~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, November 12, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 20




AKU membuka pintu rumah perlahan. Kereta Hadif sudah elok terparkir di luar, menandakan suamiku itu sudah pulang.
“Assalammualaikum...” aku memberi salam sebaik kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Tak ada yang membalas. Mata aku meninjau-ninjau seisi rumah, namun kelibat Hadif masih tak kelihatan.
Aku masuk ke dapur pula, manalah tahu kot-kot Hadif ada di situ, namun Hadif tetap tidak ada. Mungkin dia ada di atas kot. Aku angkat tudung saji, dan melihat tidak ada apa yang terhidang. Hmm, dah makan ke belum, cik abang aku tu eh?
Aku menapak ke atas, sebelum pintu bilik utama aku buka. Ya Allah! dengan baju kerjanya, Hadif dah elok landing atas katil. Ish ish ish!
“Abang...” aku menggoyangkan tubuh Hadif, sebaik aku duduk di sisinya.
“Hmmm...” hanya suaranya kedengaran, namun matanya masih belum dibuka.
“Abang dah solat Asar belum ni?”
Hadif menggosok matanya, sebelum memandang aku di tepi.
“Pukul berapa dah ni?”
Aku melihat jam tangan. “Lima setengah dah.”
Hadif bangun untuk duduk perlahan sambil meraup wajahnya.
“Abang terlena tadi. Deeba dah lama sampai?” Hadif membuang pandangannya ke wajahku. Aku geleng laju.
“Baru je. Tadi kelas sampai pukul lima.” Aku membetulkan dudukku di atas katil itu.
Hadif mengangguk faham.
“Abang dah makan belum ni? Baju pun tak salin lagi, penat sangat ke bang?”
“Penat campur makan hati.”
Erk! Takkan merajuk lagi.
“Makan hati? Makan hati goreng ke, buat masak kunyit?” aku tersengih.
Hadif diam saja, tidak beriak.
“Oh dekat rumah boleh sengih sampai telinga ya, dekat kampus, nak senyum sikit pun tak boleh.” Dia akhirnya bersuara. Alamak! Ayat macam jauh hati je ni.
“Mengadalah abang ni, macam tu pun nak terasa.” Aku memeluk tubuh.
“Yelah, siapalah abang ni kan.” Hadif turun dari katil seraya ingin melangkah ke bilik air. Tangan Hadif pantas aku gapai, sebelum dia sempat melangkah.
“Kuat merajuk betul suami Deeba ni, kan?” aku bangun menghampirinya.
Sorry!” aku memaut bahunya dari belakang lalu memandangnya sambil tersengih. “Deeba tak sengaja la, muka ni automatik jadi keras. Tak boleh nak balas.” Aku menyambung.
“Dahlah cakap pun tak boleh, nak senyum pun tak dibalas...” Hadif menjeling.
“Ok-ok, lepas ni Deeba janji tak buat dah. Sorrylah, janganlah merajuk macam ni.”
“Bila masa abang merajuk?”
“Eleh, tu muncung boleh letak penyangkut baju tu, tak merajuk lagi.” aku senyum seraya memicit pipi Hadif seperti yang dia sering lakukan padaku. Hadif cuma diam tidak membantah.
“Dahlah, abang nak mandi ni.” Hadif lepaskan pautanku, sebelum dia pantas melangkah ke bilik air. Alamak! Ini betul-betul tahap kritikal ni. Tolong!

AKU duduk diam di birai katil, siap bertelekung. Tadi cepat-cepat aku lari ke bilik air di luar bilik tidur utama ni, untuk menyaingi Hadif. Biar aku sempat nak bersolat jemaah dengan dia.
Klik! Pintu bilik air terbuka. Hadif yang hanya bertuala, melangkah keluar tanpa memandang ke arahku. Dia terus bersiap tanpa mempedulikan aku yang duduk tegak di atas katil itu. Sebaik kopiah diletakkan di atas kepalanya, dia terus membentang sejadah.
“Allah hu Akbar!” dengan pantas aku turun dari katil lalu ikut membentang sejadah dan mengangkat takbir.
Usai Hadif memberi salam, pantas aku menghulur tanganku, hendak bersalaman dengannya. Hadif hulur juga tangannya, namun matanya langsung tidak memandang aku.
“Abang, Deeba minta maaf ya.” Aku cium tangannya itu, lama. Air mata dah rasa nak menitik. Tidak suka bila Hadif melayanku sebegini, terasa seperti separuh jiwaku pergi. Ok itu lagu Anang.
Hadif diam, langsung tak membalas. Perlahan tangannya ditarik dari genggamanku. Dia bingkas bangun mengangkat sejadahnya.
Aku terpempan, air mata yang aku tahan, menitik satu-satu. Selalunya, selepas bersalam, dia pasti akan mencium ubun-ubunku, atau sekurang-kurangnya mengusap kepalaku lembut, tapi tadi? Dia terus bangun tanpa menoleh ke arahku.
Dan air mata yang tadinya menitik, terus bertukar menjadi sebak yang sukar aku kawal. Aku terhenjut-henjut menahan tangis, sambil aku menyeka air mata yang turun dengan hujung lengan.
“La, kenapa Deeba menangis pulak ni? Ish!” Hadif memegang pipiku lalu menyeka pipiku yang basah. Aku angkat wajah, memandangnya. Hadif kelihatan kelam-kabut, wajahnya cemas memandangku.
“Deeba minta maaf, bang!” aku terus memeluk suamiku itu, mengharapkan kemaafan dari dia. Benarlah, hati ini takkan bisa tenang, andai suamiku tak maafkan salah ini. Aku tak mahu dicela malaikat sampai ke pagi kerana membuat suamiku terasa hati.
 “Dah-dah, jangan menangis dah. Deeba tak ada salah pun pada abang. Abang yang terlalu ikut perasaan sangat tadi. Abang geram je sebab Deeba tak pedulikan abang.”
“Deeba boleh tahan kalau orang lain tak cakap dengan Deeba, tapi kalau abang... Deeba tak sanggup bang.”
Hadif memegang pipiku sebelum mengelus lembut. Wajahku ditarik dekat dengan wajahnya sebelum dahiku dicium lama.
“Abang minta maaf...” lembut dia berbisik di telingaku. Aku geleng laju.
“Deeba yang salah bang, Deeba yang salah. Maafkan Deeba, bang...” Aku hanyut dalam esak tangis yang masih bersisa.
“Syhh syhhh, Deeba tak salah la.” Jemarinya laju menyeka air mata di pipiku. Tubuhku dipaut erat dalam pelukannya. Lama kami berkeadaan begitu, hingga akhirnya pautannya padaku dilonggarkan.
“Lawak betullah. Pasal senyum pun boleh jadi sampai macam ni.” Hadif tiba-tiba bersuara seraya tergelak kecil.
“Abang la!” aku menumbuk dadanya perlahan membuatkan Hadif sedikit mengaduh.
“Inilah jadinya, bila Deeba tak senyum pada abang.” Hadif buat muka selamba.
“Kejam betul abang ni!” aku tarik muncung, namun akhirnya kami sama-sama ketawa.
“Jom keluar makan, abang dah laparlah sayang. Geram dekat Deeba punya pasal, dari tadi abang tak makan apa-apa tau.” Hadif buat muka sedih sambil pegang perutnya.
“Ala, salah sendiri. Abang makan la hati tu, nanti kenyang la.” Aku ketawa mengekek.
“Deeba!”

“NAK ke mana tu, berdua aje?” Alamak! Datang dah! Tak pernah terlepas untuk jadi anoyying neighbour betul, Mak Mah ni.
Mak Mah memanjangkan kepalanya macam zirafah, menjenguk ke arah kami. Ros pula sedang asyik bergayut di telefon dengan seseorang, di atas buaian.
Pusing, kemudian senyum. Ok, menjadi betul lakonan konon-konon gembira dengan kehadiran Mak Mah ni.
“Nak keluar makan, Mak Mah.” Hadif terlebih dahulu menjawab.
“Keluar makan?” wajah Mak Mah dah berkerut. Ok aku macam dah boleh agak kerutan macam tu. Mesti dia tengah mengandaikan yang aku ni tak masak untuk Hadif.
“Tak masak ke, Deeba? Ke tak pandai masak?” Mak Mah menyambung. Kan betul aku teka. Haih.
Aku senyap saja. Kelu lidah. Nak kata pandai masak, tak adalah pandai sangat, tapi nak kata tak reti tu tak adalah.
“Hari ni tak sempat. Kami sama-sama sibuk. Deeba belajar, saya kerja, senang makan kat luar jelah Mak Mah.” Hadif sekali lagi bertindak menjadi penyelamat.
“Alah, Mak Mah dulu sibuk macam mana sekalipun, mesti kena masak untuk suami. Ros tu pun macam tu la. Mak Mah ajar dia untuk masak juga walau sibuk mana pun dia, sebab tu sekarang dia pandai masak.”
“Oh baguslah.” Ayat ambil hati.
“Lain kali, kalau si Deeba ni tak masak, kamu datang aje makan dekat rumah Mak Mah ni, Hadif. Datang je bila-bila masa, Mak Mah tak kisah.”
“Ah yelah Mak Mah. Insya-Allah.”
“Kamu tu Deeba, ingat sikit. Laki ni nak lekat dengan kita, dari masakan kita tu. Kalau Hadif ni cari lain, kamu jangan menyesal pulak sebab tak masak kat dia.”
Ok, nasihat yang boleh buat muka berubah pucat. Aduh, seriau betul la Mak Mah ni. Suka cakap yang bukan-bukan tau.
“Ye lah, Mak Mah. Saya ingat tu.” aku senyum kelat.
 “Dahlah, jom sayang. Lambat dah ni. Kami pergi dulu ya, Mak Mah.” Hadif genggam tanganku, lalu menarik ke kereta sebelum kami sama-sama membolos masuk.
“Kalau layan Mak Mah tu, sampai esok tak habis.” Hadif tiba-tiba mengomel sendiri sebaik kelibat Mak Mah sudah tidak kelihatan.
“Aik bang, sejak bila abang tak suka layan Mak Mah tu?” dahiku berkerut.
Hadif berpusing ke arahku sebelum tersenyum sambil mencuit hidungku.
“Sejak Mak Mah tu suka kata macam-macam dekat isteri abang nilah.”
“Eleh, yelah tu.” aku senyum menyindir. Hadif berkalih memandangku, tajam sampai rasa macam nak telan..
“Tak percaya sudah...” Hadif bersuara datar sebelum kembali mengalih pandang ke depan.
Chup! Aku pantas mencium pipinya sebelum aku mengalih pandang ke depan semula. Buat-buat macam tak ada apa berlaku, walaupun muka aku sendiri dah merah. Buat perangai nakal sikit je, dah malu macam apa je. Adoi!
“Percaya...” aku membalas dalam senyuman sambil menjeling ke arah Hadif yang nyata, masih terkedu, pipinya diusap dengan tangannya seolah masih tidak percaya dengan perbuatanku tadi. Perlahan bibirnya mengorak senyuman, semanis gula.

-----------------------------

Assalammualaikum semua!

dengan penuh dukacitanya, AK terpaksa hentikan novel ini setakat di sini. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, dan manuskripnya berjaya AK siapkan, maka novel ini akan menemui pembaca pada tahun depan. harap doakan AK ye, smoga cpt2 dapat siapkan manuskrip.

InsyaAllah, AK akan letakkan teaser-teaser nanti, buat pengubat rindu pada kisah cinta Adeeba Addin dan Hadif Harith.

terima kasih atas segala komen yang diberikan, tak kiralah pujian mahupun kritikan yang tak puas hati. InsyaAllah akan AK perbaiki dan ambil yang mana baik untuk novel ini.

sayang semua ketat-ketat!

AK nak masuk gua semula. keh3. tata!

Suka? =)

21 comments:

  1. alolololo.....Hadif merajuk so comeiii lah....pandai jugak merajuk si Hadif ni eh?...so suweet...hihihi....

    ReplyDelete
  2. ala...., tak sabar nk baca sambungannya...

    ReplyDelete
  3. kalau dah keluar buku cepat la inform boleh beli.... best sgt2 cerita ni...

    ReplyDelete
  4. sibuk jelah mak mah tu...ishhh

    ReplyDelete
  5. tahun depan??? harap boleh dapatkan+jumpa AK
    sekali kat bookfair PWTC nanti...

    ReplyDelete
  6. tahun depan??? alahai, lame lagi tuu.. harap2 JANUARY da ada.. huhu

    ReplyDelete
  7. best ah....tak terlampau berat sangat gaya bacaan..sempoi...best..!!!hehe...

    ReplyDelete
  8. salam kak...bile nk kuar cite nim...blan brpe ek? dh nk msok thn bru nim.....?? x sbr la kak...cite kak ny best sngt taw....
    x sbar sy.... :)

    ReplyDelete
  9. kak best la cite nim.... 6ti lu dah kuar jd novel g tau ehhh :)

    ReplyDelete
  10. Nice one , =) syukur dpat suami mcm hadif , so sweet .

    ReplyDelete
  11. so sweet .. indahnya cinta mereka .. alhamdullilah .. rasa seperti berada di awang-awangan ketika membacanya .. #keindahan bercinta selepas kahwin :')

    ReplyDelete
  12. cerita dia best sangat!! saya suka. buad lagi k citer macam niy

    ReplyDelete
  13. best/... kne cri novel niyh,,,

    ReplyDelete
  14. giler best .. wajib beli novel niy .. XD

    ReplyDelete
  15. baru habis baca novel ni,gila syok,mnjadai angan2 bg si gadis bersaiz xxl untuk mmliki jejaka sperti Hadif,tp adakah ia wujud?atau skadar di alam pena sahaja??huhu

    ReplyDelete
  16. Bestnya novel ni x sabar nk bli...

    ReplyDelete
  17. Jalan ceritanya ringan dan tak memberatkan otak

    ReplyDelete
  18. aduh..ltih keraskan hati.cair bak ang.

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!