~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, September 25, 2011

Cerpen : Biskut Sugi Buat Akhie di Aidilfitri


1 Ogos 2011
Ah! Boring sungguh duduk di kampung, tak ada apa sangat yang aku boleh lakukan selain merenung sawah yang tengah menguning sekarang ni. Kalau aku ada kat rumah aku sekarang ni, boleh jugak layan internet, chatting dengan kawan-kawan alam maya aku tu, hihi.
Ini semua mamalah punya pasal, suruh aku temankan Atok yang keseorangan sambut Ramadhan, mentang-mentanglah aku tengah lapang sekarang ni sementara menunggu hari konvokesyen. Aku tak kisah pun nak temankan Atok kat kampung, cuma aku kisah sebab kat kampung tak ada internet! Arggh!
Ah, tak baik mengeluh Ada, kan dapat pahala tu, tolong temankan Atok, walaupun jiwa merana. T_T
Memandangkan tak boleh nak tulis blog kat kampung ni, aku tulis dekat kau ajelah ye diari. Layan ajelah omelan aku nanti. Huu...
--------------------------------------------------------
7 Ogos 2011
Dah seminggu aku duduk kat sini. Bosannya! Kerja aku hari-hari masakkan sahur, bagi ayam itik makan, termenung tepi sawah, masak untuk berbuka, berbuka puasa, pergi solat terawih, lepas tu tidur. Arggh! Kalau sebulan aku duduk sini, mungkin aku akan mati kebosanan. Tolong aku!
Macam manalah Atok boleh bertahan duduk dekat kampung ni berpuluh tahun lamanya? Haish! Atok memang hebat! Cayalah Atok!
Eh tapi kan, tadi... Aku ternampak seorang lelaki bercakap dengan Atok, lepas solat terawih tadi. Manis orangnya! Macam gula, betul tak tipu. Matanya redup, kepalanya botak tapi tetap kacak! Aduh hatiku rasa dah tertawanlah. Ini yang rasa semangat nak pergi solat terawih hari-hari ni. Hehe.
Eh Ada! Betulkan niat kau! Betulkan niat kau! Suka hati aje kau ya! Macam mana nak dapat pahala kalau tak ikhlas kerjakan ibadah? Eeii, cubit baru tau!
Tapi kan... siapakah jejaka itu ya? bikin aku penasaran aja, selama seminggu duduk kat sini, tak pernah nampak dia pulak. Anak makcik mana pun aku tak tahu. Eh macamlah aku kenal sangat dengan makcik-makcik kat kampung ni, setakat Makcik Esah sebelah rumah yang selalu hantar makanan kat Atok tu aku kenal la, dan setahu aku, anak-anak Makcik Esah semuanya kerja jauh-jauh, kerja dekat bandar besar.
Alamak, dok asyik teringat abang botak le pulak. Tehee. Oklah, aku nak tidur dulu. Selamat malam diariku, Assalammualaikum!
--------------------------------------------------------
8 Ogos 2011
Diari! Diari! Ok terlebih excited pulak aku ni, macamlah aku cakap dengan kawan aku kan? Nak panggil-panggil kau macam ni. Ok-ok, kejap aku nak senyum selama lima belas saat kejap. Ok dah!
Diari! Aku dah tahu dah siapa abang botak tu! Tahu tak, petang tadi aku menyapu kat depan laman tu, tiba-tiba aja ada motor berhenti betul-betul depan aku. Terkejut aku dibuatnya tahu tak. Aku pun tengoklah siapa, sekali dia bukak helmet aje, abang botak! Haha. Nak pengsan aku dibuatnya masa tu. Masa mula-mula jumpa, terus dia bagi salam, sejuk hati aku dengar. Tapi dia bukan datang nak jumpa aku, dia datang nak jumpa Atok.
Tapi kan... rupa-rupanya dia memang anak Makcik Esah, jiran sebelah rumah Atok ni! Dia datang tadi nak bagi gulai kawah yang dia beli dekat bazar Ramadhan untuk Atok. Baik sungguh dia kan? Bertuah sungguh siapa-siapa yang dapat dia tu. Atok cakap, dulu dia tu bekerja di Sabah, jadi cikgu, sekarang baru dapat tukar ke sekolah dekat kawasan kampung ni.
Haih! Dahlah kacak, baik hati, pendidik anak bangsa pulak tu. Makin cairlah aku dekat dia... Atok beritahu aku lagi, yang nama dia, Akhimullah, orang panggil dia, Akhie...
Akhie... Akhie... Akhie...
--------------------------------------------------------------
11 Ogos 2011
Ah adakah ini dinamakan cinta? Indahnya rasa cinta ni... Akhie! Senyuman awak telah menjadi penyebab pada kejatuhan hati saya ni tau! Awak kena bertanggungjawab! Hehe.
Tadi dia datang ke rumah lagi, nak kirim juadah berbuka dekat Atok, tapi Atok dah keluar ke pekan masa Akhie datang, jadi akulah yang tolong ambil juadah tu. Untuk pertama kalinya aku dapat bercakap dengan dia, seronoknya rasa! Walaupun kata-kata tu cumalah...
‘Terima kasih, nanti saya bagi pada Atok saya ya.’
Dan dia pulak cuma membalas...
‘Sama-sama. Saya balik dululah ya. Assalammualaikum.’
Oh aku takkan lupa perbualan itu sampai bila-bila, kalaulah perkataan yang keluar dari mulut kami berdua tu boleh dikatakan perbualan. =_=”
Tapi yang paling aku takkan lupa ialah senyumannya saat dia ingin berlalu pergi. Aduhai manisnya! Mungkin aku memang ada jodoh dengan dia! Kalau tak, takkanlah kami akan bertemu macam ni kan? Atok pun macam nak bagi peluang aja dekat aku, hari ni pulak tiba-tiba dia nak ke pekan. Haha. Oh indahnya kalau perkara ni boleh jadi kenyataan.
Alamak parah dah ni! Ada, jangan mengharap Ada! Jangan mengharap! Kang betul-betul jatuh hati kang susah kau! Tapi aku rasa macam memang dah jatuh hati dah ni. Haish...
---------------------------------------------
14 Ogos 2011
Tadi Makcik Esah datang, eh bakal mak mertua aku datang. Hihi. Dia datang macam biasalah, nak jenguk Atok, tanya khabar sambil kirimkan lauk yang dia masak. Dalam dok tanya khabar tu, sempat jugalah aku bersembang dengan dia.
Bukan main mesra dia dengan aku. Macam-macam kami sembangkan, sampailah ke bab abang Akhie. Eh eh sejak bila aku panggil dia abang eh? Tehee. Makcik Esah cakap yang abang Akhie dah lama tak balik kampung beraya, sejak kerja di Sabah tu. Sekarang barulah Makcik Esah berpeluang nak tumpang kasih sayang anak dia dan sambut hari raya bersama. Kasihan Makcik Esah kan?  
Makcik Esah bersembang banyak perkara tentang abang Akhie, sampaikan hal kuih raya kegemaran abang Akhie pun keluar! Haha. Makcik Esah cakap, abang Akhie suka benar dengan biskut sugi atau orang panggil biskut arab, tapi Makcik Esah cakap tahun ni dia tak larat nak buat kuih. Dia cakap nak suruh abang Akhie beli aja kuih tu. kesian abang Akhie kan? Huhu.
Terus aku macam dapat idea, macam mana nak tawan hati abang Akhie. Kau rasa aku akan berjaya tak diari? Tapi ini peluang keemasan ni, kalau aku buat, mesti abang Akhie akan tertawan. Betul tak? Betul kan? Hehehe.
Yes! Aku ada misi!
 -----------------------------------------
15 Ogos 2011
Misi : Tawan Hati Abang Akhie
Cara : Buat Biskut Sugi!
Ok! Aku dah bersedia mental dan fizikal! Walaupun tak pernah sentuh ketuhar, tapi aku yakin aku boleh buat biskut sugi untuk abang Akhie! Yakin Ada! Yakin...
Pagi tadi dah telefon Maya, kawan aku yang bukak perniagaan atas talian, jual kuih raya tu, aku yakin dia mesti tahu resepi biskut sugi. Kalau ikutkan hati aku, aku google aja! Malangnya internet tiada di kampung, terpaksalah aku guna cara lama. Salin satu-satu dalam buku nota, memang oldies sungguh.
Tapi aku gumbira, sebab aku dah berjaya dapatkan resepi biskut sugi! Macam senang aja nak buat, mesti misi ni akan berjaya dengan cemerlangnya. Haha!
----------------------------------------------------
20 Ogos 2011
Alamak! Sedar tak sedar, tak sampai sepuluh hari lagi nak sambut Syawal! Aku belum mula apa-apa lagi ni! Misi aku belum berjaya! Tak sempatlah, siang-siang rasa malas nak buat, takut aroma kuih tu menusuk hidung aku, kang kurus pahala puasa aku. Bila malam pulak, lepas solat terawih dah rasa malas nak buat apa-apa.
Ada, kau nak ke tak nak dekat abang Akhie? Kau nak pikat hati dia ke tak?
Mestilah aku nak!
Ok-ok! Aku kena rajinkan diri. Tahan mata ni, lepas solat terawih terus laksanakan misi. Oh yeah!
Esok nak ke kedai Uncle Chan la, beli barang-barang buat kuih. Hehe. Semangat Ada! Semangat!
-------------------------------------------
21 Ogos 2011
Ada berita baik dan ada berita buruklah diari. Yang mana aku nak cerita dulu ya! Ok aku cerita yang baik dulu.
Petang tadi masa pergi kedai Uncle Chan, aku terserempak dengan abang Akhie! Dia datang nak beli barang, samalah macam aku, memang berjodoh! Seronoknya aku rasa!
Dan inilah pertama kali, aku dan abang Akhie jalan beriringan, sebab dia nak temankan aku balik, dia sanggup heret aja motor dia tu diari, demi nak berjalan dengan aku. Terharunya aku rasa! Kau rasa dia pun ada hati pada aku tak? Aku harap ada.  Hehe.
Kami berbual-bual kosong aja, macam dua orang asing yang baru mengenali. Kerja mana? Buat apa kat kampung? Bila konvo? Macam itulah soalan yang keluar dari mulut abang Akhie.
Abang Akhie nasihat supaya aku pandai cari kerja, sebab sekarang ni susah nak dapat kerja. Dia pun terpaksa memohon KPLI lepas tamat pengajian sebab susah nak cari kerja yang lain. Ya, aku faham situasi zaman sekarang ni. Aku akan ingat pesan abang Akhie! Lepas raya ni aku akan terus mencari kerja. Ini janjiku pada abang Akhie.
Tapi aku rasa dia nasihat aku macam seorang abang pada adik pula. Apa kau rasa diari? Ye lah, dia kan dah dua puluh tujuh tahun, aku baru dua puluh dua, beza lima tahun tu. Ah! Peduli apa aku, kan lelaki yang lebih berusia, lebih matang orangnya. Hehe. Lagipun orang cakap, tahap kematangan lelaki adalah sama dengan perempuan yang lima tahun lebih muda dari dia. Jadi aku dengan dia sama matanglah kan! Hehe.
Eh lupa nak cerita pasal berita buruk tu. Kau tahu, percubaan pertama aku gagal la! Huwaa! Aku fikir senang aja nak buat biskut sugi, sekali hangit kau tahu! Habis berasap satu rumah, mujur Atok tak panggil bomba. Huk huk!
Abang Akhie kat rumah sebelah tu pun mesti dapat bau biskut aku yang hangit tu. Waa! Dah kurang satu markah aku dekat dia.
Ish! Kenapa susah pulak biskut sugi ni nak menjadi eh? Tangan aku tak ada bakat membuat kuih kah? Tak apa, aku akan cuba lagi dan lagi dan lagi! sampai berjaya!
Misi harus diteruskan!
-----------------------------------------
25 Ogos 2011
Yes! Aku berjaya! Aku berjaya! Lihatlah dunia! Aku dah berjaya! Haha. Bangganya aku, bila Atok cakap biskut sugi aku sedap sangat! Tak sia-sia aku bertungkus-lumus selama ni sampai melecur tangan aku ni dek membuat biskut sugi.
Percubaan demi percubaan yang gagal telah membawa kepada kejayaan pada saat ini, jadi nasihat saya, janganlah berputus asa ya adik-adik. Ewah macam bagi ceramah motivasi pulak aku ni, padahal buat biskut sugi aje pun. Hehe.
Esok kena bagi biskut sugi ni pada abang Akhie! Sebelum keluarga dia atau keluarga aku pulang ke kampung untuk beraya. Kalau tak, malu mak, nyah oii. Kang ribut satu kampung, kata aku ni nak tackle anak Makcik Esah, belum lagi kena dengar adik beradik aku mengusik kalau tahu perkara ni, malunya! Mana mak nak letak muka? Haha.
Ok! Esok penentu segalanya! Aku kena bagi biskut ni pada abang Akhie! Apa nak jadi, jadilah. Balang biskut sugi ni pun aku dah letak siap-siap dalam plastik dah, tunggu masa dan ketikanya aja. Ah berdebarnya! Apa aku nak cakap dekat dia esok? Aaaa!
-----------------------------------------------
26 Ogos 2011
Ah sedihnya... petang tadi aku ke rumah abang Akhie, tapi... abang Akhie tak ada. Makcik Esah cakap, abang Akhie pergi menjemput sepupunya yang pulang ke kampung hari ni. Terpaksalah aku beri balang biskut tu pada Makcik Esah. Walaupun Makcik Esah berkali-kali berterima kasih pada aku dan terharu, tapi itu tidak sama dengan melihat senyuman kegembiraan di wajah abang Akhie.
Ah sedihnya tak dapat tengok reaksi abang Akhie sendiri. Entah-entah Makcik Esah tak cerita pun yang aku yang buatkan biskut sugi tu. Hancur peluang aku!
Ish tak baik kau Ada! Cuba ikhlas sikit, sekurang-kurangnya kau dah gembirakan hati Makcik Esah, kan? Ya, senyum.
Itu tak apa lagi, yang aku bertambah sedih tu, bila aku ternampak, abang Akhie dengan sepupunya tu dan sepupu dia tu rupanya perempuan! Orangnya cantik, pandai bergaya, tak macam aku ni yang bergaya ikut suka hati. Ah! Mesti abang Akhie terpikat dengan sepupunya itu. Bukan main mesra lagi aku tengok mereka bersembang dekat beranda tu, haih pedihnya hatiku aku rasa.
Abang Akhie, sampai sini sajakah kisah cinta kita yang baru Ada cuba sulamkan buat abang? Oh oh oh, sayunya hati...
-------------------------------------
29 Ogos 2011
Esok raya.
Ok tak ada nada teruja pun dari aksara yang aku tulis ni kan? baik aku mengaku, aku masih sedih. Aku tak ambil tahu langsung dah pasal dia, lagipun aku sibuk uruskan persiapan raya, keluarga aku pun semua dah berkumpul. Manalah ada masa untuk aku mencari abang Akhie lagi. Dia pun tak ada rasa nak tegur aku, yelah aku faham dia sibuk dengan sepupu dia tu, eh dengan keluarga dia tu.
Haih! Emo pulak aku ni, tapi memang aku rasa tak bersemangatlah. Aku rasa sedih sekarang ni, rasa macam nak menangis.
Ada, esok rayalah, kau tak dengar ke suara anak-anak saudara kau bermain bunga api tu? orang bergembira, bukan berduka. Sudah-sudahlah fikirkan pasal abang Akhie tu, kau dah dewasa kan!
Ya, aku dah dewasa, dah matang. Tak mainlah sedih pasal hal cintan cintun ni. Eh air mata! Kenapa tiba-tiba kau nak keluar ni? Dah, tahan!
Oklah, aku nak cuba ceriakan hati aku, aku nak pergi main bunga api kejap, tak pun layan mercun roket sebatang dua. Ah gila kau Ada! Mercun tu bahaya la!
Ok-ok aku tak main mercun, aku acah aja.
Tata diari!
-----------------------------------------------------------
30 Ogos 2011
Abang Akhie datang beraya! Abang Akhie datang beraya! Kalaulah aku boleh melompat sampai langit ke tujuh, pasti aku akan melompat! Hahaha.
Gembiranya hati aku hari ni! Hari raya kali ni adalah hari raya yang aku paling takkan lupakan sampai bila-bila.
Eh lupa nak ucap dekat kau...
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin!
Hehehe.
Abang Akhie segak berbaju melayu johor warna jingga tadi, sama macam warna baju kurung dan tudung aku ni! Ah aku tak jangka pun baju raya kami akan sedondon! Aku sengaja pilih warna yang pelik sikit tahun ni, tak sangka abang Akhie pun sama citarasa dengan aku.
 Dia datang dengan ahli keluarga dia, sepupu dia tu pun ada! Huh! Mujur warna baju mereka tak sama, kuranglah sikit rasa cemburu dalam hati aku ni. Hehe.
Aku layan mereka macam biasa aje, cuba kawal rasa gementar dalam hati aku ni, kalau ikut hati aku ni, mahu aja aku menyorok dalam dapur. Berdebar dada aku ni bila terpandang wajah abang Akhie. Risau kang nanti minuman yang aku bawak terhempas ke lantai. Mujurlah aku masih boleh kawal diri aku ni.
Paling aku tak tahan tu, bila mereka dah habis beraya dan nak beransur pulang, abang Akhie yang paling akhir keluar. Masa selisih dengan aku, dia sempat berbisik.
‘Terima kasih sebab sudi buatkan biskut sugi untuk abang... sedap sangat! Abang suka.’
Nak luruh jantung aku waktu tu, lemah lutut, tangan menggeletar, dahi berpeluh, semua simpton sawan cinta dah kena dekat aku.
Aaa! Aku rasa nak menjerit! Rasa gembira yang teramat! I Love You lah Makcik Esah! Terima kasih sebab beritahu anak makcik tu, yang aku yang buatkan biskut tu. Hehehe!
Ya Allah, Andai dia jodohku, Kau dekatkanlah hati-hati kami Ya Allah.... amin.
-----------------------------------------------
31 Ogos 2011
Kenapakah di saat aku sudah merasa bahagia, tiba-tiba saja dugaan datang melanda... ah sedihnya hatiku ini.
Ya Allah! Andai dia bukan jodohku, hapuskanlah segala perasaan yang kian mekar dalam hatiku ini Ya Allah.
Aku tidak mahu tenggelam dalam harapan palsu ini, aku tidak mahu berharap lagi.
Haishhh!
Tak baik mengeluh Ada, tak baik mengeluh.
Aku tahu, tapi hati aku terlalu sedih, aku tak sangka sampai begini sekali sakitnya hati aku bila aku mendapat perkhabaran itu.
Perkhabaran yang merobek segala harapan yang baru aku cambah untuk mendapatkan cinta abang Akhie.
Kenapalah Atok beritahu semua ni di saat aku sudah benar-benar mencintai dia? Kenapa?
Ah biarkan aku nangis semahunya malam ini, aku tak nak tahan lagi air mata ni. Biarkan saja...
--------------------------------------------------
2 September 2011
Esok adalah detik bersejarah itu... Esok abang Akhie akan diikat dengan orang lain. Ah! aku tak sanggup nak hadapi hari esok! Boleh tak kalau hari ini terhenti di saat ini saja, supaya abang Akhie tidak akan menjadi milik sesiapa. Ah sedihnya!
Siapalah gadis bertuah yang akan dapat memiliki hati suci abang Akhie tu? kenapa tidak aku? kenapa mesti orang lain? Why? Why?
Ah, aku dah berjanji yang aku akan redha melepaskan perasaan aku padanya kan? aku harus redha, walau dengan sesiapapun abang Akhie ditunangkan. Semoga gadis itu adalah gadis yang baik yang setaraf dengan abang Akhie. Mungkin aku tidak sesuai untuk abang Akhie, sebab itulah Allah tidak memungkinkan jodoh ini terjadi. Segalanya atas kehendak Dia, kerana Dia lebih mengetahui segalanya.
Kenapa firasat aku berkata yang abang Akhie akan bertunang dengan sepupunya itu? ish. Mungkin sebab aku tahu, abang Akhie tidak rapat dengan sesiapa, dulu pun bekerja di pedalaman Sabah, aku rasa, tidak mungkin abang Akhie bertunang dengan Sumandak Sabah. Memanglah sumandak Sabah cantik-cantik belaka, tapi kalaupun abang Akhie terpikat dengan gadis Sabah, mesti Makcik Esah tak izinkan abang Akhie pergi jauh darinya kan? betul tak teori aku ni?
Ahh dari aku sakit kepala fikir pasal hal ni baik aku tidur. Moga-moga aku dapat hilangkan kesedihan dalam hatiku ini. Bantulah hambaMu ini Ya Allah...
---------------------------------------------------
3 September 2011
Ah gila! Betul ke semua ni? Sampai sekarang aku masih belum percaya! Ya Allah, benarkah ini semua telah terjadi? Aku tak bermimpi kan?
Pagi tadi aku nampak mereka sekeluarga sudah kalut-kalut keluar dari rumah bersama beberapa barang hantaran dan tepak sireh. Aku ingatkan mereka nak menuju ke kereta, tapi tiba-tiba mereka belok masuk rumah aku!
Rupa-rupanya mereka datang nak merisik aku!
Atok tersengih-sengih bila aku pandang wajah dia, geram pulak rasanya! Ada ke patut, dia berpakat dengan Makcik Esah, nak kenakan aku. Sebenarnya Atok dah lama tahu yang aku sukakan abang Akhie sejak aku bersungguh nak buat biskut sugi tu. Rupa-rupanya awal-awal lagi Atok aku dok bergosip dengan Makcik Esah yang aku nak buatkan biskut sugi untuk abang Akhie. Manalah dia tahu semua ni? Ish ish ish!
Kau cerita dekat dia ya diari? Ok aku dah bercakap macam orang gila pulak. Mungkin bila Atok cakap yang aku beria-ria nak buat biskut sugi, Makcik Esah teringat kata-kata dia pada aku dulu tu. Ya hipotesis aku yang ini lebih tepat.
Mereka berpakat untuk merahsiakan agenda merisik ni sebab nak terkejutkan aku. Memanglah aku terkejut, terkejut sangat sampai menangis tak henti-henti kau tahu. Malu aku dibuatnya bila aku tak dapat tahan air mata aku ni dari mengalir bila rombongan tu datang memberitahu tujuan mereka yang ingin menyunting aku untuk abang Akhie.
Yang penting esok aku akan bertunang! Ahhh tak percayanya! abang Akhie tak datang tadi, entah apa perasaannya. Adakah dia bahagia dijodohkan dengan aku atau dia cuma terpaksa menerima pilihan maknya? Risau pulak aku.
--------------------------------------------------------
4 September 2011
Ya Allah, terima kasih ya Allah...
Aku rasa nak menangis semahunya hari ni, bukan sebab aku sedih, tapi sebab aku terlampau gembira! Majlis pertunangan berjalan lancar, aku dah sah mengikat janji dengan abang Akhie untuk menjadi pemilik tulang rusuknya. Terima kasih ya Allah!
Tadi lepas majlis, abang Akhie datang padaku, dia dah luahkan segala yang terbuku di hati dia.
Kau tahu diari,
Abang Akhie cakap dia dah berkenan dekat aku saat kali pertama lagi dia jumpa aku dekat surau tempoh hari, sebab tu dia risik-risik pasal aku dengan Atok. Dia sengaja datang rumah dengan alasan nak jumpa Atok, padahal dia nak tengok aku.
Dia cakap lidah dia kelu setiap kali nak sembang dengan aku, sebab tu dia tak berani nak tegur aku sangat. Dia cuma memendam rasa selama ni, sebab dia takut dia cuma bertepuk sebelah tangan.
Bila aku buatkan biskut sugi untuk dia, barulah dia yakin yang aku juga punya perasaan yang sama. Sama-sama saling mencintai...
Aku sangat terharu dan gembira dengan cinta ni diari!
Kalaulah aku tak buat biskut sugi tempoh hari dan beri pada abang Akhie, mungkin sampai sekarang abang Akhie takkan bertindak, dan mungkin sampai sekarang aku takkan bertunang dengan dia.
Abang Akhie... terima kasih sebab sudi memberi cinta abang buat Ada, Ada akan hargai cinta ni dengan setulus hati Ada! Ada akan cintai abang sepenuh hati Ada!
Terima kasih ya Allah, terima kasih kerana memakbulkan permintaanku ini ya Allah! Aku akan menghargai nikmatMu ini dengan sebaiknya, mentaatinya apabila dia sudah sah menjadi suamiku...
Tak sabar menunggu hari raya AidilAdha nanti! Saat kami bakal diijabkabul, dan menjadi suami isteri yang sah.
Ah abang Akhie... abang botakku. Ada cinta abang Akhie.. Adawiyah cinta Akhimullah!
Aku bahagia diari... aku bahagia!
Terima kasih sudi dengar bicara aku selama ni, aku akan simpan kau baik-baik sebab kau menyimpan kisah cinta aku. Kisah cinta aku pada abang Akhie! Dan juga misi biskut raya buat Akhie di Aidilfitri, sampai dia terpaut hati. Cinta aku menjadi, aku dah nak naik pelamin tak lama lagi! Aku sayang kau diari! Muah!
-Tamat-
p/s : Maafkan segala kekhilafan dalam cerpen ni. Pertama kali cuba ala-ala diari. Hehe. Dan maaf kalau rasa macam si Ada ni gedik sikit. Hehe. Bila tulis dalam diari, tak kisah la nak menggedik sikit kan. Haha!
Salam Aidilfitri semua! Walaupun dah hujung-hujung, masih tak terlewat nak ucap kan? Hehe. Maaf zahir batin ya! Sayang semua! ^___^


Suka? =)

10 comments:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!