~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, July 13, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 11



“EH kita dekat mana ni, bang?” aku pantas menyoal sebaik tersedar yang Hadif sudah menghentikan keretanya walaupun tempat yang dituju masih belum tiba.
Hadif menoleh ke tepi, memandang aku yang duduk di sisinya. Senyuman dilempar padaku sebelum dia membuka tali pinggang keledarnya.
“Selamat datang ke rumah kita.” Hadif bersuara seraya melangkah keluar dari kereta. Aku terlopong. Apa maksud dia? Rumah kita? Aku pandang ke depan, rumah berkembar dua tingkat itu tampak begitu sempurna sekali, sama seperti rumah yang selalu aku idamkan. Ini... ini rumah kita?
Aku keluar dari kereta dengan teragak-agak. Saat kakiku sudah mencecah tanah, Hadif mampir ke arahku lalu pantas menarikku untuk masuk. Walaupun kakiku terasa berat dek kerana rasa tidak percaya, namun kugagahi jua untuk melangkah.
Aku memandang segenap isi rumah itu dengan rasa teruja, rumah yang agak selesa itu sudah dipenuhi perabot moden, yang memang kena sekali dengan citarasa aku. Ruang dinding berona merah terang digabung dengan perabut bervariasi hitam dan putih memang menyerlahkan suasana.
“Deeba suka?” soalan Hadif itu buatkan aku berpaling ke arahnya. Dia sedang memandang aku sambil sesekali matanya meliar melihat setiap penjuru.
“Apa maksud semua ni, bang?” aku meminta kepastiannya. Masih tak percaya dengan apa yang sudah terhidang depan mataku saat itu.
Hadif melangkah setapak ke depan, membuatkan jarak aku dan dia kian rapat. Bahuku dipegangnya sebelum dia tersenyum. Ok jangan pengsan, Deeba!
“Sebelum kita kenal lagi, abang dah rancang untuk duduk rumah sendiri lepas kahwin. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan abang sebaik saja Deeba jadi isteri abang. Jadi, inilah rumah kita. Rumah abang dan Deeba.”
Aku terdiam, lidahku kelu.
Hadif menarikku untuk duduk di sofa, jemariku digenggamnya erat sebelum dikucup lembut. Mataku direnung tajam.
“Isteri abang ni memang isteri yang baik, pandai jaga diri dan maruah suami. Walaupun abang tak pernah kata apa, tapi Deeba sendiri ikhlas untuk mengelakkan abang dari memikul sebarang dosa dari Deeba.”
Aku mengerut dahi, tidak mengerti maksudnya.
“Abang tahu Deeba tak selesa selama ni, duduk sekali dengan mama, dengan keluarga abang Hasif lagi. Mesti Deeba rimas kena bertudung sepanjang masa, sebab abang Hasif ada. Waktu dalam bilik saja kan, Deeba buka tudung, itupun selalu dekat nak tidur baru Deeba masuk bilik, kan?”
Erk! Hadif tak tahu, aku lambat masuk bilik tu bukannya apa. Aku segan gila dengan dia, kalau aku lambat masuk bilik, jadi kuranglah masa untuk aku berduaan dengan dia. Haha. Tapi... kalau dah duduk rumah sendiri ni faham-fahamlah, memang kena menghadap muka dia la dua puluh empat jam. Arghhh! Segannya aku! Mana aku nak lari lagi ni?
“Sekarang abang nak Deeba selesa, tak perlu bertutup sepanjang masa lagi. Dekat rumah ni nanti, Deeba bebas. Hanya ada abang dan Deeba.” Hadif tersenyum sambil merenungku dalam-dalam. Ok tahan nafas Deeba! Arghh kenapa hati rasa macam nak meletup ni?
“Deeba ok?” aku tersentak mendengar soalan itu, barangkali aku terlalu lama diam hingga Hadif terasa hairan. Pantas aku mengangguk.
“Deeba tak suka rumah ni ke? Kalau Deeba tak suka, abang boleh carikan rumah lain.” Soalan lain pula Hadif ajukan apabila melihat wajahku yang masih gundah. Aku geleng laju. Ish, tak ada kerja nak cari rumah lain, dapat rumah sikit punya besar ni pun aku dah cukup syukur dah. Masalahnya sekarang, bukan soal rumah, tapi soal aku yang akan hidup berduaan saja dengan Hadif. Ah, bagaimana agaknya nanti?
“Bukan itu bang. Cuma, mama macam mana?” aku cuba bagi alasan.
“Mama memang dah tahu dan izinkan. Lagipun Abang Hasif sekeluarga ada untuk jaga mama, jadi abang tak risaulah sangat.” Erk! Macam dah tak boleh lepas lagi...
“Kalau macam tu...” aku terhenti bersuara, wajah Hadif, aku pandang. Dia seolah sedang mengharapkan satu kepastian dari aku. “Ikut abanglah, Deeba terima aja...” aku menyambung.
Hadif menguntum senyum, manis sekali. Wajahku ditenungnya lama. Tiba-tiba tanganku ditarik, membuatkan aku terdorong ke dalam pelukannya, aku tergamam. Bibirku bergerak-gerak, cuba untuk mengatakan sesuatu, namun suaraku tidak mahu keluar.
“Abang gembira sangat, sekarang hidup abang terasa sempurna sekali. Terima kasih, Deeba...” Hadif memelukku erat.
Aku mengetap bibir, cuba menahan air mata yang bertakung di tubir mata. Aku yang selalu merasakan diriku terlalu banyak kekurangan, bisa menyempurnakan hidup seorang Hadif? MasyaAllah...

“Hah! Kamu berdua ni pergi mana, lama sangat, Hadif? Kamu kata nak tolong jemputkan Deeba dekat sekolah aja, ini sampai ke petang baru balik. Kamu culik menantu mama, bawak ke mana ni hah?” Puan Hamidah, ibu mertuaku sudah menegur sebaik melihat aku dan Hadif masuk ke dalam rumah.
Hadif garu-garu kepalanya dengan wajah yang sudah merona merah, wajah mamanya yang sedang bercekak pinggang itu dipandang dengan sengihan.
“Tadi Hadif bawa Deeba pergi makan tengah hari dulu, lepas tu alang-alang dah keluar, Hadif bawa Deeba tengok rumah baru kami sekali. Ralit dekat sana, sampai tak sedar, hari dah petang.”
Mama terangguk-angguk. Dia kemudian berpaling ke arahku.
“Macam mana?” pendek soalan itu namun cukup untuk aku mengertikan.
Aku ukir senyum segaris. “Cantik. Nampak selesa, mama.”
Mama menepuk bahuku, lalu diusap lembut.
“Baguslah kalau Deeba suka.” Dia tersenyum.
“Mama, Hadif ke atas dulu ya, nak solat Asar.” Hadif meminta diri pada mamanya sebelum mengorak langkah ke atas, meninggalkan aku dan mama berduaan sahaja.
Wajah mama aku renung kembali, cuba menyelami hati seorang ibu itu. Adakah dia benar redha, melepaskan Hadif tinggal sendiri?
“Kenapa Deeba tengok mama macam tu?” Mata mama yang sedari tadi mengekor langkah Hadif ke atas, tiba-tiba memandang ke arahku, apabila menyedari, aku sedang merenungnya. Aku sengih, kantoi!
Aku geleng perlahan, tangan mama aku gapai. Jemari tua yang sudah berpuluh tahun membesarkan Hadif itu, aku usap lembut.
“Mama, mama tak kisah ke, Hadif dengan Deeba pindah dari sini?” aku akhirnya mengajukan soalan yang sejak dari tadi bermain di benakku.
Mama tergelak kecil. Perlahan dia menggeleng.
“Mama tak kisah, sayang. Lagipun memang Hadif pernah beritahu mama hasrat dia tu, nak duduk sendiri lepas kahwin. Mama memang tak ada halangan, cuma...”
“Cuma apa mama?” aku menyoal apabila lama mama berdiam diri, hanya wajahku direnung dalam.
“Cuma kenalah kerap balik ke sini nanti, janji tau!” Mama mengukir senyum. Huish, lega! Ingatkan apalah tadi.
“InsyaAllah, mesti boleh punya, mama.” Aku memberikan janjiku. Mama cuma senyum, bahuku ditepuk sebelum dia berlalu ke dapur.
Aku menghela nafas, lega kerana tidak ada halangan dari pihak mama. Sedari tadi aku risau, takut mama kecil hati, apabila Hadif buat keputusan untuk berpindah dari sini. Walaupun mama nampak tidak kisah, tapi aku tahu mesti dia berat hati juga, nak lepaskan anak bongsu dia pergi, kan? Aku pun berat hati ni, nak tinggalkan rumah ni, dan hidup berduaan dengan Hadif. Argh!


Suka? =)

14 comments:

  1. alaaaa.....sikitnya....dikkk...buat le panjang sikit....permintaan yg sgt over..hihih....tapikan takut jugak baca cerita smooth je camni...sekali datang konflik...hamek ko...terus aku sentap....haha....harap2 jgnlah Hadif berubah hati...i tak rela...


    Love,
    Kak G

    ReplyDelete
  2. bestnyer,,, x sbar nk thu khidpn deeba lps ni:))

    ReplyDelete
  3. best nye... sweet nye hadif...untung nye deeba...

    ReplyDelete
  4. Aduhai... Dah lama tunggu n3 citer nie...
    Suka.... Tahniah aliesha,,,

    ReplyDelete
  5. AK!!nak lagi~~~~~ ^^

    ReplyDelete
  6. bestnye jadi deeba kan...pls continue

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum kak AK~~bila nak update?rindu la nak baca.tiap hari kitorang cek blog akk nih. Crita ni sukar utk d tebak jln crita seterusnya.apa motif hadif ek..please smbung taw~~kitorang dh rindu..:p

    ReplyDelete
  8. akhirnye.muncul balik novel nie,setelah bertahun- tahun menghilang*ayat gedik.hak3

    ReplyDelete
  9. i want to be deeba!! pls...

    -love mispurple-

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u