Ila tu hanya membuatkan Ila jadi lebih lemah.”
Aku
tersenyum kelat. Cuba berpura-pura kental di hadapan Iman.
“Saya
tak apa-apa Iman. Janganlah risau. Bohonglah kalau saya cakap, saya sudah tak
bersedih. Tapi jangan bimbang, saya masih kuat.” Aku melarikan anak mataku ke
arah lain, enggan membiarkan Iman terus merenung aku begitu. Renungannya itu
hanya akan membuatkan aku tambah sedih.
“Assalammualaikum...”
suara yang menyapa, mengejutkan aku dan Iman, lalu pantas membuatkan kami
berdua berkalih ke arah pintu.
‘Ida!’
aku tergamam saat melihat seraut wajah itu sedang tersenyum manis padaku.
‘Kenapa dia ada di sini?’
“Apa
khabar Ila?” Ida menyapa seolah langsung tidak terkejut melihat aku dan Iman.
“Err...”
aku tergagap hendak berbicara, bimbang Ida mengesyaki yang bukan-bukan tentang
aku dan Iman.
Ida
duduk di kerusi yang tersedia, lalu pantas meletakkan buah-buahan yang
dibawanya, di atas meja. Tanganku digapai, lalu dielus lembut.
“Iman
bagitahu saya tadi, yang awak masuk hospital. Takziah atas pemergian Safwan,
Ila. Barangkali ada jodoh yang lebih baik untuk Ila di sini. Doakanlah Safwan
di sana, ok.” Ida menggoncang sedikit tanganku.
Aku
angguk perlahan, terharu dengan keprihatinan Ida. Kalaulah dia tahu, yang aku
ini turut mencintai Iman, sama sepertinya, apalah yang bakal terjadi.
“InsyaAllah.
Terima kasih Ida.”
Ida
senyum sebelum dia memandang Iman. Mungkin ingin menyatakan rasa simpatinya
pada nasibku.
“Ila
tak boleh sedih-sedih tau. Ila kena bersemangat. Barulah, Ila jadi lebih kuat.
Ida doakan Ila cepat sembuh. Amin! Ila kena cepat-cepat sembuh, barulah nanti,
boleh pergi majlis kami. Dah tak lama dah ni.” Ida laju menuturkan ayatnya.
“Ida...”
Iman seolah cuba menghalang Ida dari terus bersuara. Aku dapat lihat keruh di
wajah Iman.
“Majlis
apa, Ida?” Aku buat-buat teruja, walaupun hatiku beperang sendiri, mengharapkan
apa yang dimaksudkan Ida, berlainan dengan apa yang ada dalam benakku saat ini.
Ida
tersenyum lebih lebar, sebelum menyauk sesuatu dari dalam tas tangannya.
Sekeping sampul dengan tulisan dan corak keemasan, ditarik keluar dari tas
tangan itu.
Aku
tergamam. Iman sudah melarikan pandangan ke arah lain. Tidak sanggup melihat
reaksiku barangkali.
Aku
gapai sampul yang disuakan Ida itu, lalu kubuka perlahan.
‘Dr.
Nur Rafidah binti Dr. Ismail dengan pasangannya, Dr. Muhammad Nurul Iman bin
Dr. Haji Muhammad Nurul Zaim.’
Mataku
berkaca, namun aku tahan semahunya, agar tidak tumpah di hadapan Ida dan Iman.
“Tahniah
Ida! Iman!” ya aku harus gembira. Aku harus bahagia untuk mereka. Untuk Iman.
“Terima
kasih, Ila!” Ida merangkulku erat, gembira dengan ucapan tahniah itu. Pasti dia
cukup teruja dengan majlis itu.
“Ada
sebulan lagi sebelum majlis, tapi memandangkan kad dah siap dan Iman bagitahu
Ida pulak yang Ila ada kat sini, why not Ida jemput terus kan? Hehe. Takut
nanti tak boleh nak jumpa pulak. Maaflah kalau timing Ida tak betul, sebab bagi
kad di saat Ila masih lagi dalam keadaan bersedih. Ila tak kisah kan?”
Aku
geleng laju. Ya aku tidak kisah. Kerana kesedihan ini telah pun digandakan.
Iman
pandang wajahku semula, dengan raut wajah kesal. Aku tahu dia tidak tega hendak
memberitakan hal itu padaku.
“Iman
tak bagi Ida bagitahu Ila lagi, sebab takut Ila masih bersedih. Tapi Ida ni
degil!”
Ida
tergelak kecil mendengar kata-kata Iman itu.
“Eleh,
Ila tak kisah pun la. Kan Ila?” Ida mengangkat kening padaku, membuatkan aku
mengangguk laju seraya tersenyum.
“Ya
Ila tak kisah. Tahniah Iman, Ida...”
Iman
cuma diam, merenungku lama. Ida tidak henti tersenyum sedari tadi. Ah dia bakal
mengecap bahagia. Tentulah gembira.
--------------------------------------------------------
“Doktor,
saya boleh keluar hari ni tak doktor?” aku menyoal sebaik doktor muda itu
selesai memeriksaku. Kalau boleh, hari ini juga aku mahu keluar, kerana aku
sudah tidak sanggup lagi untuk berada dekat dengan Iman. semakin dekat aku
dengan dia, semakin sukar untuk aku halang rasa cinta ini. Aku tidak mahu lebih
sakit, bila melihat Iman bernikah kelak.
“Dari
pemeriksaan kami, cik dah boleh keluar wad dah ni, nanti saya bagi surat
keizinan. Cik boleh uruskan prosuder keluar wad, di kaunter nanti. Ok.”
Aku
mengangguk laju. Alhamdulillah, permintaanku dipermudahkanNya.
“Eh
Doktor Iman pesan, jangan minta bayaran dari cik. Dia akan bayarkan nanti.”
Jururawat di kaunter memberitahuku saat aku ingin membuat prosuder keluar wad.
Aku geleng laju pada jururawat itu.
“Tak
perlu nurse. Saya tak nak Dr. Iman bayarkan bil ni, saya boleh bayar.”
Jururawat
itu mengangguk, sebelum menulis sesuatu di atas kad di depannya itu. Aku
mengeluh panjang. Iman selalu membuatkan aku berasa bersalah. Dia selalu
menunjukkan rasa ambil beratnya padaku, sampaikan aku hampir rebah cintanya.
Mujur kali ini, tidak lama aku ditahan di wad, mampulah aku membayarnya
sendiri, kalau tidak, pasti sekali lagi aku terhutang budi pada Iman. Haish...
Ya Allah, kuatkanlah aku.
Selesai
urusan pembayaran, aku pantas kembali ke bilik wad, mengemas segala barangku.
Farah dan Syida sudah aku hubungi untuk menyampaikan berita kepulanganku, namun
aku tidak meminta mereka menjemputku, aku akan pulang sendiri dengan menaiki
teksi, kerana menanti mereka hanya akan melambatkan aku. Aku harus pantas keluar
dari sini sebelum Iman menyedarinya.
Ya
aku terpaksa lari darinya supaya dia tidak perasan kesedihan yang sedang
membalut jiwaku tika ini. Aku tidak mahu dia tahu yang aku sangat terkesan
dengan berita ini, aku tidak mahu dia tahu yang selama ini aku masih tetap
mencintai dia.
Ya
Allah, aku tidak mahu dia tahu...
Air
mata berjuraian di pipi, saat aku diam di dalam perut teksi. Bangunan hospital
yang makin menjauh, ku pandanga sayu. Hospital itu detik pertemuan semula
antara aku dan Iman. Juga tempat segala memori bersama Iman, namun hospital itu
juga telah banyak membawa berita sedih dalam hidupku, pemergian Safwan dan
sekarang, berita majlis perkahwinan Iman. Ah aku harus pergi jauh dari hospital
ini.
suka tapi sedih tgk ila.. :(
ReplyDeleteSalam.... Seprti dpt merasai kepedihan hati yg ila lalui... Keep on writing!!
ReplyDeleteapa pown x nk iman dgn ila....nti crita mcm x fair utk ida...pdnlah dgn muka iman bodoh sgt dulu
ReplyDeleteIla.....kena kuat. Jgn harapkan pada yg tak pasti. Jika betul Iman untuk Ila dia pasti datang juga nanti. Jgn dipaksa dan jgn terlalu mengharap.
ReplyDeletesedih nya....kesian ila :(
ReplyDeletekesian Ila..... dahlah dia baru kehilangan Safwan... dan skrg ni terpaksa pula berdepan dgn perkahwinan kekasih hatinya.... sgt melukakan hati..... why not Ila pergi jauh dari situ dan mulakan hidup baru ditempat baru.... dgn ini dpt melupakan dia dgn kenangan bersama Safwan dan menjauhkan dirinya dari Dr Iman....
ReplyDeletekesiannya..
ReplyDeleteaduh lupa iman dah ade ida...tp kesian illa......huhuhu..
ReplyDeletehope ade someone yg lebih baik tggu die hehe
huhu..sedih menghayat hati.ada sambungannya tak?
ReplyDeleteIla nie patut make a move. Stand up. Pindah sekolah ke ape. Die tk patut tunggu si iman nie lagi. Tk ke mana
ReplyDeleteSepatutnya biar si iman je yg mampus bukanya wan.
ReplyDelete