Ya
Allah, tolong jangan biarkan Safwan sendirian di sana nanti, tolong kirimkan
bidadari untuknya di syurga kelak, dan jodoh yang terbaik untukknya di akhirat
nanti. Aku mohon padaMu ya Allah.
Aku
meraup wajah usai membaca doa dan Al-Fatihah di kuburan Safwan. Kubur yang
merah itu, sudah ditabur dengan bunga mawar yang segar. Sudah hampir seminggu
arwah pergi, namun masih terasa seperti baru semalam dia pergi meninggalkan
diriku.
Aku
mengeluh berat, masih terasa pemergiannya dan entah bila kesedihan ini akan
pulih.
“Ila
pergi dulu Wan, ada rezeki Ila datang lagi ya.” Aku bersuara sendiri, seolah
Safwan bisa mendengar kata-kataku itu sebelum aku bingkas bangun. Berlalu pergi
tinggalkan Safwan sendiri di alam sana.
---------------------------------------------------
“Dah
seminggu arwah pergi, Ila.” Farah tiba-tiba bersuara saat aku duduk berteleku
menghadap buku latihan para pelajarku yang masih banyak belum kusemak,
gara-gara bercuti seminggu bagi memulihkan semangatku yang masih lemah selepas
pemergian Safwan.
Aku
berpaling memandang Farah yang melabuhkan punggungnya di sisiku. Keningku
bercantum, tidak mengerti tujuan Farah mengingatkan aku tentang perkara yang
aku sedia maklum.
“Seminggu
ni jugak, Farah tengok Ila jarang makan. Kalau Ila makan pun, sikit sangat Ila.”
Wajah Farah kelihatan gusar. Aku cuba menguntum senyum.
Tangan
Farah kugenggam seeratnya.
“Jangan
risau Farah. Ila ok je. Cuma...”
Farah
diam mendengar.
Aku
mengeluh kecil. Pandangan kulempar ke arah lain.
“Cuma
Ila tak lalu nak makan. Bukan Ila sengaja tak nak makan.”
Farah
mengusap bahuku lembut.
“Farah
faham.. tapi cubalah jamah sikit makanan tu ya Ila. Farah risau Ila jatuh
sakit.”
Aku
senyum lagi sebelum pandanganku kulempar jauh. Terkenangkan Safwan. Aku tahu
kalau arwah masih ada di sini, dia pun pasti risaukan aku jika dia melihat aku
begini. Tapi dia sudah tiada...
Air
mata yang hampir gugur, kuseka pantas. Bimbang Farah sedar, aku sedang
menangis.
“Farah
jangan risau ok. Ila ok. Ila sihat lagi.”
Keluhan
berat kedengaran dari mulut Farah, sebelum dia bingkas bangun dari sofa itu.
Mungkin sudah tidak betah melihatku begitu.
Aku
menarik nafas panjang, sebelum kembali khusyuk menyemak buku latihan pelajarku.
Hari mendatang akan lebih mencabar bagiku kerana aku harus kembali bertugas di
sekolah, sedangkan berada di sekolah sepanjang hari hanya akan menyebabkan aku
lebih teringatkan Safwan, kerana di situ perkenalan kami dan di situ juga
segala kenangan terukir bersamanya. Aku harus tabah.
-----------------------------------------------------------
Lututku
terasa lemah sebaik kereta kupandu memasuki kawasan sekolah. Kekuatan yang cuba
kubina seminggu ini, mula rapuh sebaik terpandangkan kawasan sekolah. Setiap
tempat yang kupandang, pasti aku terlihat Safwan di situ, seperti biasa
mengekoriku di koridor dan mengusikku tidak henti.
Ya
Allah, sakitnya hati ini terasa. Aku redha ya Allah, tetapi mengapa begitu
sukar untuk usir segala kenangan yang mula bertamu di mata. Mungkinkah ini
pembalasan buat aku kerana selama ini tidak pernah menghargai Safwan, dan cuma
mahu membalas cintanya saat aku mahu lari dari Iman? Ya Allah, ampunkan aku...
Aku
seka air mata yang mula berjuraian di pipi. Wajah yang sembap, tidak mampu aku
lindung dengan sebarang alat solek. Nafas kutarik laju-laju sebelum aku
melangkah keluar dari kereta. Aku kena hadapi semua ini juga lambat laun. Jadi
mengapa harus aku tunggu lagi? Aku harus menghadapinya sekarang.
“Assalammualaikum
cikgu!” beberapa orang pelajar yang melintas seraya memberi salam, membuatkan
aku tersenyum pada mereka, dan cuba melindungkan keruh pada wajahku.
Keluhan
berat kulepaskan, sebelum aku mula mengorak langkah.
“Salam
takziah Cikgu Ila.” Ucapan itu berulangkali kudengar keluar dari mulut pelajar
dan guru-guru yang bertemu aku, bagaikan sebuah radio kaset yang diulang main
berkali-kali hinggakan semangat aku kian lama kian luntur. Mahu tidak mahu,
hendak lari bagaimanapun, ucapan itu hanya akan membuatkan aku teringatkan
Safwan.
“Ila
ok ke ni?” Salima menegur aku yang tidak membalas ucapan takziahnya tadi,
membuatkan aku tersentak dari lamunan.
“Eh
Ila ok kak.” Cepat-cepat aku membalas.
“Kalau
macam tu tak apalah, tapi kalau ada Ila nak luah dekat akak, Ila cakaplah ya.
Akak sudi dengar.”
Aku
tersenyum tawar.
“Akak
janganlah risau, Ila ok.” Aku memberitahu sebelum bingkas bangun untuk ke
kelas, bagi memulakan sesi pembelajaran pagi itu.
------------------------------------------------------------------------------
Aku
berjalan perlahan di koridor usai kelas terakhirku tadi. Mindaku asyik
memikirkan kerisauan semua orang tentang diriku, aku sedar semua itu, namun
adakalanya kerisauan mereka itu hanya membuatkan aku lebih lemah. Sebolehnya
aku ingin membina kekuatan setinggi gunung, namun ia begitu sukar sekali untuk
kucapai andai semua masih berasa yang mereka perlu bersimpati padaku.
Tadi
di dalam kelas juga sama, kelas pelajarku yang selama ini riuh pun jadi hening,
semua diam tidak berkutik, hanya mendengar aku mengajar dengan wajah simpati.
Ah aku tidak sepatutnya menyalahkan mereka, aku memang layak disimpati.
“Aduh!”
perutku yang tiba-tiba senak kutekan perlahan. Entah kenapa perut ini
seolah-olah dicucuk belati. Langkah kuatur ke bilik guru, lalu aku pantas melabuhkan
punggung di mejaku. Minyak angin yang sentiasa ada dalam simpanan, pantas aku
keluarkan aku mencicit ke tandas guru.
Ya
Allah, sakitnya perutku tidak bisa kutanggung. Aku menyapu minyak angin sambil
menekan-nekan tempat yang sakit itu. Tekak yang tidak selesa, membuatkan aku
rasa ingin muntah namun apa yang keluar hanyalah air liur yang pekat dan cecair
kekuningan.
“Ya
Allah, kenapa ni?” aku gusar, kesakitan yang tidak tertanggung itu menyebabkan
aku duduk menekan perut di dalam tandas itu.
“Ila
kenapa ni?” Salima yang tiba-tiba muncul, pantas merangkul aku.
Air
mataku bercucuran turun, menahan kesakitan yang tidak tertanggung itu.
“Entahlah
kak, sakit perut...”
“Meh
cepat, akak bawak ke hospital.”
Aku
menggeleng laju walaupun mukaku berkerut menahan sakit.
“Tak
perlulah kak. Tak ada apalah ni.”
“Tak
ada apa Ila cakap? Sampai teruk macam ni sekali pun tak ada apa? Dah jangan
banyak songeh, ikut akak sekarang jugak.” Salima pantas menarik lenganku lalu
membimbingku keluar dari tandas itu.
Beberapa
orang pelajar turut diarah untuk mengambil segala barang keperluanku sebelum
Salima membawaku ke keretanya.
---------------------------------------
“Macam
mana boleh jadi macam ni?” aku terdengar suara Iman menyoal Salima, dari
sebalik tirai hijau yang menutupi aku. Seorang jururawat sedang asyik memeriksa
diriku yang sedang menahan kesakitan perut.
“Entahlah
doktor, tiba-tiba tadi saya jumpa dia dalam tandas, dok tahan sakitnya.”
Iman
cuma diam, sebentar kemudian, tirai hijau itu diselak sebelum Iman masuk lalu
menutup tirai itu kembali.
Aku
terkedu saat melihat wajahnya. Wajah yang serius memandangku.
“Macam
mana boleh jadi macam ni Ila?” Iman menyoal aku sambil tangannya tidak henti
memeriksa aku sambil memberitahu sesuatu pada jururawat yang sedang mencatit.
Aku
cuma diam. Gentar untuk bersuara.
Perutku
ditekannya kuat, hingga membuatkan aku mengaduh kesakitan. Air mata mula
bercucuran saat aku menanggung kesakitan itu.
“Ila
kena gastrik ni. Ila makan ikut time tak?”
Aku
diam lagi.
Iman
mengeluh berat apabila aku hanya membisu.
“Tahan
dia di wad, nurse.” Iman bersuara tegas, sebelum menyelak tirai hijau itu lalu
keluar meninggalkan aku tanpa berkata apa lagi.
lumrah dunia..... hanya menghargai apabila kehilangannya.....
ReplyDeletewaaa, Iman sweet.
ReplyDeletewah,best2
ReplyDeleteisy, xley bblah, sket2 ade jew benda yg akn wt dye pegi hosp 2... lps 2,,mcmla xde doktor lain kt c2 ...
ReplyDelete(kritik jew kijenye aku ni...)
Kan dah kata patutnya awal2 lagi ila hargai si wan tuhh
ReplyDeleteApapun baca ni buat air mata sy mbgalir laju...memang inilah reality...klu kt kahilangan org yg dikasihi...bila kt nk cuba kuat...tp simpati org pd kt kdang2 buat kt jd lemah semula dan snggup utk ambil keputusan x nk jumoa org...syabas kirana memang memahami...
ReplyDelete