~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, February 1, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 3


Zaara mengira duit gaji yang baru dikeluarkannya tadi, sambil sesekali menggaru kepalanya yang berbalut tudung. Serabut dengan masalah yang belum selesai.
“Dah hampir sebulan, tapi tak mampu lagi nak kumpul lima ribu. Kalau aku guna habis duit gaji aku ni, mana nak bayar kereta lagi, rumah sewa lagi, nak makan lagi. aduh sakit kepala aku,” Zaara mengomel sendiri.
“Beb, camne?” Fiz yang sedari tadi memerhati Zaara di pantri cepat-cepat menyoal.
“Baru ada seribu setengah, itupun lepas tolak duit keperluan aku, kalau tak camne aku nak hidup bulan ni.”
“Pinjam aku la. Kau guna aje semua duit gaji kau tu, duit makan pakai kau biar aku tanggung.”
Zaara terpana, terharu dengan keikhlasan temannya itu.
“Tapi kalau aku guna duit gaji penuh aku pun baru ada dua ribu lima ratus, selebihnya nak kaut mana?”
“Mintaklah kat mak ayah kau. Tak boleh ke?”
“Ish kau ni. Patutnya aku yang tolong dorang, balas jasa dorang. Bukannya menyusahkan dorang balik.”
“Tapi kan terpaksa. Nak buat macam mana lagi?”
 “Tak apa, nanti aku cuba mintak tangguh kat mamat berlagak tu,” Zaara membulatkan tekad.
“Kalau dia tak bagi?”
“Alamat matilah aku dengan telefon aku sekali!”
-----------------------------------------------------------------
Irham merebahkan dirinya di atas katil usai mandi, telefon bimbit yang terletak di dalam laci mejanya segera digapai. Sengaja dia meletakkannya di situ supaya tiada siapa perasan. Kalau ada yang nampak, tak pasal-pasal dia dituduh mat lembut, tak pun gila merah jambu, tak sanggup dia!
Irham merenung telefon bimbit ditangannya itu. Punat untuk menghidupkan telefon itu segera ditekan, setelah sekian lama dimatikan. Sengaja dia matikan telefon bimbit itu supaya dia tidak terganggu dengan panggilan dan mesej yang tidak mahu dijawab kerana dia bukanlah tuan empunya telefon bimbit tersebut.
Beberapa ketika kemudian, kedengaran nada mesej berbunyi berkali-kali menandakan sejumlah mesej telah masuk. Irham membiarkan saja telefon bimbit itu di atas meja tanpa ada niat untuk membuka mesej-mesej yang diterima.
Berakhir saja nada mesej yang terakhir, butang merah di telefon bimbit itu segera ditekan dan kemudian dia mula mencari senarai nombor yang tersimpan di dalamnya.
“Bukan... bukan... hah! Yang ni la...” Irham tersenyum penuh makna saat melihat nama yang dicari-carinya. Selesai menyalin sesuatu di dalam telefon bimbitnya, cepat-cepat dia mematikan telefon bimbit berwarna merah jambu itu semula.
“Kau nak main-main dengan aku kan? Cakap sebulan, lepas tu nak tangguh pulak. Hah ambik kau. Padan muka,” Irham mengomel sendiri sambil tangannya laju menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.
“Send! Yes!” Irham menjerit kesukaan.
-------------------------------------------------------------------------
Zaara tiada selera nak menjamah bihun goreng di hadapannya itu. Macam mana dia nak ada selera, sedangkan permintaannya nak tangguhkan bayaran telah ditolak mamat berlagak itu bulat-bulat.
“Adui, apalah nasib aku...”
“Ish tak baiklah mengeluh depan makanan.”
Mata Zaara cepat mengalih pandangan pada Fiz yang sedang khusyuk menikmati nasi goreng ikan masin kegemarannya tanpa ada sebarang gusar di hati.
“Aku tak ada seleralah.”
“Ni mesti sebab mamat tu tak bagi kau tangguh kan?” Fiz meneka dengan mulut yang penuh dengan makanan.
“Iyelah, kau pun tahu kan, aku mesej dia punyalah panjang dengan ayat penuh rayuan. Dia balas mesej tu pendek saja. ‘Tak boleh.’ Full stop. Aduh, sakit hati aku!”
“Sabarlah beb. Nanti kita ikhtiar lagi.”
“Nak buat apa lagi Fiz? Lagi tiga hari dah cukup sebulan. Apa lagi aku boleh buat?”
Fiz mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Zaara menggelengkan kepalanya. Buntu, rasa nak pecah kepalanya. Ugutan Irham dulu masih terngiang di telinganya.
‘Kalau kau tak bayar, siaplah kau nanti. Tau lah apa aku nak buat,’ ayat itu bagaikan berdengung dalam gegendang telinganya. Zaara gundah.
“Kring... kring...” nada dering old school yang berbunyi dari beg tangan Zaara membuatkan mata-mata di dalam restoren itu mula memerhatikannya. Zaara yang malu cepat-cepat mengangkat telefon.
“Assalammualaikum ibu. Ada apa bu?”
Suasana hening seketika.
“Apa?!” muka Zaara merah menahan geram.
“Kenapa ni beb?” Fiz terkejut melihat perubahan suara Zaara.

Suka? =)

4 comments:

  1. mesty irham tu dah tulis sumtin kat ibu dia. tak sabar tggu next!

    ReplyDelete
  2. awak, cepat lahh sambung lagiiiiiiii!! hehe

    ReplyDelete
  3. excitednye nak tunggu ep seterusnya!

    ReplyDelete
  4. apa yg trjadi ye lps ni..xsabarnya..

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!