Sisipan istimewa utk pembaca LYMA yg menanti LYMA dibukukan. hehe.
ini sedikit sedutan untuk kalian, dari bab yg dirahsiakan. hehehe
-
-
-
-
-
Nafasnya dihela perlahan sebelum dia berpaling menghadap Zaara semula. Pipi Zaara dielus lembut tanpa dia sendiri sedari.
Zaara yang ingin berkalih badan membelakangi katil Irham telah terlanggar tangan Irham lantas menyebabkan Irham jatuh terjelepuk ke bawah.
“Adoi mak!” Irham menjerit sebelum mendarat betul-betul di atas Zaara menyebabkan Zaara tersedar dalam keadaan yang amat terkejut.
“Aaaa! Kenapa ni?!” Zaara menjerit, bingung sebaik melihat Irham sedang menindihnya. Tubuh Irham ditolaknya dengan segala tenaga yang ada.
“Apa awak buat ni? Awak nak apa-apakan saya ke?” Zaara pantas menyoal sebaik tubuh Irham sudah ditolak ke tepi. Tubuhnya dipeluk erat.
“Mana ada! Aku terjatuhlah!” Irham pantas membidas.
“Awak tidur buas sangat ke sampai boleh terjatuh ke bawah ni? Selama ni tak pernah jatuh pun!” Zaara mengomel, terkejut apabila tubuhnya dihempap Irham. Mujur Irham itu tidaklah setegap mana, kalau tak, mahu patah riuk Zaara dibuatnya.
“Ish, aku tak sengajalah!” wajah Irham merona merah. Teringat perilakunya yang asyik mengelus pipi Zaara tanpa sedar.
‘Apa dah jadi dengan aku ni? Hish! Buang tebiat agaknya!’ Irham menyesali perbuatannya hingga mengejutkan Zaara tadi.
“Dahlah, sambunglah tidur. Aku minta maaf.” Irham pantas memanjat katilnya semula, tidak berniat untuk menganggu tidur Zaara lagi.
“Awak tidur jauh-jauh sikit, kang jatuh atas saya lagi, susah!” Zaara sempat berpesan sebelum berpaling dari menghadap Irham, cuba menahan tawanya.
‘Buang tebiat agaknya Irham tu? Takpun dah jatuh cinta dengan aku? Hahaha.’ Zaara tersenyum sendiri, biarpun terkejut tapi hatinya rasa senang dengan kejadian itu.
‘Sudah! Aku pulak yang buang tebiat ni...’ Zaara menepuk dahinya sebelum memejamkan mata.
p/s : ehem. ada yang rindukan Zaara dan Irham tak ni?
Suka? =)
sy sgt suka novel niiiii...................
ReplyDeletexsaba nak beliiiii novel LYMA....
bla nk kuar nie??
ReplyDeletex sbr nk bce lagi n lagi..
ala2.. ciputnye... tmbahlah cikit.. :) hehehhehee
ReplyDeleterindu gilaa kat Irham and zaara..:(
ReplyDelete<3 LYMA
ni mcm nk test market punyer novel jewh.. kalo nk uat, wat larh smpai abes
Deletealala..sikit je. terseksa betul! rindu ngn zara & irham..
ReplyDeletemestilah ada....irhammm, i miss you...give me irham...hehe
ReplyDeletearghhhh!!! (menjerit2 sbb eksited). AK xsabarnye nk tunggu buah hati Ak ni kuar. cecepat ye!
ReplyDeletesuka!suka!suka!ble nk kuar?AK nnti nk hntrnye kat terbitan mne?
ReplyDeletesambung la lg..............plz
ReplyDeletelma dh tnggu... rndu LYMA....
ReplyDeletemesti la ada!rindu ni. awat sikit sgt...huhuhu tak puas(betul la org kata bagi betis nak peha)hurm tak nak bagi drumstick ke?hehehe
ReplyDeleteahhaha..terubat rndu...thx AK. >.<
ReplyDeletesuka2!! hikhik.
ReplyDeleteaknku tungu kmunculan mu..LYMA..
ReplyDeleteAK, best !! boleh plak dr bab yg dirahsiakan.. hehe =)
ReplyDeletebila nk kuar, kak AK?!!!! x sabo nie!!!
ReplyDeleterindu rindu
ReplyDeletea'aahh bila erk nk kuar novel ni?
ReplyDeletewaaaaaaa.......lame lg ke nk tggu LYMA
ReplyDeleteof coz la rindu kak... hik3
ReplyDeletebila nk dterbitkan? x sabar nk bce sambungannya!
sure la rindu kak AK.. bilalah agaknya novel ni akan diterbitkan.. tak sabar rasanya nak memiliki senaskah novel sulung akak.. semoga berjaya dalam menghasilkan karya LYMA...
ReplyDeleterindu sangat ! :D
ReplyDeleteLame da tgu..cpt la lyma kuar
ReplyDeletehaha.. kawan saya nk belikan novel ni mase b-day saya!! xsabar
ReplyDeletebest nye.... x sabar nak baca last dye...
ReplyDeleterasa rugi plk bru baca skrg nie... citer dia mmng best...
ReplyDeletenovel nie berapa bab eek?
ReplyDeletebaca online pun rasa mcm tk de ending jer..
seronok tk sabar nak abiskn baca nie..
seronok tp ending nyer mcmana>novel belum beli lg..
ReplyDeletenovel nie berapa bab eek?
ReplyDeletebaca online pun rasa mcm tk de ending jer..
seronok tk sabar nak abiskn baca nie..