~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, April 17, 2012

Novel : Kalimah Cinta 28



“Ila nekad ke dengan keputusan Ila?” Syida menyoal saat dia duduk di sisiku, menemaniku di dalam bilikku itu. Aku mengeluh kecil, mataku pantas memandang wajah Syida yang sedang membelek kad kahwin Ida dan Iman.
“Ila nekad. Mungkin dengan cara ini, hati Ila akan lebih tenang. Dan Iman pun tidak akan terlalu berasa bersalah dan tidak selesa melihat Ila.”
Syida menghela nafasnya sebelum memandang aku dengan renungan tajam.
“Tapi lari takkan pernah dapat menyelesaikan apa-apa masalah, Ila.”
“Tapi berdepan dengan mereka pun takkan dapat selesaikan masalah ini, Syida. Menambahkan lagi masalah, mungkin.”
Syida mengangguk perlahan, barangkali bersetuju dengan aku.
“Habis tu, bila Ila nak bertolak? Berapa lama?”
Aku tersenyum, kerana dapat merasakan Syida sudah bersetuju dengan keputusanku.
“Esok Ila bertolak, mungkin dalam masa sebulan dua ni. sampai Iman selamat diijabkabul, dan sampai habis cuti persekolahan nanti. Yang penting, selagi majlis perkahwinan Iman belum selamat dilangsungkan, selagi tu Ila takkan balik ke sini.” Aku nekad.
Syida mengelus bahuku lembut, mungkin sebagai tanda yang dia menyokong keputusanku. Aku tersenyum padanya, walaupun terasa begitu perit sekali untuk tersenyum tika itu.
Aku bakal meninggalkan segalanya buat seketika, lari jauh dari sini, agar tiada hati yang terluka dengan kehadiranku. Dan aku juga bisa menyembuh luka biarpun aku tahu, biar dari kejauhan, luka ini akan lebih parah apabila tiba ketikanya, Iman akan menjadi milik orang lain.
Ya Allah, redhakanlah aku dalam merelakan Iman pergi dari hati ini.
--------------------------------------------------------
Setelah sekian lama, aku pulang ke kampung, menghabiskan cuti persekolahan yang panjang, bersama keluarga Mak Teh aku yang menetap di situ setelah kematian datuk dan nenekku.
Suasana kampung yang mendamaikan, mungkin bisa menenangkan sedikit hatiku yang rawan tika itu. Menanti dan menghitung detik-detik waktu, menghampiri saat Iman akan diijabkabulkan dengan Ida.
Aku menelek skrin telefon setelah lama kubiarkan ia di dalam laci meja kerana tidak mahu melayan sebarang panggilan atau mesej dari Iman.
‘44 missed call. 21 unread messages.’ Aku membaca tulisan di atas skrin. Nafas kuhela sekali lagi. “Pasti dia...”
Aku lihat siapa yang memanggil, dan memang benar telahanku, memang kesemuanya, Iman yang memanggil sepanjang dua minggu aku menyepi setelah keluar dari hospital. Ah biarkan saja dia, andai kubalas panggilan itu, pasti hatiku akan kembali lembut. Aku kena kuat!
Senarai mesej, ku belek satu persatu. Mesej-mesej itu dari Iman yang kesal kerana aku pergi dari hospital tanpa memberitahunya, mesej meminta aku berjumpa dengannya, dan mesejnya merayu untuk aku menjawab panggilannya. Aku menghela nafas, rasa tidak sanggup pula untuk menelek lebih banyak mesej yang ada kerana air mataku sudah bercucuran laju setiap kali membaca mesej darinya itu.
‘Pepohon cintaku, kian merimbun, semakin dicantas, makin bertunas, tidak mampu mendustai hatiku, rasa cinta fitrah manusia...’ nada dering irama nasyid kegemaranku itu kembali berdering menyebabkan aku tersentak, hingga terlepaskan telefon bimbit itu ke atas katil. Aku gapai semula telefon itu lalu terlihat nama Iman di situ. Hatiku rasa sayu, kalaulah boleh, memang aku ingin menekan butang hijau dan bercakap dengan Iman, tapi... aku tidak boleh! Aku harus kuatkan juga hatiku untuk tidak menjawab panggilan itu. Aku tidak mahu Iman mempengaruhi keputusan aku untuk pergi dari hidupnya. Aku tidak mahu!
Nada itu mati di situ, membuatkan aku menarik nafas lega. Aku pantas menggapai semula telefon bimbit itu, namun belum sempat aku berbuat apa-apa, telefon itu berdering semula, membuatkan jantungku hampir berhenti berdetak. Aku melihat pada skrin, kali ini aku terkejut apabila melihat nama Farah yang terpamer di skrin, tanpa berlengah, aku mengangkat telefon.
“Assalammualaikum Farah!”
“Ila...” suara itu mematikan nada ceria yang baru aku pamerkan apabila menjawab panggilan Farah. Terasa sukar sekali untuk bernafas, di saat aku mendengar suaranya di sebelah sana. Tapi macam mana dia boleh gunakan telefon Farah?
“Ila, Ila ada tak kat sana?” soalan itu membuatkan aku tersentak. Fikiranku ligat memikir, adakah patut letakkan saja telefon itu atau bercakap dengan Iman.
“Hmmm...” mulutku spontan bersuara.
“Ila, sebelum Ila fikir nak letak telefon ni, izinkan Iman cakap dulu. Please Ila.”
Aku tergamam, bagaimana Iman mengerti apa yang ada dalam fikiranku tika itu.
Keluhan berat kulepaskan. Aku tidak membalas apa-apa, tapi aku juga tidak meletak gagang, membiarkan Iman berbicara padaku.
“Ila, tolonglah jumpa Iman untuk sekali ni saja Ila. Ada perkara yang Iman perlu selesaikan dengan Ila sebelum Iman boleh langsungkan pernikahan tu nanti.”
“Saya rasa dah tak perlu kot. Dah tak ada apa-apa untuk kita selesaikan Iman.”
Terdengar dengusan dari sebelah sana. Iman berjeda seketika membuatkan aku turut mendiamkan diri.
“Ila, please. Jangan buat Iman macam ni Ila. Tolonglah, untuk sekali ni saja Ila. Lepas ni Iman janji takkan ganggu hidup Ila lagi.”
Aku dengar ada sendu pada suaranya. Adakah Iman hampir menangis? Ya Allah, syahdunya hatiku terasa. Andai bisa aku mengatakan ya, tapi berjumpa dengan Iman takkan dapat selesaikan apa-apa masalah, aku juga takut hatiku akan lebih parah apabila melihat dia untuk kesekian kalinya.
“Ila...” Iman bersuara dari sebelah sana, seperti mengharapkan balasanku.
Aku diam seketika. Nafas kutarik dalam-dalam.
“Kalau awak ada apa-apa nak cakap atau nak selesaikan dengan saya, awak cakap saja dengan saya sekarang. Saya dengar.”
“Tak boleh Ila. Iman kena jumpa Ila juga.”
 “Saya minta maaf Iman, permintaan tu saya tak dapat tunaikan.”
“Ila... jangan buat Iman macam ni.”
Air mataku laju bercucuran.
“Kalau tak ada apa, saya kena pergi dulu, Iman. Assalammualaikum.”
Aku pantas menekan punat merah. Dadaku sebak dengan tangisan yang tidak bisa kutahan lagi.
Ya Allah, begitu peritnya sebuah perpisahan, tapi perit lagi bila cinta yang pernah diimpi suatu ketika dulu, datang kembali, tapi kita sudah tidak mampu menerimanya dek kerana detiknya tidak lagi tepat.
Aku menangis semahunya, agar bisa kulepas segala rasa yang terbuku.
-------------------------------------------------------------------
“Farah minta maaf, Ila.” Farah bersuara saat aku mengangkat gagang telefon rumah kampungku petang itu. Telefon bimbitku sudah kumatikan, tidak mahu Iman menggangguku lagi. Awal-awal lagi aku sudah berikan nombor telefon kampungku itu bagi menghadapi kemungkinan yang aku akan menutup telefon bimbitku, dan sekarang kemungkinan itu sudah aku realisasikan. Aku nekad menutup telefon hingga majlis pernikahan Iman berlangsung.
Aku menghela nafas.
“Tak apalah Farah. Ila faham, Farah mesti rasa bersalah kan. Ila tak salahkan Farah pun. Cuma Ila tak faham, macam mana?”
 “Dah beberapa hari Iman datang rumah ni, cari Ila. Tapi Farah dan Syida berkeras tak nak beritahu Ila ada dekat mana.”
Farah terdiam, mungkin masih dibelenggu rasa bersalah.
“Lepas tu tadi, masa Farah baru balik kerja, Farah nampak Iman dah tunggu depan pintu pagar. Iman merayu dekat Farah, dia nak cakap dengan Ila untuk sekali ni saja. Lepas fikir panjang, Farah bagilah jugak dia cakap dengan Ila, sebab Farah tak nak dia berharap lagi dah. Dia cakap dia nak selesaikan semua hal dia dengan Ila sebelum dia mulakan hidup baru. Maafkan Farah, kalau Ila rasa keputusan Farah tu tak betul. Maaf sangat-sangat.”
Aku terdiam. Farah langsung tidak bersalah dalam hal ni. Masalahnya sekarang, aku pun tidak tahu apa lagi yang mahu diselesaikan oleh Iman.
“Tak apa Farah. Ila tak salahkan Farah pun. Cuma, tak ada apa lagi untuk diselesaikan. Ila pun tak faham, apa lagi yang Iman nak dari Ila. Dia tak nak selesaikan dekat telefon, dia nak jumpa Ila jugak. Tapi kalau Ila jumpa dia, Ila takut hati Ila sakit. Ila tak sanggup untuk bertemu dengan dia di saat dia bakal jadi milik orang lain Farah.” Aku meluahkan segalanya.
“Tapi, selagi Ila tak jumpa dia, selagi tu dia tak tenang Ila. Apa kata Ila bagi saja dia peluang terakhir, untuk berjumpa, sebelum Ila dan dia betul-betul mulakan hidup baru. Manalah tahu, dengan cara ni, dia akan puas hati, dan tak ganggu hidup Ila lagi.”
Aku berfikir sendiri, ada benar juga kata Farah. Walaupun hati ini tidak betah untuk bertemu Iman lagi, namun jauh di sudut hatiku, aku rasa ingin tahu, apa yang ingin diselesaikan antara aku dengan Iman. aku juga teringin untuk berjumpa dia buat kali terakhir, kerana aku belum sempat mengucapkan selamat tinggal saat pertemuan terakhir dulu. Ah adakah aku patut berikannya peluang ini?

Suka? =)

9 comments:

  1. erkkk..bru nk tarik nafas dh bis dh??pendeknya...tp sya tetap xsbr tggu ila jd x jmpa dgn iman

    ReplyDelete
  2. best.nak sambunggan lagi.mesti iman tak jadi kawinkan.dia kawin dengan ila kut.akak teka aje.hehe

    ReplyDelete
  3. Ila..... cubalah tetapkan hati, bulatkan tekad..... bila dah ambil keputusan utk berundur dari hidup Iman.... baik teruskan saja... jgn berundur lagi..... kelak ada hati yg kian terluka..... maybe ada someone yg sesuai utk Ila diluar sana... jgn rosakkan majlis org lain dan persahabatan yg telah terjalin.... mencintai tak semestinya memiliki... jika org yg kita cintai hidup bahagia dgn org lain.... itu dah memadai walaupun bukan dgn diri kita.... lagipun Iman pernah menolak dan melukakan perasaan Ila.... jadi seharusnya dia pasrah menerima balasan atas tindakannya dahulu....

    ReplyDelete
  4. hohoho.. bile nak sambung lagi ni???

    ReplyDelete
  5. kesian sgt kat ila......cinta die asyik x kesampaian...geram dgn iman.....dah nk kawin 2 x yah la kacau ila lg....die x paham ke perasaan illa mcm mane......hope ila tabah....

    like sgt...tp pendek sgt la kak....x puas

    ReplyDelete
  6. Apsal Ila ni emosi sgt heh? Sikit2 termenung, nangis,,, ayoyo...

    ReplyDelete
  7. Hisy, sakit hati betul dengan Iman ni.Dah nak kahwin pun masih nak kat Ila.

    ReplyDelete
  8. ALA,BIAR JE IMAN TU MATI DOWH.....SAKIT HATI BETUL TENGOK MAMAT TU.

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u