~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, May 9, 2011

Cerpen : Aku Bukan Heroin Kedua!


Bagaimana rasanya perkahwinan tanpa sebuah cinta? Aku ingin sekali merasainya, orang cakap bercinta selepas kahwin lebih indah. Itu yang membuatkan aku langsung tidak berasa ingin bercinta sebelum kahwin, apatah lagi tiada istilah percintaan sebelum kahwin dalam Islam.
Aku mengenali abang Zarif, secara tak sengaja, bila aku tengah melintas jalan. Entah macam mana dia hampir nak terlanggar aku, nasib baik aku sempat mengelak dan dia sempat brek. Kalau tidak, mungkin nyawaku sudah melayang. Dari situ detik perkenalan kami, dan abang Zarif mengambil aku berkerja di tempatnya, bukanlah sebab belas kasihan, tapi disebabkan kelayakanku sendiri.
Aku tidak menyangka, hari itu akan muncul. Saat abang Zarif datang ke arahku di pondok bas lantas melamarku tanpa ada rasa segan. Gelojoh betul kan? Haha. Pembaca yang berkata begitu. Ish ish ish. Itulah abang Zarif yang kukenal, suka berterus terang tak pandang kiri kanan. Abang Zarif cakap dia cintakan aku, tapi aku tak pasti betul ke tak...
Aku? aku terima saja sebab aku tahu abang Zarif memang baik, dan aku sendiri memang tak nak bercinta, jadi lepas tu kami terus bernikah. Aku tak fikir panjang? Tak adalah, aku fikir masak-masak sebenarnya. Alhamdulillah aku rasa yakin untuk menerima abang Zarif dalam hidupku.
Memang pada mulanya susah nak sesuaikan diri, tapi bila hari-hari menghadap muka abang Zarif, dari tak ada perasaan pun boleh tumbuh bibit-bibit cinta kan? Hehe. Yang penting cintaku ini cinta yang halal.
Ya, aku cintakan abang Zarif.
------------------------------------------------------
“Menaip apa tu Medina?”
“Eh tak ada apalah bang.”
Cepat-cepat aku tutup menekan butang minimize supaya abang Zarif tidak ternampak blog aku. Ish blog rahsia aku, mana boleh tunjuk pada abang Zarif kan. Blog aku itu ibarat diari online aku, tapi aku sorang je pun yang baca, orang lain tak tahu pun alamat blog ni. Hehe.
Abang Zarif menarik netbookku itu sebelum diletak di atas meja, seraya duduk menghadapku tanpa berkata apa. Hanya matanya asyik merenung mataku hingga rimas aku dibuatnya, jantung ni tak usah tanyalah, dah macam berlari atas treadmill.
“Kenapa abang asyik renung Dina je ni?” akhirnya aku bersuara setelah hening menguasai kami dari tadi.
Abang Zarif tersenyum sambil menggeleng.
“Tak ada apalah, abang suka tengok mata Dina. Cantik.”
“Ish mengadalah abang ni.” Aku mencubit pahanya sampai mengaduh abang Zarif, kesakitan. Haha, padan muka dia!
“Aduhh.. sakitnya Dina!” abang Zarif gosok-gosok pahanya untuk menghilangkan kesakitan, aku cuma tersengih.
“Itulah, usik Dina lagi.”
“Eh usik? Abang pujilah...”
“Yelah tu...”
“Iyelah sayang!” abang Zarif memegang pipiku lantas dipicit hingga menyebabkan mulutku jadi muncung.
“Eii apa ni?” aku menyoal dengan mulut yang muncung itu.
“Haha! Comel!” abang Zarif ketawa mengekek.
“Eii jahat!”
Abang Zarif cuma ketawa sambil menarikku dalam dakapannya.
“Abang sayang Dina...” perlahan abang Zarif berbisik membuatkan mataku mula berair namun mulutku tidak henti tersenyum, bahagia.
--------------------------------------------------
“Wah, itu berita bagus! Nanti kita jumpa ya! dah lama kita tak jumpa kan?” abang Zarif rancak berbual di telefon saat aku menghampirinya di ruang tamu itu, dua mug yang terisi air nescafe segera kuletak di atas meja kopi.
“Siapa tadi tu bang?” aku segera menyoal sebaik abang Zarif meletakkan gagang.
“Haidar. Dia cakap dia dan isteri dia akan pulang ke Malaysia hujung minggu ni. Dah setahun lebih dia orang menetap di sana, sebab Haidar sambung belajar. Sekarang dia dah habis, bolehlah dia uruskan syarikat bapak dia tu.”
‘Isteri dia...’ perkataan itu saja yang kutangkap dari penerangan abang Zarif.
“Isteri dia? Maksud abang, Liyana?”
Zarif menggangguk dengan senyuman. Aku terdiam, hatiku tiba-tiba teringat pada gadis itu, gadis yang dicintai abang Zarif sebelum dia berkahwin dengan aku.
Ah Liyana, adakah abang Zarif masih punya hati padanya?
Ish! Apa kau merepek ni Medina! Stop it, takkanlah macam tu!
Tapi dulu abang Zarif gilakan dia kan?
Tapi itu dulu, sekarang abang Zarif dah ada aku...
Kau tu boleh ke nak lawan Liyana tu?
Ish Liyana dah kahwin dengan Haidarlah!
Tapi itu bukan alasan untuk abang Zarif tak cintakan dia kan...
Ahhh!
“Dina.. Dina kenapa ni?” aku tersedar saat abang Zarif menepuk-nepuk bahuku. Ish macam mana aku boleh terjerit betul-betul pulak ni? Ingatkan dalam hati aku aje. Mesti abang Zarif ingat aku dah kena sampuk.
“Eh-eh tak ada apa-apa. Hehe.” Aku tersengih seraya mengambil mug nescafe di hadapanku lantas kuhirup perlahan, cuba melarikan mataku dari pandangan abang Zarif. Uiks, panas! melecur lidah...
“Kenapa Dina macam tak keruan je ni?” abang Zarif pandang tepat ke mataku, haish! Cair..
“Err tak ada apalah bang.”
Abang Zarif gapai mugku lantas diletak di atas meja semula sebelum tanganku dielus.
 “Kenapa ni sayang? Medina terfikirkan Liyana kan?” abang Zarif cuba menebak hatiku, dan hairannya tekaannya itu benar sekali.
“Eh tak adalah bang...” macam biasalah, mestilah aku tak nak mengaku. Kalau aku mengaku, nampak sangat aku rasa tergugat dengan kehadiran Liyana tu kan.
“Dengar sini Dina... yang lepas tu dah lepas. Sekarang abang cuma ada Medina. Cinta abang untuk Medina sorang saja. Ingat tu...” tanganku dikucup perlahan, lembut sekali.
Aku menggangguk. Rasa terharu melimpah ruah dalam kolam hatiku.
------------------------------------------------
“Haidar, Liyana. Lama tak jumpa!” abang Zarif menegur keduanya sebaik mereka keluar dari balai ketibaan. Aku cuma terdiam di sebelah abang Zarif sambil mataku asyik memerhati Liyana. Gadis itu kelihatan lebih jelita berbanding dulu, entah apa rahsianya. Ish, adakah aku sekali lagi merasa cemburu?
“Meet my wife, Medina...” abang Zarif memperkenalkan aku pada Liyana. Aku dan Liyana memang tak pernah berkenalan sebelum ini, cuma mendengar cerita dari mulut abang Zarif. Saat kami diijabkabulkan, Liyana sudah mengikut Haidar ke luar negara.
“Hai Medina, nice to meet you...” gadis itu tersenyum lebar menampakkan giginya yang putih bersih.
“Nice to meet you too...” chewah, tak mahu kalah aku.
“Zarif selalu cerita pasal awak dekat saya, tak sangka akhirnya kita boleh berjumpa. Awak memang sesuai dengan Zarif.” Liyana memulakan bicara sebaik abang Zarif dan Haidar menjauh dari kami.
‘Abang Zarif banyak cerita pasal aku kat dia? Hah mengata ke apa ni?’
“Err terima kasih.” Wajahku mengukir senyum namun hatiku rasa tak keruan.
“Awak dapat lelaki yang paling baik dalam dunia ni. Awak tahu tak Medina?”
Aku cuma mendiamkan diri.
“Awak sangat bertuah, tak macam saya. Saya ni nama je dah kahwin, tapi Haidar tu tak pernah tunjuk pun yang dia sayangkan saya. Oh I miss the day when Zarif ada di sisi saya dan pujuk saya macam dulu...” Liyana mengeluh.
Aku tergamam. Selamba betul minah ni cakap macam ni.
“You are lucky Medina.” Liyana berbisik sebelum mendekati Haidar dan abang Zarif di hadapan, membiarkan aku keseorangan di belakang dengan bara di jiwa.
Fuhh sabar Medina, sabar. Sabar itu sabariah, eh separuh dari iman...
-----------------------------------------------------------------
“Medina, jom lunch,” wajah abang Zarif terjongol di hadapanku yang sedang asyik membuat kerja di hadapan komputer. Senyuman segera kulempar pada abang Zarif.
“Kejap bang, sikit lagi ni.” Aku menunjuk ke arah kerjaku yang masih bertangguh.
Abang Zarif mencebik bibir seraya menghampiriku. Skrin komputer segera dipadam sebelum tanganku dicapai.
“Cepat, jangan nak bagi alasan lagi.”
Aku menghela nafas, lantas tersenyum pada abang Zarif.
“Ok!”
Tiba-tiba telefon abang Zarif berbunyi, cepat-cepat abang Zarif mengangkat sebelum menjauhiku, membiarkan aku tertanya siapa gerangan di talian sebelah sana. Wajah abang Zarif kurenung, seperti serius sekali dia berbicara dengan wajah penuh kerisauan.
“Kenapa abang?” segera aku menyoal saat abang Zarif menghampiriku semula.
“Sorry sayang, abang ada hal kejap. Dina ok kan rehat sendiri, jumpa lagi nanti ya.” abang Zarif cepat-cepat berlalu pergi dalam kelam kabut tanpa sempat menunggu aku membalas katanya. Aku terkedu.
------------------------------------------
Aku merenung jam yang tergantung di ruang tamu, sudah pukul tujuh malam namun kelibat abang Zarif masih tak kelihatan. Sudahlah aku balik sendiri dari pejabat tadi sebab abang Zarif tak pulang-pulang, sekarang pun abang Zarif masih belum muncul. Hatiku jadi resah gelisah selagi tidak melihatnya di hadapan mataku, risau kalau-kalau terjadi apa-apa padanya.
“Assalammualaikum...” suara abang Zarif kedengaran saat dia membuka pintu. Segera aku berlari mendapatkannya.
“Waalaikumussalam. Kenapa lambat sangat balik bang? Dina telefon pun tak angkat.”
Abang Zarif merenungku sekilas sebelum menggeleng-geleng.
“Tak ada apalah. Abang penat ni, abang naik atas mandi dulu ya.”
Abang Zarif berlalu, meninggalkan aku dengan seribu satu pertanyaan dalam benakku.
--------------------------------------------------------
Telefon abang Zarif tiba-tiba berdering saat abang Zarif sedang mandi di dalam bilik air. Aku segera mendapatkan telefon itu, lantas membelek skrin. ‘Liyana,’ nama itu terpampang di atas skrin!
Aku menekan punat hijau dengan berhati-hati dan terus diam.
“Hello. Zarif... Yana cuma nak ucap terima kasih, sebab temankan Yana tadi. Thanks ya.”
Aku tergamam. ‘temankan Yana? Apa maksud dia ni?’
“Hello... hello.. Zarif?” cepat-cepat aku menekan punat merah sebelum sempat Liyana berkata apa lagi.
Dadaku terasa sesak saat itu, hatiku jadi sebak, apakah benar semua ini? Tegakah Liyana memadu kasih dengan suami orang sedangkan dia sendiri sudah bersuami? Kenapa dia sanggup nak jadi macam Rani Mukherjee dalam cerita Kabhie Alvida Na Kehna tu? kenapa?
Saat abang Zarif keluar dari bilik air, aku cepat-cepat pura-pura tidur. Tidak mahu menghadap abang Zarif, takut senduku dapat dikesannya.
Abang Zarif baring di sisiku seketika kemudian, dan sejurus itu juga aku merasakan kehangatan kucupannya pada pipiku. Air mata yang ingin mengalir kutahan semahunya.
Apa ertinya semua ini andai cinta abang Zarif masih pada Liyana?
---------------------------------------------------
Ya Allah, ujian apakah ini? Di saat aku merasakan abang Zarif adalah hak mutlakku, Liyana muncul kembali dan seolah mahu rapat semula dengan abang Zarif. Kenapa semua ini terjadi? Aku tidak sanggup kehilangan abang Zarif Ya Allah. Jauhilah rumah tangga kami dari mara bahaya Ya Allah. Amin.
Aku mengeluh di hadapan netbookku itu usai menaip pada blog. Fikiranku asyik tidak tenteram semenjak Liyana pulang dari London. Ingatkan, aku perlu risau dengan anak dara saja, rupanya dengan isteri orang pun aku perlu risau jugak. Ish dunia...dunia...
Aku menghirup gelas yang terisi kopi putih itu saat aku ternampak kelibat abang Zarif dan Liyana masuk ke dalam kedai. Mujur aku duduk di tempat yang sedikit tersorok, jadi mereka tidak ternampak aku.
Apa yang mereka buat di sini? Padahal abang Zarif bilang padaku, dia ada perjumpaan dengan client hari ni. Memanglah aku pelik dia mahu berjumpa client sewaktu di hujung minggu, tapi tidaklah sampai aku menjangka yang clientnya itu Liyana!
Mereka kelihatan berbual mesra sambil sesekali tangan Liyana mengelus-ngelus tangan suamiku. Ya Allah, sakitnya mataku melihat! Adakah ini petunjuk dari Allah supaya aku dapat melihat kecurangan ini di hadapan mataku sendiri? Tapi melihat mereka sendiri cuma bisa menambah luka dalam hatiku. Hatiku sakit!
----------------------------------------------------
Aku mendiamkan diri saat abang Zarif pulang ke rumah petang itu. Aku tidak tahu bagaimana lagi harus kupendam semua kesakitan yang bergelodak dalam jiwaku ini.
“Sayang, kenapa senyap aje ni?”
Aku diam lagi saat abang Zarif menegur. Meluat aku mendengarnya memanggilku sayang. Macam tak ikhlas saja.
Ya Allah, sabar Medina.. sabar...
“Fuuhhh...” aku menghembus nafas perlahan sebelum berpaling menghadap abang Zarif.
“Abang... Dina nak tahu satu perkara...” aku memberanikan diri untuk menyoal.
“Apa dia Dina?” abang Zarif bersuara sambil melonggarkan ikatan tali lehernya.
“Abang masih cintakan Liyana ke?”
“Apa Dina merepek ni?” abang Zarif kelihatan terkejut.
“Dina dapat rasakan yang abang masih cintakan dia.”
“Nauzubillah! Jangan merepek Dina!”
Aku cuba menahan juraian air mata yang berlinangan.
“Kalau macam tu, abang pergi mana tadi?”
Abang Zarif terdiam. Hatinya seolah sedang merangka ayat.
“Abang tak payah tipu lagi. Dina nampak abang kat kopitiam tadi. Abang berdating dengan Liyana kan!”
“Dina! Dina kena dengar penjelasan abang dulu!”
Aku menggeleng-geleng.
“Abang yang dengar dulu. Medina tak sanggup jadi yang kedua dalam hati abang! Kalau dia masih yang utama, tinggalkan saja Medina.. Medina tak sanggup!”
“Tapi Dina...”
Serentak itu juga telefon bimbit abang Zarif berbunyi menyebabkan kata-kata abang Zarif terhenti di situ.
“Hello.. apa? Baik saya datang sekarang!”
Abang Zarif terus berlari keluar dari rumah tanpa berpaling padaku lagi.
--------------------------------------------------------
Duhai sayangku,
Saat aku merasakan kau memang ditakdir buatku, ada pula ranjau dalam hidup kita yang membelenggu lantas menjarakkan aku dan dirimu.
Aku bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan insan sebaikmu, namun aku pasrah andai takdir menentukan kita cuma mampu bersama hingga setakat ini.
Moga kau bahagia dengan insan yang kau cinta, dan noktahkan saja perhubungan kita sampai di sini kerana aku tidak sanggup jadi yang kedua dalam hatimu.
 Izinkan aku pergi jauh, jauh dari sisimu walaupun aku masih mencintaimu.
Nur Medina Dania.
Aku menyeka air mata di pipi, menghabiskan masa di kafe yang belum pernah aku jejaki supaya abang Zarif tidak dapat mengesanku kerana aku sendiri belum pasti arah tujuanku kini. Yang penting aku ingin jauh dari semua masalah ini, lagipun abang Zarif bukan pedulikan aku pun. Dia dah ada Liyana.
“Eh ada komen...” aku terkedu saat melihat satu komen masuk ke dalam blog aku. Tak pernah-pernah ada yang komen, tiba-tiba hari ni ada pulak.
“Sayang, sayang dah salah faham. Tolong datang jumpa abang kat Hospital Setia Alam. Abang tunggu Dina kat sini. Please datang jumpa abang! I need you. Abang ada dekat wad Teratai, bilik nombor 12.”
Aku tergamam. Abang Zarif hantar komen? Dia ada dekat wad? Ah kenapa ni?
Aku terus berlari ke arah kereta, tanpa berfikir panjang. Aku harus jumpa abang Zarif sekarang!
---------------------------------------------------
Aku tercungap-cungap sebaik sampai di hadapan wad Teratai. Tapi pelik, sebab wad itu wad perempuan. Apa abang Zarif buat kat sini?
Pintu bilik bernombor 12 segera kucari sebelum aku ternampak kelibat abang Zarif di hadapan pintu wad. Segera aku berlari ke arahnya dan memeluknya erat. Air mataku berjuraian di pipi.
“Abang ok ke?” aku menyoal dalam sendu yang menyesak dada.
“Abang ok sayang. Sayang ok?” abang Zarif mengesat air mataku dengan jemarinya.
“Apa maksud semua ni? Siapa kat dalam wad ni abang?”
“Liyana. Dia accident tadi, lepas jumpa abang. Tapi tak teruk pun, just minor injuries dan shock aja.”
Aku terdiam, seraya menjarakkan diri dari abang Zarif. Rasa terkesan dengan nama Liyana itu, seolah dia merupakan penghalang untuk aku mendekati abang Zarif.
“Dina tak patut ada kat sini. Dina patut pergi.”
Aku cuba berlalu namun tanganku cepat-cepat digapai abang Zarif.
“Dina, dengar sini. Please listen to me. Dina kena dengar dulu penjelasan abang sebelum buat bertindak macam ni.”
“Dina takut Dina tak sanggup dengar penjelasan ni semua.”
“Shhh..shh... please sayang. Give me a chance, Dina kena dengar jugak.”
Abang Zarif menarik aku untuk duduk di atas bangku di hadapan bilik itu.
“Sebenarnya Liyana ada masalah dengan Haidar. Dia selalu datang mengadu pada abang. Abang cuma tolong Liyana dan Haidar untuk berbaik semula. Itu aje. Tapi abang memang salah sebab tak beritahu Medina, abang takut Medina cemburu bila abang jumpa Liyana.”
Aku tergamam, benarkah semua penjelasan abang Zarif ini?
“Abang jumpa dia sembunyi-sembunyi macam ni lagi buat Medina sakit hati bang. Abang buat Dina fikir yang bukan-bukan.”
“Percayalah sayang, abang tak pernah ada affair dengan Yana. Dulu memang abang cintakan dia, tapi sekarang cuma Dina di hati abang, cuma Dina paling utama dalam hati abang.”
Aku cuma diam, tidak tahu mahu membalas apa. Perlahan abang Zarif menarik aku dalam pelukannya.
“Abang minta maaf, abang betul-betul minta maaf sebab buat Dina salah sangka macam ni sekali. Dina tahu tak, abang macam orang gila bila tahu Dina tak ada kat rumah tadi. Abang takut kehilangan Dina buat selamanya.” Abang Zarif bersuara sebak, ada air jernih berjuraian di pipinya.
Aku tergamam saat melihat air mata gugur dari wajah abang Zarif. Abang Zarif menangis? Sebab aku?
“Tolong jangan tinggalkan abang. Tolong sayang...” abang Zarif merayu membuatkan hatiku rasa sayu. Pelukan abang Zarif aku balas dengan erat.
“Dina takkan tinggalkan abang lagi. Dina pun minta maaf sebab berprasangka buruk pada abang. Dina takut cinta abang pada Liyana masih kuat.”
“Tidak.. tidak.. abang cuma cintakan Dina sorang. Abang cinta Dina, ingat tu.”
Aku menggangguk perlahan.
--------------------------------------------
Aku dan abang Zarif memasuki bilik wad itu dengan berhati-hati, lantas terlihat Haidar sedang menyuapkan bubur nasi pada Liyana.
“Liyana ni sedang sensitif sekarang ni, sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak merajuk, sampai bau badan aku pun dia tak suka, maklumlah pembawakan budak. Aku minta maaflah sebab menyusahkan kau dan isteri.” Haidar bersuara.
“Eii abang!” Liyana mencebik.
“Pembawakan budak?” spontan aku menyoal.
“Aah. Dia mengandung, dah tiga bulan.” Haidar membalas segera.
“Oh tahniah ya!” aku turut gembira.
Haidar tersenyum lantas memandang Liyana semula.
“Jangan buat perangai dah. You know I love you right?” Haidar menyoal.
“Tak tahu pun.” Liyana memuncungkan mulut.
“Sekarang dah tahu kan, jangan buat perangai dah.”
Liyana tersenyum bahagia sambil melentokkan kepalanya pada bahu suaminya.
“I love you too.”
Abang Zarif merenung aku yang khusyuk memerhati, seraya tersenyum. Nak suruh tengok sendiri bukti lah tu. Menyampah!
------------------------------------------------
“Mana abang tahu pasal blog Dina? Tiba-tiba boleh komen kat blog tu?” aku tiba-tiba menyoal saat aku sedang menghadap netbookku.
“Dina ingat abang tak tahu eh? Hari-hari abang bukak blog Dina tau. Dari situ abang tahu macam mana perasaan Dina. Apa yang Dina fikir. Abang tahu semuanya.”
“Oh abang curi-curi tengok ya!”
“Mana ada. Kan ada alamat blog tu kat atas tu. abang klik ajelah. Haha.”
“Eii jahat. Tak malu eh!”
“Ala, kalau abang tak tahu blog Dina, mesti abang tak dapat jumpa Dina lagi kan. Tentu Dina dah lari jauh dari abang. Dah lah telefon pun Dina matikan.”
Aku tergamam. Wajah suamiku itu kerenung dalam-dalam. Terasa bersalah yang amat sangat.
“Dina minta maaf bang. Dina berdosa pada abang sebab lari dari abang, dan tak percaya pada abang.”
“Sudahlah sayang, abang pun salah sebab tak berterus-terang pada Dina. Sekarang abang nak Dina tahu yang dalam hati abang dah tak ada orang lain selain Nur Medina Dania saja tau!”
“Ala, nanti tambahlah satu lagi nama dalam hati abang tu...”
“Ish mana ada!”
“Ada!”
“Nama siapa?”
“Nama anak abang la...” aku tersengih.
“Maksud Dina?”
“Bukan Liyana sorang je pembawakan budak, Dina pun sama. Hehe.”
“Ya Allah... Alhamdulillah. Terima kasih sayang!” abang Zarif mengucup ubun-ubunku seraya memelukku erat.
Ya Allah semoga perhubungan ini kekal sampai syurga, dan izinkan aku jadi yang utama buat abang Zarif buat selamanya. Amin...
p/s : ini sambungan untuk Aku Bukan Hero Kedua! Heheeh. Tapi macam banyak kekurangan je. Segala salah silap, AK minta maaf ya. maafkan kekurangan karya ini ya. sayang semua! ^__^

Suka? =)

26 comments:

  1. best.....sweet sgt...:)

    ReplyDelete
  2. fuyoo... fuyoo.. medina ader blog hahha

    ReplyDelete
  3. best !! :D
    p/s: but maybe AK boleh improve kan lg citer nie.. hee~

    ReplyDelete
  4. sweettt... tp mcm cpt sgt...heee~

    ReplyDelete
  5. suka2...like byk2...

    ReplyDelete
  6. best2....alaa AK..jadikan la novel...konfem unie beli.UNIE

    ReplyDelete
  7. Jalan cerita yang biase.. Tp penulis sgt bagus! Buat citer byk gimik and tacing, lagi terbaikkkk! Citer ni best gak.. Heee~

    ReplyDelete
  8. kak AK tetap yang terbaik!

    ReplyDelete
  9. kebabommmmmm.cerita terbaik sampai ada bunyi booooooom dekat telinga saya.

    ReplyDelete
  10. bagi sy cerita ni x berapa best sangat lah .. kaku jalan cerita

    ReplyDelete
  11. Enter your comment...like...debaekk

    ReplyDelete
  12. Tak suka . Kalau nk tolong knp perlu pegang pegang elus elus bagai ? Suami dia tu patutnya be matured sikit la . Pfttt , tp cerpen awak mmg best .

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!