“LA,
kenapa tak beritahu Mak Ngah, Fahmi sampai hari ni? Mak Ngah ingatkan, Fahmi
sampai esok pagi.” Wajah Mak Ngah yang terkulat-kulat memandangnya, buatkan
Fahmi tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang salahnya
pun, sebab tidak khabarkan awal-awal, sengaja nak terkejutkan Mak Ngah. Sekali
dia yang terkejut sebab hampir pukul lapan, baru Mak Ngah muncul.
“Saja
nak kasi suprise dekat Mak Ngah. Mak
Ngah apa khabar?” Fahmi menyalami tangan ibu saudaranya itu dengan penuh rasa
hormat.
“Baik.
Alhamdulillah. Dahlah, tak payah sembang-sembang di luar ni, Maghrib dah nak
habis pun. Marilah masuk.”
Fahmi
hanya mengekor langkah Mak Ngahnya yang sudah masuk ke dalam rumah kecil itu.
Rumah itu dijelajah melalui matanya. Walau kecil namun tampak selesa dan kemas
teratur. Rumah pangsa kos rendah itu sudah menjadi tempat berteduh keluarga Mak
Ngah sejak dua puluh tahun lalu, saat Mak Ngah berhijrah mengikut Pak Ngah ke
Kuala Lumpur. Mereka mempunyai dua orang anak, Shima dan Shira namun keduanya sudah
tidak tinggal bersama kerana sudah mengikut suami masing-masing setelah
berumahtangga.
“Kamu
solatlah dulu, Mi. Mak Ngah pun nak solat, nanti kita makan sama-sama eh. Mujur
hari ni Mak Ngah rasa nak beli banyak lauk, rupa-rupanya memang kamu nak datang.”
“Langkah
kananlah saya hari ni, Mak Ngah.” Fahmi tersengih.
“Aah.
Langkah kanan sangat. Dah pergilah rehat dulu, itu bilik kamu.” Mak Ngah
mengunjuk pada bilik bersebelahan pintu utama itu. Fahmi hanya tersenyum
sebelum mengatur langkahnya ke arah bilik yang ditunjukkan Mak Ngah.
“KAK
Dah macam mana, tak marahkan kamu ke?” Mak Ngah menyoal saat Fahmi sedang
membantu membuka balutan ayam percik untuk diletak ke dalam pinggan. Fahmi
angkat muka, wajah emaknya di kampung, mula terbayang di mata.
“Tak
adalah Mak Ngah, memang mak berat hati. Tapi bila Mi terangkan yang Mi datang
sini nak cari rezeki, nak ubah nasib keluarga, emak izinkanlah.”
“Bapak
kamu?”
Fahmi
sengih. Ayam percik sudah siap diletak ke dalam pinggan, bungkusan yang
membalut ayam tadi, segera dibuang ke dalam plastik di atas meja.
“Bapak
macam biasalah. Ikut saja keputusan Mi. Cuma dia sedihlah, tak ada lagi orang
nak temankan dia mancing.”
“Alah,
bukannya kamu datang sini tak balik terus sana. Bila ada kelapangan, bila-bila
masa saja boleh balik.” Mak Ngah mengomel sambil mencubit sedikit peha ayam
percik dan digaul dengan nasi sebelum disuap ke dalam mulutnya.
“Hah!
Betul tu, Mak Ngah!” Fahmi menepuk membuatkan Mak Ngah yang terkejut terus
melatah.
“Hah
betul betul betul!” Mak Ngah melatah terus menyuap nasi ke dalam mulut Fahmi.
Fahmi yang terkejut, terus pecah tawanya sebaik nasi berisi lauk ayam percik
itu selesai ditelannya.
“Adoi,
Mak Ngah. Tahulah rindukan Fahmi, sampai siap bersuap bagai ni.” Fahmi menekan
perutnya yang terasa geli hati.
“Ish
kamu ni, Fahmi. Suka terkejutkan Mak Ngah. Hesy, bertuah punya budak!” Mak Ngah
mengurut dadanya yang semput dek terkejut tadi.
Fahmi
tersengih, sudah lama tidak melihat Mak Ngah melatah, rindu juga rasanya. Lepas
ini dia pasti rindukan emaknya pula.
“Hah,
Fahmi. Bila sampai?” suara Pak Ngahnya yang kedengaran di muka pintu pantas
membuat kedua mereka berpaling. Fahmi bangun seraya menghulur salam pada Pak
Ngahnya.
“Jemput
makan, Pak Ngah. Mi baru je sampai, Maghrib tadi.” Fahmi mengambil duduk semula
di tempatnya.
“Oh,
makanlah dulu Mi. Pak Ngah nak mandi dulu, berlengas rasanya ni.” Pak Ngah
bersuara sambil membuka butang atas baju uniformnya. Kerjaya Pak Ngah sebagai
pemandu teksi, memang tidak menentu baliknya. Kadang-kadang balik awal,
kadang-kadang lambat, ikut keadaan. Kadang-kadang sudah balik, dipanggil semula
untuk ambil penumpang.
“Kesian
Pak Ngah ye, Mak Ngah. Letih benar nampaknya tu.”
“Biasalah
tu, cari rezeki. Ini pun dah kurang sikit lincahnya sebab dah kurang sihat, dah
tua. Dulu kalau belum tengah malam, dia tak adanya nak balik. Risau Mak Ngah
kadang-kadang tu.”
Fahmi
mengangguk-angguk. Kagum dengan semangat Pak Ngahnya mencari rezeki untuk
keluarga.
“Dah,
makanlah Fahmi. Esok kamu dah nak mula cari kerja, kan?” Fahmi mengangguk laju.
Itulah tujuannya datang berhijrah ke Kuala Lumpur. Buat sementara waktu ini,
dia menumpang dulu di rumah Mak Ngah. Bila sudah stabil esok, barulah dia fikir
hendak cari rumah lain, segan juga menumpang rumah Mak Ngah lama-lama.
“TANPAMU
akulah yang rindu, tanpa dirimu, hilanglah manjaku...” bait-bait lagu itu
sayup-sayup kedengaran dari rumah sebelah.Hajar menekap telinga pada dinding
bilik Fatihah, cuba mendengar dengan lebih jelas.
“Kau
dengar tak, Fatih?” Muka Hajar jelas serius menyoal sambil telinganya masih
melekap pada dinding.
“Dengar.
Kalau tak lekat telinga dekat dinding tu pun, dah boleh dengar dengan jelas.”
Fatihah menjawab acuh tak acuh sambil matanya masih fokus pada novel di
tangannya. Suara macam katak, ada hati nak menyanyi. Huh! Dalam diam, hatinya
mengomel sendiri.
“Sedap
jugak suara dia, kan?” Hajar tersengih sebelum bingkas duduk semula di sisi
Fatihah.
“Sedap?”
mata Fatihah membuntang memandang Hajar, novel yang dibacanya sedari tadi,
automatik ditutup.
“Aah
la. Sedap apa. Unik suara dia, ala-ala Ramli Sarip.”
“Itu
bukan macam suara Ramli Sarip, itu dah macam Sarip Dol Kampung Dusun.”
“Ish,
kau ni tak puas hati apa dengan budak tu? Bagi aku, suara dia boleh tahan apa.”
“Boleh
tahan kata kau? Aku yang tak tahan ok. Hilang konsentrasi aku nak membaca,
terganggu!” Fatihah sudah tarik muncung panjang. Baru je sampai Maghrib tadi,
dah pandai melalak malam-malam begini. Mengacau sungguh!
“Ish
kau ni kenapa? Sejak jejaka sebelah rumah ni muncul, terus kau hangin semacam.”
Hajar seolah dapat melihat keruh di wajah Fatihah. Mungkin kerana jejaka
sebelah ni, seiras Jep Sepah, mood Fatihah ni dah terbang entah ke mana. Sampai
macam tu sekali penangannya. Kalaulah jejaka sebelah ni seiras Lee Min Ho,
rasanya mesti mood Fatihah ni berbunga-bunga je kan. Tak adil betul!
“Mana
ada hangin. Aku cuma rasa terganggu je.” Suara Fatihah sudah kembali datar.
Tidak mahu Hajar syak yang bukan-bukan. Padahal sebenarnya, sejak tengok mamat
muka selenga dekat sebelah ni, terus dia jadi hilang mood. Entahlah kenapa,
kali pertama tengok pun dah rasa menyampah. Bahaya ni!
Tapi
memang ada pun kes sebegini kan? Ada orang yang pertama kali kita tengok pun
dah jatuh suka, ada pula yang pertama kali kita tengok pun dah menyampah
gila-gila. Kira aku ni jatuh kes yang kedua la. Haha. Fatihah mengulas sendiri.
“Buatlah
muka menyampah macam tu, nanti lama-lama jatuh hati dekat jejaka sebelah rumah
ni, baru padan muka kau!” suara Hajar mengejek buatkan mata Fatihah yang sedia
bulat itu, makin membulat.
“Gila!
Doakan aku yang bukan-bukan tu kenapa?” Fatihah mencubit lengan Hajar, buatkan
Hajar menjerit. Serentak itu, alunan suara dari rumah sebelah, hilang dari
pendengaran.
Fatihah
dan Hajar saling berpandangan, Hajar menyoal Fatihah dengan isyarat mata,
Fatihah hanya angkat bahu tanda tidak tahu. Akhirnya kedua-dua mereka hanya
membuat kesimpulan yang jiran mereka itu sudah tidur.
“AIK,
siapa pulak menjerit malam-malam ni?” Fahmi menyoal dirinya sendiri sambil
menghentikan petikan gitar. Baru je nak feeling malam-malam begini, dah dengar
bunyi jeritan. Agaknya, ngeri sangat ke suara aku ni? Fahmi ketawa sendiri.
Gitar kapok peneman hidupnya selama ini, diletakkan di sebelah katil sebelum
dia bingkas keluar dari bilik. Rasa pelik pula dengan bunyi tadi.
“Hah,
Fahmi, nak ke mana pulak tu?” Mak Ngah yang sedang melipat baju di ruang tamu,
lekas menegur sebaik melihat anak buahnya itu seolah mahu membuka pintu rumah.
Fahmi
menoleh seraya tersengih.
“Ni
Mak Ngah, tadi saya terdengar suara perempuan menjerit. Takut terjadi apa-apa,
saya nak pergi tengoklah.”
“Oh,
kamu jangan risaulah Fahmi. Tak ada apa tu. Ni mesti suara gadis-gadis bujang
rumah sebelah ni. Duduk rumah flat ni, jiran sebelah bergaduh pun kita boleh
dengar, Fahmi. Biasalah tu, budak berdua tu memang rajin bergurau, Mak Ngah
rasa itu mesti suara dia orang. Tak ada apalah yang berlaku. Kamu janganlah
risau.”
“Tak
apalah Mak Ngah, saya periksa dulu. Manalah tahu, dia orang dalam bahaya ke?”
“Hmm.
Yelah, tapi jangan sampai masuk pulak rumah budak-budak tu. Kang naya kamu.”
“Ish,
tak adalah sampai ke situ, Mak Ngah. Fahmi pergi tengok dulu ya?”
“Aah,
pergilah.” Mak Ngah memberikan kebenaran sebelum menyambung kerjanya. Biasalah
pemuda kampung yang lurus macam Fahmi tu, sentiasa saja nak ambil berat hal
keliling. Mak Ngah menggelengkan kepalanya.
Fahmi
melangkah keluar dari rumah sebelum meninjau-ninjau rumah sebelah. Tidak ada
apa yang mencurigakan. Mangga juga dikunci dengan kemas. Tapi itu bukan bererti
segalanya elok saja. Jangan disangka air yang tenang tu tak ada buaya. Fahmi
teringat pesan bapaknya dulu masa mereka keluar memancing, walaupun tak tahu
kaitan dengan keadaannya sekarang, tapi dia tahu situasi di sini lebih kurang
sama.
“Assalammualaikum!
Assalammualaikum!”
Senyap.
Tiada balasan. Patutkah aku pecah masuk? Fahmi berkira-kira.
Fatihah
yang baru saja nak lelap, sebaik Hajar keluar dari biliknya, membuka mata. Ish,
siapa pula datang malam-malam begini? Fatihah berjalan dalam kantuk yang sudah
menyerang matanya. Hajar yang ratu tidur itu, pastilah sudah terlena sebaik
kepalanya mencecah bantal. Jadi siapa lagi boleh membuka pintu, kalau bukan
Fatihah.
Fatihah
membuka pintu sebaik tudung disarung ke kepalanya dalam keadaan mamai.
“Waa...
lai... kumuss... salam...” Fatihah menjawab perlahan-lahan saat pintu itu juga
dibuka perlahan.
“Arghhhh!”
Fatihah menjerit sekuat hati sebaik terlihat kelibat suatu makhluk yang
menyeringai di hadapannya. Pandangan Fatihah tiba-tiba kelam.
mak ngah beli lauk byk..tp ade ayam percik je?kekeke..
ReplyDelete*bestnye kalo dpt mkn ayam percik*
salah satu lauknye lah tu. kah3. malas nak senaraikan lauk-pauk secara panjang lebar. kang semua org terliur. hahaa
DeleteTerus pengsan...? Hahahhahah.... nie mesti kalau jatuh cinta, jadi parah nie...
ReplyDeleteBest..... #^_^
ReplyDeleteSambung cepat2 ye dear!!!!
menyeringai yang tak tahan tu.HAHAA serius terbayang jep. Kak Aliesha cepat2 lah release kan novel ni :3
ReplyDeletelol ... funny larr
ReplyDelete