“Awak, saya balik lambat sikit ya hari ni...” Zaara memulakan bicara sebaik Irham mengangkat gagang.
Irham tidak memberikan sebarang respon membuatkan suasana menjadi hening seketika.
“Awak... dengar tak ni? Saya cakap yang saya balik lambat sikit hari ni, boleh tak?”
“Nak pergi mana lagi? Dating?” Irham serius bertanya.
“Ish apa awak merepek ni. Saya nak pergi rumah sewa saya kejap, ambil Myvi saya. Harap awak hantar saya pergi kerja pun tak boleh diharap.” Zaara memulangkan paku buah keras.
“Aku tak hantar pun, ada orang tolong hantarkan kan.”
Zaara terkedu. ‘Macam mana dia boleh tahu?’
“Awak nampak saya ke pagi tadi?”
“Aku belum buta.”
“Hadry selisih dengan saya kat perhentian teksi tu. Dia ajak saya tumpang dia, takkan saya nak tolak pulak.”
“Tolak ajelah, apa susah.”
“Saya dah cuba menolak, tapi dia bersungguh ajak saya. Tak sampai hati pulak saya nak kecilkan hati dia.”
“Apa-apa ajelah. Yang penting aku tak suka.”
“Kenapa pulak? Takkanlah awak cemburu?” Zaara cuba menebak, dengan rasa tidak percaya.
“Cemburu? Bila masa aku cemburu? Aku cuma tak suka kau tumpang kereta orang lain.” Pantas Irham menjawab.
“Yelah, yelah. Lepas ni saya tak buat dah. Puas hati?”
Irham cuma diam. Bara di hatinya masih belum reda.
“Boleh tak saya balik lambat ni?” Zaara menyoal kembali.
“Ikut suka kaulah.” Irham menjawab seraya pantas meletak gagang.
“Ish cakap macam tak mahu cakap.” Zaara meletak telefonnya sebaik Irham memutuskan talian di hujung sana.
------------------------------------------------------
“Seronoknya dapat balik ke rumah ni!” Zaara tersengih saat menjejakkan kaki ke laman rumah sewanya dulu. Kereta Myvinya yang tersadai di garaj segera diusap lembut. Rindu pada keretanya itu.
“Kau jangan risau, hari-hari aku dah panaskan enjin.” Fiz memberitahu.
“Terima kasih. Aku tahu aku boleh harapkan kau.” Zaara tersenyum gembira.
“Dah masuklah.” Fiz mengajak sebaik membuka pintu.
“Kau tak ajak pun aku nak masuk.”
Fiz ketawa kecil.
Isi rumah itu direnung segenap inci. Terasa rindu sekali untuk menjalani hidup seperti dulu, mengikut coraknya sendiri tanpa perlu memikirkan orang lain. Kini segalanya sudah berubah, hendak menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Dia kini sudah jadi milik Irham secara mutlak sama ada dia suka atau tidak.
Zaara tersedar dari lamunan saat telefonnya berdering dengan nyaring, dengan pantas Zaara mengangkat telefonnya itu.
“Rumah sewa kau tu kat mana?”
“Er, kat Taman Setia Indah.”
“Nombor rumah?”
“Nak buat apa?”
“Jawab ajelah.”
“Nombor 24.”
“Ok.”
Talian diputuskan. Zaara terkedu, laju saja talian ditamatkan sebelum dia sempat menyoal Irham lagi.
“Kenapa ni beb?” Fiz pelik melihat Zaara tergamam.
“Ni suami aku ni, tiba-tiba saja tanya rumah ni.”
“Dia nak datang sini kot.”
“Ish merepeklah kau ni. Takkanlah macam tu pulak...”
Serentak dengan itu juga, bunyi hon kedengaran di luar rumah. Zaara segera memanjangkan lehernya, melihat gerangan insan di luar.
Sebuah kereta Audi elok terparkir di hadapan rumah.
“Erk! Irham!” Zaara pantas menjerit.
“Hah! Kan aku dah cakap.” Fiz tersengih, seronok bila tekaannya tepat.
Zaara yang terkedu melihat kehadiran suaminya itu, cepat-cepat membuka pintu pagar lalu menghampiri kereta Irham. Cermin kereta suaminya itu diketuk supaya Irham dapat membuka tingkap.
“Awak buat apa datang sini?” Zaara segera menyoal sebaik cermin tingkap diturunkan.
“Aku nak pastikan yang kau betul-betul ke mari.”
“Ceh, tak percaya lagi.” Zaara memeluk tubuhnya. Geram dengan sikap Irham.
Irham membuka cermin mata hitamnya sebelum memandang wajah Zaara yang masam mencuka.
“Dah jom balik sekarang. Kang kau sesat, aku tak nak tanggung.”
“Ala, saya nak duduk lama-lama sikit kat sini. Baru je nak bersembang dengan Fiz. Kacaulah awak ni.”
“Kalau macam tu, duduklah terus kat sini. Kan senang.” Irham geram.
“Eh betul ke? Boleh ke? Bestnya!” Zaara tersenyum girang.
“Jangan nak mengada! Tadi kau kata kau nak ambil kereta kau aje kan. Bukannya nak bersembang. Jom balik!” Irham menjegilkan matanya.
“Ala... sibuk aje.” Zaara mencebik seraya membawa langkahnya ke dalam rumah semula.
“Sorry lah beb, laki aku suruh balik lah. Kacau daun betul.”
Fiz tersengih-sengih saat menyambut salam yang dihulur Zaara.
“Dia tak boleh berenggang dengan kaulah tu.”
“Eii mengadalah kau ni.”
Fiz tersengih macam kerang busuk. Zaara segera membolosi perut Myvinya sebelum menghidupkan enjin.
“Esok jumpa kat ofis ya!” Zaara melambai ke arah Fiz saat Myvinya itu keluar dari ruang garaj.
---------------------------------------------------------------
Irham memandu keretanya itu sambil sesekali memandang ke belakang, mencari kelibat Myvi Putih yang dipandu Zaara.
Tiba di suatu jalan, Zaara tiba-tiba saja memarkir keretanya di bahu jalan menyebabkan Irham cepat-cepat menekan brek seraya berpatah balik ke arah kereta Zaara.
Irham yang khuatir sesuatu berlaku pada Zaara, cepat-cepat menghampiri kereta Myvi itu.
“Kenapa ni?” Irham segera menyoal sebaik Zaara menurunkan cermin tingkap. Zaara tersengih sebaik melihat Irham.
“Nak singgah pasar malam kejap la. Jom!” Zaara mengajak seraya menuding jarinya ke arah pasar malam yang kelihatan sungguh meriah.
Irham mengetuk dahinya.
“Aku ingat apalah tadi. Rupa-rupanya kau nak ajak aku pergi pasar malam saja. Dah tak payah mengada. Jom balik!”
“Tak mahu! Awak nak balik, baliklah dulu. Saya nak singgah kejap je. Dah lama tak makan ayam percik.” Zaara keluar dari keretanya sambil memegang dompet di tangan.
“Ish macam-macam perangai la kau ni!” Irham bersungut sebelum mengunci keretanya.
Zaara cuma ketawa kecil saat melihat Irham turut mengekori langkahnya.
Langkah Zaara laju sebaik melangkah ke dalam pasar malam itu, ramai pengunjung yang ada menyebabkan suasana menjadi sesak dan riuh rendah.
“Tunggu...” Irham cepat-cepat memegang lengan Zaara untuk menghalang Zaara dari bergerak.
“Apa?” Zaara menoleh ke belakang. Irham pantas menggapai jemari Zaara lantas digenggam erat.
“Eii apa pegang tangan saya ni, rimaslah!” Zaara mengomel sambil menggoyang-goyangkan tangannya, minta dilepaskan.
“Pasar malam ni kan ramai orang, kang kau terpisah dari aku, susah aku nak cari balik.”
Zaara mencebik. ‘Macam-macam!’
Zaara berjalan dengan hati yang sebal, melayan karenah Irham.
“Ayam percik!” Zaara kegirangan saat melihat makanan kegemarannya itu tersusun di atas meja jualan.
“Bagi dua dik!” Zaara meminta sambil menunjukkan simbol dua pada jarinya.
“Sedap ke ayam percik tu?” Irham berbisik ke telinga Zaara.
“Eh awak tak pernah makan ayam percik ke?”
Irham menggeleng.
“Sedap gila. Lagi sedap dari Chicken Chop tau!” Zaara tersengih lantas segera memilih makanan kegemarannya sambil Irham hanya diam memerhati.
Irham kelihatan kekok sekali dengan suasana pasar malam yang dipenuhi pengunjung. Sebolehnya dia cuba mengelak dari berlanggaran dengan lautan manusia itu, cuba memastikan baju kemeja putih jenama terkenalnya itu tidak dicemari anasir lain.
“Aduh...” Irham mengaduh sebaik kasutnya dipijak orang. Pandangan matanya segera ke arah bawah, melihat kasut mahalnya yang hitam berkilat itu sudah dicemari kekotoran dan debu.
“Dah jom balik!” Irham segera menarik Zaara mengikutnya.
“Eh-eh kenapa ni? Saya belum habis beli la...”
Irham cuma diam tidak membalas, wajahnya masam mencuka. Tangan Zaara ditarik hinggalah mereka sampai ke kereta mereka semula.
“Kenapa awak ni?” Zaara membentak. Tangannya segera direntap dari genggaman Irham.
“Cuba kau tengok apa dah jadi pada aku ni?”
“Kenapa pulak? Ok je saya tengok.” Zaara memeluk tubuhnya.
“Ini kau kata ok? Cuba kau tengok kasut aku ni, penuh dengan debu. Dah lah ada orang pijak pulak tu. Kau ingat murah ke kasut ni?”
“Habis yang awak datang sini, pakai jenama mahal-mahal tu buat apa?” Zaara membalas acuh tak acuh. Baginya perkara itu terlalu kecil untuk membuatkan Irham melenting.
“Manalah aku tahu, yang isteri aku yang degil ni nak heret aku ke sini!”
“Eh awak yang nak ikut, saya tak paksa pun.”
Irham mendengus marah. Buntu akalnya hendak membalas kata perempuan yang seorang ini.
“Tapi seronok kan tempat ni? Mesti awak suka kan?”
“Mana ada!”
“Eleh, tak payah nak tipulah. Saya nampak awak dok belek barang-barang tu tadi dengan muka teruja.”
“Okey shut up Zaara. Dah jom balik!” Irham enggan melayan karenah Zaara lagi walaupun ada kebenaran dalam kata-kata Zaara itu. Suasana pasar malam yang baru pertama kali dijejakinya itu memang membuatkan dia teruja.
Irham segera membolosi perut keretanya, membuatkan Zaara tergesa-gesa membuka pintu kereta Myvinya sebelum mereka bertolak meninggalkan kawasan pasar malam itu.
Suka? =)
bestnya...cute la couple ne...hehehe...nk lgi2...
ReplyDeleteBukan couple la😅dh kawin dh
DeleteIrham dah mula berubah..suka sgt..
ReplyDeletesambung cepat2 ye..
huhuhuhu...best2...
ReplyDeletealarw.npe pendek sgt?
ReplyDeletexpuas bce la..
:(
neway best sgt cterw niew..
salu tertunggu next n3
hahahah...best sangat..
ReplyDeleteAK cepatlah smbg lagi..
sambung2!!!!!!!
ReplyDeleteso sweeetttt...
ReplyDeletebest la..
suke ssgt.nak lg yea!..
ReplyDeletecepat2 lah sambung .....sweet sangat ....
ReplyDeleteAk, sambung la lg..pendek sgt, x puas bc
ReplyDeletehehe..sambungla cepat2.da makin best.
ReplyDeleteciter ni bile nk kuar kt pasaran.....
ReplyDeleteciter ni biler nk kluar kt pasaran
ReplyDeleteala asl pendek jer....xpuas la...cpt2 smbung eik...hehehe...suke ble irham jeles...
ReplyDeletesgt3 sukeeeee!!!!hehehehhehe
ReplyDeletetp npe pendik sgt???xpuas bce...
smbng next n3 cpttt!!!...hehehe =>
waaaa!!!!! syok yg x trhingga!!!!
ReplyDeletennt kalau kuar novel, akak guna Kaki Novel ek??? Senang sket nk cari..... :p
ahha.. Irham mcm da suka kat Zaara je tp xnk mengaku.. alasan je time kat pasar mlm tu, pdhal dia takut Zaara hilang.. hehe :p
ReplyDeletemaunyer si irham nie mnganga klw si ardi tu btl2 ngorat si zara nie...
ReplyDeletehahahaha...
wah sweet hahaha. tu dah tak leh nak berenggang, jealous memanjang la jap lagi.
ReplyDeletenext pls, tak puas baca dah abis. pendek sangat la rasanya. kasi 5page words next entry blh? baru puas nak baca. hahaha.
lama tggu sambungan..
ReplyDeletecpt sambung ye...
best...
pandai plak si irham ni nk protect zaara...hahahaha
ReplyDeletewah,best cpt2 la smbung next n3....
ReplyDeletebuat laaa panjang2 sikitttttttt. grrr
ReplyDeletesuka2.. ar bley imagine muka jang keun suk tgh hot temper kah2... love jang keun suk <3
ReplyDeleteala.... knp pendek sngt....
ReplyDeletebest la cta ni....
sy suke....
next2...
cpat la la ckit eh....
hehehe.. :)
makin best... :)
ReplyDeletewah, best la kak !
ReplyDeletecpt smbg :D
sedap56x mesti hadry ti takkan brpyus asa pd zarra,dah sah dah irham jatuh hati dkt zarra
ReplyDelete