~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, April 12, 2012

Novel : Kalimah Cinta Bab 27


Berkurung seorang diri di dalam bilik wad itu, hanya membuatkan fikiranku tambah kusut. Sekejap hatiku terkenangkan arwah Safwan, sekejap hatiku teringatkan Iman. Satu-satunya saat yang bisa membuatkan aku lupa pada keduanya adalah di saat aku melelapkan mata. Itu sahaja.
‘Wan, Ila bodoh kan? Sebab masih tak boleh lupakan dia? Ila sayangkan Wan, tapi dia.... dia dah lama berada di hati Ila, sebelum Wan lagi. Ah! Ila kena lupakan dia, kan Wan. Dia sudah menjadi tunangan orang. Tak elok kiranya Ila menaruh hati pada orang yang bukan milik Ila... kan bagus kalau Wan ada di sini, dan kita sudah sah bergelar suami isteri. Ila pasti takkan memikirkan dia lagi. Wan... Ila rindukan Wan.’ Aku bercakap sendiri, seolah-olah Safwan mendengar segala rintihanku. Air mataku gugur lagi.
“Ila, Ila ok ke?” sapaan itu mengejutkan aku yang mengelamun entah ke mana. Iman melihatku dengan wajah gusar. Aku menyeka air mata yang tidak pernah kering di pipiku.
Aku menggeleng laju. Ah kalaulah Iman tahu, yang aku menangis kerananya.
Iman menghela nafas sebelum melabuhkan punggungnya di sisiku. Matanya tertancap lama pada wajahku, membuatkan aku tidak betah.
“Ila kena kuat ok. Please Ila. Iman tak suka tengok Ila yang tidak henti bersedih. Kesedihan Ila tu hanya membuatkan Ila jadi lebih lemah.”
Aku tersenyum kelat. Cuba berpura-pura kental di hadapan Iman.
“Saya tak apa-apa Iman. Janganlah risau. Bohonglah kalau saya cakap, saya sudah tak bersedih. Tapi jangan bimbang, saya masih kuat.” Aku melarikan anak mataku ke arah lain, enggan membiarkan Iman terus merenung aku begitu. Renungannya itu hanya akan membuatkan aku tambah sedih.
“Assalammualaikum...” suara yang menyapa, mengejutkan aku dan Iman, lalu pantas membuatkan kami berdua berkalih ke arah pintu.
‘Ida!’ aku tergamam saat melihat seraut wajah itu sedang tersenyum manis padaku. ‘Kenapa dia ada di sini?’
“Apa khabar Ila?” Ida menyapa seolah langsung tidak terkejut melihat aku dan Iman.
“Err...” aku tergagap hendak berbicara, bimbang Ida mengesyaki yang bukan-bukan tentang aku dan Iman.
Ida duduk di kerusi yang tersedia, lalu pantas meletakkan buah-buahan yang dibawanya, di atas meja. Tanganku digapai, lalu dielus lembut.
“Iman bagitahu saya tadi, yang awak masuk hospital. Takziah atas pemergian Safwan, Ila. Barangkali ada jodoh yang lebih baik untuk Ila di sini. Doakanlah Safwan di sana, ok.” Ida menggoncang sedikit tanganku.
Aku angguk perlahan, terharu dengan keprihatinan Ida. Kalaulah dia tahu, yang aku ini turut mencintai Iman, sama sepertinya, apalah yang bakal terjadi.
“InsyaAllah. Terima kasih Ida.”
Ida senyum sebelum dia memandang Iman. Mungkin ingin menyatakan rasa simpatinya pada nasibku.
“Ila tak boleh sedih-sedih tau. Ila kena bersemangat. Barulah, Ila jadi lebih kuat. Ida doakan Ila cepat sembuh. Amin! Ila kena cepat-cepat sembuh, barulah nanti, boleh pergi majlis kami. Dah tak lama dah ni.” Ida laju menuturkan ayatnya.
“Ida...” Iman seolah cuba menghalang Ida dari terus bersuara. Aku dapat lihat keruh di wajah Iman.
“Majlis apa, Ida?” Aku buat-buat teruja, walaupun hatiku beperang sendiri, mengharapkan apa yang dimaksudkan Ida, berlainan dengan apa yang ada dalam benakku saat ini.
Ida tersenyum lebih lebar, sebelum menyauk sesuatu dari dalam tas tangannya. Sekeping sampul dengan tulisan dan corak keemasan, ditarik keluar dari tas tangan itu.
Aku tergamam. Iman sudah melarikan pandangan ke arah lain. Tidak sanggup melihat reaksiku barangkali.
Aku gapai sampul yang disuakan Ida itu, lalu kubuka perlahan.
‘Dr. Nur Rafidah binti Dr. Ismail dengan pasangannya, Dr. Muhammad Nurul Iman bin Dr. Haji Muhammad Nurul Zaim.’
Mataku berkaca, namun aku tahan semahunya, agar tidak tumpah di hadapan Ida dan Iman.
“Tahniah Ida! Iman!” ya aku harus gembira. Aku harus bahagia untuk mereka. Untuk Iman.
“Terima kasih, Ila!” Ida merangkulku erat, gembira dengan ucapan tahniah itu. Pasti dia cukup teruja dengan majlis itu.
“Ada sebulan lagi sebelum majlis, tapi memandangkan kad dah siap dan Iman bagitahu Ida pulak yang Ila ada kat sini, why not Ida jemput terus kan? Hehe. Takut nanti tak boleh nak jumpa pulak. Maaflah kalau timing Ida tak betul, sebab bagi kad di saat Ila masih lagi dalam keadaan bersedih. Ila tak kisah kan?”
Aku geleng laju. Ya aku tidak kisah. Kerana kesedihan ini telah pun digandakan.
Iman pandang wajahku semula, dengan raut wajah kesal. Aku tahu dia tidak tega hendak memberitakan hal itu padaku.
“Iman tak bagi Ida bagitahu Ila lagi, sebab takut Ila masih bersedih. Tapi Ida ni degil!”
Ida tergelak kecil mendengar kata-kata Iman itu.
“Eleh, Ila tak kisah pun la. Kan Ila?” Ida mengangkat kening padaku, membuatkan aku mengangguk laju seraya tersenyum.
“Ya Ila tak kisah. Tahniah Iman, Ida...”
Iman cuma diam, merenungku lama. Ida tidak henti tersenyum sedari tadi. Ah dia bakal mengecap bahagia. Tentulah gembira.
--------------------------------------------------------
“Doktor, saya boleh keluar hari ni tak doktor?” aku menyoal sebaik doktor muda itu selesai memeriksaku. Kalau boleh, hari ini juga aku mahu keluar, kerana aku sudah tidak sanggup lagi untuk berada dekat dengan Iman. semakin dekat aku dengan dia, semakin sukar untuk aku halang rasa cinta ini. Aku tidak mahu lebih sakit, bila melihat Iman bernikah kelak.
“Dari pemeriksaan kami, cik dah boleh keluar wad dah ni, nanti saya bagi surat keizinan. Cik boleh uruskan prosuder keluar wad, di kaunter nanti. Ok.”
Aku mengangguk laju. Alhamdulillah, permintaanku dipermudahkanNya.
“Eh Doktor Iman pesan, jangan minta bayaran dari cik. Dia akan bayarkan nanti.” Jururawat di kaunter memberitahuku saat aku ingin membuat prosuder keluar wad. Aku geleng laju pada jururawat itu.
“Tak perlu nurse. Saya tak nak Dr. Iman bayarkan bil ni, saya boleh bayar.”
Jururawat itu mengangguk, sebelum menulis sesuatu di atas kad di depannya itu. Aku mengeluh panjang. Iman selalu membuatkan aku berasa bersalah. Dia selalu menunjukkan rasa ambil beratnya padaku, sampaikan aku hampir rebah cintanya. Mujur kali ini, tidak lama aku ditahan di wad, mampulah aku membayarnya sendiri, kalau tidak, pasti sekali lagi aku terhutang budi pada Iman. Haish... Ya Allah, kuatkanlah aku.
Selesai urusan pembayaran, aku pantas kembali ke bilik wad, mengemas segala barangku. Farah dan Syida sudah aku hubungi untuk menyampaikan berita kepulanganku, namun aku tidak meminta mereka menjemputku, aku akan pulang sendiri dengan menaiki teksi, kerana menanti mereka hanya akan melambatkan aku. Aku harus pantas keluar dari sini sebelum Iman menyedarinya.
Ya aku terpaksa lari darinya supaya dia tidak perasan kesedihan yang sedang membalut jiwaku tika ini. Aku tidak mahu dia tahu yang aku sangat terkesan dengan berita ini, aku tidak mahu dia tahu yang selama ini aku masih tetap mencintai dia.
Ya Allah, aku tidak mahu dia tahu...
Air mata berjuraian di pipi, saat aku diam di dalam perut teksi. Bangunan hospital yang makin menjauh, ku pandanga sayu. Hospital itu detik pertemuan semula antara aku dan Iman. Juga tempat segala memori bersama Iman, namun hospital itu juga telah banyak membawa berita sedih dalam hidupku, pemergian Safwan dan sekarang, berita majlis perkahwinan Iman. Ah aku harus pergi jauh dari hospital ini.


Suka? =)

11 comments:

  1. Salam.... Seprti dpt merasai kepedihan hati yg ila lalui... Keep on writing!!

    ReplyDelete
  2. apa pown x nk iman dgn ila....nti crita mcm x fair utk ida...pdnlah dgn muka iman bodoh sgt dulu

    ReplyDelete
  3. Ila.....kena kuat. Jgn harapkan pada yg tak pasti. Jika betul Iman untuk Ila dia pasti datang juga nanti. Jgn dipaksa dan jgn terlalu mengharap.

    ReplyDelete
  4. sedih nya....kesian ila :(

    ReplyDelete
  5. kesian Ila..... dahlah dia baru kehilangan Safwan... dan skrg ni terpaksa pula berdepan dgn perkahwinan kekasih hatinya.... sgt melukakan hati..... why not Ila pergi jauh dari situ dan mulakan hidup baru ditempat baru.... dgn ini dpt melupakan dia dgn kenangan bersama Safwan dan menjauhkan dirinya dari Dr Iman....

    ReplyDelete
  6. aduh lupa iman dah ade ida...tp kesian illa......huhuhu..

    hope ade someone yg lebih baik tggu die hehe

    ReplyDelete
  7. huhu..sedih menghayat hati.ada sambungannya tak?

    ReplyDelete
  8. Ila nie patut make a move. Stand up. Pindah sekolah ke ape. Die tk patut tunggu si iman nie lagi. Tk ke mana

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya biar si iman je yg mampus bukanya wan.

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!