“BEB,
nanti kau dah kat sana, jangan lupa aku kat sini eh?” suara Haiza yang
kedengaran, buatkan tanganku yang asyik mengemas barang-barangku dari atas
meja, masuk ke dalam kotak, terhenti. Aku berpaling ke arah Haiza di tepi
dengan dahi berkerut, wajah Haiza suram sahaja. Dia ni dah kenapa?
“Kau
ni kenapa? Sendu semacam je.” Aku ketawa kecil, cuba membuang aura kesedihan
yang tiba-tiba nak mengetuk tangkai hati aku. Aduh! Pergilah main jauh-jauh!
Haiza
diam, bibirnya diketap kuat. Ada air mata yang bertakung di matanya. Aduh!
Kenapa perlu ada babak nangis-nangis ni dalam setiap drama perpisahan. Aku tak
suka nak sedih-sedih. Waa!
“Ingat
tau, jangan lupa aku kat sini.” Haiza menyeka air mata yang bertakung di tubir
mata, enggan membiarkan empangan yang boleh pecah bila-bila masa saja itu,
berhamburan di hadapanku.
Aku
menghela nafas, sebak yang dok menggila, aku cuba tahan sekuatnya.
“Insya-Allah.
Kau janganlah risau, bila-bila masa saja kita boleh jumpa lagi. Aku bukannya
pergi jauh, dekat-dekat sini saja. Cuma tak kerja dekat sini saja, itu je
bezanya, kan?”
Haiza
mengangguk dengan bibir masih diketap. Saja betul minah ni, dia nak tengok aku
menangis dekat sini jugak, gamaknya. Haish!
“Bila
kau ada masa, lawatlah aku dekat sini ya.”
Aku
angguk laju.
“Insya-Allah.
Bila kau dah bersalin nanti, mesti aku datang jenguk. Tapi kau pun kenalah contact aku, bagitau bila kau dah
bersalin. Ok?”
Haiza
angguk sambil senyum, perutnya yang sudah memboyot, diusap perlahan.
“Lepas
ni aku sunyi la, cikgu-cikgu lain mana nak geng dengan aku, dia orang kan
sebaya mak-mak kita. Tak ngam lah.”
“Eleh,
sebenarnya kau sunyi sebab tak boleh buli aku lagi kan?”
“Mana ada aku buli kau, usik-usik manja
adalah. Aku rasa terhibur bila usik kau, bila kau nak marah aku, lagi aku geram
nak usik. Haha.” Haiza tersengih.
Aku
mencebik.
“Itu
yang aku tak tahan tu, kuat benar kau mengusik.”
Haiza
menepuk bahu aku, lantas diusap lembut.
“Aku
minta maaf, Deeba. Kalau selama ni aku buat kau terasa hati dengan perangai
aku, dengan segala usikan aku pada kau. Lepas ni kau tak payahlah risau, sebab
hidup kau akan aman.”
Air
mata aku terus laju berjuraian sebaik Haiza selesai bersuara. Aku bingkas
bangun dan memeluk Haiza erat. Kami hanyut dalam sendu masing-masing sebelum
aku menghela nafas, panjang.
“Aku
tak kisah la pasal usikan tu semua, aku dah terbiasa dah. Kau jangan fikir yang
bukan-bukan pulak. Selama ni, aku bersyukur sebab ada kau kat sini, kawan
dengan aku. Terima kasih Haiza. Kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Aku bercakap
dengan suara yang sudah serak.
“Aku
pun sama. Kau pun sahabat aku dunia akhirat.”
Aku
melepaskan pelukan dan memandang wajah Haiza yang sudah basah dek air mata.
“Dah-dah,
jangan menangis dah. Nanti kenan kat anak, dapat anak kuat menangis. Kau jugak
susah nanti.”
Haiza
tergelak. Air matanya diseka perlahan.
“Aku
akan doakan kejayaan kau. Belajar rajin-rajin tau!”
“Terima
kasih Haiza. Insya-Allah. Duhh, malas
betul kena belajar balik ni. Tapi nak buat macam mana kan? Demi anak bangsa,
mak bangsa kenalah belajar dulu.”
“Kau
ni ada-ada ajelah, Deeba!”
Ketawa
kami pecah sekali lagi.
“SEMUA
dah kemas?” Hadif menyoal, sebaik kotak yang aku suakan, dia ambil lalu
dimasukkan ke dalam bonet. Aku hanya mengangguk sambil mataku masih terarah ke
sekolah. Sedihnya nak tinggalkan tempat yang banyak kenangan ni. Haih!
“Deeba
sedih ye?”
Aku
berpaling memandang Hadif semula sebelum menggeleng.
“Tak
adalah bang. Mana ada.” Aku senyum.
Hadif
ketawa kecil, sebelum memegang pipiku.
“Ni
pipi basah lagi ni, mata pun merah, tak nak ngaku lagi?” dia merenung aku
dengan matanya yang redup, buatkan aku tergamam. Tak boleh nak tipu dengan
Encik Hadif ni, semua dia tau. Benci! Ok nak salahkan dia pulak. Kau yang tak
reti nak cover air mata tu, Deeba.
Huhu.
“Dah-dah,
tak payah sedih lagi. Nanti ada rezeki jumpa la balik dengan kawan-kawan.” Aku
hanya mengangguk, namun mataku sekali lagi kutebar ke arah sekolah. Bila lagi
entah, boleh jejak sekolah ni semula?
“AMBOI
banyaknya barang, nak pindah ke?” Mak Mah yang terjengul dari sebelah, buatkan
aku terhenti melangkah. Kotak yang aku pegang, segera kuletak ke tepi. Boleh
tahan berat jugak kotak ni, banyak pulak barang aku yang aku letak dekat
sekolah rupanya.
“Tak
adalah Mak Mah, cuma tak mengajar dah. Sambung belajar pula.” Aku berikan
senyuman semanis mungkin walaupun risau, bila-bila masa saja mulut laser Mak
Mah itu akan beroperasi. Mak Mah ni bukan boleh, nampak saja muka aku, ada saja
benda nak dibahannya. Kalau dengan Hadif, ok pulak, siap puji melangit lagi.
Hadif itulah, Hadif inilah. Kepingin nak buat menantu gamaknya. Haish! Apa kau
merepek ni Deeba, kang tak pasal-pasal, masin mulut kau, naya!
“Dekat
mana?”
“UITM
Shah Alam, Mak Mah.”
“Oh,
belajar apa?”
“DPLI,
Pendidikan Seni Visual.”
“DPLI?”
Wajah tua itu berkerut.
“Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah.”
“La,
dah ada ijazah, nak ambik diploma lagi buat apa?”
Aku
senyum saja, nak jelaskan pun bukannya Mak Mah faham pun nanti.
“Duduk
asrama ke?” Mak Mah menyoal lagi.
“Taklah.
Ulang-alik je, asrama memang ada disediakan untuk pelajar yang jauh. Tapi sebab
rumah dekat je, saya tak duduk la asrama.”
“La,
iye ke? Dah dia orang sedia, duduk ajelah.” Amboi Mak Mah, nak tolong jagakan
abang Hadif ke?
“Alang-alang
duduk dekat, baik ulang alik je Mak Mah. Duit pun jimat.”
“Dah
kata nak belajar, duduk asrama la senang nak fokus study.” Ish, ini betul-betul macam nak halau aku je ni.
“Tak
kisah duduk mana pun Mak Mah, janji study.”
“Kalau
dua puluh empat jam dengan cik abang kamu tu je, nak boleh study macam mana. Mak Mah pun kalau ada suami macam laki kamu tu,
tak boleh tidur malam Mak Mah.”
Erk!
Ini sudah terlebih ni. apa bab-bab ni pun masuk ni?
“Ish
merepek apa, Mak Mah oi.” Hilang sabar dah ni. Fuh sabarlah hati, sabarlah.
Mak
Mah cuma ketawa sebelum dia menghilang, masuk ke dalam rumahnya semula. Nasib
baik dia masuk sendiri, kalau tak, aku pun tak tahu macam mana nak halau dia
cara halus. Sakit otak betul!
“Mak
Mah sembang apa? Rancak sakan dari tadi.” Hadif muncul di sebelahku, buatkan
aku lekas mendongak memandangnya.
“Abang
buat apa tadi? Kalau abang awal tadi kan, Mak Mah tak merepek dah.” Aku
mencebik.
“Aik,
salahkan abang pulak tiba-tiba. Abang gantikan air refresher baru dalam kereta abang tu. Yang lama dah habis.”
Aku
masih buat muncung.
“Mak
Mah cakap apa sampai isteri abang ni masam je?”
“Tak
ada apalah.” Aku malas hendak bercerita. Kotak yang sudah kuletak ke tepi, ku
angkat semula. Hadif turut sama memegang kotak itu, dan enggan membiarkan aku
membawanya. Aku yang tidak berdaya untuk melawan rebutkan kotak itu, hanya
biarkan Hadif membawa kotak itu sendirian.
“Kenapa
ni?” Hadif menyoal lagi setelah meletakkan kotak itu di sudut bawah tangga
sebelum duduk di sisiku di atas sofa. Aku geleng kepala, namun mataku segera
berkalih memandang Hadif di sisi. Lama aku merenung wajah itu, sambil otakku
ligat memikir.
“Deeba
duduk asrama jelah bang. Senang.” Aku bersuara tiba-tiba.
Wajah
Hadif jelas terkejut. Matanya membulat.
“Kenapa
tiba-tiba ni?”
“Saja.”
Bersahaja aku menjawab sambil mataku memandang ke atas.
“Ni
mesti Mak Mah ada cakap apa-apa ni kan? Dah jangan nak cari pasal, rumah dah
dekat, duduk rumah aja.”
“Ala,
kalau Deeba duduk asrama, bolehlah Mak Mah dengan anak dia tu jagakan abang...”
“Amboi,
sampai hati Deeba kan. Deeba tak nak jaga abang dah, Deeba suruh Mak Mah dengan
si Ros tu yang jagakan abang pulak.”
Aku
ketawa mengekek. Hehe. Saja nak test.
“Mak
Mah yang suruh Deeba dok asrama. Dia dak siap offer nak jagakan abang. Deeba ikut ajelah, dah orang tu sudi.” Aku
menokok tambah lagi, biar sedap ceritaku.
“Sekarang,
Mak Mah tu siapa, sampai Deeba nak kena ikut cakap dia? Ish memandai je Mak Mah
tu.” Hadif mengomel lagi.
Aku
hanya ketawa, seronok bila Hadif bengang dengan Mak Mah.
“Hah!
Deeba pun satu, kira nak ikut je cakap Mak Mah tu kenapa? Ish abang gigit jugak
Deeba nanti.” Hadif nganga mulutnya seolah nak mengigit, membuatkan aku pantas
menjerit.
“Ah
tak nak! Janganlah gigit!” aku menggelupur saat Hadif sudah memaut leherku erat
sambil berpura-pura mahu menggigit.
Ketawa
Hadif pecah sebaik melihat aku menjerit apabila dia tidak henti-henti mengusik
hendak mengigit. Wajahku sudah cemberut. Semput dah ni, nak melawan seorang
Encik Hadif. Badan dia memanglah keding dari aku, tapi tenaganya, Masya-Allah!
“Abang
ni drakula ke apa, nak gigit-gigit orang?” aku buat muka tak puas hati apabila
dia sudah berhenti mengusik, rangkulannya pada leherku pun sudah dilonggarkan,
namun tangannya masih memaut leherku.
“Abang
bukan drakula, abang vampire. Vampire yang kacak macam Edward Cullen.
Haha!”
“Ish
perasan!”
“Dah.
Sekarang jangan nak gatal-gatal. Abang tak izinkan Deeba duduk asrama. Deeba
kena ada di sisi abang je sepanjang masa. Dan ini adalah keputusan muktamad,
tak ada proses rayuan dah.” Hadif menarik diriku dekat dengan dia sambil
bercakap hampir dengan telingaku. Amboi, tegas pulak Hadif hari ni. Hehe.
“Yelah.
Deeba main-main ajelah tadi.” aku sengih menampakkan gigiku yang tersusun.
“Aduh!”
satu cubitan hinggap di pipi tembamku, sampai aku mengaduh.
“Rasakan,
main-main lagi.” Hadif tersengih. Cis! Balas dendam!
alolololo....so suweeet.....sayang giler Hadif ngan Deeba eh....agak2 apalah cabaran hebat yg bakal sweet couple ni hadap ye.....mintak2 le Hadif tak berubah...fuhhh.....hihih...
ReplyDeletelamanyer nak tunggu entry nie tp ape2 pun mmg best!!!
ReplyDeletetak nak la konflik yg berat-berat. tak sesuai dgn tajuk nanti. tajuk dah sweet & relax. hopefully, bila dah sambung belajar Deeba akan lebih berkeyakinan tinggi. pedulikan dengan apa yg org lain nak cakap. yg penting diri sendiri, keluarga, mertua & suami.
ReplyDeletesuka, suka. suma lani suspen nak tunggu apa konflik yang nak mai. mana tau dah gi smbg belajar ada plak yg berkenan kat deeba ni....
ReplyDeletesweet je cite ni... lagipun tak naklh ada konflik yg
ReplyDeletemelampau ye... rengan-rengan je cukuplah janji cite
ni best dan kelakar.
mmg cam sunsweet lar,rase nk lg..
ReplyDeleteSo sweet... :)
ReplyDeletePeduli apa ngan Mak Mah tu....dia jealous sebenarnya tengok Deeba & Hadif... #^_^
OMG! jeles dgn Deeba. untung Deeba dpt Hadif. klaulh ad org mcm Hadif ni memng sy tackle habis2 dah.hahaha *kidim je
ReplyDeleteBest.. So so sweet diorg ni..
ReplyDeletecouple ni mmg comel...
ReplyDeleteNgee..sweetnya.mak mah..o mak mah! jgn pndai2 suruh org pindah asrama plak...tk suka hadif ngan org lain
ReplyDeleteFinally new n3! Laser betul mulut Mak Mah tu ye! Rasa mcm nak cili2 je... tapi sabar bebanyak ye Deeba...ni semua dugaan...org mcm ni mmg banyak kat dunia ni. Insya Allah kalau kita sabar & sentiasa berdoa, semuanya akan jadi ok..
ReplyDeletehmm...so sweet...sibuk je mak mah tue...hadif mcm biasa mmg romantik..i like...
ReplyDeletecomeyyyynyaaa ^_^
ReplyDeleteBEST + ROMANTIK
ReplyDeleteARGHHHHH....
insyallah ,deeba n suaminye happy sokmo...as wife n husbund...aminnn
best (*_*)
ReplyDeleteBest cite ni sis...bila nk siapkn..x sbr nk kumpul koleksi nvel terbaru ni...
ReplyDeleteEverything is very open with a clear clarification of the issues.
ReplyDeleteIt was definitely informative. Your site is extremely helpful.
Thanks for sharing!
Also visit my web site ... affiliates