Tuesday, March 12, 2013

Alhamdulillah. Bakal Terbit Mac 2013

Assalammualaikum semua!
Alhamdulillah.

Cover Novel Cinta Bersaiz XXL dah keluar dan saya sangat suka! comel! heeheh. maaf sebab tak hebahkan bila novel CBXXL ni akan terbit sebab saya mahu segalanya dah dipastikan dulu sebelum khabarkan pada semua.

dan InsyaALLAH novel ini bakal terbit bulan (Mac 2013) ni. Mungkin dalam minggu depan, KaryaSeni akan buka order di laman sesawangnya.


harap-harap cerita di dalamnya pun mampu menyaingi kecomelan covernya. kih3. mudah-mudahan, amin!

MAAF. ya, banyak yang perlu diminta kemaafan kali ini. haha.

Pertamanya sebab cik penulis tak berjaya panjangkan novel dan kekal dengan novel yang bawah 500ms (berdasarkan harganyalah sbb saya sendiri tak pasti berapa mukasurat novel ni dalam buku nanti hihi), tapi berita baiknya, itu bermakna novel saya murah. harganya cuma RM19 (kan dah kata murahhh... sangat.) jadi jangan fikir dua tiga kali, rembat je ok? HAHAHA.
InsyaALLAH utk novel2 akan datang, saya akan berusaha untuk panjangkan lagi demi kepuasan pembaca ya. (banyak kena belajar lagi cik penulis ni, kih3)

Kedua, sebab novel ni masih banyak kurang sana sini, tambahan pula dibuat dalam keadaan yang sedikit kelam kabut akibat kekangan masa. ok ini bukan alasan untuk seorang penulis yang bagus, tapi saya sedar saya bukanlah penulis yang bagus. saya cuma penulis yang masih cuba belajar menulis.

Kali ini juga, saya menulis ikut hati saya (atau org senang cakap sesukahatimaktirilakimakengkau je) dan bukan lagi mengikut trend semasa. jadi maaf jika novel ini tidak memenuhi citarasa sesetengah pembaca. apa yang saya boleh cakap, banyak situasi dalam novel ni adalah dari pengalaman saya sendiri sebagai seorang yg bersaiz XXL. eh tapi Hadif tu belum muncul lg dalam hidup saya. :p hahahaha.

tapi apapun, yang boleh saya cakap pada 'baby' kedua saya ni ialah.... dia COMEL. hahaha. comel macam heroinnya, comel macam covernya, dan mungkin mcm cik penulisnya? siapa tahu kan? HAHAHA.

saya suka novel ni, dan saya harap kalian pun akan suka sama. dan kita boleh jadi suka sama suka. keh keh keh. dan maafkan segala kekurangan novel ini ya!

InsyaALLAH saya akan berusaha memperbaiki lg penulisan saya dari semasa ke semasa. terima kasih dan sayang semua ketat-ketat!

p/s : mungkin sebab demam nak dapat baby baru, maka semangat nak sambung cerita jadi malap. kih3. InsyaALLAH, nnti mood dah ok, saya sambung novel MMS ya! ^_____^

2 comments:

  1. tahniah dik...akak nak tempah ek..

    ReplyDelete
  2. Yeayyyyyy....dah keluar. Alhamdulillah.... Yang di tunggu2. Tapi akak lebih suka shopping di Popular. Insya Allah akan terjah Popular hujung March nie. Pasti dah ada kan...?

    Baby first tu pun mantap. Akak suka.

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!