Aku suka layan drama Korea,
Menyibuk betullah dia!
AKU sedang menyapu koridor di hadapan pintu rumahku saat Mak Ngah
Ana keluar sambil mengjinjing plastik sampah berwarna hitam. Hendak membuang
sampah di tong sampah besar di bawahlah gamaknya tu.
“Selamat pagi, Mak
Ngah.”
“Pagi, Fatihah.
Awal lagi dah menyapu ya?”
Aku sengih, terhenti menyapu habuk dan pasir di atas koridor itu.
“Lama dah tak sapu kat luar ni, Mak Ngah. Habuk pun dah menimbun.”
“Hari ni tak ada rancangan nak keluar ke mana-mana ke?”
“Belum fikir lagi, Mak Ngah. Kenapa Mak Ngah tanya?”
“Oh saja tanya. Si Fahmi tu balik kampung hari ni, kotlah Fatihah
pun ada perancangan nak balik kampung.”
‘Balik kampung ye?’ aku berbicara dalam hati saat terdengar
kata-kata Mak Ngah Ana.
“Tak baliklah, Mak Ngah. Jauh kalau nak balik pun, takat cuti Sabtu
Ahad je rugi.”
“Kampung Fatihah dekat mana?”
“Penang.”
“Oh orang Penang. Jauhlah.” Mak Ngah Ana mengangguk-angguk tanda
mengerti. aku sekadar senyum memandangnya, teringat pula pada kampung halaman,
rasa rindu menggebu-gebu. Tak aci si mamat tu balik kampung dah, padahal tak
sampai sebulan lagi dia duduk dekat KL ni. Huwaa jeles!
“Fahmi balik Johorlah kan, Mak Ngah. Jauh jugak tu. Lebih kurang
macam KL nak pergi Penang jugak.”
“Hmm si Fahmi tu bukan kira. Dia tu anak manja emak sikit, kalau
tak ada apa-apa mesti dia nak balik kampung.”
Aku ketawa kecil mendengar songehan Mak Ngah Ana. Oh anak manja
emak, tak padan dengan dah besar panjang.
“Kalau dah tak boleh berenggang dengan emaknya, kenapa datang jugak
berhijrah ke KL ni?” aku spontan mengeluarkan persoalan yang berlegar di
benakku.
“Dia nak ubah angin katanya. Entahlah Mak Ngah pun tak pasti
sangat.” Mak Ngah Ana menarik senyum nipis. Wajahnya seolah menyimpan sesuatu
namun mulutnya tidak mampu meluah. Aku menggangguk kecil, tidak mahu terus
bertanya andai soalan itu sensitif.
“Hmm tak apalah macam tu. Mana tau rezeki dia lagi meluas dekat
sini kan. Insya-Allah.”
“Insya-Allah. Mak Ngah pun harap begitu, mudah-mudahan. Eh oklah
Fatihah, Mak Ngah nak turun kejap buang sampah ni. Ralit bersembang sampai tak
sedar pegang sampah busuk. Maaflah ya.” Mak Ngah Ana terkocoh-kocoh berjalan ke
arah tangga membuatkan aku sekadar tersenyum memandangnya.
AKU merenung kosong ke arah dinding bilikku itu. Terasa sunyi pula malam ni, Hajar tak ada dekat rumah, biasalah dia setiap masa nak berkepit dengan encik tunang saja kalau hari cuti macam ni. Tinggallah aku terkontang-kanting seorang diri dekat dalam rumah ni. Selalunya ada juga mamat senget sebelah rumah yang dok menyanyi sambil petik gitar, tidakpun suara dia bercakap pun dah riuhkan satu rumah flat ni. Hari ini terasa sepi pula tanpa dia.
Eh ok, kenapa dengan aku ni? tak betul ke dok teringat dekat si
Fahmi tu. Haih memang tak betul! Herghhh! Aku mendengus kasar, geram dengan
diri sendiri sebab berfikir perkara yang tidak sepatutnya. Aku mengalihkan
pandanganku dari dinding ke arah laptopku yang sudah lama tidak kubuka.
Aku membuka folder video dan terhenti di folder Drama Korea; tempat
aku menghimpunkan segala drama korea yang aku sudah download dan sedut dari
teman-teman sejak zaman universiti lagi. Aku membelek satu persatu tajuk
sebelum terhenti pada folder yang bertajuk Rooftop Prince. Drama yang baru aku download beberapa minggu lepas itu
segera aku pasang di laptop sebelum mataku fokus menghayati cerita yang sudah
terpampang di skrin saat itu.
“WOI, khusyuk gila!” Hajar yang menepuk bahuku tiba-tiba buatkan
aku berpaling sebaik menekan butang pause pada aplikasi pemain video itu.
“Ish, kau ni
Hajar! Tak terkejutkan aku tak boleh ke?” aku mengomel sambil memandang jam di
dinding. Sudah hampir pukul dua belas tengah malam dan Hajar baru saja pulang.
Aku mencekak pinggang memandangnya sambil buat muka garang.
“Lama betul kau
keluar dating ya cik Hajar sayang. Dari pagi tadi kau keluar, sekarang baru kau
balik ya. Kalau aku ni mak kau, dah lama aku tarik telinga anak dara aku
seorang ni. Balik tengah-tengah malam buta.”
“Ala relakslah,
Fatih. Hari ni seharian aku cari barang hantaran tau. Penat gila kau tahu tak.
Kan majlis dah dekat, aku tak naklah buat kerja last minute.”
“Yelah tu.” Aku
mencebik. Tak habis dengan alasan majlis nak dekat dia tu.
“Ala janganlah
marah, mak nenek. Ni aku belikan burger bakar spesial untuk kau. Kau kan suka
makan burger daging cheese.” Hajar mengangkat plastik yang terisi bungkusan
burger.
“Nak rasuah akulah
tu.” Aku menjuihkan bibir namun plastik itu aku capai juga. Dok menghadap drama
Korea ni dari lepas Isyak tadi sampai tak sedar aku belum makan malam, perut
pun tiba-tiba saja berkeroncong bila nampak burger. Rezeki jangan ditolak.
Hehe.
“Rasuah pun ambik
jugak.” Hajar ketawa sebelum berlalu keluar dari bilik aku. Aku tersenyum
sendiri sambil membuka bungkusan burger itu, mengakui kata-kata Hajar itu. Bila
perut dah lapar, dah tak kira dah rasuah atau tidak. Bismillah... ngap!
TANPA sedar air mataku mengalir membasahi pipi. Aku seka dengan
belakang tangan sebaik merasa sejuknya air mataku yang jatuh namun air mata itu
tidak mahu berhenti juga. Hati aku terasa sayu, pedih dan pilu, tak tahu nak
terangkan macam mana. Sakit dada aku menahan sebak namun gelora di dada tetap
tidak surut.
Itulah, buat
perangai lagi, marathon drama Korea dalam masa dua hari sahaja. Tak berganjak
dari skrin laptop kecuali atas urusan penting macam mandi, makan, dan solat.
Bila penamatnya begini, aku jugak yang susah nak menahan diri. Sudahlah mata
dah macam mata panda sebab tak cukup tidur, sekarang nak bengkak pulak dek
asyik menangis dari tadi. Tapi kenapa penamat cerita ni sedih sangat? Huwaaa!
Aku menangis lagi untuk kesekian kalinya.
“Assalammualaikum!
Husna! Husna!” suara seseorang yang memekik di luar buatkan aku pantas menyeka
kembali air mataku. Nafas kutarik dalam-dalam, tidak mahu sebak di dada terus
bergelodak.
“Ya!
Waalaikumussalam.” Aku segera menjawab sambil menyarung tudung ke kepala. Pintu
rumah aku buka, sudah tahu siapa gerangan di luar tanpa perlu menjenguk
terlebih dahulu.
“Nak apa?” soalku
kepada dia yang sedang berdiri tegak dengan sengihan tak lekang. Suaraku yang
sudah serak aku selindungkan dengan berdeham beberapa kali, cuba menormalkan
kembali nada suaraku.
“Amboi garangnya,
Husna. Tak rindu abang ke?” dia menyengih lagi macam kerang busuk.
“Tak kuasa nak
rindu-rindu.” Aku mencebik.
“Habis kalau tak
rindu, kenapa menangis sampai bengkak mata? Husna ada masalah ke? Bagitahu
abang.” Dia memandang aku dengan wajah risau. Cepat-cepat aku seka air mata
yang masih terasa basah di tubir mata. Haih tak hilang lagi bengkak ni. Salah timing betul mamat ni nak muncul. Tak
pasal dia nampak air mata jantan aku ni. Huhu.
“Mana ada masalah
apa. Tak ada apalah. Jangan risau.”
“Mana boleh tak
ada apa. Kalau dah bengkak sampai begini sekali mesti ada apa-apa ni. Baik
Husna bagitahu abang, kalau tidak abang tanya Hajar.”
“Ish sibuklah awak
ni! Saya cakap tak ada apa, tak ada apalah.” aku mendengus. Takkan nak beritahu
dia yang aku layan drama Korea sampai bengkak mata menangis. Malu wei!
“Hajar! Hajar!”
Fahmi memanggil sambil menjenguk ke dalam. Tidak mempedulikan kata-kataku.
“Ish panggil Hajar
buat apa? Dia tak ada dekat rumah, lagipun dia mana tahu apa-apa.” aku menghela
nafasku. Susah bercakap dengan orang yang tak faham bahasa dan tak tahu erti
berputus asa macam mamat seorang ni.
“Habis tu? Kenapa
jadi macam ni?”
“Saya tengok drama
Korea! Sedih! Saya menangislah. Puas hati? Puas hati awak sekarang?” aku
membentak. Geram betul! Nak tahu sangat kan.
“La, tengok drama
Korea ke? Mati-mati abang ingat Husna ada masalah besar. Putus cinta ke, kucing
mati ke.” Dia ketawa tak ingat dunia. Aku renung saja dia dengan hati yang
panas. Nak kena sungguh dia ni? Kalau aku keluarkan silat jurus bumi terbelah
dua ni baru dia kenal erti penyesalan. Hergh!
Dia terhenti
ketawa setelah beberapa ketika, tergamam melihat wajah aku yang masam mencuka.
“Oh sorry-sorry.
Abang tak gelak dah.”
“Dah puas gelak
kan? Dah, saya nak masuk.” Aku mengundur diri ke belakang sebelum mahu menutup
pintu namun belum sempat aku berbuat demikian, Fahmi sempat menghalang pintu
itu dari tertutup.
“Eh tunggulah,
Husna.”
“Nak apa lagi?”
“Ini...” dia
menghulurkan satu plastik terisi buah pulasan.
“Abang bawa dari
kampung. Ambillah.” Dia menyambung seraya tersengih. Aku merenung plastik itu
sebelum beralih ke arah wajah mamat muka selenga.
“Eh tak apalah.
Nanti Mak Ngah tak dapat pulak.”
“Jangan risau.
Abang bawa balik banyak. Ada lagi satu plastik untuk Mak Ngah.” Fahmi menunjuk
ke arah satu plastik besar buah pulasan di atas bangku. Aku memandang ke arah
Fahmi semula sebelum menarik senyum tipis, terharu pulak rasanya.
“Terima kasih.”
Aku bersuara saat mengambil plastik itu dari Fahmi namun dia masih memaut kuat,
enggan melepaskan plastik tersebut. Dia kembali tersengih saat aku mendongak
memandangnya semula dengan kehairanan. Nak bagi ke tak nak?
“Husna lagi cantik
kalau selalu tersenyum macam ni.” Dia berbisik kepadaku sebelum melepaskan
pautannya pada plastik tersebut dan melangkah pergi ke rumahnya di sebelah. Ok
kenapa aku terasa seram sejuk macam nak demam? Haih geli bulu tengkuk!
“WAH pulasan! Mana kau dapat ni?” Hajar bernada girang sebaik
melihat plastik terisi buah pulasan di atas meja sebaik pulang ke rumah lewat
petang itu.
“Fahmi bagi.” aku
menjawab datar sambil menyuap sebiji buah pulasan yang sudah dikopek masuk ke
dalam mulut.
“Dia bagi dekat
kita? Wah bestnya, mesti sedap.” Hajar mengambil sebiji pulasan dan memulas
kulitnya untuk mendapatkan isi di dalam.
“Dia bagi dekat
aku saja. Bukan untuk kau.” aku merampas buah di tangan Hajar. Sengaja hendak
mengusik.
“Cewah, dah
mengaku nampaknya hubungan kau orang.” Hajar angkat-angkat kening.
“Eiii tolonglah!
Tak kuasa aku.”
“Eleh tadi dah
mengaku, sekarang malu-malu pulak.” Hajar masih tidak puas mengusik.
“Nah ambiklah buah
ni balik, dan semua buah pulasan ni kau punya. Anggap saja mamat muka selenga
tu bagi dekat kau sendiri. Aku tak nak ada kena mengena.” Aku meletakkan buah
pulasan yang kurampas tadi ke atas tangan Hajar sebelum bingkas bangun
meninggalkan meja makan itu.
Hangat betul hati ini kalau asyik dengar Hajar kenenkan aku dengan
si mamat sebelah rumah tu. Haih! suara Hajar yang memanggil dan memujuk tidakku
hiraukan lagi. Nasib dah telan dekat sepuluh biji buah pulasan tadi, tak
ralatlah kalau tidak dapat makan lagi. Heh!
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!