~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, June 18, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 19


Sampai saja ke banglo mewah itu, Irham pantas menaiki tangga untuk ke biliknya, membiarkan Zaara seorang memikul bungkusan beg-beg plastik yang terisi juadah dari pasar malam tadi.
‘Apa punya suami daa. Tak ada sifat gentleman langsung. Ada ke patut biar aku sendiri yang bawak semua ni...’ Zaara mengomel sendiri saat berjalan ke arah dapur.
“Kamu ke mana tadi Zaara?” suara Puan Sri Maryam mengejutkan Zaara yang baru meletakkan bungkusan plastik itu ke atas meja makan. Segera Zaara berpaling ke arah Puan Sri Maryam yang sedang bercekak pinggang memandangnya.
“Zaara pergi pasar malam, mama.”
“Pasar malam? Kamu seret Irham pergi tempat yang kotor tu?”
Puan Sri Maryam menghampiri Zaara yang kaku sedari tadi.
“Kamu tahu tak, aku tak pernah ajar anak-anak aku pergi tempat orang kebanyakan macam tu. Kamu, baru saja masuk dalam keluarga ni, dah pandai ya.”
“Tapi saya cuma...”
“Tak payah kamu nak bagi alasan Zaara. Aku dah kenal sangat perangai orang kebanyakan macam kamu ni. Memang tak sedar diri. Tak reti nak menjaga nama keluarga.”
Zaara terdiam, terkesan dengan kata-kata itu.
“Dahlah hari tu kamu berani tampar si Sherry tu, kamu ingat kamu ni siapa? Dia tu bakal menantu aku tau. Bukannya macam kamu, menantu yang aku tak iktiraf.” Puan Sri Maryam menambah lagi.
Puan Sri Maryam menghampiri Zaara yang tertunduk memandang lantai.
“Aku pun tak tahu apa yang ada pada kamu sampai Irham sanggup lepaskan Sherry tu untuk kahwin dengan kamu. Tapi kamu tengoklah nanti, sampai bila perkahwinan ni mampu bertahan. Sebab aku takkan berdiam diri selagi aku tak pisahkan kamu berdua!”
“Mama...” Zaara memandang wajah Puan Sri Maryam, terkejut dengan kata-katanya tadi.
“Dah jangan panggil aku mama. Meluat aku dengar...”
Zaara gumam, air mata yang ingin gugur, ditahan Zaara dari jatuh. Tidak menyangka Puan Sri Maryam membencinya sampai begitu sekali.
“Mama, Zaara. Apa yang disembangkan tu?” Irham bersuara tiba-tiba seraya menghampiri keduanya. Irham tersenyum memandang Zaara yang kelihatan tergamam. Puan Sri Maryam tidak membalas pertanyaan Irham, sebaliknya cuma menjeling ke arah keduanya.
“Mama, jomlah makan sekali.” Ajak Irham yang sudah menarik kerusi untuk duduk.
“Kamu makanlah, mama tak ada selera tengok makanan ni.” Puan Sri Maryam lekas beredar, makin ditunggu di situ, makin sakit hatinya melihat Zaara.
“Apa mama cakap dengan kau hah?” Irham pantas menyoal sebaik kelibat Puan Sri Maryam hilang dari pandangan.
Zaara melarikan matanya dari pandangan Irham, risau Irham dapat melihat air jernih yang bertakung di tubir matanya.
“Tak ada apa-apalah. Tak penting pun.” Zaara cuba menyembunyikan rawan di hatinya dek kerana layanan Puan Sri Maryam sebegitu.
“Saya naik atas kejap ya, nanti saya datang balik.” Zaara cepat-cepat ingin berlalu dari situ namun Irham lebih pantas memegang lengannya.
“Makanlah dulu, kejap lagi naiklah.”
“Awak makanlah dulu, nanti saya datang.” Zaara bersuara seraya meloloskan dirinya dari pegangan Irham.
--------------------------------------------------------
Irham membuka pintu perlahan, membolosi biliknya itu dengan berhati-hati sebelum membuka lampu yang tidak dipasang. Sedari tadi dia menunggu Zaara di bawah namun Zaara tetap tidak turun membuatkan dia mengambil keputusan untuk datang memanggil Zaara.
Zaara yang terkejut melihat bilik sudah terang berderang, segera menyeka air matanya yang masih bersisa.
“Kenapa dengan kau ni?” Irham menyoal saat duduk di sebelah Zaara di atas katil itu, pelik melihat Zaara yang duduk di dalam gelap, dan wajahnya kelihatan sembap, dengan nafas tersedu-sedan.
Zaara cuma terdiam namun menggeleng lemah.
Irham memegang dagu Zaara lantas didongakkan menghadapnya.
“Kau nangis ke?”
Zaara menggeleng sekali lagi tanpa memandang wajah Irham.
“Tak payah tipu. Aku nampak pipi kau basah.”
Zaara menepis tangan Irham yang memegang dagunya lantas segera berkalih ke arah lain. Tiada mood hendak bercakap dengan Irham. Irham bangun semula seraya duduk pula menghadap Zaara.
“Mama cakap sesuatu yang sakitkan hati kau ke?”
Zaara membatukan diri, enggan bersuara.
“Haish, kalau ada apa-apa, cakaplah dengan aku. Ni kau diam aja, macam mana aku nak tahu masalahnya.”
Zaara memandang wajah Irham dengan air mata yang kembali berlinangan. Diseka air mata itu perlahan sebelum dia menghela nafas.
“Kenapa semua orang dalam rumah ni bencikan saya, Irham?”
“Bencikan kau?”
“Ya, semua orang bencikan saya, termasuklah awak! bukan saya pinta untuk masuk dalam keluarga ni Irham, saya terpaksa.”
Zaara memandang wajah Irham dengan pandangan sayu.
“Saya sedih sangat. Saya boleh terima layanan buruk awak terhadap saya selama ni. Saya boleh terima sikap awak yang berlagak tu, ego tinggi melangit. Tapi saya jauh dari keluarga saya, yang saya ada cuma keluarga awak, jadi bila semua orang dalam rumah ni menghina saya, bencikan saya, hati saya rasa sedih sangat Irham.”
“Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?” Irham keliru.
Zaara menggeleng. “Tak ada apalah. Awak takkan faham.”
“Beritahu aku apa yang terjadi sebenarnya. Barulah aku boleh faham.”
Zaara gumam, tidak mampu bersuara, dadanya merasa sebak kembali. Perlahan esak tangisnya kian kedengaran, sukar sekali hendak membendung esakan itu saat hatinya rasa begitu terhiris.
Irham yang tergamam melihat esakan tangis Zaara, segera memaut Zaara erat ke dalam rangkulannya. Zaara tidak mampu berbuat apa-apa, saat ini dia hanya merasa ingin menangis sepuasnya. Hanya suasana hening menemani mereka berdua yang tenggelam dalam perasaan masing-masing.
Saat esakan itu kian hilang dan sendu di hati Zaara kian reda, dia melonggarkan pautan Irham sebelum menolak Irham menjauhinya semula.
“Dah ok?” Irham menjenguk wajah Zaara yang menunduk.
Zaara mengangguk perlahan sambil menyeka air mata yang sudah membasahi pipi mulusnya.
“Awak... terima kasih.” Zaara bersuara dalam esak yang masih bersisa.
Irham berdehem.
“Walaupun kau kata aku berlagak, layan kau buruk.. aaa apa lagi?” Irham mengira-ngira dengan jarinya.
“Ego tinggi...” Zaara mengingatkan.
“Aku masih sudi peluk kau, tenangkan kau. So memang aku layak dapat ucapan terima kasih tu kan. Jadi, sama-sama.”
Zaara tersenyum. Sekurang-kurangnya hatinya sudah merasa sedikit tenang setelah berada di dalam pelukan Irham sebentar tadi, hilang sedikit gundahnya yang asyik memikirkan penghinaan Puan Seri Maryam padanya sebentar tadi.
“Nanti jangan lupa bersihkan kasut aku dan basuhkan baju aku tu. Kau punya pasallah habis kotor semua.”
Senyuman Zaara mati sebaik mendengar arahan Irham itu.
“Ei, baru saya ingat awak dah baik dengan saya, rupanya ada lagi niat nak membuli tu.”
“Kalau kau merajuk, siapa nak bersihkan semua tu, sebab tulah aku datang pujuk kau.” Irham ketawa besar.
“Ceh, perangai macam hampeh.”
 “Dah-dah. Jom turun. Makanan yang kita beli kat pasar malam tadi berlambak. Kalau kau berkurung kat sini, siapa nak habiskan?” Irham bingkas bangun dari duduknya.
“Saya tak ada seleralah...” Zaara bersuara lemah. Memang hilang sudah seleranya hendak menjamah ayam percik kegemarannya itu sebaik mendengar kata-kata ibu mertuanya tadi.
“Lepas habis kotor baju aku, kasut aku semata-mata sebab ikut kau ke pasar malam, kau boleh cakap yang kau tak ada selera pulak? Kau jangan nak mengada. Jom turun cepat!”
“Awak makan lah sorang...”
“Kau jangan nak buat pasal. Mana aku mampu habiskan semua tu.”
“Ajaklah Susanti sekali.”
“Ei tak mau aku. Susanti tu suka pandang aku semacam. Seram aku dibuatnya. Dah-dah, jom!”
Irham lekas menarik tangan Zaara, membuatkan Zaara tidak berdaya untuk menolak lagi. Sekurang-kurangnya Irham sudi menenangkan hatinya sebentar tadi, jadi dia harus mendengar kata Irham kali ini.
---------------------------------------------------------------
Zaara termangu sedari tadi di tempat tidurnya bersebelahan katil mewah Irham, suaminya itu sudah nyenyak tidur sedari tadi sedangkan mata Zaara tidak mampu tertutup walau sepicing. Hatinya asyik memikirkan layanan Puan Sri Maryam terhadapnya, entah mengapa sampai sekarang, ibu mertuanya itu tidak mampu menerima dirinya sebagai menantu.
‘Ingatkan dah tak ada lagi ibu mertua macam dalam cerita Ibu Mertuaku tu, rupanya banyak lagi orang macam tu. Haish nasib badan... dah la kahwin kena paksa, ibu mertua aku pulak benci gila kat aku. Redha ajelah Zaara, sabar banyak-banyak ye wahai hatiku...’
Zaara mengeluh panjang tanpa menyedari Irham sudah terjaga dan berpaling menghadapnya sebaik mendengar keluhan Zaara tadi.
“Kau ni kenapa? Tak boleh tidur ke?” suara Irham kedengaran tiba-tiba.
“Makkk!” Zaara menjerit dek kerana terkejut sebelum mengurut-ngurut dadanya yang berdegup kencang.
“Awak ni, tak terperanjatkan saya tak boleh ke? Nasib baik saya tak ada lemah jantung...” Zaara mengomel sambil matanya membuntang memandang Irham.
Irham buat endah tak endah sambil menggosok-gosok matanya yang pedih.
“Kau tu yang kejutkan aku! Kau tahu tak? Dah-dah tidur cepat.”
“Saya tak boleh tidur la...” Zaara mencebik.
“Habis kau nak aku buat apa? Dodoikan kau?”
“Ish, mana ada. Dah saya tak boleh nak tidur, nak buat macam mana lagi.”
“Kiralah kambing biri-biri lompat pagar.”
Zaara memandang Irham dengan rasa pelik. ‘Bergurau ke dia ni? Tapi muka macam serius je, macam tak ada perasaan pun sama.’
“Awak ingat saya budak kecik ke nak kira kambing biri-biri lompat pagar?”
“Ah yang penting boleh tidur, kalau kau tak tidur, jiwa aku yang tak tenang kau tau tak, manalah tahu tengah-tengah malam ni kau panjat katil aku, tidur sebelah aku ni.”
“Awak ingat saya kebulur sangat ke nak tidur sebelah awak?”
“Eleh, mulut cakap lain, tapi dalam hati mesti teringin kan?” Irham tersenyum gatal.
“Perasan!”
 Sekarang baik kau tidur, sebelum...” Irham menjeling tajam ke arah Zaara.
“Sebelum apa?”
“Sebelum aku turun bawah tu, lepas tu peluk kau. Kau nak?”
“Eiii apa awak ni!”
Irham ketawa besar membuatkan Zaara cepat-cepat berpaling dari menghadap Irham.
‘Eii kena rasuk ke Irham tu. Seramnya aku...’ Zaara menutup wajahnya dengan selimut sebelum cuba untuk tidur, risau Irham akan mengapa-apakannya jika dia tidak berbuat demikian.




Suka? =)

16 comments:

  1. comel jeirham & zara.. :)

    ReplyDelete
  2. haha.. irham xnk mengaku la tu.. sabar eh zaara.. =)

    ReplyDelete
  3. Bestnya....baik juga irham ni kn....nk lg Ak..chayok2

    ReplyDelete
  4. yelah,mmg comel gler!hihiiii..klau kite jd zaara,mmg kite buat2 blur je ngan mentua cam pn sri maryam tuh..

    ReplyDelete
  5. irham dah mula fall in love gan zara.
    huh tp mak mertua la plk garang gila.

    ReplyDelete
  6. haha, lawak la dorang due nie.
    smbg2 :DD

    ReplyDelete
  7. irham da bole nk terima zaara ke...hehehe..best 2...

    ReplyDelete
  8. hehe...saya pun da mule gelak gatal..haha

    ReplyDelete
  9. comel la!!! :) hihiii

    ReplyDelete
  10. bestnya...baik jugk kn irham ne...nk lg AK...chayok2..

    ReplyDelete
  11. bila la si irham ngn zara nie nk baik2...
    cian kat zara...
    touching tau...
    huk huk huk...

    ReplyDelete
  12. sgt comel lah irham ngn zara ni..cpat la update smbgannya AK..

    ReplyDelete
  13. sweetnyer dyeorg nie....xsbr2 nk tnggu novel nie kluar..

    ReplyDelete
  14. si irham tu reti pulak pujuk org ingatkan tak reti ;)

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!