Aku pelik! Mengapa mesti selalu dikaitkan perempuan dengan warna merah jambu? Eh tak tahu warna merah jambu tu apa? Warna pink laa. Hish rimas aku, sana sini kawan-kawan aku dok asyik gilakan warna tu, sampai semua benda nak warna pink. Ah gedik la, kalau semuanya warna pink, tak berserilah dunia ni. Kan?
Warna kegemaran aku? Hmm... aku lebih suka biru. Kenapa biru? Sebab biru itu mendamaikan hati aku. Ini lagi satu aku tak puas hati, kenapa biru nak dikaitkan dengan lelaki pulak? Ini memang diskriminasi warna namanya. Tengoklah baju baby kat pasaran, yang perempuan sah-sah warna pink berlonggok, yang lelaki pulak warna biru. Jadi aku yang suka biru ni dikaitkan dengan perwatakan lelaki ke? Aku bukan tomboy, tapi aku suka biru. Tak adalah gilakan warna biru macam kawan-kawan yang gilakan pink, tapi aku lebih suka biru dari merah jambu itu. Puas hati? Tapi takdir itu kadang-kadang tak terjangka kan? Aku pun tak sangka boleh jadi macam tu pulak. Haha! Eh tak faham? Ye lah, macam mana nak faham, aku belum cerita lagi.
Ya, ceritanya bermula di sini. Ya, disini, kat rumah aku ni. Aku memang duduk menyewa di sini, dengan tiga orang lagi rakanku, Atia, Sarah dan Nana. Mereka semua berkongsi kesukaan yang sama, sukakan warna pink. Aku seorang saja yang lain. Sebab tu kalau masuk bilik mereka ni, semuanya dinding bercatkan warna pink. Dinding bilik aku saja aku tak cat, biarkan saja pada warna asal, putih. Tak ada kerja aku nak cat bilik tu, putih pun ok what. Barang-barang kat rumah pun penuh dengan warna pink, sampai naik jelak aku dibuatnya.
Nak jadikan cerita, satu hari tu, adalah satu kereta lalu depan rumah. Ya Allah, pink yang amat. Pink terang tu, silau mata aku yang tengah menyiram air kat pokok-pokok kesayangan aku tu. Aku pun buat-buatlah tak nampak, teruskan niatku menyiram air. Tiba-tiba...
“Pon..pon...” hon kereta itu berbunyi. Terkejut aku dibuatnya, nasib baik tak tersiram diriku sendiri yang belum mandi ni.
Aku pandang kereta tu. Seorang makcik keluar dan menuju ke arah pagar rumahku. Aku pun cepat-cepatlah menghampiri pagarku.
“Nak...” makcik itu bersuara, aku tersenyum pada makcik itu, walaupun dah berusia, masih pandai bergaya, dengan berkacamata hitam jenama Gucci, tudung warna pelangi trend terkini. Perghhh kalah mak datin.
“Ada apa makcik?”
“Makcik nak tanya sikit ni. Rumah bernombor 13 kat mana ya? puas makcik cari, tak jumpa.”
“Rumah nombor 13? Hmmm...” aku berfikir sejenak. Rumah aku nombor berapa ek, oh nombor 12, eh maknanya rumah tu sepatutnya sebelah aku la kan.
“Rumah nombor 13 patutnya kat sebelah sini la makcik, sebelah rumah saya ni,” aku menunjukkan arah rumah sebelahku yang memang kosong tiada penghuni semenjak keluarga yang menginap di situ dulu semuanya meninggal...eh meninggalkan rumah tu. Fuhh, nak sambung ayat ni pun aku dah seram sejuk. Almaklumlah, nombor tiga belas ni kan selalu dikaitkan dengan benda mistik, tengok sajalah cerita seram kat televisyen tu, bilik nombor tiga belas, hotel nombor tiga belas, menara tiga belas, lorong nombor tiga belas, rumah nombor tiga belas, erk rumah sebelah aku, aaa seram...
“Oh, iye ke? Makcik tengok tak ada pulak nombornya.”
“Eh ye ke makcik?” leherku memanjang macam zirafah, cuba melihat plat nombor rumah sebelah. Memang tak adalah, patutlah makcik ni sesat.
“Budak-budak jahat tanggalkan kot makcik, almaklumlah rumah tu dah lama kosong.”
“Oh macam tu ya, terima kasih lah nak.”
Makcik tu cepat-cepat berlalu ke keretanya semula. Aku cuma tersenyum sambil mataku mengekori kereta itu yang memasuki pintu pagar rumah sebelah. Aduh silau pandang kereta tu lama-lama.
Ktak! Pintu kereta terbuka, dari sebelah penumpang, makcik tadi keluar, lalu menghampiriku semula dari sebelah tembok yang memisahkan kami.
“Terima kasih ya nak, makcik baru pindah sini. Nanti sudi datanglah rumah makcik ya. boleh kita berkenal-kenalan.”
Aku tersenyum seraya mengangguk.
“Makcik asal dari Penang nun, baru ja mai sini, ikut anak makcik pindah. Dia baru saja beli rumah ni, dari saudara makcik. Tu yang hari ni kami pindah ni. Suami makcik dah lama meninggal, tu yang anak makcik ajak mai pindah sini, senang dia tengok-tengokkan makcik. Makcik tak kisah pun.” Aku angguk lagi.
“Nanti rajin mai la tau, boleh makcik kenal kan dengan anak makcik.” Ramah betul makcik ni, jadi mak mertua best ni, aku mula berangan. Ceh, berangan di pagi hari, tanpa mandi lagi, tak senonoh Rose! Oh ya, lupa perkenalkan diri aku, aku Rosylla Damiya, tapi kawan-kawan panggil Rose saja. Ya aku tahu, rose atau bahasa melayunya disebut mawar, memang selalu dikaitkan dengan warna pink. Tapi aku tak suka pink, biarlah orang nak cakap apa. Ada saja mawar yang bukan berwarna pink kan? Warna biru pun ada, lepas dicelup pencelup.
“Mama, sudah-sudahlah bersembang, jom masuk jom. Nanti lori datang kang, kalut kita,” suara itu hampir bikin aku jatuh terjelepok ke tanah. Sekali macam lelaki melayu terakhir je suaranya, masuk AF sure menang, kalah Shahir.
Sekali lagi aku guna jurus panjangkan leher, tapi tak nampak jugak gerangan suara itu.
“Zhafran, meh sini Mama kenalkan meh. Jiran kita ni...” makcik itu bersuara lembut memanggil anaknya yang entah di mana. Batang hidungnya aku tak nampak dari tadi.
“Mama ni, kejap lagi kan boleh nak berkenalan...” jejaka itu terjongol di hadapan pintu rumah. Bila masa dia masuk rumah tu aku pun tak sedar, masa aku bersembang dengan emaknya barangkali.
Erk... hatiku berdegup kencang. Rupanya itu, aduh bikin hatiku cair saja, redup sekali pandangannya, sedap mataku memandang, sekali pandang macam iras Fahrin Ahmad pun ada. Oh hatiku macam berbunga mekar.
Tapi.. tapi... erk, kemeja apakah itu? Kenapa? Kenapa? Kenapa dalam banyak-banyak warna, warna itu juga yang dipakainya, pink lagi. Arrrghhh mahu pitam aku lihat warna pink merata-rata.
“Zhafran, ni jiran sebelah kita, apa nama anak ek? Makcik lupa tanya.”
“Rose makcik.”
“Oh Rose. Macam nama heroin dalam Pendekar Bujang Lapok kan?” makcik itu ketawa. Ya, aku dah biasa dikaitkan dengan Cikgu Ros dalam cerita P Ramlee tu. Tapi memang aku tak boleh lawan Cikgu Ros yang lemah lembut, tak macam aku, ganas. Haha!
“Ni anak makcik, Zhafran,” makcik itu menyambung.
“Zhafran Iqmal,” Zhafran menegaskan. Amboi, tahu la nama sedap, siap bagitau nama panjang lagi, kalau tahu macam tu tadi, aku pun nak sebut nama panjang aku. Baru adil, huh.
Aku cuma tersenyum padanya. Tak tahu nak cakap apa. Speechless orang putih cakap. Mana tak speechless, jejaka hangat baik punya ada depan mata, siapa la tak tergugat tersengat terangkat?
“Ok lah Rose, makcik masuk dulu ya. nanti rajin datanglah ke rumah ek?”
“InsyaAllah makcik.”
“Nanti tak payah panggil makcik, makcik ya? panggil Mama.”
“Erkk, Mama?” terus aku terbayang aku dah sah menjadi menantunya. Wah bahagia tiba-tiba kurasa. Jejaka pink pun pinklah, janji meletop.
“A ah, itu memang panggilan semua orang. Panggil Mama je ek?”
Aku angguk lepas tu senyum kat Mama, senyum kan sedekah, lepas tu berpaling pulak pada Zhafran, aku senyum lagi, sekali dia senyum balik derr, manis sangat, terawang kejap aku ke awan.
“Oi cik Rose! Mengendap orang sebelah ke?” suara Atia yang nyaring membuatkan aku tersedar yang aku masih tercongok di situ walaupun Mama dan Zhafran dah setengah jam masuk. Orang tengah berangan, memang la macam tu, tak ingat apa, mandi pun tak ingat, dah nak tengah hari dah. Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah.
“Ehem, seronok nampak,” Atia terus mengusik sebaik aku duduk di atas sofa.
“Apa?” aku pura-pura tak faham.
“Eleh, buat-buat tak paham, jangan nak tipulah Rose, aku nampaklah semua tu tadi. Ada orang pindah kat sebelah kan? Hensem giler ah pakwe sebelah rumah ni, siap pakai baju pink lagi. Nak ngorat ah,” Atia teruja.
“Aik, suka hati kau je ek?”
Atia tersengih.
“Ala, kau cemburu lah tu kan? Huish, jejaka yang suka pink. Mana nak cari wei? Yang ramai pun yang lembut-lembut auww je, ni nampak gagah betul. Tak mungkin dia tu lembut jugak.”
“Entah-entah...” aku sengaja cuba mengusik Atia yang sedang berangan-angan.
“Ish tak baik kau Rose, sampai hati kau nak kata dia gay.. ish-ish berdosa kau Rose...”
“Aku bukan nak cakap dia gay, aku nak cakap, entah-entah dia tu buta warna kot.”
Aku gelak sakan. Rasa seronok mengenakan Atia yang mula menggatal.
“Ala Rose, kau tak nak kan? Bagi aku jelah try!” sesedap hati Atia meminta, macamlah dia tahu yang aku tak nak. Padahal hati aku sendiri dah angau ni... sape nak jawab?
“Tak boleh.”
“Alah kedekut la kau Rose, bukannya pakwe kau pun,” Atia mencebik.
“Memangla bukan pakwe aku, tapi kau tu sedarlah sikit.”
Atia berpaling ke arahku. Pandang tepat ke arahku, meminta kepastian.
“Sedar apa Rose? Aku ni tak padan ke dengan dia? Aku rasa aku ok je...” Atia membelek-belek dirinya.
“Ish...” aku menepuk dahi, sengal betul budak ni.
“Atia, kau sedarlah sikit, kau tu dah bertunang!” aku separuh menjerit.
“Eh ya tak ya jugak ek?” Atia tersengih malu.
“Wei, apahal ni? Teruja semacam je. Cucuk steroid ke?” Nana yang entah dari mana tiba-tiba mencelah.
“Steroid apa mendanya kau ni. Ni tunangan orang ni. Dok berangan nak ngorat pakwe sebelah.”
“Eh ada orang pindah ek kat sebelah. Hensem ke mamat tu?” seorang lagi minah dah teruja. Aku menggeleng-geleng kepala. Habislah peluang aku macam ni, bersaing dengan minah-minah pink ni nak berebut mamat pink jugak. Mestilah aku yang kalah, sebab orang cakap tak sehati sejiwa. Aduhh..
--------------------------------------------------
Sejak kehadiran jejaka sebelah dan mamanya itu, rumah aku macam dah tak sunyi. Eh selama ni memang la tak sunyi pun, semua suka bersembang. Tapi maksud aku tak sunyi dari bercerita pasal jejaka sebelah. Almaklumlah, antara kami berempat, Atia seorang je dah bertunang. Yang lain single lagi, tapi dalam banyak-banyak yang single, akulah yang paling malang. Sebab aku single and available, yang lain tu semua single but not available, dah ada pakwelah maksudnya. Itu pun ada hati lagi nak mengorat jejaka sebelah. Siapa tak bengkek? Apa salahnya kalau bagi chance kat aku pulak untuk cari kekasih hati, ini tak, dia orang nak jugak join sekaki.
Tahu tak, hari-hari dia orang bergilir-gilir hantar makanan kat orang sebelah, nak try lah tu. Tak malu betul, dah ada pakwe pun nak try jugak. Benci ah! Tapi aku nak buat macam mana, aku bukannya reti nak tackle orang. Aku ni pemalu orangnya, walaupun nampak je macam ganas. Tapi masalahnya, yang dia orang hantar tu, lauk yang aku masak! Bengang betullah, penat-penat aku masak untuk dia orang, cukup-cukup ja untuk kami berempat, boleh pulak bagi kat orang sebelah. Habis lauk aku.
-----------------------------------------------------------
Malam tu aku baru balik dari kerja, kena overtime sebab ada masalah kena selesaikan hari tu jugak. Masa tu dah pukul sepuluh malam, mujur ada lagi teksi masa tu. Sampai-sampai je depan rumah, aku tengok rumah aku dah gelap. Sure budak-budak rumah aku dah tido ni, maklumlah hari berkerja, semua pakat tidur awal.
Tengah asyik membuka pintu pagar yang dah berkarat tu, aku rasa angin sejuk je menghembus, malam tu pulak memang sunyi. Naik tegak bulu roma aku. Cepat-cepat aku baca ayat kursi walaupun macam dah tunggang langgang. Mangga ni pun satu hal, masa aku kalut ni lah dia jadi liat nak bukak.
Bila dah terbukak ja, terus aku masuk.
“Assalammualaikum,” aku tiba-tiba terdengar satu suara yang begitu gemersik. Erkkk takkanlah... hantu kum-kum? Aaa...
Perlahan aku mendongak ke arah suara itu.
“Aaaaaaaaaaaaa!!!!!” aku menjerit sekuat hati sebelum terduduk di atas tanah. Rasa hilang seluruh semangatku saat itu. Terbang entah ke mana.
“Eh Rose... Rose...” aku terdengar suara memanggil, tapi aku tak mampu nak bukak mata lagi. Gelap.
“Rose.. Rose...” aku dengar lagi suara memanggil, perlahan aku cuba bukak mata. Rasa asing sekali dengan persekitaran itu.
“Adeh, kat mana ni?” aku masih rasa pusing.
“Rose kat rumah Mama ni...” Mama tersenyum memandangku yang sedang terbaring di atas sofanya.
“Emm, macam mana Rose boleh ada kat sini?” aku menggosok-gosok kepala yang kebingungan sambil bingkas duduk.
“Ish, ini Zhafran tu lah punya kerja!” Mama mengomel.
‘Zhafran? Apa Zhafran dah buat kat aku?’ otakku ligat menterjemah data yang kabur itu. Tak ingat lansung bila masa Zhafran muncul.
“Ish, Rose tak ingat apa-apa ke?”
Aku cuma menggeleng.
“Rose...” suara itu menerjah telingaku kembali, lembut. Cepat-cepat aku berpaling.
“Aaaaaaaaaaaaaaa!!!!” aku menjerit kembali.
“Hantu tepung gomak, hantu... hantuu!!!” aku memeluk Mama tanpa mahu memandang ke arah itu lagi.
“Rose.. Rose.. sabar Rose.. itu Zhafranlah...”
‘Zhafran?’ aku menyeka air mata yang mula nak tumpah sebab ketakutan. Penakut jugak kau ni ya Rose.
Aku tengok sekali lagi ke arah entiti yang menyeramkan itu. Mukanya putih, tapi bertshirt pink berkain pelekat pink. Mula-mula tengok memang seram, macam zombie pun ada. Dua kali tengok baru perasan itu Zhafran.
“Zhafran...”
“A ah, saya Rose. Maaf...” dia tersengih walaupun mukanya dah tegang bersalut masker setebal tiga inci.
“Hish, itulah Zhaf, Mama dah pesan, jangan keluar kalau pakai macam tu. Kan dah takutkan Rose ni.”
Zhafran menggaru-garu kepalanya.
“Manalah Zhaf tahu dia nak terkejut sampai macam tu sekali.”
Aku terkedu, namun kemudiannya tergelak memikirkan lucunya kejadian itu. Mama dan Zhafran ikut ketawa.
“Awak, maaf ya...” Zhafran bersuara saat dia menghantar aku ke sebelah. Ceh, sebelah je pun, bukan jauh mana, tapi sebab aku dah hilang semangat tadi, Mama suruh jugak Zhafran temankan. Nasib baik mukanya dah dicuci, kalau tak, mampus orang ingat aku jalan dengan hantu.
“Eh tak apa, saya ni je yang kecoh. Takut tak tentu pasal.”
“Boleh tahan berat jugak awak ni ek?” Zhafran tersengih. Erkkk! Dia angkat aku ke tadi? Ah malunya, malunya... mana lubang ni, aku nak menyorok.
“Lain kali jangan terkejutkan saya macam tu, tengok sekarang siapa yang susah?” aku menyoalnya kembali.
“Ala tak susah, senang je pun...” dia tersengih lagi.
Eii, muka gatal! Malas pulak aku nak layan, macam miang keladi je aku tengok, tapi comel pulak bila buat miang macam ni. Erk!
“Dah lah, malas saya nak layan awak dah. Ok terima kasih sudi temankan saya. Babaaaiii, assalammualaikum,” aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah.
“Eh Rose!” Zhafran memanggil.
“Apa?” aku menjenguk dari dalam.
“Selamat malam sayang!”
“Huh!”
-----------------------------------------------------
Dah tiga bulan kejadian tu berlaku, tapi aku masih tak boleh lupa. Iyalah, dalam banyak-banyak kenangan, itu saja pun kenangan antara aku dan Zhafran. Yang lain tak ada, almaklumlah, aku ni pemalu, semenjak Zhafran ucap selamat malam sayang, lagi aku tak berani tunjuk muka kat dia, malu ya amat, menyorok je aku dalam rumah. Tak mahu lansung terserempak dengan Zhafran. Kalau terserempak pun cepat-cepat aku lari masuk rumah. Jangan tak tau, Rose yang ganas ni pun pemalu orangnya. Ah, aku ulang lagi kenyataan itu.
Ish kalaulah si Zhafran tu betul-betul syok kat aku, best lah kan? Tapi, dia tu memang terlebih ramah. Dengan budak-budak rumah aku ni pun aku tengok mesra je dia melayan. Kadang-kadang macam gatal pun ada jugak. Huh, nasib badanlah Rose, siapa suruh kau jatuh hati dengan jejaka pujaan ramai.
“Rose, kau tahu, Sarah dah couple dengan budak sebelah ni lah...” perkhabaran yang datang tiba-tiba itu bagaikan menjerut urat nadiku.
“Betul ke ni Nana?”
“Betullah Rose, tadi Sarah bagitahu aku, Zhafran dah terima cinta dia. Buat penat je aku try selama ni. Last-last Sarah yang dapat. Hampeh kan?”
Aku terkedu. Hati macam nak meraung je ni, tapi sebab Nana ada depan mata, biar kupendam sebuah duka.
“Biarlah, asal dia orang bahagia,” aku menjawab pendek. Itulah yang sebaiknya kan.
“Kau tak jealous ke Rose? Bukan kau ke dulu yang jatuh hati kat mamat tu...”
“Eh mana ada...” aku berdalih.
“Kau jangan nak tipulah Rose, dari kegembiraan yang terpancar kat mata kau tu pun aku dah tau.”
“Amboi kau ni, pandai ek bermadah, kegembiraan yang terpancar konon. Aku tak ada rasa apa-apa pun lah. Aku main-main je pun.” Aku cuba berselindung.
“Suka hati kaulah Rose. Yang penting kita dah melepas.”
Aku lari masuk ke bilik dan menghempaskan tubuh ke katil lalu menangis semahunya. Ya aku tahu dah macam scene filem hindustan, tapi aku tak kira. Aku rasa memang cara tu paling melegakan untuk aku menangis.
“Zhafran, oh jejaka pink ku...” aku meroyan-royan, macam tak makan setahun.
Ok Rose, kau kena kuat, kumbang bukan seekor...
Tapi, kumbang warna pink mana nak cari?
Ala, kau warnakan saja kumbang tu dengan warna pink...
Tapi aku benci warna pink...
Habis kenapa kau cari kumbang warna pink...
Entah...
Kau gila.
Waaaaaaaaaaaaa....
----------------------------------------------------------
Oh hari-hari yang kulalui sekarang penuh duka tahu tak... hari-hari Sarah dan Zhafran bercanda bersuka ria atas buaian di halaman rumah Zhafran. Aku jealous ok, sebab aku tak pernah dapat duduk atas buaian itu, walaupun aku pernah masuk rumah Zhafran, tapi aku tak pernah dapat duduk di buaian itu. Walaupun buaian itu tak penting, tapi kehadiran Zhafran di sebelah itu sangat penting. Jadi aku jealous tak dapat duduk di atas buaian itu. Ok, berapa kali harus aku ulang pada kalian?
Bila aku dok menyiram pokok-pokok kesayanganku itu, makin galaklah mereka bergelak tawa, macam saja ja nak sakitkan hati aku. Ya aku mengaku aku sakit hati! Mahu saja aku menjerit di telinga Zhafran, biar sampai dia pekak.
Bila balik saja dari bertemu Zhafran, pasti ada saja cerita dari mulut Sarah yang membikin hatiku panas. Ahh, hati panas macam ni boleh kena demam hati aku. Abang Zhafran bagi bunga la, abang Zhafran bagi teddy bear lah, itulah inilah, padahal aku tak nampak pun hadiah-hadiah tu dia bawak balik. Apakah?
Si Sarah ni pun satu, elok-elok dah ada kekasih hati yang boleh tahan jugak orangnya, orang yang ada-ada pulak tu, senang-senang je dia tinggal untuk bersama Zhafran. Hebat sangatkah Zhafran tu? Aku tengok biasa je, walaupun aku mengaku aku cintakan dia, tapi tak bererti aku nampak dia segalanya perfect, especially pasal taste dia pada warna pink.. euwww geli aku. Mujurlah dia tu orangnya tegap dan macho, tak adalah nampak pelik dan lembut sangat bila dia suka pink.
“Semua! Dengar la sini aku nak bagitahu....” sekali lagi Sarah balik dengan penuh kegembiraan, tapi bikin aku merana.
“Apa hal kau kecoh-kecoh ni Sarah?” Atia menyoal. Aku cuma duduk diam sambil membaca novel.
“Abang Zhafran ajak kahwin!”
“What!!” aku macam nak tersedak tulang dinosour. Terkejut beruk dibuatnya, bukan beruk yang terkejut, aku yang terkejut macam beruk.
“Kenapa Rose? Kau tak setuju ke?”
“Eh, eh tak adalah. Itu soal hidup kau, kaulah yang fikir sendiri.”
Sarah menghampiri aku, dia kemudiannya duduk di sebelahku.
“Kalau kau jadi aku, kau terima tak lamaran dia?”
Erk! Kenapa dalam ramai-ramai orang, minah ni mesti tanya aku? Tanyalah Nana ke, Atia ke? Takpun tanya terus pada Mama, puas hati. Kenapa aku yang harus terbeban dengan soalan ini?
Aku terdiam seketika, ligat mencari jawapan yang memuaskan hati dia dan aku.
“Terpulang, kalau kau rasa kau betul cintakan dia dan mampu hidup dengan dia sampai syurga, kau terimalah. Kalau tak, jangan terima, nanti menyesal pulak.”
“Kau rasa perasaan aku macam mana pada dia?”
“Manalah aku tahu, aku tak dapat baca perasaan kau.”
“Jadi perasaan kau pula?”
“Aku?” Aku tersentak.
“Ini bukan soal perasaan aku, ini soal perasaan kau,” aku menegaskan.
“Jawablah!” Sarah mendesak.
“Kalau ikut perasaanku.. hmm.. ya, aku akan terima,” aku bersuara tanpa berfikir panjang lagi.
“Tahniah Rose! Tahniah!!!” Sarah menjerit kegembiraan.
“Eh apa ni? Kenapa tahniah pada aku pulak? Bukankah aku yang harus ucap begitu pada kau.”
“Tahniah Rose! Kau dah lulus...” Nana pula bersuara. Aku makin tak faham.
“Lulus apa ni?”
“Lulus ujian percintaan...” Atia pula berkata girang. Aku makin tercengang, tak faham sepatah pun.
Sarah menepuk bahuku.
“Rose, memang abang Zhafran ajak kahwin, tapi bukan ajak aku, dia ajak kau...”
“Apa? Apa ni? Aku tak faham laaa...”
Mereka ketawa serentak, tapi aku rasa macam nak menangis. Macam perasaan terkena ‘bang bang boom’ pun ada ni.
“Kau tahu Rose, selama ni Zhafran tahu kau sukakan dia. Kami yang beritahu.” Atia bersuara.
“Apa? Tapi kenapa?”
“Kau ingat kami tak setia ke Rose? Kami setia je pada buah hati masing-masing. Tapi kami cuba cari peluang untuk kau. Kau tu rezeki dah ada depan mata, kau tak nak sambar. Dah suka pun tak nak usaha. Sebab tu kami berkomplot.”
“Aah, kami berkomplot supaya dapat jodohkan kau dengan Zhafran. Hari-hari memang kami cilok masakan kau, tapi kami beritahu sejujurnya itu kau yang masak, supaya dia akan jatuh hati dengan masakan kau,” Nana menambah.
“Hari tu saja je aku bersembang dengan abang Zhafran tentang kau, baru aku tahu, kau tak bertepuk sebelah tangan. Dia pun sukakan kau, tapi dia nampak macam kau tak bagi respon. Sebab tu dia buntu nak buat apa, tambah pulak kau selalu lari dari dia. Makin jauhlah jarak kau berdua,” Sarah pula menerangkan.
“Sebab tu kami bertiga berbincang macam mana nak buat kau sedar yang kau cintakan dia, itulah munculnya Sarah sebagai orang ketiga, supaya kau cemburu,” Nana tersengih.
“Kau dah faham sekarang? Kau marah ke sebab kami buat macam ni?”
Aku tergamam. Tak tahu nak berkata apa. Perasaanku? Marah pun tidak, teruja pun tidak, suka pun tidak, duka pun tidak. Ahh aku pun tak tahu. Tapi bila difikir semula, ada benarnya kata mereka, aku memang selalu menafikan perasaanku ini. Aku takut nak berhadapan dengan perasaanku sendiri.
Bagi aku, aku lebih rela memendam perasaan daripada dikecewakan, mungkin sebab itu jugalah aku masih tidak punya sesiapa di saat kawan-kawanku sudah menyulam episod indah dalam hidup masing-masing.
“Aku.. aku tak tahu nak kata apa...” aku berbicara tersekat-sekat.
“Jangan lepaskan peluang ini Rose, dia dah muncul depan mata, sekarang terserah pada kau saja antara nak terima atau tak.”
“Aku masih keliru.”
“Kami sedar dari awal kemunculan Zhafran lagi, kau dah sukakan dia. Kau tak boleh tipu kami Rose, kita kawan dah lama.”
Aku mengangguk lemah, mengiyakan kata-kata mereka.
“Jadi apa perlu aku buat sekarang?” aku meminta kepastian kerana aku sendiri buntu.
“Pergilah jumpa dia Rose, dia ada tunggu kau di halaman rumahnya. Berilah dia berita gembira ni.”
-------------------------------------------------------------
Aku sudah berada di luar rumah akibat ditolak kawan-kawanku, berhempas pulas juga aku melawan, tak mahu keluar rumah dek kerana malu nak bertemu Zhafran. Tapi apalah kudratku nak melawan tiga orang sekaligus.
“Assalammualaikum Rose.” Zhafran menjengah dari halaman rumahnya.
“Waalaikumussalam.”
Aku menapak ke laman rumahnya, lantas duduk di atas buaian, berhadapan dengannya. Akhirnya tercapai jugak hasrat nak naik buaian ini, eh tapi ini bukan hasrat utamaku. Hasrat utamaku ialah... ah malulah nak cakap. Kan dah beritahu tadi.
“Mungkin kawan-kawan awak dah beritahu kan?” Zhafran meneka. Aku sekadar mengangguk.
“So...” dia seperti mahu segera meminta kepastian.
“Entah...”
“Eh kenapa entah pulak...”
“Tak tahu...” aku menjongket bahu.
“Awak cintakan saya tak?” suara itu tiba-tiba berubah lembut. Aku memandang wajahnya sekilas, ada kesungguhan dalam pertanyaannya itu.
Aku tersenyum. “Cintalah agaknya...”
“Agaknya aja...” Zhafran mengangkat kening.
Aku diam. Terlalu malu untuk mengaku segala yang terbuku. Ikut hati nak je aku jerit, ‘Ya, saya cintakan awak!!!!’
“Rose, saya cintakan awak, sejak kita mula-mula kenal dulu lagi,” Zhafran seolah meluahkan perasaannya dari lubuk hati yang paling dalam.
Tangannya tiba-tiba menghulurkan sekuntum bunga mawar. Eh mawar biru! Kegemaranku... mana dia tahu?
“Kawan-kawan awak beritahu yang awak bencikan warna pink, dan sukakan warna biru,” Zhafran seolah dapat menebak perasaanku.
Aku mengambil bunga mawar itu dari tangannya lantas tersenyum.
“Sebab tu saya takut yang awak akan bencikan saya jugak sebab saya sukakan warna pink,” Zhafran menambah.
“Tapi bila kawan-kawan awak beritahu yang awak pun sebenarnya ada hati pada saya, saya rasa gembira sangat. Terlalu gembira sampaikan rasa nak luahkan perasaan pada awak hari tu jugak. Tapi masalahnya setiap kali saya nak jumpa awak, pasti awak macam nak mengelak, susah saya nak rapat dengan awak.”
“Saya takut saya cuma bertepuk sebelah tangan. saya rasa macam tak sesuai berada di samping awak, awak sepatutnya bersama mereka yang serasi dengan jiwa awak, yang sama dunia dengan awak. Dunia pink awak...”
“Haha. Dunia pink? Tak ada dunia seperti itu, yang ada hanyalah dunia yang penuh warna-warni. Tak salah awak membenci warna pink dan tak salah jugak untuk saya menyukainya, hak masing-masing, tapi hal warna itu tiada kaitan dengan keserasian jiwa. Saya cintakan awak, walau macam mana diri awak sekalipun, saya akan terima seadanya.”
Air mataku hampir merembes mendengat luahannya. Tenang Rose, tenang... jangan tunjukkan kau lemah.
Aku menarik nafas perlahan.
“Maafkan saya sebab buat awak ternanti selama ini. Saya memang tak pandai dalam bab-bab percintaan, mungkin itu sebabnya saya tak pernah bercinta selama ini.”
“Yes, saya nombor satu!” Zhafran separa menjerit.
“Saya memang tak suka warna pink, tapi sekarang saya dah jatuh cinta pada jejaka yang sukakan warna pink. Saya cintakan awak Zhafran.”
“Terima kasih Rose. Saya pun cintakan awak! minggu depan saya bawak rombongan ya.”
“Hah! Minggu depan? Cepatnya...”
“Tu, orang tu tak sabar nak menantu pandai masak!” Zhafran menunjuk pada belakang tiang.
“Mama!” aku menjerit kecil saat melihat Mama sedang asyik memerhati dari belakang tiang itu. Dah serupa penyiasat la pulak.
“Mama dapat menantu, Rose dapat hantu. Hantu tepung gomak...” Mama ketawa gembira.
“Mama!” aku dan Zhafran serentak menjerit lantas ketawa bersama.
-----------------------------------------------------------
Itulah kisahku yang tidak berapa penting untuk diketahui, tapi penting buat hatiku. Akhirnya aku selamat bergelar isteri kepada Zhafran Iqmal yang gilakan pink, sampaikan majlis sanding sebelah lelaki pun aku terpaksa menyarung baju pengantin berwarna pink, tapi Zhafran pula terpaksa memakai baju pengantin berwarna biru pada majlis di sebelah pihakku, barulah adil kan?
Sekarang sedikit demi sedikit, aku pun sudah menyukai pink, apatah lagi sekarang aku tengah sarat mengandung, geram sungguh aku lihat baju baby yang berwarna pink, comel-comel belaka. Opps, bocor rahsia, ya aku bakal mendapat baby girl. Hehe.. syhhh jangan beritahu abang Zhafran, nanti tak surprise.
Benarlah kata orang, kebahagian tidak terletak pada kesamaan, tapi perbezaan itulah yang membuatkan kita saling menampung kekurangan dan memberi kelebihan pada diri masing-masing. Ya aku bencikan pink, tapi aku cintakan si dia yang gilakan pink, sekarang aku juga jadi gila pada warna itu. Akhirnya aku kembali menjadi wanita yang stereotaip, tidak apalah, warna pink itukan melambangkan kelembutan. Itulah seharusnya yang ku harus jadi memandangkan aku bakal bergelar ibu.
“Sayang, jangan lama-lama kat buaian tu, nanti masuk angin...”
Oh ok, suamiku dah memanggil. Terima kasih kerana meluangkan masa mendengar kisah cintaku ini. Doakan kebahagiaan kami berkekalan ya, dan moga baby ini lahir dengan selamat. Harap-harap baby akan suka warna ungu pula, sebab biru dicampur pink kan jadinya ungu... hehe...
p/s : cuba buat kelainan, pasal dua insan yang sukakan warna berbeza. kisah pasal perempuan yang bencikan pink, tapi AK sendiri gila pink. hahaha! payah jugak nak buat kita benci pada benda yang kita suka. apapun AK dah usaha, maafkan segala cacat cela ok? sejak dua menjak ni idea macam ni yang muncul. maaf buat peminat cerpen islamik ya! AK blm ada idea untuk itu lagi. heheeheheh~
p/s : cuba buat kelainan, pasal dua insan yang sukakan warna berbeza. kisah pasal perempuan yang bencikan pink, tapi AK sendiri gila pink. hahaha! payah jugak nak buat kita benci pada benda yang kita suka. apapun AK dah usaha, maafkan segala cacat cela ok? sejak dua menjak ni idea macam ni yang muncul. maaf buat peminat cerpen islamik ya! AK blm ada idea untuk itu lagi. heheeheheh~
Suka? =)
heehehe... c0mel cter ni~~
ReplyDeletecay0k2 tok karya seterusnya~~~ :D
mesti kak kiran suke kaler pink kan..hehe blog pon kaler pink..heheheeee rumah no 13 samer ngan nombor rumah mak abh pink kat kmpg..hohoho
ReplyDeletewah best ceta ni..
ReplyDeletehehe..thumbs up..
comel sgt citer nie....i like pink...
ReplyDeletesuka pink...sya x prsan, tp kengkwan msti da komen pa je yg sya pakai da kaitan dgn oink...hehehe
ReplyDeletei hate pink sebijik cam rose hehehe
ReplyDeletememang betul tak semua girl suka kale pink!
ape pon cite ni sweet tol..nanti balik nak usha jiran sebelah gak lah heheheh
yeah me 2...i pon xsuka pink
ReplyDeletealalala.. comelnye.. blog saye pon kaler pink tauuu... hahahaha
ReplyDeletehate pink? x jugak..love pink pun x,jd dlm katogeri ape?
ReplyDeletei like blue...macam rose!
so cuteeeeeeeeeee...UNIE x suke pink...hehehe
ReplyDeleteKelakar la.. Hehe
ReplyDeleteSame cam Rose.. xSuka pink.. Kdg2 tmbul gak persoalan knp perempuan dikaitkn ngn wrna pink.. Aduss..
ReplyDeleteYg pst, xsuka pink.. Suka kaler kuning..
best..persepsi seseorang boleh berubah..tak perlulah terlampau obses/bence sesuatu kan? :)
ReplyDeletesuka pink<3
ReplyDeletethums up utk cter nii :)
Ya Allah....sukanyaaaaaa citer Ni.....senyum sorang2 dibuatnyaaaaa...
ReplyDeleteCair hati hambaaaaa...
Nak jugak yang macam Zafran Iqmal Ni Ada tak ???
Ehh , Seriously , Cerpen Ni , Best ! Senak Perut Ketawa . Btw , I Hope Sis AK Dapat Buat Novel Berbentuk Monolg Yang Menggunakan 'AKU ' sebagai menceritakan diri sendiri sbb saya suka gila novel dan cerpen yg menggunakan 'AKU' Btw , AK Always Make me Awe ! Chaiyokk sis !
ReplyDeleteWahhhhhhh............. Gila kawan.... Saya suka sangat tau... Kalau boleh, rahang nie dah nk tercabut sebab tersenyum sorang diri.... I like pink and purple..... Good job writer.....
ReplyDeletebest larh citer ni !! sweet sgt ~ like bnyk2 !!!
ReplyDeleteEh best aper..kak AK ska wrna pink,sy ska wrna biru..gbung jdi wrna purple..hehehe gurau je larh..
ReplyDeleteBest karya ni,btol xleh lri dri pink
ReplyDeleteGg
ReplyDelete