~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 10, 2015

Novel : Miss You Mr. Arrogant Bab 8



IRHAM duduk berteleku di mejanya, fikirannya menerawang memikirkan perkara yang menyesak dadanya saat itu. Mengambil Zaara bekerja di sini membuatkan Zaara sentiasa ada dekat dengan dirinya, perkara itu bukanlah sesuatu yang buruk yang dia ingin elakkan, tetapi membiarkan Zaara bekerja itu yang buat dia rasa kurang senang.
Tapi kata-kata ibu dan bapanya ada juga benarnya. Bukan dia tidak tahu, Zaara pasti bosan duduk sendirian dengan Iman di rumah, membuat perkara yang sama setiap hari, sampai susut badannya dek keletihan menguruskan rumahtangga, tapi mengenali Zaara, pasti perempuan berjiwa kental sepertinya tidak akan pernah mengadu atau tunjuk lemah di hadapan Irham. Dia tahu isterinya itu sukar sekali hendak meluahkan ketidakpuasan hatinya.
Dahulu bukannya dia tidak pernah menawarkan untuk ambil pembantu rumah, tapi Zaara yang tidak mahu kerana ingin menguruskan rumahtangga sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Tapi sekarang, mungkin dah sampai masa untuk dia biarkan Zaara berehat. Sekurang-kurangnya pabila Zaara bekerja di sini, bolehlah Zaara lebih banyak masa bersamanya dan merehatkan diri kerana dia pasti tidak akan memberi bebanan kerja yang teruk pada isterinya itu. Tapi boleh percaya ke? Irham menyoal dirinya sendiri.
‘Haha. Tengok sajalah nanti.’ Irham ketawa kecil.

FIZ membawa sedulang air sebelum duduk di sisi Zaara yang sedang meriba Iman. Iman khusyuk bermain permainan di dalam tablet yang dipegangnya. Langsung tidak terganggu dengan kehadiran Fiz di situ.
“Apa mimpi tiba-tiba saja kau datang rumah aku ni?” Fiz tersengih sambil merenung sahabatnya itu. Walau sudah punya kehidupan masing-masing, dia dan Zaara masih tetap berhubungan cuma nak bertemu selalu seperti dulu tu sudah agak susah. Zaara menghela nafas, rambut Iman diraup dengan jemarinya perlahan.
“Iman, pergi main dengan Adra, ya.” Zaara bersuara, mahu berbincang dari hati ke hati dengan Fiz secara bersendirian biarpun anak kecilnya itu belum benar-benar mengerti apa yang orang dewasa perkatakan. Iman bangun dari ribaan Zaara sebelum duduk di tepi Adra yang sedang asyik bermain dengan permainan lego di satu sudut rumah itu.

“EH baguslah kalau Irham bagi kau kerja balik, yang kau macam tak suka tu kenapa?” Fiz menyoal setelah melihat keruh di wajah Zaara.
“Aku suka kerja balik, cuma…” mata Zaara jatuh pada wajah Iman yang sedang asyik bermain bersama anak dara kecil Fiz itu.
Fiz diam, matanya memerhati arah mata Zaara sebelum dia mengangguk, mengerti perasaan sahabatnya yang serba salah dan dalam dilema.
“Aku faham. Aku pun dulu macam kau, lepas je habis pantang, nak bekerja semula tu memang dah tak ada hati. Fikir pasal anak je, kesian dan rasa tak sanggup nak berpisah dengan dia.” Fiz merenung Adra pula, kembali mengimbau memori dulu.
“Itulah. Memang susah nak berpisah.” Zaara mengiyakan kata-kata Fiz tadi.
“Aku pun fikir panjang masa tu. Dekat dua tahun jugak la aku tak kerja lepas berhenti dari RT Agency sebelum melahirkan Adra. Hadry memang tak kisah aku kerja atau tak, tapi akulah yang tak nak susahkan dia nak tanggung segalanya. Dia bukan jenis nak kejar kemewahan, kalau ikutkan senang-senang saja dia boleh bekerja dengan Irham Holding tapi dia nak bermula dari bawah dengan usaha sendiri. Jadi kalau aku tak kerja, macam aku pula makin menyusahkan dia sedangkan dia dah berusaha nak majukan hidup dia.”
Zaara mengangguk faham. Bekerja dengan Hadry dulu buatkan Zaara sudah kenal cara Hadry bekerja dan semangat Hadry dalam melaksanakan tugasnya. Hadry seorang yang sangat berusaha keras dan komited dalam urusan kerjanya, sebab itu tanpa bekerja dengan syarikat milik sepupunya, Irham pun Hadry sudah mampu berjaya sekarang.
“Lepas Adra dah besar sikit baru aku kerja balik dekat syarikat Hadry tu. Masa tu Hadry pun dah ambil pembantu rumah, bolehlah Kak Mah tu tolong aku uruskan rumah sementara aku keluar bekerja. Kalau kau nak bekerja, kau ambillah pembantu rumah dulu.”
Zaara diam tidak berkutik, khusyuk mendengar kata-kata Fiz.
“Kalau dulu, aku tak galakkan kau kerja balik sebab Iman kecil lagi, tapi sekarang Iman pun dah besar, boleh masuk taska sama-sama dengan Adra. Dah tak ada apa nak dirisaukan Zaara, waktu sekaranglah sesuai untuk Iman mula belajar.”
Zaara mengangguk perlahan, lega sedikit hatinya apabila mendengar galakan dari Fiz tika itu. Hatinya rasa tenang untuk membuat keputusan walaupun Irham sudah pun memberikan keizinannya.
“Terima kasih Fiz, sekarang lega sikit hati aku ni. Tak adalah aku rasa bersalah sangat pda Iman.” Matanya kembali tertancap pada Iman dan Adra yang masih asyik bermain lego dan sudah membina sebuah bangunan tinggi dari blok-blok lego tersebut.

‘Mungkin sudah sampai masanya,’ Zaara berbisik dalam hatinya sendiri, wajahnya mengukir senyum.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u