“Ila..
Ila...” aku cuba membuka mata, saat mendengar suara seseorang memanggilku dan
bahuku digoncang kuat. Ya Allah, sakitnya kepalaku Tuhan saja yang tahu tika
itu.
“Ila,
Ila ok ke?”
Aku
pandang wajah Iman yang menyoal aku saat itu. Aku tidak membalas pertanyaannya,
sebaliknya menoleh ke kiri dan ke kanan. Aku sedang berada di atas katil
rawatan dikelilingi kain langsir berwarna hijau. Hanya ada aku dan Iman saat
itu.
Kejadian
tadi kembali menjengah kepalaku, majlis pernikahanku, panggilan telefon itu, dan
Safwan...
Ya
Allah! Safwan...
Air
mata laju mengalir semula, dari hanya sendu, terus menjadi esakan yang aku
tidak mampu bendung. Bahuku terhenjut menahan tangisan itu, jemariku tak henti
menyapu air mata yang tumpah, namun air mata itu tidak kering juga.
“Ila...
pandang Iman Ila... Ila!” Iman menghenjut bahuku menyebabkan aku tersentak.
“Ila
kena sabar, Ila kena kuat. Ila tahu kan, Iman tak suka tengok Ila menangis
macam ni.”
Aku
pandang wajah Iman yang merenung aku penuh simpati.
“Macam
mana saya nak kuat Iman? Macam mana? cuba awak beritahu, lelaki yang saya akan
nikahi tiba-tiba saja kemalangan dan disahkan mati otak! Saya tak boleh kuat,
Iman!” aku menjerit sekuatnya.
“Doktor...”
seorang jururawat datang, mungkin untuk membantu apabila melihat aku dalam
keadaan tidak terkawal begitu. Iman hanya memberi isyarat menyuruh dia pergi.
Aku
mengalihkan pandangan ke arah lain, cuba mengumpul kekuatan. Air mata aku seka
untuk kesekian kalinya.
Ya
Allah, andai ini dugaanMu, Kau kuatkanlah aku Ya Allah...
Aku
merintih sendiri dalam hati.
“Ya
Allah.. tolonglah... Ila, tolonglah kuat. Kalau bukan untuk sesiapa pun,
tolonglah kuat untuk Safwan. Di saat-saat begini, dia amat perlukan Ila.
Hayatnya sudah tidak lama, cuma masa ini saja yang ada untuk Ila bertemu
dia...” Iman seolah merayu padaku, membuatkan aku terkedu. Hatiku disayat pilu
apabila mendengar kata-kata Iman itu.
Bayangan
wajah Safwan dan keletahnya, kembali menerjah kotak ingatan. Senyumannya
terukir di layar kenangan.
‘Ya
Allah, aku tidak sanggup kehilangannya Ya Allah.’ aku merintih lagi untuk
kesekian kalinya.
“Ila...
tolonglah kuat, Iman akan sentiasa di sisi Ila untuk bantu Ila, tapi Ila
sendiri kena bantu diri Ila. Ila kena kuat.” Wajah Iman beriak keruh, dan ada
sendu pada suaranya buat aku tergamam. Matanya yang digenangi air memandang aku
dengan tajam.
Aku
menarik nafas panjang, mencari kekuatan yang hampir hilang.
“Ila
kuat ok?” soalan Iman itu aku balas dengan anggukan.
Iman
tersenyum walaupun tidak semanis selalu.
-------------------------------------------
Tubuh
yang terbaring kaku itu aku hampiri dengan derap perlahan, enggan mengganggu
wajah yang tenang itu, walaupun aku tahu dia tidak akan bisa bangun lagi.
Esak
tangis yang ingin kedengaran, kutahan dengan menekup mulutku, membiarkan hanya
badanku bergetar. Alunan surah Yasin sudah kedengaran melatari kamar itu,
bersama bunyi mesin penyambung hayat yang berdetak.
Ibu
Safwan terhenti membaca Yasin saat melihat aku menghampiri katil Safwan. Ekor
matanya menyuruh yang lain-lain keluar, memberi peluang pada aku untuk bersama
Safwan buat seketika.
Pintu
ditutup, meninggalkan hanya aku dan dia, dan mesin itu. Mesin yang membuatkan
tubuh itu masih bernyawa, juga atas kehendak Allah yang masih mengizinkan
Safwan bernafas.
Air
mata yang ingin tumpah, aku seka perlahan. Lalu aku cuba ukir senyuman walaupun
senyuman itu hampir mati bila esak tangisku kembali menyerbu dada.
“Safwan...”
lirih suaraku memanggil. Aku berpaling ke arah lain seketika, cuba mencari
kekuatan. Melihatnya terbaring tidak bermaya begitu hanya membuatkan hatiku
tambah sakit.
Aku
menarik nafas panjang sebelum melihat ke wajahnya yang berbalut di kepala.
“Wan...
Ila tahu... Wan boleh dengar.” Aku memulakan bicara biarpun tersekat-sekat dek
sendu di jiwa.
“Selama
perkenalan kita, Wan tak pernah berputus asa untuk dapatkan cinta Ila kan?
Sebabkan itu juga Ila akhirnya akur untuk terima cinta Wan. sebab Ila tahu Wan
ikhlas cintai Ila, dan tak ada sesiapa yang dapat tandingi keikhlasan Wan
mencintai Ila.”
Aku
menghela nafas dan menyeka air mata yang berjuraian.
“Tapi
mungkin...” aku mengetap bibir, menahan sebak.
“Mungkin
Allah lebih sayangkan Wan. Sebab tu,
belum sempat Wan jadi milik Ila, Wan sudah menjadi begini. Ila tidak mendoakan
yang buruk berlaku pada Wan, tapi Ila sedar, Wan memang tidak ada harapan lagi
untuk kembali sedar. Ila redha Wan. mungkin kita memang tidak berjodoh, Ila
redha kalau...”
Aku
cuba menahan esak tangis.
“Ila
redha kalau Wan nak pergi. Ila cuma mampu doakan kebahagiaan Wan, dan semoga
nanti ada bidadari syurga yang akan temani Wan, sampai Wan bertemu jodoh lain
untuk Wan di akhirat nanti.”
Air
mataku berhamburan turun.
“Tapi,
kalaulah Allah masih panjangkan umur Wan, Ila lah insan yang paling bahagia.
Kalau Wan belum mahu pergi, bangunlah Wan. Ila akan tunggu Wan...”
Aku
berhenti berbicara, lalu berlari keluar dengan tangisan yang masih tidak mahu
surut.
----------------------------------------------------------------
Sudah
seminggu Safwan terbaring, namun setiap hari yang berlalu tidak akan mampu
membuat aku lupa pada hari kejadian yang sepatutnya menjadi hari bahagiaku.
Safwan masih terbaring kaku dengan wayar yang berselirat di badan.
Semua
orang sudah tidak mengharapkan dia untuk kembali sembuh seperti dulu, hinggakan
ibu Safwan tega menyuruh aku mencari pengganti yang lain buat diriku. Ya Allah,
aku tidak bisa melakukan itu semua di saat Safwan amat memerlukan aku di
sisinya. Aku tidak akan berpaling kerana aku yakin, ada hikmah di sebalik ujian
Allah ini padaku. Aku harus kuat hadapi ujian ini, agar Safwan juga bisa kuat.
Surah
Yasin kualunkan ke telinganya setiap
hari, agar Allah memberikannya kekuatan dan kesembuhan. Aku tidak akan berhenti
berharap.
“Ila...” suara yang kukenal itu sekali lagi
menyapa telinga. Semenjak aku menjadi pengunjung tetap hospital itu, insan ini
tidak pernah terlepas dari melawatku di sini, di sisi Safwan.
“Iman...”
aku tersenyum tawar. Yasin yang kupegang, kuletak di atas meja.
“Iman
ada perkara nak beritahu Ila.”
“Apa?”
“Tak
boleh kat sini. Kita cakap di luar ya.”
Aku
mengangguk seraya mengekori Iman keluar.
“Ila,
kita dah tak boleh tunggu lagi. Segalanya hanya perkara sia-sia kalau kita
tunggu.”
“Apa
maksud Iman?”
Iman
menghela nafas. Matanya mengerling ke atas seolah sedang memikirkan sesuatu
yang menyerabutkan fikirannya.
“Iman
nak Ila tahu, yang Iman bukannya kejam. Tapi...”
Aku
seolah mengerti apa yang cuba disampaikan Iman.
“Tapi
apa, Iman? tapi apa?”
Iman
mengeluh.
“Sebagai
doktor, ini sahaja keputusan terbaik yang kami boleh lakukan. Kami terpaksa
cabut mesin penyambung hayat tu, Ila. Ini prosedur yang sudah ditetapkan bila
seorang pesakit sudah diisytihar mati otak.”
“Tidak!”
aku pantas membangkang.
Sudah
beberapa kali doktor datang meminta izin ingin mencabut wayar mesin penyambung
hayat Safwan, namun aku yang berkeras untuk tidak mengizinkan. Bagiku, kalau
Safwan sudah sampai ajalnya, tidak perlu dicabut mesin itu, dia tetap akan
pergi. Tapi kalau dicabut wayar mesin itu, seolahnya mereka memaksa Safwan
untuk pergi, dan aku tidak akan sesekali izinkan mereka memaksa Safwan sebegitu.
Tidak sama sekali!
“Ila,
we have to. I’m sorry...” Iman bersuara.
“Keluarga
Safwan pun dah beri kebenaran, tapi Iman tak nak lakukan tanpa pengetahuan Ila.
Ila kena lepaskanlah dia pergi Ila, jangan seksa dia dengan biarkan dia dalam
jasad yang kaku itu.”
Aku
menangis lagi untuk entah kali ke berapa semenjak Safwan dimasukkan ke hospital
itu. Hatiku terasa begitu sakit, terlalu berat untuk ditanggung. Terlalu sukar
untuk melepaskan dia pergi.
Aku
pandang wajah Iman dengan tajam.
“Tak
boleh! Ila tak izinkan! Hanya Allah yang berhak ambil Wan dari Ila. Bukannya
doktor!”
Aku
pantas berlari bersama air mata yang berjuraian. Laungan Iman memanggil namaku
langsung tidak kupedulikan lagi.
--------------------------------------------------------
Ya
Allah, kenapa mereka begitu tega ingin memisahkan aku dengan Safwan? Kenapa
mereka berani mencabut nyawa Safwan tanpa izinMu ya Allah?
Aku
merintih sendiri. Taman hospital yang tidak sebesar mana, aku duduki seorang
diri, di sebuah bangku yang sedikit tersorok dari orang lain.
“Ila...”
suara itu kembali menerjah telingaku.
Aku
pandang wajah Iman yang sudah duduk di sisiku.
“Awak
tak perlu pujuk saya lagi. Saya tetap dengan keputusan saya, saya tak izinkan!”
aku membentak.
Iman
mengeluh panjang.
“Iman
bukan datang nak pujuk, tapi Iman datang nak beritahu, yang esok pagi, kami
akan cabut mesin penyambung hayat tu. Kalau Ila nak jumpa Safwan, hanya ini
saja masa yang ada. Jangan sia-siakannya Ila.”
“Awak
kejam kan? Awak kejam!!!” aku terus menghamburkan kata-kata itu tanpa
menghiraukan pengunjung taman itu lagi.
Iman
memegang bahuku dengan kuat, enggan membiarkan aku meronta.
“Kalaulah
Iman boleh gantikan nyawa Safwan dengan nyawa Iman, Iman sanggup Ila. Asalkan
Iman boleh lihat senyuman terukir di wajah Ila semula, asalkan Iman boleh
tengok Ila bahagia, walaupun kebahagian Ila tu dengan insan lain. Iman sanggup
Ila, tapi Iman tak boleh!” Iman menguatkan suaranya sebelum bangun meninggalkan
aku terpinga-pinga.
Suka? =)
sedih nye... tq..
ReplyDeletesedihnya... :(
ReplyDeletesob...sob...sedihnya
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletekesiannya. tp er maybe iman patut dpt ila.
ReplyDeletenak lagiiii!!
ReplyDeleteuhuhuhuhu... sedih...
sedihnya...sama mcm sya ja...cuma msa ni sya bru ja kwen... very touching...=(
ReplyDeletekenapa sedih sangat bab ni?tak tertanggung dek hati yang lara ini...
ReplyDelete