~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, August 13, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 13



AKU terjaga saat jarum jam menginjak ke angka enam pagi. Aku tidak boleh lena sangat semalam, mungkin kerana beralih tempat tidur. Mataku yang masih pedih, aku gosok perlahan sebelum menoleh ke tepi. Hadif yang masih nyenyak tidur kurenung penuh minat.
Dengkuran halus yang keluar dari mulut Hadif, bagaikan irama indah di telingaku. Dapat bangun dari mati sementara dan melihat insan yang setenang Hadif itu memang bisa menyejukkan sekeping hatiku. Chewah! Tanpa sedar, aku tersenyum, lebar.
Kepalaku sengaja kujatuhkan di atas bantal yang sama dengan Hadif sebelum wajahku didekatkan ke wajah suamiku itu. Hidung Hadif yang mancung, aku cuit dengan tidak semena-mena sebelum senyuman terukir di bibir ini. Nafas kuhela perlahan, cuba menahan air mata yang ingin bergenang. Aku memang tak bermimpi langsung. Insan di hadapan aku ni, suami aku yang sah. Percayalah Adeeba!
Aku tersentak apabila jemariku yang sedang leka menyelak rambut Hadif yang menutupi dahinya, dipegang tiba-tiba. Hadif membuka mata perlahan.
“Assalammualaikum, isteri abang.” Dia bersuara dengan suara yang serak sebelum tersenyum walaupun matanya masih belum benar-benar terbuka.
Aku tergamam, wajahku mula merona merah, malu kerana Hadif sedar perbuatanku tadi. Dengan segera, aku bangun duduk dari pembaringan.
“Waalaikumussalam.” Suaraku perlahan saja, entah Hadif dengar entah tidak.
Aku dapat merasakan Hadif juga ikut bangun apabila katil itu terasa bergerak, walaupun aku tidak memandang ke arahnya kerana rasa malu atas perbuatanku tadi, masih menebal.
“Sayang dah jaga?” Hadif menyoal soalan yang tidak patut lagi ditanya kerana memang sudah terang-terang, aku sudah bangun. Aku mengangguk laju.
“Dah, jom.” Hadif tiba-tiba mengajak.
Mataku membulat, wajah Hadif kupandang. Tidak mengerti tentang ajakan itu.
“Pergi mana?”
Hadif senyum segaris.
“Solat Subuh jemaah. Jom siap, sayang.”
Aku terkesima, sebelum perlahan menguntum senyum. Bahagia terasa membalut jiwaku. Solat Subuh berimamkan suami sendiri. Siapa tak bahagia oi!

AKU menuruni anak tangga, sebaik selesai mandi dan bersiap. Jadi cikgu, bukan ikut waktu pejabat. Awal-awal pagi dah kena pergi kerja, tapi tak apalah kan, baliknya awal. Hehe.
Bau ikan bilis yang kuat, tiba-tiba menyengat hidung. Sedap sungguh baunya, tak sangka dari sini boleh bau masakan jiran eh.
“Deeba dah siap?” aku tersentak apabila melihat Hadif lengkap berapron sedang mengacau sesuatu di dalam kuali. Patutlah aku cari di atas, dia tiada, rupanya dah berperang di dapur. Eh pandai ke laki aku ni masak?
“Abang... masak apa ni?” aku menyoal, namun mataku terlebih dulu mengerling ke dalam kuali. Nasi goreng? Impressive!
“Masakan orang bujang, ringkas dan cepat, tapi InsyaAllah sedap!” Hadif sengih sambil menceduk nasi goreng itu ke dalam pinggan.
“Susahkan abang saja.” Aku bersuara sambil mengambil tempat di meja.
“Tak susah pun, Deeba kan nak cepat ke kerja, apa salahnya abang tolong sediakan sarapan.” Hadif meletakkan pinggan tadi di hadapanku dan satu pinggan lagi di hadapannya. Air kopi panas yang dibancuhnya juga, dihulurkan padaku.
 “Dah, jom makan. Kalau tak sedap pun, makan sampai habis.” Dia menyambung, apabila aku cuma diam memerhatinya sedari tadi.
Aku angguk sebelum tersengih, dalam hati rasa sangat bersyukur.

“NAK pergi kerja dah ke, Adeeba?” Mak Mah tiba-tiba menjenguk dari sebalik tembok, saat aku baru saja hendak menghidupkan enjin kereta Toyota Vios putih milik Hadif itu.
“Aah, Mak Mah.” Aku membalas pendek. Kenapalah pagi-pagi buta, Mak Mah dah kacau aku ni? adeh!
“Deeba kerja kat mana? Jadi apa?”
“Dekat Shah Alam je Mak Mah. Saya cikgu.”
“Oh! Mak Mah ingatkan, kamu tu surirumah je. Almaklumlah, badan macam surirumah professional.” Ada ketawa yang kedengaran, namun aku cuma diam, tidak membalas. Bibirku kuketap. Haih sabarlah Deeba.
“Ni, Mak Mah ada buat kuih ni. Nanti kamu bagilah laki kamu, kamu kan nak pergi kerja dah.” Sempat lagi Mak Mah memerli sambil menghulur sepinggan kuih.
“Buat susah je, Mak Mah.” Belum sempat aku menjawab, Hadif sudah terlebih dahulu bersuara. Pinggan itu dia capai dari tanganku dengan wajah terukir senyum. Amboi, gembira sungguh dapat kuih dari bakal mak mertua. Huh! Alamak cemburu pulak aku, cool Deeba!
“Tak ada susahnya Hadif. Mak Mah memang selalu masak sendiri sarapan. Ini kamu keluar awal-awal lagi ni, dah sarapan ke belum?”
“Dah, Mak Mah, baru je lepas.” Hadif membalas. Fuh! Mujur dia tak bagitahu yang dia yang masakkan, kalau tak, dah tentu aku kena perli lagi.
“Kalau sudah, baguslah. Kalau tidak, boleh je makan kat rumah Mak Mah ni.”
“Tak apalah Mak Mah. Susahkan Mak Mah je. Kami pergi dululah ye Mak Mah. Nanti Deeba lambat pulak.” Suara Hadif mengejutkan aku yang masih kaku memerhati. Dengan pantas, aku memboloskan diri ke dalam perut kereta, Hadif pula sudah masuk ke bahagian pemandu.
“Muncung nampak?” Hadif bersuara, saat dia memandangku. Aku membalas pandangannya seketika sebelum memandang keluar semula. Mak Mah masih tegak berdiri di situ, memerhatikan kami.
“Mana ada, bang.”
“Tak baik sakit hati dengan orang pagi-pagi buta ni.” Hadif sengih sebelum memulakan pemanduannya. Aku terdiam, senyuman paksa aku cuba lemparkan pada Mak Mah yang sudah melambai. Ok mulut dia je macam tu, hatinya baik. Husnuzhon Deeba, bersangka baik!
Aku tergamam, bila terasa ada tangan yang mengusap kepalaku. Hadif tersenyum dari sisi, namun masih fokus pada pemanduannya. Perlahan aku senyum.

“HAH! Mengelamun! Kantoi senyum sorang-sorang! Ini tak lain tak bukan, teringatkan cik abang dialah tu.” Haiza yang menyergah tiba-tiba, buatkan aku tersentak. Laptop yang sudah dalam mode sleep, aku tutup penutupnya. Ini mesti lama gila aku mengelamun ni, sampaikan laptop pun dah tidur. Adeh!
“Apa?” aku tidak puas hati, walaupun sudah terang-terangan aku kantoi di depan dia. Haha.
“Baru beberapa minggu kahwin, dah angau macam ni eh. Seronok rupanya kahwin diatur keluarga ni. Kalau aku tahu dulu, aku suruh mak ayah aku carikan.”
Aku ketawa kecil.
“Eleh, kau yang menggatal, masa zaman sekolah lagi dah bercinta dengan Ehsan tu, ada hati nak kahwin macam aku.”
Haiza tersengih, sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Ala, aku nak buat macam mana, kalau kejelitaan aku ni dah membuat Ehsan angau habis sampaikan awal-awal lagi dia dah book aku kat mak aku. Haha.”
Aku menjuihkan bibir. Perasan!
“Tapi apapun, kaulah yang paling untung, kahwin lambat pun dapat yang ngetop! Kalau aku tahu dulu, aku nak kahwin lambat-lambat jugak!”
“Sudahlah Haiza, tak payah nak jadikan aku ni contoh untuk kau. Hidup kau dah bahagia pun, hidup aku je entah macam mana nanti.”
Haiza mengerut dahi.
“Kenapa pulak kau cakap macam tu? aku tengok kau bahagia je pun.”
Aku menghela nafas. Pen di tangan, aku tari-tarikan pada kertas A4 putih yang memang tersedia di atas mejaku itu.
“Sekarang memang bahagia, Hadif pun baik, baik sangat.” Aku menghela nafas lagi.
“Cuma bila dia terlalu sempurna, aku makin rasa yang aku sangat tidak layak untuk dia.”
Haiza diam. Wajah aku direnung tajam sampaikan aku rasa macam nak tertusuk mataku dibuatnya.
“Kau tahu apa masalah utama kau ni?”
Aku geleng laju.
“Kau terlampau kurang keyakinan diri. Low self-esteem tahap kritikal punya. Kalau orang lain di tempat kau ni, dapat suami macam Hadif tu, mesti dah tak rasa apa dah kecuali rasa bangga dan bahagia. Tapi kau lain, rasa tergugat adalah!” Haiza mengomel. Aku diam, memang ada betul pun kata-kata dia tu.
“Aku pun tak tahulah Haiza, aku cuba tak nak fikir semua ni, tapi benda tu asyik datang balik dalam fikiran aku ni.”
Haiza menghela nafas.
“Ya aku tau, kau kan seorang pemikir yang akan fikir sesuatu benda tu, dalam-dalam.” Haiza bercakap sambil mengurut dagunya, mengalahkan seorang ahli falsafah lagaknya.
“Pandailah kau.”
Haiza pandang wajah aku dengan renungan tajam.
“Kau patut bersyukur Deeba. Tak semua orang, bertuah macam kau. Dapat jodoh yang baik macam Hadif tu. Tolong buang segala perasaan yang bukan-bukan dalam fikiran kau tu. Lagi kau fikir, lagi susah kau nak rasa tenang.”
Aku angguk perlahan.
“Yelah, aku cuba.”
Haiza menguntum senyum. Bahuku terasa diusap lembut.
“Cuba kau fikir perasaan Hadif kalau dia tahu, kau masih fikir pasal hal ni. Boleh tak, hargai sikit dia tu, sebab boleh terima kau seadanya. Dahlah sekarang dia yang hantar kau pergi kerja, seronok betul jadi kau, kau tahu tak?” Haiza menepuk bahuku.
“Kereta aku still ada dekat rumah mak mertua aku la, sebab tu dia tolong hantarkan. Esok-esok aku dah ambil kereta tu balik, aku datanglah sendiri.”
“Tapi apa pun, at least kau hargailah sikit Hadif tu.”
Aku memuncung. Bukannya aku tak hargai, sebab aku hargailah aku rasa macam ni. Orang yang sebaik Hadif tu, macam tak sesuai je untuk aku. Ah Deeba, jangan persoalkan lagi jodoh dari Allah...
“Dah, baik kau jaga Hadif tu elok-elok. Kalau kau sendiri asyik fikir kau tu tak layak untuk dia, sampai bila kau nak rasa bahagia? Kalau kau tak nak, ramai lagi anak dara yang nakkan dia, Deeba. Baik kau hati-hati.”
 Aku terdiam.
“Sebut pasal tu, memang aku rasa, ramai pun nakkan dia. Sepupu-sepupu Hadif tu tempoh hari, macam tak suka je aku kahwin dengan Hadif.” aku bersuara tiba-tiba, buatkan riak wajah Haiza berubah.
See! Kan aku dah kata.”
“Jiran rumah baru kami tu pun, macam berkenan dekat Hadif je. Nak dibuat menantu kot.” Aku menambah lagi.
Haiza geleng kepala perlahan.
“Itulah aku kata. Hargai dia. Ramai gila kot, nakkan dia kalau kau tak nak. Baik kau jaga elok-elok. Layak tak layak, belakang kira, janji kau tu isteri dia yang sah.”
Aku menghela nafas perlahan sebelum cuba mengukir senyum, biarpun senyuman itu terasa tawar.
“InsyaAllah aku cuba Haiza. Terima kasih wei.”
Haiza sengih.
“No hal lah!”
“Sekali sekala, bagus jugak kau eh. Dah macam kaunselor sekolah dah aku tengok. Hehe. Tak adalah dua puluh empat jam mengusik aku je kerjanya.”
“Ala, aku gurau-gurau manja je dengan kau. Honestly, aku sayang kat kau, Deeba. Aku nak tengok kau bahagia.”
Aku gumam, air mata rasa nak menitik.
“Wei, sejak bila kau pandai buat ayat sadis ni. bikin air mata aku rasa nak meleleh je ni.” aku seka air mata yang bergenang.
Haiza ketawa.
Since forever.”
Thanks beb.”
No hal.”
“Deeba.” Suara yang tiba-tiba kedengaran, menganggu suasana hening yang baru saja menguasai bilik guru itu. Aku lekas berpaling ke arah pintu bilik. Alamak, ibu mertuaku!
Mama tersenyum.
“Ikut mama ke bilik kejap. Ada hal nak cakap dengan Deeba.”
Aku dan Haiza saling berpandangan. Haiza memberi isyarat menyoal, dan aku hanya mengangkat bahu tanda aku sendiri tidak tahu kenapa. Langkah kuatur mengikut mama yang sudah terlebih dahulu berjalan usai memanggilku tadi.

Suka? =)

8 comments:

  1. Hmm not bad...kasi romantik2 skit lah baru besh...hehehh...kesian diba..mak mah tue over..jeeheh

    ReplyDelete
  2. mak mah, jahatnya...mcm mulut puaka tau...klu haku jd deeba mau hangin satu badan...tp nasib baik ada suami sebaik sehensem hadif...melted habis...

    ReplyDelete
  3. Sabar bebanyak ye Deeba...ni semua dugaan. Kalau Mak Mah tu byk songeh sgt, bagi dia ayat2 'power' biar dia sentap sikit....tapi kalau akak jadi Deeba dah lama akak 'berbalas pantun' dgn Mak Mah ni..x suka tau org busy body + mulut bisa cam ni!

    ReplyDelete
  4. xmkn saman yer mak nah tu..
    ishh...teruk btul..

    ReplyDelete
  5. Assalamu'aikum.syukran kak AS.best..bing lg eh smpai jdik manuskrip yg smpurna utk d-bukukan..<3 :)

    ReplyDelete
  6. Asalamu alaikum,

    Thanks for sharing

    Like the rice picture

    The Lion's Claws! cum see n share.

    Take Care

    ReplyDelete
  7. mulut mak mah..xda insurans ehh

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u