“BETUL
nak bawak kereta sendiri?” Hadif menyoal untuk kesekian kalinya. Aku angguk
laju-laju. Kereta Proton Persona berwarna putih itu aku usap perlahan. Lama
gila tak bawak kereta sendiri oi!
“Kita
kan nak ke tempat yang sama je, naik ajelah dengan abang.” Hadif buat muka tak
puas hati.
“Haip!
Tak boleh. Nanti rahsia terbongkarlah. Abang ingat tak janji abang ni?”
Terdengar
keluhan dari mulut Hadif.
“Yelah,
tapi janji bawak kereta elok-elok. Hati-hati ok.”
Aku
senyum segaris seraya mengangguk.
“Mesti
punya. Deeba kan bawak kereta macam perempuan, mestilah terlebih berhati-hati.”
Aku ketawa.
“Ish,
orang nasihatkan dia, dia main-main pulak.”
Aku
garu kepalaku yang tak gatal, sambil tersengih.
“Dah
lah, abang masuk la dalam kereta. Kang lambat pergi kerja pulak. Deeba ikut
belakang kereta abang perlahan-lahan. Kalau abang risau, abang jenguk je
belakang, mesti Deeba ada punya!” aku memberikan janjiku sebab suami aku yang
sorang ni, risau terlebih pulak. Macamlah aku ni baru je dapat lesen kereta.
Haish!
“Ok
jaga diri.” Hadif berpesan sebelum membuka pintu keretanya. Aku menarik tangan
Hadif lalu kusalami. Hadif senyum sebelum mengucup dahiku, lama. Ah pagi-pagi
buat aksi romantik la pulak, kang satu hari muka aku merah.
Sebaik
Hadif masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta, cermin kereta itu
diturunkannya. Aku yang baru saja hendak melangkah ke keretaku, di sebelah
keretanya, terhenti.
“Dekat
kampus, abang tak boleh tegur Deeba langsung ke?” Hadif kelihatan serba salah.
Aku sendiri terkedu mendengar soalannya. Ah rupanya aku tak habis fikir lagi.
“Err,
boleh tegur kalau ada urusan. Kalau saja-saja tu tak bolehlah.” Aku memberi
kata putus. Adoi kesian Encik Hadif, lurus je ikut karenah aku ni. Tapi nak
buat macam mana, terpaksalah demi kebaikan bersama.
“Ok.
Jaga diri tau dekat sana, kalau ada apa-apa masalah, cepat-cepat call abang.”
Aku
angguk.
“Lagi
satu, kalau abang dengar, budak Aiman tu nak mengorat Deeba, siaplah dia abang
kerjakan.” Hadif ketawa mengekek, buatkan aku sebal. Apalah, ke situ pulak
difikirkannya.
“Yelah,
pandailah Deeba jaga diri nanti.”
“Kalau
Deeba tak pandai jaga diri, nanti abang peluk Deeba tengah-tengah kampus tu.”
Hadif menyambung tawanya sebelum cermin tingkap keretanya diangkat semula.
Ish
sempat lagi mengugut. Suami siapalah ni.
“WAH
bestnya jadual kuliah kita ni. Tiga hari je kelas, empat hari cuti? Heaven gila!” Ibtisam menjerit
keseronokan sambil matanya ralit memerhati jadual yang kami baru terima.
“Lagi
heaven kalau Encik Hadif tu yang
mengajar kita. Arghh kenapalah dia ajar subjek lain yang langsung tak ada kena
mengena dengan kita!”
“Uhuk!”
aku terbatuk, bila air kotak susu coklat yang kusedut itu, macam dah termasuk
ke rongga hidung. Tersedak aku dibuatnya. Ah, Munirah oi, kenapalah dok sebut
nama suami aku tu? Parah dah ni!
“Kau
ni dah kenapa?” Ibtisam menyoal, sambil dia dan Munirah memerhatiku atas bawah.
“Tak
ada apa-apa. Tersedak, air masuk hidung.” Aku menunjuk ke arah air kotak itu.
“Lain
kali, minum tu jangan gelojoh sangat.” Ibtisam kembali memandang jadual kelas
kami, sedangkan Munirah masih melepaskan pandangannya ke atas, ke langit yang
membiru.
“Encik
Hadif tu handsome kan? Dah kahwin ke
belum eh?” Alamak dia mula lagi. aku dah rasa tak keruan bila Munirah bercakap
tentang suamiku itu.
“Entahlah,
aku pun tak pasti. Ala, kalau dia dah kahwin pun, apa ada hal, kuota dia sampai
empat wei. Dengan aku, dengan Deeba sekali boleh sapu dia, kau tau.” Ibtisam
ketawa berdekah.
Munirah
sudah tarik muncung sedepa sambil memeluk tubuhnya.
“Mana
boleh! Encik Hadif tu untuk aku ajelah. No
sharing, sharing!”
“Sharing is caring apa?” Ibtisam angkat
kening.
“Sharing is caring, tak ada maknanya!
Kalau Encik Hadif tu, jangan haraplah aku nak share dengan korang.”
“Uit,
kedekut gila Mun.”
Aku
cuma tersenyum, walaupun hati dok bergelodak macam apa ja. Nak cerita ke tak
nak? Nak cerita ke tak nak? Ah sakit kepala aku fikir benda ni. Hmm, nanti
dululah. Kang dia orang kena serangan jantung dekat sini, naya aku!
“Kau
ni kenapa diam je dari tadi, Deeba? Kau tak nak rebut Encik Hadif, Mun ni ke?
Meh kita buat pakatan merebut Encik Hadif.” Ibtisam sambung ketawa lagi.
“Alah,
Deeba tu mana mau dengan Encik Hadif. Dia dah ada abang Aiman wei. Tak pandang
dah orang lain. Kalau nak pandang orang lain pun dah tak nampak, sebab Aiman
dah lindung habis orang kat belakang dia.”
“Mun!!!”
aku jegilkan biji mata. Suka-suka hati je kata Aiman macam tu. Kalau dengar dek
dia nanti, kecil hati pulak. Dah la jiwa kami ni sensitif. Huhu.
“Alamak!
Deeba marah la, kita bahan pakwe
dia.” Munirah buat muka takut.
“Dia
bukan pakwe akulah!”
“Alah,
mula-mula bukan la, lama-lama mesti sangkut.” Mereka berdua sama-sama ketawa
sebaik Ibitsam habis bercakap. Ah lantaklah. Tak larat aku nak lawan cakap dua
makhluk Allah ni.
“Alamak!
Alamak! Pujaan hati aku lalu la...” Munirah tiba-tiba bersuara, buatkan aku
pantas memandang ke depan. Hadif sedang berjalan di hadapan kami, menuju ke
surau yang terletak betul-betul di depan taman yang kami sedang lepak ini.
Hadif
mengukir senyum, namun wajahku keras, tidak bisa membalas. Tindakan refleks cover line namanya ni.
“Mak
aih! Dia senyum la. Tak tidur la aku malam ni!” Munirah macam nak terbaring
atas rumput ni. Bukan main seronok lagi dia.
“Dahlah
tengah jalan ke surau, pakai selipar saja pulak tu. Comel wei! Comel!” Munirah
menjerit kesukaan lagi sekali. Aduh!
“Kau
ni betul-betul ke suka dekat Encik Hadif tu? Baru tengok dia sekali dua, dah
macam ni punya angau?” aku menyoal, mahu memastikan. Risau tengok keadaan
Munirah macam ni.
“Orang
tua-tua cakap, inilah cinta pandang pertama...” Munirah bersuara manja.
Aduh
masak! Aku tepuk dahi. Bunyi mesej yang baru masuk, buatkan aku pantas
mendapatkan telefon bimbitku di dalam beg kuliah yang kubawa.
‘Oh Deeba sombong
dengan abang ye. Abang senyum, langsung tak balas. Kawan-kawan Deeba pulak yang
balas.’
Aku
mengukir senyum tanpa sedar, saat membaca mesej dari Hadif itu.
‘Sorry! Tindakan
refleks. Muka jadi keras, tak boleh nak senyum. ^_^’
Aku
tekan butang Send.
“Kau
ni kenapa? Baca mesej, lepas tu senyum sorang-sorang pulak.” Suara Ibtisam
mengejutkan aku, lekas telefon bimbitku, aku humban semula ke dalam beg.
“Eh
mana ada.”
“Ceh,
nak nafi lagi, terang-terang aku nampak. Itu mesti mesej dari Aiman tu.”
Ibtisam serkap jarang. Aku cuma diam, malas nak iyakan, malas nak nafikan. Kang
makin panjang alkisahnya.
“Hah
panjang umur...” suara Munirah buatkan kepalaku mendongak ke depan. Aiman
sedang terkocoh-kocoh berjalan ke arah kami.
“Sorry
sorry. Tadi lepas selesai solat, saya rasa sakit perut pulak.” Aiman buat muka
berkerut.
“Eii,
tak senonoh kau ni, Aiman. Itulah, makan banyak sangat, banyaklah membuangnya.”
Ibtisam membebel sambil bingkas bangun dari atas rumput itu.
“Ala,
tak apalah. Bukannya kuliah start
lagi. Ada lagi lima belas minit kan?”
“Yelah.
Bela la pakwe kau ni. Nanti
sama-samalah kau orang naik lemak.” Ibtisam buat muka. Haih mujur aku dah
terbiasa dengan Ibtisam ni. Mulut tu memang jenis lepas je aci redah, samalah
macam Haiza. Kalau aku temukan dua orang ni, mesti boleh jadi member baik. Haha.
Aiman
diam tidak membalas, wajahnya dah macam takut-takut. Aku ikut bangun, menepuk
debu di belakang seraya mengikut langkah Ibtisam dan Munirah yang sudah mula
bergerak.
“Sorry
tau Deeba. Saya tak sengaja.” Aiman berbisik padaku, saat kami sudah mula
beriringan langkah. Aku pandang Aiman seraya menggeleng.
“Tak
apalah, Aiman. Deeba faham.”
“Tadi
kat dalam surau, saya terjumpa Encik Hadif yang Munirah suka tu.”
Gulp!
Air liur rasa kesat. Wajah Aiman aku pandang semula.
“Lepas
tu?”
“Tak
ada apalah. Cuma saya rasa macam dia dok renung saya semacam. Haha.” Aiman
tersengih.
“Tak
ada apa-apalah. Perasaan awak aje kot.”
“Mungkin
la. Tapi takut jugak saya, macam saya ada buat salah je. Tapi bila saya tengok
dia balik, dia senyum la dekat saya.”
Aku
terdiam. Ini mesti kes cemburu lagilah tu. Hai lah Encik Hadif!
P/s : Maaf menyepi. memikir banyak sambil siapkan manuskrip sejak dua menjak ni. setiap komen AK terima dengan senyuman dan cuba perbaiki sedaya mampu AK ya. Semua entri belum diedit, mungkin bila diedit akan ada penambahbaikan yang AK akan lakukan nanti. selamat membaca! ^______^
inilah akibatnya kalau dah kahwin tapi tak nak orang tau......ada masalahkah kalau orang tau kita kahwin???? Kalau malu dengan saiz xxl tu...berusahalah untuk kurus kan kan kan. Tapi saiz xxl pun manusia jgkan? Lainlah kalau orang tak dapat terima org xxl kahwin dgn orang hensome...orang tu dengki nak mampus macam jiran sebelah hehehe
ReplyDeletehaha. marah sungguh ni. mcm AK cakap la, dia rahsiakan sebab tak nak org fikir dia dapat masuk situ kerana Hadif. n yes, serba sikit dia jugak segan campur takut nak org tau dia isteri Hadif, bimbang kutukan org. apapun, itu dr sisi Deeba, dari hati Hadif tak ada siapa yg tahu kan? tungguuu. heeheh
Deletebest gila gila...
ReplyDeletesmbng lgi ya..
ooo lpa, nak tnya writer nvl ni akan hbis dkt blog ka atau dibukukan? hehe... klau bleh konflik dia jgan lah jhat2 sngat tau.. hehe, jgan mrah..
ReplyDeleteInsyaAllah, terfikir untuk bukukan. hehe. erkk tak nak konflik jahat2? nak kekalkan novel ni biar comel2 je eh? baiklah saya cuba. ehhee
Deletesuka sangat cite ni...mmg comel couple Hadif & Deeba ni!!!!
ReplyDeleteAK! Daebak! Best lah baca cerita ni. Comel jekk Hadif tuuu.. Hoho. Kalau keluar buku, confirm nak beli ni!
ReplyDeletexsyok le dok sorok2 status kawen nih...dok mkn ati jerk tgk kengkwn usha suami terchenta..xjeles ke ek..isk..isk..wlaupon deeba 'comel' tp jgn le buat dia rasa rendah diri sgt..xbaek tauuu..huhu...
ReplyDeletehaha. mmg realiti org comel ini tahap rendah diri diaorang mmg tahap membahayakan. kih3.
DeleteAK..penah tgk tak cite Drop Dead Diva..skang season 4..saye suka org2 comel ni jadi chantek dan berkarisma cam Jane (lakonan Brooke Elliott)..or xyah gi jauh2 le..cam adibah noor pon ok..keyakinan mengatasi segalanya..chaiyokk..
DeleteSalam..eh xgak la cik AK.. Xsumer org saiz xxl ni rendah diri...rendah diri ikot time tp slalunyer konfiden terlebey pown ade hahaha...sbb sy ni saiz xxl juge tp xsuke nk merendah diri ttg diri sendiri.. Xde lg yg penah kutuk sy gemuk ke ape..kalo kutok pown ape ada hal..wat xreti je.. Lgpon ramai je org yg gemuk2 ni dpt pakwe yg encem2..hahaha!! Sy just kecik ati time nk beli bj.. Adoi ssh nk cr aaiz time ni r rs rendah diri sket n trs naik semangat nk krs sbb nk beli bj senang nnt.lgpon saiz yg kecik ni murah!hahaha yo kan je lar!
DeleteAK..penah tgk tak cite Drop Dead Diva lakonan Brooke Elliott as Jane..orgnye juga 'comel' tp pada saya dia mempunyai karektor yg chantek dan berkarisma (mgkin sbb dia peguam dlm cite tu) tp karektor yg camtu yg nk kita bina bg org2 'comel' ni..Adibah Nor pon bole dijdkan cth..so bina keyakinan diri tuk Deeba plak pasni..chaiyokkk!!
Deletesaya masih tak setuju u buat Deeba tu rasa rendah diri sangat. kalau u nak kekalkan watak dia mcm tu, watak Hadif kena very strong yang akan protect Deeba walau mcm manapun org kata tentang Deeba & dia juga hendaklah berkeras dengan Deeba jgn dok ikut sgt apa yg Deeba mintak especially pasal nak sorokkan status perkahwinan depa tu. dah buat dosa la pulak bila dia close dgn Aiman & if Aiman ada hati dgn Deeba, kan tak elok tu. saya pun size xxl jugak, tambah bila dah beranak pinak ni, lagi la badan mcm kena pam :) tapi husband saya tak kisah pun org nak kata apa. yg penting, dia tahu saya siapa & saya mcm mana.
ReplyDeleteeee~ geramnya dengan Hadif ni... nak aje cubit2 pipi dia. dh terbyg ni mcm mna comelnya Hadif pkai selipar. aduh! terjatuh cinta dengan cik abang Deeba la~ >,<
ReplyDeletesuke suke suke keke
ReplyDeleteBetul lah biar ttap comel deeba gan hadif..xxl pun punya prasan...suka gan hadif yg ttap romantik n sayang kat deeba...best...smbg lg tau
ReplyDeletehee..sweet btol hadif nie.sy lak jatuh cinta nnti
ReplyDelete