Aku melangkah perlahan menghampiri rumah Ida, saat itu aku pasti, majlis pertunangan itu telah pun berlansung. Sengaja aku datang lambat sedikit supaya aku tidak terseksa melihat pertunangan itu. Niat hatiku hanyalah sekadar mahu menunjuk muka pada Ida dan Iman.
Saat tiba di perkarangan rumah Ida, aku melihat majlis kelihatan begitu meriah. Ramai orang yang sedang makan-makan dan ada juga yang sedang bersembang sesama mereka seolah kegembiraan majlis itu dapat dirasai semua pihak kecuali aku.
Aku menjenguk ke dalam rumah, Ida dan Iman sedang bergambar di bawah arahan seorang jurugambar. Ida kelihatan cantik dalam persalinan baju kurung moden sementara Iman pula berbaju melayu warna sedondon. Memang tidak salah tekaanku, Ida memang bertunang dengan Iman. Aku sempat tersenyum ke arah mereka.
Sebaik ternampak kelibatku, Ida bangun dari duduknya lantas segera menghampiriku, Iman turut bangun namun tidak menghampiriku.
“Eh Ila, sampai jugak Ila ya, saya ingat Ila tak datang.”
“Maaf saya lambat Ida, tahniah atas pertunangan ini ya!” aku mengelus tangan Ida, kesedihan yang hendak bertamu kutahan sebaiknya.
“Terima kasih Ila. Iman mesti terkejut tengok Ila datang. Man, tengoklah siapa datang ni...” Ida segera memanggil Iman membuatkan jantungku terasa berhenti berdenyut.
Iman yang sedari tadi kaku melihat kami, segera membuka langkahnya.
“Tak... tak sangka Ila datang majlis ni ya...” Iman tergagap berbicara. Aku gagahi jua bibirku untuk tersenyum padanya walaupun hati terasa berat sekali.
“Tahniah Iman, semoga sampai ke jinjang pelamin dan kekal sampai syurga.”
Iman memandang ke arahku dengan pandangan yang sukar kutafsir.
“Terima kasih Ila.”
--------------------------------------------------------------
Aku melangkah longlai ke arah kereta sebaik bertemu Ida dan Iman. Hidangan yang tersedia di majlis itu lansung tak kujamah, sebaliknya aku terus pulang usai bertemu Ida dan Iman sebentar tadi.
“Ila! Tunggu!” satu suara kedengaran dari belakangku ketika aku sedang membuka pintu kereta. Segera aku berpaling ke arah suara itu. Iman sedang berlari terkocoh-kocoh ke arahku. Kenapa mesti dia mencari aku lagi?
“Ila, nanti...” Iman bersuara lagi saat sudah terhenti di hadapanku dengan nafas yang turun naik.
“Ada apa Iman?”
Iman senyap, wajahku direnung dalam-dalam.
“Kenapa Ila tak bagitahu yang Ila tahu pasal majlis ni?”
Aku ketawa kecil.
“Penting ke saya beritahu awak yang saya tahu pasal majlis ni?” aku membalas persoalannya dengan soalan juga.
“Penting sangat. Jadi inilah sebabnya Ila tak mahu jumpa Iman sendiri hari tu kan?”
Aku pandang wajah Iman yang kelihatan keruh.
“Ya, tepat sekali. Saya tak mahu nanti orang cakap yang saya menganggu tunangan orang. Saya takut doktor Ida salah sangka tentang hubungan kita pulak nanti.” Aku cuba memberi penegasan.
Iman mengeluh berat. Songkok yang tersemat di kepalanya segera ditanggalkan seraya mengelus rambutnya ke belakang sebelum songkok itu disarung semula.
“Ada benda yang kita perlu bincangkan Ila. Tapi bukan sekarang sebab masanya tak sesuai. Boleh tak Iman jumpa Ila nanti? Tolong...” Iman seakan merayu membuatkan aku terkedu.
“Saya... saya rasa tak sesuai untuk kita berjumpa lagi Iman.”
“Tapi Ila, saya akan terseksa kalau tak dapat jumpa awak.”
Kata-kata Iman itu buat aku tergamam. Mengapa dia harus mengeluarkan kata-kata yang membuatkan aku merasa masih ada harapan untuk cintaku padanya. Ah hapuskan semua harapan ini Ila, dia itu tunangan orang.
Aku berpaling dari menghadapnya.
“Saya rasa lebih elok kalau kita jarakkan diri kita Iman, saya dengan dunia saya dan awak dengan dunia awak bersama doktor Ida. Pasal hutang saya tu awak jangan bimbang, saya akan jelaskan semuanya segera supaya tak ada lagi sebab untuk saya berjumpa awak.”
“Tapi Ila...”
“Tahniah atas pertunangan awak, Iman.” aku terus memotong katanya sebelum membolosi perut keretaku tanpa memandang wajah Iman lagi.
----------------------------------------------------------------
Air mata yang ingin tumpah kuseka perlahan. Ya aku tewas lagi, sekali lagi aku menunjukkan kebodohanku dengan menunjukkan perasaanku yang sebenar pada Iman. pasti Iman sudah dapat mengagak yang aku punya hati padanya hingga aku berkeras tidak mahu mengganggu hidupnya lagi. Tahniah Ila! Kau memang bodoh!
Alangkah bagusnya kalau aku cuma buat-buat biasa dan tidak melatah dengan berita pertunangannya ini, pasti aku dan dia masih dapat berkawan seperti biasa. Tapi, aku tidak ingin dituduh merosakkan kebahagiaan Ida dengan Iman, aku tidak mahu ikatan yang dibina atas nama persahabatan ini hanya mengundang padah pada jiwaku. Makin membuatkan aku cinta padanya dan makin membuatkan jiwaku terseksa andai aku tidak menjauhinya dari sekarang.
“Ahh!” keluhan berat segera kulemparkan sambil membuang pandanganku ke tasik yang membiru. Ya disinilah tempat yang aku selalu pergi jika hatiku rawan. Tasik di Putrajaya itu menjadi saksi betapa hatiku begitu sakit dan terseksa memendam perasaan selama ini.
Iman dah jadi tunangan orang, aku pun harus buat keputusan agar aku dapat lari dari bayangannya yang tak henti mengejar aku.
Telefon bimbit yang berada di dalam tas tangan segera kugapai sebelum mencari nama seseorang di dalam senarai kenalan. Saat ketemu nama yang kucari, butang hijau segera kutekan.
“Hello, Assalammualaikum, Safwan. Ila ni, Ila ada perkara nak bincang dengan Wan.”
Suka? =)
benci dgn iman..dah nak bertunang tapi masih
ReplyDeletenak bg ila harapan..nasib baik kata hati ila betul..
klu sygkan ila,kenapa nak bertuanag juga?
teruknya...
Apeee laaa iman nie. Adoi laaaaa. Patutnya dari awal lagi ila accept je safwan tuu.
ReplyDelete