~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, January 31, 2011

Cerpen : Cintaku Bersaiz XXL


“Deeba, terima sajalah lamaran tu, sampai bila kamu nak membujang ni?” Puan Asiah cuba memujuk anak perempuan kesayangannya itu yang sedang asyik menonton televisyen.
Deeba yang sedang khusyuk menonton drama Ustaz Amirul di televisyen cepat-cepat berpaling. Entah aura apa yang merasuk ibunya sampai asyik memaksa dia menerima lamaran dari rombongan merisik siang tadi.
“Eii, tak nak lah Deeba, bukan Deeba kenal pun lelaki tu, tiba-tiba aje masuk merisik. Tak nak, tak nak!”
“Apa tak kenalnya, kan mak dia cikgu kamu masa sekolah dulu, mungkin mak dia berkenan kat kamu untuk jadi menantu dia.”
“Yelah tu ibu, ada ke orang yang nak berkenan dengan Deeba ni. Deeba kan gemuk, tak cantik, tak ada siapa pun pandang Deeba selama ni bu. Biar ajelah Deeba bujang seumur hidup. Deeba tak kisah, boleh jugak Deeba jaga ibu.”
“Jangan menolak tuah Deeba, bersyukurlah ada yang sudi terima kamu. Kamu pun dah nak masuk dua puluh tujuh tahun, sampai bila nak duduk bawah ketiak ibu saja. Kiranya kamu ni bertuah la Deeba, lelaki yang boleh terima kamu seadanya memang lelaki yang baik.”
Deeba telan liur, ada kebenaran juga pada kata-kata ibunya.
“Ala ibu, ni mesti Cikgu Midah yang paksa, bukan anak dia nak sangat pun kat Deeba. Entah-entah pandang muka Deeba pun tak nak.”
Puan Asiah memeluk bahu anaknya, wajah anaknya itu dipandang penuh kasih sayang. Deeba memang cantik, cuma badannya saja yang besar dan berisi. Namun bagi Puan Asiah, Deeba tetap setanding gadis lain, cuma anaknya itu terlalu kurang keyakinan terhadap dirinya sendiri.
“Mana ada, dia sendiri setuju terima jodoh ni, maknanya dia tak kisah la sayang.”
“Mesti dia tak tengok Deeba lagi kan? Lajulah dia setuju, cuba dia dah tengok Deeba, mesti dia tak nak.” Deeba cuba serkap jarang.
“Dia dah tengok kamu Deeba, Cikgu Midah yang beritahu ibu sendiri, dia tak ada halangan pun nak terima kamu. Dah jangan banyak alasan lagi, terima ajelah ye.”
Deeba tergamam, tidak tahu hendak membalas apa lagi.
----------------------------------------------------------------------------
Deeba gementar saat suami yang baru dinikahinya itu menghampiri dirinya.
“Assalammualaikum Adeeba.”
“Waaalaikumussalam Hadif,” Deeba membalas takut-takut. Dia memandang sekilas wajah suaminya lantas tertunduk semula.
 Hatinya terlalu gementar sampaikan nak memandang wajah suaminya itu pun dia takut. Risau penerimaan suaminya itu terhadap dirinya.
“Deeba...” Hadif memanggil Deeba semula, lembut. Jemarinya memegang dagu Deeba lantas wajah Deeba didongak untuk memandang wajahnya.
“Kenapa takut-takut ni? Abang tak makan orang la,” Hadif tergelak kecil.
Deeba kehilangan kata. Tak mampu membalas walau sepatah. Wajah suaminya dipandang dalam debar. Deeba terkesima, Hadif kelihatan terlalu sempurna untuk dirinya. Tidak pernah terbayang dalam angannya untuk dimiliki lelaki sebegitu, paras rupanya kacak, matanya redup dan jernih. Deeba merasa segan.
“Deeba,” sekali lagi Hadif memanggil, wajahnya didekatkan pada wajah isterinya itu, cuba mencari anak mata Deeba yang seakan tidak mahu memandangnya. Air jernih yang bertakung di tubir mata Deeba perlahan tumpah.
“Kenapa Deeba, kenapa menangis ni? Bukankah hari ni hari bahagia kita?” Hadif menjadi gusar saat melihat air mata yang berjuraian di pipi Deeba. Perlahan air mata itu diseka.
“Deeba... Deeba... Deeba rasa tak layaklah untuk abang,” Deeba meluahkan rasa yang terbuku.
“Jangan fikir macam tu, Deeba memang pilihan yang tepat buat abang, jangan fikir yang bukan-bukan.” Hadif berbicara lembut, cuba memujuk hati isterinya itu.
Deeba memandang semula wajah Hadif, terharu dengan kata-kata yang terbit dari mulut suaminya itu.
“Tapi Deeba, Deeba tak macam perempuan lain. Deeba...”
“Syhh, syhh. Jangan sebut apa-apa lagi, Deeba dah cukup untuk abang.” Hadif meletakkan jari telunjuknya pada bibir Deeba, membuatkan Deeba terdiam.
Perlahan Hadif menarik Deeba ke dalam rangkulannya, memeluknya erat, tanpa mahu mendengar lagi bicara dari mulut Deeba.
---------------------------------------------------------------------------------
Rumah banglo dua tingkat itu riuh dengan saudara mara yang berkumpul bagi memeriahkan majlis perkahwinan yang baru saja berlansung di sebelah pihak lelaki.
Malam itu majlis barbeku pula diadakan bagi menjamu sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat, sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka bagi menjayakan majlis perkahwinan anak sulung Puan Hamidah, Hadif Iffat.
Hadif sedari tadi duduk menemani isterinya Deeba makan di salah satu meja. Deeba yang masih kekok dengan ahli keluarga suaminya bersyukur kerana punya suami yang memahami, yang tidak membiarkan Deeba terkontang-kanting sendirian.
“Cukup ke ni Deeba?” Hadif menyoal saat melihat pinggan Deeba cuma sedikit saja yang terisi sedangkan pinggannya sendiri penuh dengan makanan.
“Aah cukup bang.”
“Janganlah ambil sikit sangat, tambah la lagi.”
“Ish tak mahulah. Dah banyak dah ni.”
“Eh cukup ke?” Hadi menggaru-garu kepalanya. Pelik sedikit dengan sikap Deeba.
Deeba memandang Hadif yang kelihatan buntu.
“Deeba diet ke?” soalan itu pula terpacul dari mulut Hadif.
Deeba tergelak kecil. Faham mengapa Hadif beranggapan sebegitu.
“Abang, abang ingat semua orang yang gemuk makan banyak ke?”
Hadif terdiam, sedar kata-katanya tadi boleh membuatkan Deeba berkecil hati.
“Bukan semua macam tu bang. Kami yang berbadan besar ni bukanlah sama macam dalam apa yang selalu dimomokkan dalam drama dan filem. Kami bukannya gelojoh dan tak boleh tengok makanan, sampai semua nak ditelan.”
Hadif menggenggam erat tangan Deeba.
“Maafkan abang ya, kalau abang buat Deeba terasa.”
Deeba pandang wajah suaminya seraya tersenyum.
“Tak apa bang, Deeba dah lalui terlalu banyak kata-kata nista dan ejekan sampaikan kata-kata abang tadi lansung tak berbekas di hati Deeba. Kata-kata abang tak kecikkan hati Deeba pun.”
Hadif menjadi serba salah dan jatuh kasihan pada Deeba. Tangan isterinya itu dikucup perlahan.
“Abang akan cuba memahami perasaan Deeba lepas ni. Maafkan abang ya.”
Deeba tersenyum bahagia. Hadif terlalu baik padanya, hinggakan Deeba tak mampu terasa dengan suaminya itu.
“Deeba duduk kejap eh, abang ambilkan air.” Hadif meminta diri seraya meninggalkan Deeba keseorangan di meja itu.
Seketika kemudian dua orang gadis yang lebih kurang sebaya dengan Deeba muncul dan duduk di meja Deeba.
“Oh inilah kakak ipar baru kita ya,” salah seorangnya berbicara.
“Saya Nina, sepupu abang Hadif.” Gadis bernama Nina itu menghulurkan tangan.
“Amboi montelnya tangan dia...” Nina mengusap-usap tangan Deeba membuatkan Deeba merasa rimas.
“Saya Rita,” seorang lagi memperkenalkan diri.
“Adeeba.” Pendek Deeba memperkenalkan dirinya.
“Macam mana kak kenal abang Hadif tu?” Rita menyoal.
“Tak kenal pun sebelum ni. Baru je kenal.”
“Eh baru kenal? Macam mana tu?”
“Mama Hadif, Cikgu Midah yang jodohkan kami.”
“Ooo... macam tu rupanya. Malang betul nasib abang Hadif kan?” Nina seakan memerli.
“Apa?” Deeba kurang jelas.
“Eh tak ada apa-apalah. Mak Ngah, tu pandai pilih menantu. Boleh bagi hantaran timbang ikut kilo.”
Pecah ketawa antara mereka berdua. Deeba hanya mampu berdua mendengar ejekan itu.
“Kesian abang Hadif kan, entah-entah nak peluk pinggang pun tak lepas.”
Sekali lagi mereka ketawa terbahak-bahak. Deeba terasa panas hati, tapi dia tidak sanggup hendak membalas. Biarlah mereka dengan ejekan mereka itu, makin dilayan makin menjadi pula nanti. Hatinya yang terusik cuba dipujuk sendiri.
Perlahan Deeba bangun dari tempat duduknya dan menapak ke dalam rumah, meninggalkan majlis barbeku di luar rumah dan sepupu-sepupu iparnya yang celupar itu. Baik dia duduk di dalam rumah saja, aman sikit dunia.
Saat Deeba melabuhkan punggungnya di atas katil, kata-kata sepupu-sepupu Hadif kembali bermain-main di mindanya.
‘Hantaran timbang kilo! Peluk pinggang pun tak lepas!’ air mata Deeba laju mengalir saat mengingati kata-kata itu. Memang dia sudah lali dengan semua kutukan padanya, namun hatinya masih cepat terusik dan bersedih. Dia lebih rela menangis sendirian dari mencari gaduh di luar sebentar tadi.
Tiba-tiba Deeba dapat merasakan tangan seseorang melingkari pinggangnya. Segera dia menoleh. Hadif tersenyum padanya.
“Abang peluk lepas aja,” tiba-tiba Hadif bersuara sambil memeluk erat pinggang Deeba.
Deeba tergelak kecil. Air matanya diseka perlahan.
“Kenapa abang naik ni? Pergilah jamuan tu...”
“Tak mahulah, Deeba tak ada. Buat apa abang ada kat sana lagi. Tambah sakit hati bila tengok orang ejek isteri abang ni.” Hadif mencebik.
“Abang...” Deeba bersuara perlahan.
“Hmmm...”
“Terima kasih.”
 “Tak perlu berterima kasih dengan abang.”
“Deeba berterima kasih sangat sebab abang boleh terima Deeba seadanya.”
Hadif mengalih tubuh Deeba supaya menghadapnya. Dahi Deeba dikucup lembut.
“Abang sayangkan Deeba.”
Air mata Deeba terasa seperti ingin tumpah kembali.
-------------------------------------------------------------------
“Eh banyaknya coklat! Abang nak buat apa banyak-banyak ni? Nak mandi coklat ke?” Deeba merenung bungkusan plastik yang terisi beberapa keping coklat di atas meja makan itu.
Hadif memeluk bahu Deeba yang sedang asyik membelek coklat itu satu persatu.
“Untuk isteri kesayangan abang la. Abang tahu Deeba suka makan coklat kan?” Hadif tersenyum.
Deeba menatap wajah Hadif.
“Abang nak bagi Deeba makin gemuk ke?”
Hadif tersengih.
“Ala tak pe, abang tak kisah.”
“Iye la tu. Kang Deeba makin gemuk, abang jugak yang susah. Nanti Deeba dapat penyakit sape nak jawab.”
“Tak payah jawab. Abang kahwin la lagi satu.” Hadif mengusik.
“Oh gatal ye. Tak apalah, biarlah Deeba sakit, baru abang boleh kahwin lain kan.”
“Ok-ok. Abang minta maaf, abang gurau ajelah. Abang ingat Deeba suka makan coklat banyak-banyak.”
“Memang la Deeba suka coklat, tapi tak adalah sampai banyak macam ni.”
Deeba mengangkat bungkusan plastik yang terisi lebih kurang sepuluh keping coklat Cadbury yang besar-besar. Kalau satu pun dah beratus kalori, apatah lagi sepuluh. Mahu bertambah sepuluh kilo lagi beratnya kalau macam ni. Deeba mencebik.
Hadif tersengih-sengih sambil memeluk erat isterinya dari belakang.
“Ok-ok. Ni stok untuk Deeba la. Bukan kena habiskan semua ni sekaligus.”
“Tapi nanti Deeba tak tahan tengok coklat banyak-banyak, nanti Deeba makan semua sekaligus macam mana?” Deeba pula tersengih.
Hadif pandang wajah Deeba dalam-dalam.
“Nakal eh, ada hati nak makan semua ye. Tak boleh tak boleh, Deeba makan satu je, yang lain abang punya.” Hadif merampas bungkusan coklat itu dari tangan Deeba.
“Ala mana aci, tadi abang bagi semua kat Deeba!”
“Aci kat India laaa...”
“Alaa abang jahat!”
“Haha. Abang nak sorok coklat ni. Nanti abang nak makan baru abang keluarkan, baru Deeba boleh makan sama-sama dengan abang. Ok!”
Deeba menjuihkan bibirnya, Hadif tertawa riang sambil memeluk erat isteri kesayangannya itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah setahun mereka hidup berumahtangga, Deeba merasa terlalu bahagia hidup bersama Hadif yang bisa menerimanya walaupun dia bersaiz XXL. Hadif mencurahkan kasih sayang yang begitu banyak hinggakan Deeba tidak merasa dirinya kekurangan lagi, namun ada satu perkara yang sedang merunsingkan hatinya saat itu.
“Bila isteri kamu nak mengandung Hadif? Mama dah teringin sangat nak menimang cucu,” Puan Hamidah meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini.
“Sabarlah mama, belum ada rezeki kami,” Hadif bersuara sambil mengelus tangan Deeba yang duduk di sisinya. Risau isterinya berkecil hati.
“Mama dengar orang yang obes ni boleh sebabkan mandul. Kamu cubalah kuruskan badan kamu tu Deeba. Mana tahu nanti ada rezeki,” lancar saja Puan Hamidah berkata tanpa menghiraukan perasaan Deeba lagi.
“Apa mama merepek ni?”
“Betullah, mama pernah baca artikel pasal ni dulu.”
“Mama, walaupun Deeba macam ni, dia tak ada penyakit apa-apalah mama. Mama jangan risau ok, nanti adalah rezeki kami.” Hadif membela Deeba.
Deeba hanya mampu diam.
Deeba ikut Hadif berjoging di taman petang itu. Selalunya Deeba cuma duduk memerhati namun kali ini dia mahu ikut sama berjoging. Mahu menguruskan badan mengikut kata ibu mertuanya.
Semput Deeba dibuatnya saat mengejar Hadif yang punya stamina kuat. Beberapa kali juga Hadif berpatah balik untuk melihat Deeba yang jauh ketinggalan di belakang.
“Abang pergilah dulu. Nanti Deeba kejar.”
“Tak apa. Deeba duduk je kat situ. Nanti abang datang ye.”
“Tapi Deeba nak joging lagi.” Deeba tidak mahu beralah walaupun dia sudah semput dan asyik terbatuk.
“Jangan paksa diri sayang. Nanti pitam siapa yang susah. Dah-dah Deeba duduk dulu.” Hadif memaksa dengan menarik Deeba duduk di bangku yang tersedia di tepi laluan joging di taman itu.
“Kalau Deeba nak kurus sebab kata-kata mama tu baik Deeba hentikan. Abang tak suka Deeba paksa diri, kalau Deeba rasa nak kurus sebab Deeba sendiri yang nak, tak apalah. Abang tak suka tengok Deeba terseksa macam ni. Abang tak kisah Deeba tak kurus pun, abang sayangkan Deeba. Ingat tu!” Hadif mengusap kepala Deeba sebelum kembali ke laluan joging dan meneruskan rutinnya.
‘Deeba nak kurus sebab Deeba nak bagi zuriat pada abang....’ hati Deeba menjerit sendiri. Bukannya dia tak pernah cuba untuk kurus sebelum ni. Pelbagai cara dia gunakan namun semuanya tak berhasil. Jamu, korset, ubat kurus, minuman kesihatan, slimming center, semua dia dah cuba. Habis beribu namun hasilnya tak nampak.
Pernah juga Deeba berdiet menahan lapar hingga tiga bulan, namun hasilnya cuma nampak sedikit dan naik semula saat Deeba makan seperti biasa. Usahanya selama tiga bulan menjadi sia-sia. Mana mampu dia nak bertahan tak makan nasi selama bertahun-tahun, Deeba rasa lemah seluruh badannya jika tak menjamah nasi sehari.
--------------------------------------------------------------------
Kapsul ubat itu dipandang Deeba seketika. ‘Paling banyak boleh makan enam biji sehari...’ hatinya membaca label yang terpamer di depan botol. Rakannya yang mencadangkan supaya dia mencuba ubat kurus itu kerana hasilnya mujarab.
‘Kalau akak tak boleh mengandung, Nina boleh kahwin dengan abang Hadif. Nina akan bagi zuriat buat keluarga ni...’ kata-kata yang dibisikkan dari mulut Nina saat melawat mereka tempoh hari masih terngiang di telinga Deeba. Memang selama ini Nina ada menaruh hati pada Hadif namun jodohnya tidak kesampaian saat Hadif memilih Deeba.
Deeba menjadi tak keruan, dia pasti kalah jika mahu dibandingkan dengan Nina yang memang cantik dan badan umpama model tu. kalau Nina beri tawaran untuk berkahwin dengan Hadif, pasti ibu mertuanya takkan menolak sebab ibu mertuanya kepingin sangat nak mendapat cucu. Maklumlah Hadif anak yang sulung, dan yang pertama kahwin, pastilah kehadiran cucu sulung keluarga itu sangat dinanti. Deeba kerisauan.
‘Ah telan enam biji teruslah.’
Deeba membuka mulut luas-luas dan menelan keenam-enam biji kapsul ubat kurus itu tanpa rasa bimbang. Yang penting hasratnya untuk kurus dan mendapatkan zuriat termakbul.
Tiba-tiba Deeba rasa perutnya memulas. Cepat-cepat dia berlari ke tandas.
------------------------------------------------------------------------
“Deeba.. Deeba...” Hadif menggoncangkan tubuh isterinya yang terbaring di sofa saat baru pulang dari kerja.
“Abang...” Deeba bersuara lemah. Tubuhnya berasa terlalu letih setelah berulang alik ke tandas.
“Eh kenapa ni sayang? Kenapa nampak lemah je ni? Apa dah jadi?” Hadi cemas saat melihat wajah Deeba yang pucat.
“Tadi Deeba makan ubat, lepas tu sakit perut sangat-sangat...”
“Ubat apa?”
“Tuuu...” Deeba menunjuk ke arah ubat di atas meja itu.
“Hah!”
Hadif cepat-cepat merangkul isterinya itu lantas dicempung dan dibawa masuk ke dalam kereta. Risau keadaan Deeba bertambah lemah.
--------------------------------------------------------------------
“Isteri encik keracunan, ubat yang dimakan isteri encik tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, sebab mengandungi bahan yang berbahaya. Itu puncanya dia mengalami sakit perut yang melampau. Tapi encik jangan bimbang, keadaannya dah semakin pulih, cuma ada satu lagi yang saya nak beritahu...”
Hadif teringat kembali kata-kata doktor itu saat melawat isterinya di wad.
“Abang... Deeba minta maaf ya. Deeba tak sangka boleh jadi macam ni.”
Hadif mengelus tangan isterinya dan dikucup perlahan.
“Tak apa sayang. Tapi lain kali jangan buat lagi, Deeba buat abang risau saja.”
Deeba tersenyum seraya mengangguk.
“Kenapa Deeba makan ubat tu?” Hadif meminta penjelasan.
“Err... Deeba nak kurus, supaya Deeba tak mandul. Deeba nak ada zuriat dengan abang.”
“Deeba, ramai aje perempuan macam Deeba yang mengandung tau.”
“Tapi sampai sekarang Deeba tak mengandung. Deeba memang mandul kot, abang kahwin ajelah dengan Nina tu.”
“Eh kesitu pulak dia. Buat apa abang nak kahwin dengan dia pulak?”
“Kan dia pun nak kahwin dengan abang.”
“Eh iye ke? Bolehlah macam tu kan? Deeba izinkan abang eh?” Hadif tersengih.
Deeba mencebik. Geram bercampur sedih. Kalau ini takdirnya, dia hanya mampu pasrah.
“Alalalaaa.. abang gurau ajelah.” Hadif memicit hidung Deeba. Suka mengusik isterinya itu.
“Kalau betul pun Deeba nak buat macam mana. Kan Deeba mandul.”
“Siapa kata Deeba mandul. Deeba tak mandullah.”
“Mana abang tahu?”
“Sebab doktor beritahu tadi,” Hadif tersengih-sengih.
“Beritahu apa? Deeba tak mandul eh?” Deeba tersenyum.
“Bukanlah...”
“Habis tu?”
Hadif mendekatkan dirinya pada wajah Deeba.
“Deeba dah mengandung sayang...” Hadif berbisik ke telinga Deeba membuatkan air mata Deeba laju mengalir.
“Abang, betul ke ni?” Deeba hampir tidak percaya.
Hadif mengangguk seraya mengucup dahi isterinya itu.
“Syukur Alhamdulillah!”
“Jangan pernah terfikir nak serahkan abang pada sesiapa lagi. Hati abang cuma untuk Deeba sorang dan anak-anak kita nanti. Kalau Deeba memang tak boleh mengandung sekalipun, abang tak kisah. Abang akan tetap cintakan Deeba selamanya. Kalau Deeba rasa Deeba besar, cinta abang pada Deeba lebih besar dari itu tau.”
“Maafkan Deeba abang. Deeba cintakan abang,” Deeba mengucup tangan suaminya itu.
“Abang pun cintakan Deeba lebih dari Deeba fikirkan.”
Hadif memeluk Deeba erat. Hatinya penuh dengan rasa kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan padanya, isteri yang sangat dicintai, dan kini anak yang bakal dilahirkan. Terima kasih Ya Allah!
--------------------------------------------------------------------------
Cinta bukanlah bersandarkan paras rupa mahupun fizikal seseorang, cinta yang suci itu hadir dari hati yang ikhlas menerima seseorang itu seadanya. Mereka yang bersaiz XXL pasti merasakan terlalu sukar untuk mencari cinta yang sejati pada masa kini, namun yakinlah masih ada insan seperti Hadif yang bisa menerima Deeba seadanya.
p/s : sedang mencari insan macam Hadif jugak.. heheeheheh. Terima kasih kerana sudi membaca karya AK yang serba kekurangan ini. Jangan segan-segan tinggalkan komen ya!~ (^___^)

Suka? =)

32 comments:

  1. best cerpen ni... Ada mesej supaya org ramai x tpengaruh dgn ubat kurus...

    ReplyDelete
  2. yup..betul tu, kebanyakn org skrang maw jadi kurus tapi guna cara ringkas..
    hehe..
    kalo la ada lelaki yang macam hadif tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. best citer ni....

    ReplyDelete
  4. ad ke laki cmnni? laki sume sme je tgk y cantik...

    ReplyDelete
  5. wish i met another Hadif. But i dont think so!!

    ReplyDelete
  6. semoga diriku dpertemukan org mcm hadif..amin..hehehe

    ReplyDelete
  7. saya pun saiz xxl jugak..
    tp skrg sy nak cuba jd saiz s..
    doa kan sy...
    citer nie bag sy semangat untuk tidak tkt cari cinta sejati.

    ReplyDelete
  8. best cerpen ni..sy pn bersaiz xxl, bkn xcuba kurus, sama mcm deeba sy dh cuba pelbagai cara namun masih sama..alhamdulillah suami sy terima sy seadanya walaupun dia lbh sempurna fizikalnya..kdg2 ape yg deeba rs tu sy dh alaminya..namun sokongan suami membuatkan sy kuat..teruskan berkarya AK..

    ReplyDelete
  9. Best cerpen ni.. Cerpen ni sgt2 mmberi smngat utk sya.. Sya pn XXL mcm Deeba.. InsyaAllah dpt suami mcm Hadif.. Amin.. Xp, ad lg ke llki mcm Hadif skrg ni ?? :(

    ReplyDelete
  10. sweet nye Hadif... mcm mne la nk cari org macam Hadif ni skrg?

    ReplyDelete
  11. sweet cite ni..manusia ni Allah jadikan x sama rypa paras & x sama citarasa nye..memang ade je lalaki mcm Hadif tu dlm dunia ni..xde yg mustahil..Allah dah ciptakan manusia tu berpasang2..so mesti la de yg bsar or kcik..sume tu rahsia Allah..pe2 pn cite2 AK memg menarik n ade msj tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  12. Semua citer sis AK memang sweet pun....Saya nak sorang macam hadif Ni Ada lagi tak Kat dunia Ni.....??? Sebab Saya Ni lbih Kurang saiz Deeba ....

    ReplyDelete
  13. sy pon bersaiz xxl gak...tp alhamdulillah sy berjumpa dgn suami sy skrg...2/4/2013 genap 5 bulan kami kawen...kami pon mcm deeba n hadif..kawen pilihan org tua..cinta slps kawen....sblm ne x penah knl pon...tp takdir Allah tiada siapa dpt halang kan...doakan kebahagiaan kami..insyaallah sy pon nk dapat berita gembira mcm deeba gak...dtgnya si kecil dlm hidup kami...masih menuggu...mujur famili mertua faham n x penah merungut...malah sentiasa memberi skongan...semoga saya dpt la berita baik dlm tempoh terdekat ne..amin..:)

    ReplyDelete
  14. arhgggg......sweet sgt......saya pun mcm diba juga....hopefully, 1 hari nanti akan berjumpa seseorang macam hadif tu.......

    ReplyDelete
  15. superb....keep it up....hasilkan lagi cerita2 yg menraik....

    ReplyDelete
  16. superb....klu pnjg lebar lgi msti best...tpi jgn berangan byk sgt...hehehehe

    ReplyDelete
  17. Dah order online dah. Ya Allah tak sabar nak tunggu novel tu sampai hehehe

    ReplyDelete
  18. :: saya gadis bersaiz xxl hope kesudahan kehidupan sy akan mcm deeba mendapat seorng lelaki yg tdak pandang rupa paras...

    ReplyDelete
  19. Best sngt..sy sndiri pn org yg brsaiz xxl..

    ReplyDelete
  20. Best citer ni....sy pun xxl...alhamdulillah dijodohkn dgn suami yg x pernah kenal langsung...dah boleh menerima sy seadanye...walaupun lmbt sikit dpt ank...skrg dah 13 tahun usia perkahwinan kami...ank pun dah lima...alhamdulillah

    ReplyDelete
  21. Best citer ni...sy pun bersaiz xxl...bertemu jodoh pun dgn lelaki yg x pernah kenal langsung...alhamdulillah suami menerima sy seadanye...walaupun lewat setahun utk dpt cahaya mata...skrg dah 13 tahun usia perkahwinan kami...ank pun dah 5... Alhamdulillah ank2 sy pun semua hensem2 hihihi...

    ReplyDelete
  22. nak nanis baca cerpen ni.. huhu..dah satu kotak tissue dah.. huhu...apapon.. bagus lah kalau dapat lelaki macam tu...

    ReplyDelete
  23. kyaaa ..!! Sweetnyaa Hadif <3 diabetes saya baca cerpen ni sebab manis sangat .. hehehe~ thumbs up for Aliesha Kirana . Nice story ! saya ada jumpa the another Hadif in this world ( he is my classmate) and honestly dia memang baik gilaa .. and the irony is Hadif kawan saya ni pun anak cikgu gak .. orang nama Hadif ni memang baik-ii ke macam mana ~ hihihi .. #FallInLoveWithHadif <3

    ReplyDelete
  24. kyaaa ..!! Sweetnyaa Hadif <3 diabetes saya baca cerpen ni sebab manis sangat .. hehehe~ thumbs up for Aliesha Kirana . Nice story ! saya ada jumpa the another Hadif in this world ( he is my classmate) and honestly dia memang baik gilaa .. and the irony is Hadif kawan saya ni pun anak cikgu gak .. orang nama Hadif ni memang baik-ii ke macam mana ~ hihihi .. #FallInLoveWithHadif <3

    ReplyDelete
  25. Tahniah Aliesha Kirana.. Cerita nie memang best... Saya tak puas baca.. kat mana saya boleh dapatkan novel nie?

    ReplyDelete
  26. baru baca cerita nie.. serius best..
    tapii ade lagii ke lelaki mcm hadif ni..
    alagkah indahnya jika benar2 ade..
    Insyallah Amiin..

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!