Aku
berlari ke luar rumah, menoleh ke kiri dan ke kanan, cuba mencari sesuatu yang
aku sendiri tidak pasti. Aku tidak tahu arah yang hendak kutuju, aku buntu.
Wajah ibu dan ayah cuba kucari, namun kelibat mereka langsung tidak kelihatan.
Air mata yang berhamburan tambah mengaburkan pandangan.
‘Ya
Allah, kenapa jadi begini Ya Allah...’ perkataan itu kuulang-ulang di dalam
hati. Enggan percaya pada berita yang baru saja kuterima tadi.
“Ila,
kenapa ni?” wajah Iman yang terpacul di depan mata, terus saja membuatkan sebak
di dadaku, kian terasa. Esakanku jadi menggila hingga aku terduduk di atas
lantai.
“Ila..
Ila.. kenapa ni?” Iman menggoncang tubuhku, namun lidahku kelu untuk bersuara.
Badanku terasa begitu lemah.
“Ila!”
suara Iman yang dikuatkan menyebabkan aku sedikit tersentak.
“Safwan...”
akhirnya nama itu bisa juga kusebut.
“Safwan?
Kenapa dengan dia? Jawab Ila. Jawab!” Iman masih tidak berpuas hati.
Aku
menggeleng perlahan. Air mata yang berjuraian, kuseka pantas sebelum aku bangun
dari dudukku.
“Iman,
tolong bawa saya ke hospital sekarang. Tolonglah.” Aku merayu dalam esak tangis
tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhati.
------------------------------------------------------
Aku
terus meluru ke wad kecemasan sebaik tiba di hospital tanpa menghiraukan Iman
yang mengekoriku dari belakang. Sebaik terlihat wajah ibu Safwan, aku pantas
menghampirinya. Tubuhku yang bersalut baju pengantin berwarna putih tidak lagi
kuhiraukan biarpun aku sedar, pasti ada mata yang memerhati dengan pelik.
“Makcik,
macam mana keadaan Safwan?” aku lekas menyoal setelah selesai bersalaman
dengannya. Wajahnya yang sugul jelas menunjukkan gundah di hati ibu itu.
Suasana hening mengisi segenap ruang kala itu, biarpun hampir sepuluh orang
berada di situ, menanti dengan wajah muram.
“Dia
masih kat dalam. Doktor tengah berusaha selamatkan dia.” Suara ibu Safwan sudah
serak, mungkin kerana telah banyak menangis.
“Macam
mana ini semua boleh berlaku, makcik?”
Ibu
Safwan menggeleng laju.
“Makcik
pun tak tahu nak, benda ni terlalu pantas. Dia terbabas melanggar pokok, masa
dia nak elak lori yang datang dari arah depan secara tiba-tiba. Semuanya
berlaku dengan cepat nak. Makcik tak sempat nak buat apa-apa. Kalaulah makcik
ada dengan dia tadi, mungkin semua ni tak jadi. Makcik ikut saja, bila dia suruh
makcik naik dengan ayah dia, dia nak pandu sorang-sorang katanya, tak sangka
pulak ini yang jadi. Makcik bersalah nak, makcik bersalah. Maafkan makcik.”
Rintihan
ibu Safwan yang dipagut rasa bersalah, membuatkan hatiku tambah sayu. Tubuh tua
itu kupeluk erat, cuba menenangkan hatinya yang gundah, biarpun hatiku tidaklah
setenang mana.
“Tak
apa makcik, InsyaAllah Wan tak apa-apa. Sabarlah..” aku menggosok bahu ibu
Safwan perlahan sambil menariknya untuk duduk di bangku yang disediakan.
Wajah
Iman yang sedang asyik memerhati ke dalam bilik kecemasan, kuperhatikan
sekilas. Ada kerisauan yang turut terpamer di matanya.
Aku
melarikan mata ke arah lain, memikirkan keadaan Safwan di dalam sana, bertarung
nyawa seorang diri tanpa ada sesiapa di sisi. Ya Allah bantulah dia Ya Allah.
Ya
Allah, selamatkanlah Safwan...
“Berlaku
pendarahan di dalam otaknya, kami terpaksa melakukan pembedahan dengan segera untuk
mengeluarkan darah yang beku. Sehingga kini dia masih belum menunjukkan
sebarang respon. Harap bersabar.”
Aku
gumam, tidak pasti hendak bersedih atau gembira dengan perkhabaran dari doktor
yang baru keluar dari bilik kecemasan. Sekurang-kurangnya Safwan masih hidup,
namun tubuhnya masih kaku.
Ya
Allah, kuatkan hati Safwan ya Allah...
--------------------------------------------------------------
“Il,
Ila ok tak ni?” Iman yang tiba-tiba duduk di sebelahku, buat aku mengesat air
mata yang masih membasahi pipi. Aku cuba tersenyum, namun begitu susah sekali
senyuman itu untuk terukir.
Sudah
dua jam aku menanti di depan bilik pembedahan itu, namun hingga kini tiada
siapa yang keluar dari bilik itu. Keluarga Safwan juga masih menanti seperti
aku. Aku dapat melihat ibunya duduk tersandar di dinding sambil ditemani ahli
keluarganya yang lain. Sepatutnya pada saat ini, aku sudah menjadi sebahagian
dari keluarga mereka...
“Ok.
Saya ok. Alhamdulillah.”
“Nah,
minum dulu, dari tadi Ila belum makan apa-apa.” Iman menghulur secawan kopi
panas yang mungkin dibelinya dari mesin automatik berdekatan bilik pembedahan itu.
“Terima
kasih, susahkan awak saja. Saya tak rasa dahaga pun.” Aku memberitahu, namun
masih mengambil minuman itu, enggan membiarkan Iman terasa.
“Dari
tadi, Ila tak makan apa-apa. Jom kita ke kantin dulu, nanti kita datang sini
balik. Nanti Ila pulak jatuh sakit.”
Aku
menghela nafas.
“Tak
apa, saya tak rasa lapar pun. Kalau awak lapar, awak pergilah makan dulu. Saya
nak tunggu Wan dekat sini.”
Iman
mengeluh, mungkin penat hendak memujuk aku lagi. Tapi memang aku tidak rasa
lapar, memikirkan keadaan Safwan buat aku tidak ada masa untuk memikirkan
perihal perut yang belum diisi.
Bunyi
pintu dibuka, buat mata kami semua tertumpu pada pintu bilik pembedahan.
Seorang lelaki berusia lewat empat puluhan beruniform hijau khas untuk bilik
pembedahan keluar dari bilik itu sambil membuka topeng muka yang menutupi
wajahnya sedari tadi.
“Dr.
Tan, how’s the patient?” Iman bingkas bangun terlebih dahulu, seraya menyoal.
Doktor
yang digelar Dr. Tan oleh Iman menggeleng kecil.
“Kami
dah berjaya keluarkan darah beku tu tapi.. sampai sekarang masih tiada respon
dari pesakit. I’m afraid this is another case of brain death. I’m sorry.”
Aku
masih tidak mengerti, ibu Safwan juga masih terpinga. Wajah Iman kurenung
tajam, sebaik Dr. Tan berlalu.
“Apa
maksud dia Iman?”
“Brain
Death atau kematian otak tu, maknanya bahagian-bahagian penting dalam otaknya
dah berhenti berfungsi.”
“Iman,
saya tak faham!” aku menjerit dengan linangan air mata yang bercucuran.
Iman
mengeluh pendek.
“Safwan
masih hidup, tapi otaknya dah tak berfungsi. Otak dia dah mati. Peluangnya untuk
sembuh kembali dah tak ada Ila, dia macam mayat bernyawa. Sabar Ila...”
“Ya
Allah!”
Pandanganku
terasa gelap tiba-tiba...
Suka? =)
waa.....sedihnya....tp sa suka...
ReplyDeletewah,kenapa pendek aje ni AK.sambunglah lagi.
ReplyDeletealahai kesiannya safwan.....
ReplyDeletesedihnya...kesian ila n safwan
ReplyDeleteak,pls sambung lg
ReplyDelete