~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, March 12, 2015

Novel : Miss You Mr. Arrogant Bab 10


“ZAARA nak lunch dengan kami tak hari ni? Ke keluar dengan Encik Irham?” Hani menyoal saat jarum jam menginjak ke pukul satu tengah hari.
Zaara yang khusyuk menatap komputer, mendongak memandang Hani di hadapannya. Beberapa orang staff wanita yang Zaara belum ingat nama-namanya, turut ada bersama Hani.
“Encik Irham macam mana, kak? Selalu dia keluar makan tak?” Zaara menyoal ingin tahu.
“Kadang-kadang dia keluar, kadang-kadang tak. Ikut kelapangan.”
Zaara menganggukkan kepalanya sebelum matanya dihala ke arah pintu bilik Irham.
“Kalau Zaara nak tanya Encik Irham, pergilah tanya. Kami tunggu dekat sini.” Hani memberikan cadangannya. Zaara tidak membalas namun dia bingkas bangun dari tempatnya lalu mengatur langkah ke bilik Irham.
“Awak…” Zaara bersuara membuatkan Irham yang sedang khusyuk menaip sesuatu di komputernya, terhenti.
“Apa? Tak reti nak ketuk dulu ke, bagi salam dulu ke?” Irham sempat mengomel ketika matanya bertembung dengan mata Zaara.
“Kak Hani ajak saya lunch sekali. Boleh tak saya join dia orang lunch?” Zaara menyoal pantas, enggan membiarkan Hani dan yang lain tertunggu dirinya.
“Dah, tak payah nak mengada. Awak lunch dengan saya saja kejap lagi.”
“Alah!” Zaara mengeluh sebelum kembali menutup pintu bilik Irham.
Zaara menggeleng pada Hani yang tertunggu jawapannya sedari tadi. Hani mengangguk faham setelah mendapat isyarat dari Zaara.
“Sorry ya, Kak Hani. Lain kali saya cuba ok.” Zaara memberikan katanya, kesal kerana tidak dapat keluar makan untuk pertama kalinya dengan staff-staff pejabat itu. Ingatkan dapatlah dia nak mengeratkan silaturahim, berkenal-kenalan, atau orang putih cakap ice-breaking masa lunch nanti. Sekali jangan haraplah nak dapat keizinan.

ZAARA duduk di tempatnya setelah Hani dan yang lain keluar rehat. Dia menanti Irham keluar sedari tadi namun sampai sekarang batang hidungnya tak nampak. Zaara mengeluh kebosanan. Matanya sudah terasa berat, apatah lagi diserbu angin dari pendingin hawa yang menyejukkan itu. Zaara terasa begitu mengantuk.
“Haip!” Zaara terkejut saat mejanya diketuk seseorang. Matanya yang baru saja hendak lelap, terbuka secara automatik.
“Awak!!!” Zaara menjerit kegeraman sebaik melihat Irham yang berdiri di hadapannya. Kacau daun sahaja.
“Dah sampai negeri mana dah?” Irham mengusik.
“Tunggu awaklah punya pasal ni. Sampai saya terlelap.” Zaara menggosok matanya yang pedih.
“Dahlah. Jom, saya dah lapar ni.” Irham menggosok perutnya. Zaara bingkas bangun mengambil tas tangannya sebelum memandang jam di dinding.
“Eh dah lambatlah awak. Dah satu setengah dah, pukul berapa nak masuk nanti?”
“Ish saya kan bos. Ikut suka sayalah nak masuk pukul berapa nanti.” Irham mendengus. Salahnya juga kerana asyik membuat kerja hingga terlupa pada masa yang kian berlalu. Sedar-sedar sahaja sudah pukul satu setengah tengah hari.
“Awak memanglah bos, tapi saya ni kuli. Tak eloklah kalau staff lain tengok nanti. Sebabkan saya isteri awak, saya dapat layanan kelas pertama pulak. Boleh rehat sesuka hati.”
“Bila masa saya bagi awak layanan kelas pertama? Dah jangan banyak cakap, lagi awak banyak cakap, lagi lambat kita masuk. Kalau staff lain cakap apa-apa nanti, saya tak masuk campur.” Irham sengaja mengugut.
“Ish jahatlah awak ni. Nanti saya yang susah, bukannya awak.” Zaara mencebik.
“Sudah. Tak payah nak bising, hari ni je masuk lambat sikit. Lain kali tak buat lagi. Puas hati?” Irham mengangkat tangan, tanda menyerah.
“Iyelah.” Zaara mengikut walaupun hatinya dipagut kegusaran, takut pekerja lain rasa tidak senang dengan dirinya nanti.

“IMAN makan apa ya hari ni?” Zaara menyoal sambil menguis-nguis nasi di dalam pinggannya dengan sudu di tangan. Nasi ayam di dalam pinggannya, baru sedikit yang terusik. Hatinya mula dipagut rindu pada anak terunanya seorang itu.
“Kalau rindu, call ajelah.” Irham seolah mengerti perasaan rindu yang membalut diri Zaara saat itu. Dia sebagai seorang ayah pun setiap hari rasa rindu pada anaknya itu, apatah lagi Zaara sebagai seorang ibu. Lagipun sebelum ini Zaara tidak pernah berpisah dengan anaknya, jadi pasti sukar untuk dia membiasakan diri tanpa Iman di sisi.
Zaara diam namun lekas mengambil telefon bimbit di dalam tas tangannya. Nombor rumah keluarga Irham segera didail.
“Kak Siti, beri telefon pada Iman ya.” Minta Zaara sebaik Siti, pembantu rumah keluarga Irham itu mengangkat telefon.
“Iman!!!” Zaara hampir menjerit kegembiraan di dalam restoran itu buatkan Irham pantas melekapkan jari telunjuknya di bibir, meminta Zaara memperlahankan suaranya. Malu apabila mata-mata di dalam restoran mula memerhatikan mereka.
“Ibu rindu Iman…” Zaara bersuara separuh sebak. Matanya sudah digenangi air.
‘Dia dah over-acting dah.’ Irham bersuara sendiri di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
“Iman makan apa hari ni? Main apa? Iman ok tak dekat sana?” soalan bertubi-tubi diaju Zaara tanpa mempedulikan Irham yang sudah membuntangkan matanya memandang Zaara.
“Iman jangan nakal-nakal tau. Nanti petang mama datang ambil Iman ok. Bye sayang. I love you. Assalammualaikum.” Zaara menekan punat merah sebaik selesai memberi salam.
“Puas hati sekarang?” Irham menyoal dengan suara mendatar. Zaara laju mengangguk dengan senyuman manis terpamer di bibir, matanya yang berkaca, disapu dengan belakang tangan.
“Dah, sekarang makan. Dari tadi saya tengok nasi ayam tu tak terusik.” Irham memberi arahannya sebaik dia yakin Zaara sudah kembali ceria.
“Yelah, nak makanlah ni. Lapar!” Zaara tersengih sebelum kembali mengambil sudu garpu yang sudah diletakkan di atas mejanya tadi.
“Haih, macamlah tak jumpa terus dengan Iman.” Irham menggelengkan kepalanya, penat melayan karenah isterinya itu.

Suka? =)

4 comments:

  1. saya terbayang2 segala karenah zaraa tu di lakukan oleh zara zya..bestnyerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lahh..suka watak zara syra dgn azlee khairi..azlee dgn watak smbong,,,zara sya watak free gitu..natural..heeee

      Delete
  2. saya ingat iman anak perempuan... baru bab ni saya tahu iman tu anak lelaki hahahaha

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u