~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, March 30, 2012

Novel : Kalimah Cinta Bab 25


Ya Allah, tolong jangan biarkan Safwan sendirian di sana nanti, tolong kirimkan bidadari untuknya di syurga kelak, dan jodoh yang terbaik untukknya di akhirat nanti. Aku mohon padaMu ya Allah.
Aku meraup wajah usai membaca doa dan Al-Fatihah di kuburan Safwan. Kubur yang merah itu, sudah ditabur dengan bunga mawar yang segar. Sudah hampir seminggu arwah pergi, namun masih terasa seperti baru semalam dia pergi meninggalkan diriku.
Aku mengeluh berat, masih terasa pemergiannya dan entah bila kesedihan ini akan pulih.
“Ila pergi dulu Wan, ada rezeki Ila datang lagi ya.” Aku bersuara sendiri, seolah Safwan bisa mendengar kata-kataku itu sebelum aku bingkas bangun. Berlalu pergi tinggalkan Safwan sendiri di alam sana.
---------------------------------------------------
“Dah seminggu arwah pergi, Ila.” Farah tiba-tiba bersuara saat aku duduk berteleku menghadap buku latihan para pelajarku yang masih banyak belum kusemak, gara-gara bercuti seminggu bagi memulihkan semangatku yang masih lemah selepas pemergian Safwan.
Aku berpaling memandang Farah yang melabuhkan punggungnya di sisiku. Keningku bercantum, tidak mengerti tujuan Farah mengingatkan aku tentang perkara yang aku sedia maklum.
“Seminggu ni jugak, Farah tengok Ila jarang makan. Kalau Ila makan pun, sikit sangat Ila.” Wajah Farah kelihatan gusar. Aku cuba menguntum senyum.
Tangan Farah kugenggam seeratnya.
“Jangan risau Farah. Ila ok je. Cuma...”
Farah diam mendengar.
Aku mengeluh kecil. Pandangan kulempar ke arah lain.
“Cuma Ila tak lalu nak makan. Bukan Ila sengaja tak nak makan.”
Farah mengusap bahuku lembut.
“Farah faham.. tapi cubalah jamah sikit makanan tu ya Ila. Farah risau Ila jatuh sakit.”
Aku senyum lagi sebelum pandanganku kulempar jauh. Terkenangkan Safwan. Aku tahu kalau arwah masih ada di sini, dia pun pasti risaukan aku jika dia melihat aku begini. Tapi dia sudah tiada...
Air mata yang hampir gugur, kuseka pantas. Bimbang Farah sedar, aku sedang menangis.
“Farah jangan risau ok. Ila ok. Ila sihat lagi.”
Keluhan berat kedengaran dari mulut Farah, sebelum dia bingkas bangun dari sofa itu. Mungkin sudah tidak betah melihatku begitu.
Aku menarik nafas panjang, sebelum kembali khusyuk menyemak buku latihan pelajarku. Hari mendatang akan lebih mencabar bagiku kerana aku harus kembali bertugas di sekolah, sedangkan berada di sekolah sepanjang hari hanya akan menyebabkan aku lebih teringatkan Safwan, kerana di situ perkenalan kami dan di situ juga segala kenangan terukir bersamanya. Aku harus tabah.
-----------------------------------------------------------
Lututku terasa lemah sebaik kereta kupandu memasuki kawasan sekolah. Kekuatan yang cuba kubina seminggu ini, mula rapuh sebaik terpandangkan kawasan sekolah. Setiap tempat yang kupandang, pasti aku terlihat Safwan di situ, seperti biasa mengekoriku di koridor dan mengusikku tidak henti.
Ya Allah, sakitnya hati ini terasa. Aku redha ya Allah, tetapi mengapa begitu sukar untuk usir segala kenangan yang mula bertamu di mata. Mungkinkah ini pembalasan buat aku kerana selama ini tidak pernah menghargai Safwan, dan cuma mahu membalas cintanya saat aku mahu lari dari Iman? Ya Allah, ampunkan aku...
Aku seka air mata yang mula berjuraian di pipi. Wajah yang sembap, tidak mampu aku lindung dengan sebarang alat solek. Nafas kutarik laju-laju sebelum aku melangkah keluar dari kereta. Aku kena hadapi semua ini juga lambat laun. Jadi mengapa harus aku tunggu lagi? Aku harus menghadapinya sekarang.
“Assalammualaikum cikgu!” beberapa orang pelajar yang melintas seraya memberi salam, membuatkan aku tersenyum pada mereka, dan cuba melindungkan keruh pada wajahku.
Keluhan berat kulepaskan, sebelum aku mula mengorak langkah.
“Salam takziah Cikgu Ila.” Ucapan itu berulangkali kudengar keluar dari mulut pelajar dan guru-guru yang bertemu aku, bagaikan sebuah radio kaset yang diulang main berkali-kali hinggakan semangat aku kian lama kian luntur. Mahu tidak mahu, hendak lari bagaimanapun, ucapan itu hanya akan membuatkan aku teringatkan Safwan.
“Ila ok ke ni?” Salima menegur aku yang tidak membalas ucapan takziahnya tadi, membuatkan aku tersentak dari lamunan.
“Eh Ila ok kak.” Cepat-cepat aku membalas.
“Kalau macam tu tak apalah, tapi kalau ada Ila nak luah dekat akak, Ila cakaplah ya. Akak sudi dengar.”
Aku tersenyum tawar.
“Akak janganlah risau, Ila ok.” Aku memberitahu sebelum bingkas bangun untuk ke kelas, bagi memulakan sesi pembelajaran pagi itu.
------------------------------------------------------------------------------
Aku berjalan perlahan di koridor usai kelas terakhirku tadi. Mindaku asyik memikirkan kerisauan semua orang tentang diriku, aku sedar semua itu, namun adakalanya kerisauan mereka itu hanya membuatkan aku lebih lemah. Sebolehnya aku ingin membina kekuatan setinggi gunung, namun ia begitu sukar sekali untuk kucapai andai semua masih berasa yang mereka perlu bersimpati padaku.
Tadi di dalam kelas juga sama, kelas pelajarku yang selama ini riuh pun jadi hening, semua diam tidak berkutik, hanya mendengar aku mengajar dengan wajah simpati. Ah aku tidak sepatutnya menyalahkan mereka, aku memang layak disimpati.
“Aduh!” perutku yang tiba-tiba senak kutekan perlahan. Entah kenapa perut ini seolah-olah dicucuk belati. Langkah kuatur ke bilik guru, lalu aku pantas melabuhkan punggung di mejaku. Minyak angin yang sentiasa ada dalam simpanan, pantas aku keluarkan aku mencicit ke tandas guru.
Ya Allah, sakitnya perutku tidak bisa kutanggung. Aku menyapu minyak angin sambil menekan-nekan tempat yang sakit itu. Tekak yang tidak selesa, membuatkan aku rasa ingin muntah namun apa yang keluar hanyalah air liur yang pekat dan cecair kekuningan.
“Ya Allah, kenapa ni?” aku gusar, kesakitan yang tidak tertanggung itu menyebabkan aku duduk menekan perut di dalam tandas itu.
“Ila kenapa ni?” Salima yang tiba-tiba muncul, pantas merangkul aku.
Air mataku bercucuran turun, menahan kesakitan yang tidak tertanggung itu.
“Entahlah kak, sakit perut...”
“Meh cepat, akak bawak ke hospital.”
Aku menggeleng laju walaupun mukaku berkerut menahan sakit.
“Tak perlulah kak. Tak ada apalah ni.”
“Tak ada apa Ila cakap? Sampai teruk macam ni sekali pun tak ada apa? Dah jangan banyak songeh, ikut akak sekarang jugak.” Salima pantas menarik lenganku lalu membimbingku keluar dari tandas itu.
Beberapa orang pelajar turut diarah untuk mengambil segala barang keperluanku sebelum Salima membawaku ke keretanya.
---------------------------------------
“Macam mana boleh jadi macam ni?” aku terdengar suara Iman menyoal Salima, dari sebalik tirai hijau yang menutupi aku. Seorang jururawat sedang asyik memeriksa diriku yang sedang menahan kesakitan perut.
“Entahlah doktor, tiba-tiba tadi saya jumpa dia dalam tandas, dok tahan sakitnya.”
Iman cuma diam, sebentar kemudian, tirai hijau itu diselak sebelum Iman masuk lalu menutup tirai itu kembali.
Aku terkedu saat melihat wajahnya. Wajah yang serius memandangku.
“Macam mana boleh jadi macam ni Ila?” Iman menyoal aku sambil tangannya tidak henti memeriksa aku sambil memberitahu sesuatu pada jururawat yang sedang mencatit.
Aku cuma diam. Gentar untuk bersuara.
Perutku ditekannya kuat, hingga membuatkan aku mengaduh kesakitan. Air mata mula bercucuran saat aku menanggung kesakitan itu.
“Ila kena gastrik ni. Ila makan ikut time tak?”
Aku diam lagi.
Iman mengeluh berat apabila aku hanya membisu.
“Tahan dia di wad, nurse.” Iman bersuara tegas, sebelum menyelak tirai hijau itu lalu keluar meninggalkan aku tanpa berkata apa lagi.


Suka? =)

6 comments:

  1. lumrah dunia..... hanya menghargai apabila kehilangannya.....

    ReplyDelete
  2. isy, xley bblah, sket2 ade jew benda yg akn wt dye pegi hosp 2... lps 2,,mcmla xde doktor lain kt c2 ...

    (kritik jew kijenye aku ni...)

    ReplyDelete
  3. Kan dah kata patutnya awal2 lagi ila hargai si wan tuhh

    ReplyDelete
  4. Apapun baca ni buat air mata sy mbgalir laju...memang inilah reality...klu kt kahilangan org yg dikasihi...bila kt nk cuba kuat...tp simpati org pd kt kdang2 buat kt jd lemah semula dan snggup utk ambil keputusan x nk jumoa org...syabas kirana memang memahami...

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!