DERUMAN
enjin yang mengaum di luar rumah buatkan Zaara pantas mengangkat wajah. Entah kenapa
hatinya terasa lekas mahu mengintai di jendela seolah seseorang yang dia rindui
yang bakal muncul di hadapannya tika itu.
Saat
kereta Audi S10 berwarna biru yang berhenti di halaman rumahnya, automatik
bibir merah milik Zaara mengukir senyum. Walaupun baru semalam suaminya
menghantarnya pulang ke kampung, namun kerinduan yang menggebu dalam dada,
sukar sekali hendak diungkap.
‘Hesy,
apa nak jadi dengan kau ni, Zaara. Sah kau dah cinta mati dengan mamat arrogant tak insaf ni.’ Zaara bersuara
sendiri di dalam hati saat dia laju menuruni anak tangga rumah menuju ke kereta
biru itu.
“Assalammualaikum.”
Irham memberi salam sebaik keluar dari perut kereta dan menanggalkan kaca mata
hitamnya lalu disisip pada t-shirt berjenama Polo itu.
“Waalaikumussalam.
Awak buat apa dekat sini? Bukan awak cakap lusa baru nak datang ambil saya
dengan Iman?” Zaara menyoal ketika tangan suaminya ditarik dan dikucup lembut.
Irham
hanya diam tidak membalas persoalan Zaara, pandangannya sudah dilempar ke dalam
rumah.
“Iman
mana?” soalnya seketika kemudian.
“Ada
dekat atas, tengah main dengan atok dan nenek dia.”
“Hah,
apa lagi tercegat kat sini, tak nak ajak saya naik ke apa ni?” Irham menyoal
namun tanpa menunggu jawapan Zaara, dia sendiri sudah mengatur langkah ke atas
rumah.
SELESAI
bersalaman dengan bapa dan ibu mertuanya, Irham pantas mendapatkan Iman yang
sedang asyik menonton kartun di televisyen. Anak kecil itu hanya diam saat
tubuh tegap bapanya memeluknya erat, pipi kiri dan kanannya juga sudah menjadi
mangsa ciuman bapanya itu.
“Eii
apa ni papa?” Iman menolak tubuh itu dengan tenaga kecilnya sebelum mengelap
kesan ciuman di kedua belah pipinya. Keletahnya itu mengundang tawa mereka yang
memerhati gelagatnya sedari tadi.
“Anak
papa buat apa hari ini?” ceria Irham menyoal sebaik meletakkan Iman dalam
ribaannya. Rasa hilang rindunya saat melihat anak kecil itu depan matanya.
“Main
game.” mulut kecil itu petah membalas
pertanyaan bapanya tetapi pandangannya kembali beralih ke arah televisyen
semula.
“La,
punya banyak aktiviti dekat kampung ni, game
jugak yang Iman hadap?” Irham menggelengkan kepalanya sebelum matanya memandang
wajah bapa mertuanya.
“Biasalah
Irham, budak-budak bandar. Bukannya reti nak masuk sawah, memancing ikan
segala. Yang dia tahu cuma menghadap benda alah tu semua. Apa ke namanya tu?
Tap tap?”
“Tablet,
ayah.” Irham menjawab dengan sengihan sudah terukir di bibir.
“Aah,
tablet.”
Zaara
hanya memerhati gelagat mereka dari satu sudut. Tanpa sedar, bibirnya mengukir
senyum, bahagia. Walaupun Irham tidak ambil peduli tentang dia sepertimana
Irham melayan Iman ketika itu, namun melihat Irham bersama Iman, tanda cinta
mereka sudah membuatkan Zaara bahagia. Benar-benar bahagia.
“AWAK
nak makan? Saya panaskan lauk ya?” Zaara menyoal saat Irham usai mandi dan
sedang bersiap di dalam bilik. Dia yang duduk berteleku di atas katil, asyik
memerhati Irham sedari tadi.
“Hmm.”
Irham sekadar memandang Zaara sekilas sebelum kembali memandang cermin sambil
menyikat rambutnya, seolah tidak terkesan dengan kehadiran Zaara ketika itu.
‘Hesy,
ada suami pun macam ada ketul emas dalam mulut. Sejak bila saya kahwin dengan
lelaki bisu ni?’ Zaara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Walaupun sudah lima
tahun mereka berkahwin, namun adakalanya Zaara masih bingung dengan tindakan
Irham yang sukar untuk ditafsir maksud tersiratnya. Nak tanya pun belum tentu
Irham hendak menjawab dan kalau dia jawab pun barangkali jawapan itu hanya
menyakitkan hati Zaara, jadi lebih baik dia diam dan terima saja.
Zaara
bingkas bangun dari katil, ingin membawa langkahnya ke dapur untuk memanaskan
lauk namun belum sempat dia membuka pintu bilik, tangannya dicapai Irham dari
belakang. Zaara menoleh ke belakang, pelik dengan tindakan Irham.
“Ada
apa lagi awak?” Irham hanya menggeleng saat mendengar persoalan Zaara. Tubuh
kecil molek isterinya itu ditarik rapat ke dada sebelum didakap erat tanpa
sebarang suara keluar dari mulutnya. Zaara tergamam namun tidak mampu menolak
mahupun berkata apa.
Lama
mereka begitu sebelum rangkulan Irham mula longgar dan akhirnya dia melepaskan
Zaara dari dakapan dan kembali menyambung menyikat rambutnya pada cermin seolah
tiada apa yang berlaku. Zaara yang terpinga-pinga kembali membawa langkahnya ke
luar bilik, ada senyuman yang cuba disembunyikannya namun terlukis jua tanpa
sedar.
‘TAK
betul agaknya suami aku sorang tu. Tak bagi salam apa tiba-tiba saja menyerbu
macam tu. Hesy! Nasib baik tak ada lemah jantung. Tapi kenapa rasa bahagia
pulak ni? Aduhhh.’ Zaara mengomel sendiri di dalam dapur.
“Amboi
Zaara, kacau gulai ikan keli tu pun tersenyum sampai telinga ni dah kenapa?”
Hajah Amina yang muncul tiba-tiba buatkan Zaara tersentak.
“Ish
mana ada, ibu.” Lekas Zaara menafikan walaupun wajahnya sudah merona merah
menahan malu.
“Kalau
tak ada, kenapa sampai kering kuah gulai tu kamu kerjakan Zaara? Hesy, suami
jauh pun serba tak kena, bila dia dekat pun kamu tak keruan jugak. Apa nak jadi
kamu ni Zaara?” Zaara tergamam, pantas dia melihat gulai ikan keli di atas
dapur itu. Gulai yang hampir kering kuahnya dek kerana terlalu lama dipanaskan,
dipadamkan apinya dengan segera.
“Kenapa
ni?” Irham yang muncul tiba-tiba pantas menyoal sambil mengambil duduk di meja
makan.
Hajah
Amina tersengih pada menantu tunggalnya itu sebelum matanya tumpah pada wajah
anak kesayangannya pula. Zaara memberi isyarat meminta ibunya supaya tidak
berkata apa-apa yang boleh membuatkan Zaara tambah malu.
“Tak
ada apalah Irham. Biasalah Zaara ni, suka cuai.” Hajah Amina membalas pendek sebelum
membuka tudung saji. Nasi yang sudah dipanaskan Zaara, dihidang ke dalam
pinggan dan disua pada Irham.
“Makanlah,
Irham.”
“Ibu
tak makan sekali ke?”
“Ibu
dah makan dah tadi. Kamu makanlah ye.” jemputnya sebelum dia bingkas bangun
dari situ untuk memberi laluan pada menantunya untuk makan dengan tenang.
Selesai
mengambil pinggan yang dihulur Hajah Amina, pandangan Irham jatuh pada
lauk-pauk yang tersedia depan mata. Ikan keli goreng, ulam-ulaman berserta
sambal belacan sudah cukup membuka selera Irham saat itu. Akibat mahu lekas
sampai ke kampung Zaara, Irham langsung tidak singgah untuk makan tengah hari.
Sekarang perutnya sudah kuat berkeroncong menahan kelaparan.
“Makanlah
awak, nanti sejuk balik pulak lauk ni.” Zaara bersuara sambil meletakkan gulai
ikan keli yang sudah dimasukkan ke dalam mangkuk, di atas meja makan. Irham
mengangguk kecil sebelum matanya tertancap pada mangkuk gulai ikan keli itu.
“Ini
apa?” soalnya pelik.
“Err,
gulai ikan keli.” Zaara tergagap membalas. Malu dengan kecuaiannya.
“Kenapa
tak ada kuah? Dah rupa rendang dah saya tengok.”
“Awak
jangan la nak perli saya. Saya terlajak panaskan tadi, kuah dah kering sikit.
Maaf.”
Irham
sekadar menggeleng namun tangannya sudah pantas mencedok gulai ikan keli itu.
Zaara tersenyum lega, walaupun kuah gulai ikan keli itu dah hampir kering,
Irham tetap berselera menjamah hidangan yang tersedia. Almaklumlah, lauk
kegemarannya kan.
“AYAH
sihat? Masih sakit lutut ke?” Irham bersuara saat dia mengambil duduk di
sebelah Haji Zaidi di atas pangkin petang itu. Bapa mertuanya itu asyik
mengurut-urut kakinya sedari tadi membuatkan Irham terdetik untuk menyoal.
“Biasalah
Irham, dah tua-tua macam ni, mesti ada penyakit jugak walau sedikit. Sakit
kaki, sakit lutut ni biasa ajelah. Semua orang tua rasa.” Haji Zaidi tersenyum
pada menantunya itu.
“Bak
sini minyak tu. Biar Irham urutkan kaki ayah.” Irham menyuakan tangannya,
mengambil minyak angin dari genggaman tangan Haji Zaidi. Haji Zaidi terkedu,
hanya membiarkan menantunya itu mengambil minyak angin itu.
“Ayah
tak payahlah buat kerja berat sangat. Sawah tu pun, upah aje mana-mana anak
muda dekat kampung ni untuk kerjakan.” Irham mengomel sambil tangannya leka
mengurut kaki Haji Zaidi. Haji Zaidi tersenyum. Pandangannya jatuh pada sawah
yang terbentang luas.
“Kalau
duduk saja, lagi ayah rasa tak sihat. Ayah ni orang kampung, Irham. Mana reti
duduk diam menghadap komputer macam orang-orang bandar tu. Masuk sawah, mengail
ikan dekat sungai, masuk kebun, itu ajelah yang ayah reti pun.”
“Tak
apa, nanti Irham belikan komputer dan masukkan internet dekat rumah ni. Nanti
bolehlah ayah berskype dengan Iman.”
“Hah?
Skayip? Apa benda tu Irham?”
“Skype la ayah.” Irham membetulkan
kata-kata Haji Zaidi.
“Ish
tak payahlah letak benda-benda macam tu dekat sini Irham. Karang nanti jadi
perangkap habuk je, ayah dengan ibu bukannya reti nak guna. Lagipun kamu banyak
dah bagi macam-macam pada kami, Irham. Motor Ducati pemberian kamu tu pun segan
ayah nak bawak sangat keliling kampung sebab orang-orang kampung pandang pelik.
Nasib tak ada yang mengorat ayah, karang jealous
ibu kamu.” Irham pecah tawanya mendengar omelan Haji Zaidi.
“Tak
ada apalah ayah. Kan dah jadi tanggungjawab Irham untuk jaga ayah dan ibu
jugak.”
Haji
Zaidi menepuk bahu menantunya dengan rasa terharu.
“Alhamdulillah,
terharu ayah dapat menantu macam kamu, Irham. Walaupun kaya, tapi tak
menyombong dan lupa pada kami dekat sini.”
“Ayah
jugak yang banyak nasihat Irham selama ni. Irham ingat setiap nasihat yang ayah
bagi tu.”
“Alhamdulillah.
Sama-sama kita mengingatkan, buat apa nak menyombong atas dunia ni sedangkan
kita ni diciptakan dari sehina-hina air mani tu. Malu kita dengan Allah kalau
kita sombong sedangkan Dia yang Maha Mencipta segala makhluk pun tak pernah
sombong pada hambaNya.”
“Benar
tu, ayah.” Irham mengangguk-angguk kepalanya tanda mengerti.
“Macam
mana kaya dan berharta pun kita, ingatlah semua ni milik Allah. Bila-bila masa
saja Dia boleh ambil dari kita. Jadi sentiasa bersyukur ya.”
“Insya-Allah,
ayah.” Irham melorek senyum. Haji Zaidi membalas senyumannya sebelum melihat ke
arah jam tangan Irham.
“Hah,
Asar pun dah nak masuk ni, marilah kita ke surau. Solat jugak salah satu cara
untuk ingatkan kita yang kita ni ada Penciptanya.”
“Baik,
ayah.” Irham tersenyum, rasa senang sekali mendengar kata-kata Haji Zaidi yang
penuh hikmah. Dia bingkas bangun mengikut langkah bapa mertuanya itu untuk ke
surau, menunaikan solat Asar.
suka sgt2...
ReplyDeletebest.....
ReplyDeleteterbaik AK :)
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteTak pernan menghampakan 👍
ReplyDelete