~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, September 24, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! 16


“BEB, nanti kau dah kat sana, jangan lupa aku kat sini eh?” suara Haiza yang kedengaran, buatkan tanganku yang asyik mengemas barang-barangku dari atas meja, masuk ke dalam kotak, terhenti. Aku berpaling ke arah Haiza di tepi dengan dahi berkerut, wajah Haiza suram sahaja. Dia ni dah kenapa?
“Kau ni kenapa? Sendu semacam je.” Aku ketawa kecil, cuba membuang aura kesedihan yang tiba-tiba nak mengetuk tangkai hati aku. Aduh! Pergilah main jauh-jauh!
Haiza diam, bibirnya diketap kuat. Ada air mata yang bertakung di matanya. Aduh! Kenapa perlu ada babak nangis-nangis ni dalam setiap drama perpisahan. Aku tak suka nak sedih-sedih. Waa!
“Ingat tau, jangan lupa aku kat sini.” Haiza menyeka air mata yang bertakung di tubir mata, enggan membiarkan empangan yang boleh pecah bila-bila masa saja itu, berhamburan di hadapanku.
Aku menghela nafas, sebak yang dok menggila, aku cuba tahan sekuatnya.
“Insya-Allah. Kau janganlah risau, bila-bila masa saja kita boleh jumpa lagi. Aku bukannya pergi jauh, dekat-dekat sini saja. Cuma tak kerja dekat sini saja, itu je bezanya, kan?”
Haiza mengangguk dengan bibir masih diketap. Saja betul minah ni, dia nak tengok aku menangis dekat sini jugak, gamaknya. Haish!
“Bila kau ada masa, lawatlah aku dekat sini ya.”
Aku angguk laju.
“Insya-Allah. Bila kau dah bersalin nanti, mesti aku datang jenguk. Tapi kau pun kenalah contact aku, bagitau bila kau dah bersalin. Ok?”
Haiza angguk sambil senyum, perutnya yang sudah memboyot, diusap perlahan.
“Lepas ni aku sunyi la, cikgu-cikgu lain mana nak geng dengan aku, dia orang kan sebaya mak-mak kita. Tak ngam lah.”
“Eleh, sebenarnya kau sunyi sebab tak boleh buli aku lagi kan?”
 “Mana ada aku buli kau, usik-usik manja adalah. Aku rasa terhibur bila usik kau, bila kau nak marah aku, lagi aku geram nak usik. Haha.” Haiza tersengih.
Aku mencebik.
“Itu yang aku tak tahan tu, kuat benar kau mengusik.”
Haiza menepuk bahu aku, lantas diusap lembut.
“Aku minta maaf, Deeba. Kalau selama ni aku buat kau terasa hati dengan perangai aku, dengan segala usikan aku pada kau. Lepas ni kau tak payahlah risau, sebab hidup kau akan aman.”
Air mata aku terus laju berjuraian sebaik Haiza selesai bersuara. Aku bingkas bangun dan memeluk Haiza erat. Kami hanyut dalam sendu masing-masing sebelum aku menghela nafas, panjang.
“Aku tak kisah la pasal usikan tu semua, aku dah terbiasa dah. Kau jangan fikir yang bukan-bukan pulak. Selama ni, aku bersyukur sebab ada kau kat sini, kawan dengan aku. Terima kasih Haiza. Kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Aku bercakap dengan suara yang sudah serak.
“Aku pun sama. Kau pun sahabat aku dunia akhirat.”
Aku melepaskan pelukan dan memandang wajah Haiza yang sudah basah dek air mata.
“Dah-dah, jangan menangis dah. Nanti kenan kat anak, dapat anak kuat menangis. Kau jugak susah nanti.”
Haiza tergelak. Air matanya diseka perlahan.
“Aku akan doakan kejayaan kau. Belajar rajin-rajin tau!”
“Terima kasih Haiza. Insya-Allah. Duhh, malas betul kena belajar balik ni. Tapi nak buat macam mana kan? Demi anak bangsa, mak bangsa kenalah belajar dulu.”
“Kau ni ada-ada ajelah, Deeba!”
Ketawa kami pecah sekali lagi.

“SEMUA dah kemas?” Hadif menyoal, sebaik kotak yang aku suakan, dia ambil lalu dimasukkan ke dalam bonet. Aku hanya mengangguk sambil mataku masih terarah ke sekolah. Sedihnya nak tinggalkan tempat yang banyak kenangan ni. Haih!
“Deeba sedih ye?”
Aku berpaling memandang Hadif semula sebelum menggeleng.
“Tak adalah bang. Mana ada.” Aku senyum.
Hadif ketawa kecil, sebelum memegang pipiku.
“Ni pipi basah lagi ni, mata pun merah, tak nak ngaku lagi?” dia merenung aku dengan matanya yang redup, buatkan aku tergamam. Tak boleh nak tipu dengan Encik Hadif ni, semua dia tau. Benci! Ok nak salahkan dia pulak. Kau yang tak reti nak cover air mata tu, Deeba. Huhu.
“Dah-dah, tak payah sedih lagi. Nanti ada rezeki jumpa la balik dengan kawan-kawan.” Aku hanya mengangguk, namun mataku sekali lagi kutebar ke arah sekolah. Bila lagi entah, boleh jejak sekolah ni semula?

“AMBOI banyaknya barang, nak pindah ke?” Mak Mah yang terjengul dari sebelah, buatkan aku terhenti melangkah. Kotak yang aku pegang, segera kuletak ke tepi. Boleh tahan berat jugak kotak ni, banyak pulak barang aku yang aku letak dekat sekolah rupanya.
“Tak adalah Mak Mah, cuma tak mengajar dah. Sambung belajar pula.” Aku berikan senyuman semanis mungkin walaupun risau, bila-bila masa saja mulut laser Mak Mah itu akan beroperasi. Mak Mah ni bukan boleh, nampak saja muka aku, ada saja benda nak dibahannya. Kalau dengan Hadif, ok pulak, siap puji melangit lagi. Hadif itulah, Hadif inilah. Kepingin nak buat menantu gamaknya. Haish! Apa kau merepek ni Deeba, kang tak pasal-pasal, masin mulut kau, naya!
“Dekat mana?”
“UITM Shah Alam, Mak Mah.”
“Oh, belajar apa?”
“DPLI, Pendidikan Seni Visual.”
“DPLI?” Wajah tua itu berkerut.
“Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.”
“La, dah ada ijazah, nak ambik diploma lagi buat apa?”
Aku senyum saja, nak jelaskan pun bukannya Mak Mah faham pun nanti.
“Duduk asrama ke?” Mak Mah menyoal lagi.
“Taklah. Ulang-alik je, asrama memang ada disediakan untuk pelajar yang jauh. Tapi sebab rumah dekat je, saya tak duduk la asrama.”
“La, iye ke? Dah dia orang sedia, duduk ajelah.” Amboi Mak Mah, nak tolong jagakan abang Hadif ke?
“Alang-alang duduk dekat, baik ulang alik je Mak Mah. Duit pun jimat.”
“Dah kata nak belajar, duduk asrama la senang nak fokus study.” Ish, ini betul-betul macam nak halau aku je ni.
“Tak kisah duduk mana pun Mak Mah, janji study.”
“Kalau dua puluh empat jam dengan cik abang kamu tu je, nak boleh study macam mana. Mak Mah pun kalau ada suami macam laki kamu tu, tak boleh tidur malam Mak Mah.”
Erk! Ini sudah terlebih ni. apa bab-bab ni pun masuk ni?
“Ish merepek apa, Mak Mah oi.” Hilang sabar dah ni. Fuh sabarlah hati, sabarlah.
Mak Mah cuma ketawa sebelum dia menghilang, masuk ke dalam rumahnya semula. Nasib baik dia masuk sendiri, kalau tak, aku pun tak tahu macam mana nak halau dia cara halus. Sakit otak betul!
“Mak Mah sembang apa? Rancak sakan dari tadi.” Hadif muncul di sebelahku, buatkan aku lekas mendongak memandangnya.
“Abang buat apa tadi? Kalau abang awal tadi kan, Mak Mah tak merepek dah.” Aku mencebik.
“Aik, salahkan abang pulak tiba-tiba. Abang gantikan air refresher baru dalam kereta abang tu. Yang lama dah habis.”
Aku masih buat muncung.
“Mak Mah cakap apa sampai isteri abang ni masam je?”
“Tak ada apalah.” Aku malas hendak bercerita. Kotak yang sudah kuletak ke tepi, ku angkat semula. Hadif turut sama memegang kotak itu, dan enggan membiarkan aku membawanya. Aku yang tidak berdaya untuk melawan rebutkan kotak itu, hanya biarkan Hadif membawa kotak itu sendirian.
“Kenapa ni?” Hadif menyoal lagi setelah meletakkan kotak itu di sudut bawah tangga sebelum duduk di sisiku di atas sofa. Aku geleng kepala, namun mataku segera berkalih memandang Hadif di sisi. Lama aku merenung wajah itu, sambil otakku ligat memikir.
“Deeba duduk asrama jelah bang. Senang.” Aku bersuara tiba-tiba.
Wajah Hadif jelas terkejut. Matanya membulat.
“Kenapa tiba-tiba ni?”
“Saja.” Bersahaja aku menjawab sambil mataku memandang ke atas.
“Ni mesti Mak Mah ada cakap apa-apa ni kan? Dah jangan nak cari pasal, rumah dah dekat, duduk rumah aja.”
“Ala, kalau Deeba duduk asrama, bolehlah Mak Mah dengan anak dia tu jagakan abang...”
“Amboi, sampai hati Deeba kan. Deeba tak nak jaga abang dah, Deeba suruh Mak Mah dengan si Ros tu yang jagakan abang pulak.”
Aku ketawa mengekek. Hehe. Saja nak test.
“Mak Mah yang suruh Deeba dok asrama. Dia dak siap offer nak jagakan abang. Deeba ikut ajelah, dah orang tu sudi.” Aku menokok tambah lagi, biar sedap ceritaku.
“Sekarang, Mak Mah tu siapa, sampai Deeba nak kena ikut cakap dia? Ish memandai je Mak Mah tu.” Hadif mengomel lagi.
Aku hanya ketawa, seronok bila Hadif bengang dengan Mak Mah.
“Hah! Deeba pun satu, kira nak ikut je cakap Mak Mah tu kenapa? Ish abang gigit jugak Deeba nanti.” Hadif nganga mulutnya seolah nak mengigit, membuatkan aku pantas menjerit.
“Ah tak nak! Janganlah gigit!” aku menggelupur saat Hadif sudah memaut leherku erat sambil berpura-pura mahu menggigit.
Ketawa Hadif pecah sebaik melihat aku menjerit apabila dia tidak henti-henti mengusik hendak mengigit. Wajahku sudah cemberut. Semput dah ni, nak melawan seorang Encik Hadif. Badan dia memanglah keding dari aku, tapi tenaganya, Masya-Allah!
“Abang ni drakula ke apa, nak gigit-gigit orang?” aku buat muka tak puas hati apabila dia sudah berhenti mengusik, rangkulannya pada leherku pun sudah dilonggarkan, namun tangannya masih memaut leherku.
“Abang bukan drakula, abang vampire. Vampire yang kacak macam Edward Cullen. Haha!”
“Ish perasan!”
“Dah. Sekarang jangan nak gatal-gatal. Abang tak izinkan Deeba duduk asrama. Deeba kena ada di sisi abang je sepanjang masa. Dan ini adalah keputusan muktamad, tak ada proses rayuan dah.” Hadif menarik diriku dekat dengan dia sambil bercakap hampir dengan telingaku. Amboi, tegas pulak Hadif hari ni. Hehe.
“Yelah. Deeba main-main ajelah tadi.” aku sengih menampakkan gigiku yang tersusun.
“Aduh!” satu cubitan hinggap di pipi tembamku, sampai aku mengaduh.
“Rasakan, main-main lagi.” Hadif tersengih. Cis! Balas dendam!


Suka? =)

18 comments:

  1. alolololo....so suweeet.....sayang giler Hadif ngan Deeba eh....agak2 apalah cabaran hebat yg bakal sweet couple ni hadap ye.....mintak2 le Hadif tak berubah...fuhhh.....hihih...

    ReplyDelete
  2. lamanyer nak tunggu entry nie tp ape2 pun mmg best!!!

    ReplyDelete
  3. tak nak la konflik yg berat-berat. tak sesuai dgn tajuk nanti. tajuk dah sweet & relax. hopefully, bila dah sambung belajar Deeba akan lebih berkeyakinan tinggi. pedulikan dengan apa yg org lain nak cakap. yg penting diri sendiri, keluarga, mertua & suami.

    ReplyDelete
  4. suka, suka. suma lani suspen nak tunggu apa konflik yang nak mai. mana tau dah gi smbg belajar ada plak yg berkenan kat deeba ni....

    ReplyDelete
  5. sweet je cite ni... lagipun tak naklh ada konflik yg
    melampau ye... rengan-rengan je cukuplah janji cite
    ni best dan kelakar.

    ReplyDelete
  6. mmg cam sunsweet lar,rase nk lg..

    ReplyDelete
  7. So sweet... :)
    Peduli apa ngan Mak Mah tu....dia jealous sebenarnya tengok Deeba & Hadif... #^_^

    ReplyDelete
  8. OMG! jeles dgn Deeba. untung Deeba dpt Hadif. klaulh ad org mcm Hadif ni memng sy tackle habis2 dah.hahaha *kidim je

    ReplyDelete
  9. Ngee..sweetnya.mak mah..o mak mah! jgn pndai2 suruh org pindah asrama plak...tk suka hadif ngan org lain

    ReplyDelete
  10. Finally new n3! Laser betul mulut Mak Mah tu ye! Rasa mcm nak cili2 je... tapi sabar bebanyak ye Deeba...ni semua dugaan...org mcm ni mmg banyak kat dunia ni. Insya Allah kalau kita sabar & sentiasa berdoa, semuanya akan jadi ok..

    ReplyDelete
  11. hmm...so sweet...sibuk je mak mah tue...hadif mcm biasa mmg romantik..i like...

    ReplyDelete
  12. BEST + ROMANTIK
    ARGHHHHH....
    insyallah ,deeba n suaminye happy sokmo...as wife n husbund...aminnn

    ReplyDelete
  13. Best cite ni sis...bila nk siapkn..x sbr nk kumpul koleksi nvel terbaru ni...

    ReplyDelete
  14. Everything is very open with a clear clarification of the issues.
    It was definitely informative. Your site is extremely helpful.
    Thanks for sharing!
    Also visit my web site ... affiliates

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!