“Keluar beli barang persiapan kahwin?” mata aku
membuntang, saat emak mengkhabarkan perkara tersebut.
“Yelah. Dah nak kahwin kan, kenalah beli barang
persiapan. Lagipun dua bulan tu kejap je Deeba. Macam-macam kena buat ni. Mak
risau tak sempat aje ni.” Emak mengomel panjang, membuatkan Ameena yang sedang
khusyuk menonton Cerekarama, tergelak kecil.
Aku terdiam, memang benar kata emak. Sekarang pun aku
sudah fikir macam-macam, banyak perkara yang harus dibuat dalam menghitung
detik bahagia. Ingatkan nak kahwin ni, bolehlah duduk goyang kaki saja, orang
lain uruskan hal perkahwinan kita, rupanya tak seindah yang difikir. Dush!
“Tapi emak...” Aku terhenti berbicara. Ada keresahan
dalam hatiku, yang segan hendak kuluah pada emak saat ini.
“Apa masalahnya lagi ni Deeba? Yelah, esok mak mertua
kamu tu ajak kamu keluar beli barang persiapan.”
Aku mencebik.
“Takkanlah Deeba dengan Cikgu Midah aje yang keluar
berdua.”
Dahi emak berkerut, namun tiba-tiba senyuman terukir di
bibirnya.
“Oh, itu yang buat anak emak ni masam ya. Jangan bimbang,
Hadif pun ada sekali la.”
Srappp! Aku rasa darah naik ke kepala. Jantungku aku rasa
dah berhenti berdenyut. Wajahku merona merah.
“Ha... Ha... Hadif pun ada sekali?” aku bersuara tersekat-sekat.
Bukan itu yang aku maksudkan dengan cebikan tadi.
“Iyelah. La, kenapa muka pucat pulak ni? bukan patutnya
Deeba suka ke Hadif ikut sekali?” Emak tersengih.
Aku tarik muncung sedepa.
“Bukan itu yang Deeba maksudkanlah, mak. Maksud Deeba,
takkanlah Deeba dengan Cikgu Midah je, mak tak ikut sekali ke? Deeba segan la
kalau dengan cikgu aja.” aku menjelaskan maksudku tadi.
Emak menepuk dahinya. Mungkin baru tersedar, perkara yang
merisaukan aku. Emak tersenyum, seraya memelukku erat.
“Deeba dah nak jadi isteri orang kan, mana boleh
bergantung dekat mak lagi.” Emak bersuara sambil merenung tepat ke mataku. Ah
bikin syahdu pulak emak ni. Sobs.
Aku terdiam. Terasa cepat masa berlalu, dan sudah tiba
masanya aku harus keluar dari celah ketiak emak dan hidup sebagai seorang
isteri kepada seorang insan yang asing dalam hidupku.
“Tapi jangan bimbang, esok emak ikut.” Kata-kata emak itu
pantas membuatkan aku tersenyum lebar, tubuh emak aku peluk erat.
“Terima kasih mak! Sayang mak!”
Hatiku gementar tidak terkira saat melihat kereta Vios
putih milik Hadif tiba di depan pintu pagar. Walaupun ini bukan kali pertama aku
bertemu Hadif, namun debaran itu tetap sekuat kali pertama kali kami bertemu.
Eleh, macamlah dah banyak kali bertemu sebelum ni, padahal ini baru kali kedua.
Hihi.
Sebaik keluar dari kereta, Hadif terus tersenyum seraya
membuka pintu belakang keretanya.
“Emak masuklah.” Pelawa Hadif sebaik emak menghampirinya.
Aku terkesima, belum apa-apa Hadif sudah memanggil emak dengan panggilan emak,
seolah menganggap emak seperti emak kandung dia sendiri. Haih cair aih!
“Deeba.” Hadif tersenyum memandang aku, membuatkan
debaran di hati aku kian laju, darah seolah-olah dipam bertubi-tubi ke dalam
arteri. Secara spontan, aku tertunduk, seraya ikut masuk ke dalam kereta, tidak
langsung membalas senyuman Hadif, duduk diam-diam dalam kereta, langsung tak
berkutik. Terdengar pintu di bahagian pemandu segera dibuka sebelum Hadif duduk
mengambil posisinya. Cermin pandang belakang Hadif betulkan, sampaikan aku
ternampak matanya. Ah! Sengajakah itu.
“Kita nak ke mana dulu ni, Puan Asiah?” Puan Hamidah yang
duduk di sebelah pemandu, pantas berpaling dan menyoal emak, bakal besannya
itu.
“Saya ikut saja Cikgu Midah. Pergi mana dulu pun tak
apa.”
“Hmm, kalau macam tu, kita ke butik pengantin dululah.
Pilih baju, ok Deeba?” Puan Hamidah mengerling ke arah aku. Aku pantas
mengangguk, walaupun ada kerisauan di dalam hatiku apabila mendengar perihal
memilih baju.
Seumur hidup aku, aku tidak pernah langsung rasa teruja
untuk ke butik pakaian, mahupun memilih baju di pasaraya, kerana setiap kali aku
membelek baju yang berkenan di hati, pasti tidak akan ada saiz untuk tubuh aku
yang XXL ni. Bagiku, butik pakaian adalah tempat yang sering aku elakkan, kalau
aku masuk pun sekadar untuk menemani orang lain dan bukan untuk memilih pakaianku
sendiri.
Aku dipagut risau, khuatir butik pengantin yang bakal kami
masuki nanti, tidak menyediakan persalinan pengantin bagi yang bersaiz XXL.
Pasti aku akan merasa segan, apabila pekerja butik memberitahu, yang saizku tidak
ada. Di mana mahu aku sorokkan rasa maluku pada Puan Hamidah dan tentunya pada
Hadif nanti. Ah, aku tak sanggup bayangkan!
“Maaf kak. Baju pengantin saiz XXL tak
ada la, kami cuma ada sampai saiz L aje.” Apa yang menjadi igauan ngeri aku,
menjadi kenyataan. Ah kenapa ini harus berlaku padaku? Why?! Wajah gadis butik
itu kelihatan serba salah. Baju pengantin berwarna merah jambu yang sudah
menjadi pilihanku, aku letak kembali ke penyangkut dengan wajah kelat. Wajahku
merona merah, menahan rasa malu pada Puan Hamidah dan Hadif yang memerhati.
Rasa macam nak menyorok bawah meja dalam butik tu. Arghh! Emak memeluk bahuku,
cuba menenangkan hati aku yang keresahan ni.
“Sabarlah
Deeba… nanti mesti ada punya.” Emak menepuk bahu bahuku, memberikanku sedikit
semangat pada jiwaku yang kian layu.
“Kita cari kat tempat lain pulak lah, Adeeba.
Banyak lagi butik pengantin kat sini.” Puan Hamidah memberi cadangan, dengan
harapan hatiku akan sedikit terubat, barangkali. Aku tersenyum tawar, biarpun
berat untuk aku tersenyum saat itu.
“Deeba jangan bimbang. Abang tahu butik
yang ada banyak pilihan saiz. InsyaAllah saiz yang Deeba nak, mesti ada.” Hadif
tiba-tiba bersuara, menyebabkan aku terpempan. Wajah Hadif aku renung dengan
rasa hairan, benarkah Hadif sedang berbicara denganku saat ini? Wajah aku
merah, menahan rasa malu yang menyelimut diri.
“La, kenapa tak cakap awal-awal. Kalau
tahu tadi, tak payahlah datang sini.” Puan Hamidah menepuk bahu anak terunanya
itu.
Hadif menggaru kepalanya. “Sorrylah mama. Hadif ingat, kat butik ni
ada, Hadif ikut ajelah tempat yang mama nak pergi.”
“Ish budak bertuah ni!” Puan Hamidah
mencubit manja lengan anaknya itu. Hadif tersengih, mungkin kerana menyedari kesilapannya
yang berdiam diri. Aku cuma diam memerhati dua anak beranak itu.
Saat kami berjalan menuju ke kereta, aku
lihat Hadif seolah sengaja melambatkan langkahnya hingga dia berjalan
beriringan dengan aku.
“Abang minta maaf...” Hadif tiba-tiba
berbisik padaku, membuatkan aku yang terkejut, mendongak memandangnya.
Hadif tersenyum.
“Abang minta maaf, sebab tak bagitahu
yang abang tahu pasal butik pengantin yang banyak saiz tu. Deeba tak marahkan
abang kan?”
Aku terdiam. Segan sekali hendak
berbicara dengan Hadif. Perlahan aku menggeleng sebelum tunduk kembali,
merenung tar jalan.
Hadif ketawa kecil, sebelum melajukan
langkahnya ke depan, menekan punat hijau pada kunci lalu membuka pintu kereta
di belakang.
“Eh
Hadif, mama duduk dengan Puan Asiah kat belakang. Kamu duduk la dengan Adeeba
dekat depan.” Laju suara Puan Hamidah menuturkan kata, membuatkan langkah aku
terhenti. Aku tergamam. Alamak!
Hadif cuma mengangguk dengan senyuman
meleret, pintu kereta di sebelah pemandu segera dibukanya, lalu memberi isyarat
untuk mempersilakan aku untuk masuk. Aku mengatur langkah lambat-lambat, dek
kerana kakiku rasa sukar untuk digerakkan. Sebaik aku melabuhkan punggung di
tempat duduk sebelah pemandu, Hadif pantas menutup pintu, lalu mengambil
duduknya.
Hadif menjeling ke arah aku, mengukir
senyum sebelum menghidupkan enjin semula. Aku cuma diam seribu bahasa saat kereta
mula bergerak membelah jalan. Sesekali, aku dapat merasa Hadif sedang
menjelingku, namun aku buat kental. Langsung aku tidak menoleh ke arah Hadif,
risau jantungku bisa gugur kalau aku berbuat demikian.
Aku tersenyum girang sebaik melihat
begitu banyak pilihan baju yang bersesuaian dengan saiz badanku di butik
pengantin yang diperkenalkan Hadif itu. Aku rasa begitu bersyukur. Satu persatu
baju pengantin aku belek, hingga akhirnya aku terpandang satu persalinan
berwarna merah jambu. Aku rasa jatuh cinta pada persalinan itu, tapi aku takut,
Hadif tidak gemarkan warna merah jambu, seperti kebanyakan lelaki yang tidak
suka memakai sebarang pakaian berwarna merah jambu. Lama aku membelek baju itu,
teragak untuk memilihnya.
“Kenapa Deeba, baju-baju kat sini tak
lawa ke?” Hadif menyoal sebaik dia melihat aku lama membelek baju itu. Aku yang
tersentak, pantas menggeleng.
“Err... baju kat sini semuanya cantik.”
Hadif tersenyum cuma.
“Kalau macam tu, Deeba pilihlah
mana-mana yang Deeba berkenan. Abang tak kisah.”
Aku terdiam, mataku tertancap pada baju
di tanganku semula. Hadif berkerut, mungkin memikirkan apa yang ada di dalam
benakku saat itu. Haha. Tekalah!
“Adeeba suka baju ni eh?” Hadif mencapai
baju yang dipegang aku. Baju itu ditelek-telek. Err. Macam mana dia tahu?
“Cantik! Deeba try lah pakai.”
Aku serba salah.
“Tapi... awak tak apa ke?”
Kening Hadif bercantum, tidak mengerti.
“Awak tak apa ke, pakai baju warna merah
jambu?” Aku menyambung ayatnya supaya Hadif mengerti. Hadif tergelak kecil, mungkin
baru dapat mengagak apa yang tersirat di hatiku.
“Mungkin Deeba tak perasan, tapi kan
masa kita bertunang dulu, abang pakai baju melayu warna merah jambu jugak.
Abang tak kisahlah, Deeba. Warna merah jambu buat abang nampak smart tau!”
Aku tersenyum tipis. Masih tidak berani
untuk memandang wajah itu lama. Masih tidak bisa percaya yang jejaka di
hadapanku itu bakal menjadi suamiku dalam tempoh tidak sampai dua bulan dari
sekarang.
“Pandai abang Hadif pilihkan butik untuk
akak kan? Bertuahnya akak ada bakal suami yang begitu memahami.” Ameena
tersenyum girang saat melihat gambar aku di dalam persalinan pengantin, yang
diambil sewaktu mencuba di butik pengantin siang tadi.
Sebaik aku dan Hadif keluar dari bilik
persalinan, Puan Hamidah dan emak terus bertindak menjadi jurugambar tidak
terlatih, meminta kami bergambar bersama. Aku tidak keruan, jarak dijaga antara
kami agar tidak terlalu berdekatan, dalam hati aku berharap agar perbezaan
antara kami tidaklah begitu ketara, hingga kelihatan sangat tidak sepadan. Aku
risau, memikirkan saat majlis nanti, pasti perbezaan kami yang seperti langit
dan bumi itu bakal diperkatakan orang ramai.
“Akak! Tengok tu, bila orang cakap,
mesti terawang ke lain. Asyik-asyik teringatkan bakal suami dia tu. Emak,
cepat-cepatlah bagi dia orang ni kahwin. Dah tak sabar sangat dah tu.” Ameena
menjuihkan bibirnya. Emak yang sedang asyik menjahit baju nikah aku, cuma
tersenyum pada kami.
“Apa? Ulang balik...” aku mencubit paha adikku.
“Aduh, sakitlah akak!” Ameena menjerit
kesakitan. Aku tergelak melihat gelagat Ameena.
“Cantiklah kak. Sama cantik sama padan
ni.” Ameena memuji apabila melihat gambar aku disamping Hadif itu.
“Eleh, ye lah tu.” Aku enggan percaya.
Dia suka punya kacak, aku pulak badan
besar, dekat mana pulak sama cantik sama padannya? Haish.
“Ish betullah kak! Orang cakap tak nak
percaya pulak. Betul kan mak?” Ameena melaung pada emak.
“Betul, betul sangat!” Emak yang asyik
menelek mesin jahit itu, bersuara tanpa menoleh ke arah kami.
Aku bangun dari dudukku di atas sofa,
lalu pantas menghampiri emak.
“Emak, sudahlah, esok pulak sambung.
Lama lagi Deeba nak kahwin.” Aku memeluk bahu emak. Emak membuka kaca mata
rabun dekatnya itu lalu tersenyum melihat aku.
“Mak gembira sangat ni. Tak sabar nak
dapat menantu, sebab tu mak nak cepat-cepat siapkan baju nikah Deeba. Mak
bersyukur sangat, akhirnya ada juga insan mulia yang boleh terima Adeeba
seadanya. Deeba bertuah dapat suami macam Hadif tu, nak.” Emak bersuara lirih.
Bahu aku diusap lembut.
Aku terdiam. Moga kata-kata emak itu benar
belaka. Moga Hadif itu benar-benar seorang yang mulia, yang menerima diri aku
apa adanya.
“Moga betullah cakap emak. Moga anak mak
ni betul-betul bertuah.” Aku bersuara setelah agak lama berjeda.
“Ish akak ni, orang cakap dia bertuah
pun dia tak boleh percaya lagi. Patutnya akak aminkan kata-kata ibu ni.” Ameena
memeluk bahu aku dari belakang pula.
Aku tersenyum nipis sebelum menghela
nafas perlahan.
“Hmm yelah.. Amin...”
“Hah! Macam tu la...” Ameena tersengih.
Kami sama-sama ketawa. Ah entah bila
lagi aku dapat merasai gurau senda dan gelak tawa keluargaku. Lepas ni, aku
kena berdikari, berada di sisi suami, sedihnya nak berpisah dengan keluarga.
Huhu.
mesti nak kaler pink kan..hheeehehe rasanye xxl tadela besau sgt pon kan..hehe
ReplyDeletebezzzzz..... ;)
ReplyDeletebest! ape berlaku steruusnye..tak sabar plak..
ReplyDeletebest !! :D
ReplyDeletesuke cite ni..nak taw edup diba dgn hadif after married plk..sambung cepat ea..
ReplyDeleteNICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow
ReplyDeleteVery good blog and a huge following maybe you can help me with my blog :)
ReplyDeletesmbung2x.. hehehe..
ReplyDeletesiannye...sabar ya adeeba
ReplyDeletemnarik citer ni.. =)
menarik :)
ReplyDeletebest...tp bg cnflik yg umphhh skit...mcm hdif 2 kwen sbb cbaran or apa2 jelah....
ReplyDeletebestnyer x sabar ni AK...:) > unie
ReplyDeletesambung lagi..best n tak sabar pulak nak tunggun episod akan datang...!!
ReplyDeletesaya dah beli dan dah bace 2 kali memang best...tp kalo lagi banyak konflik lagi gempak.... :)
ReplyDelete