~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, February 28, 2012

Teaser 3 : Teaser Terakhir Love You Mr. Arrogant!

 
“Mak aih! Sejuknya! Macam mandi masa musim salji dekat London. Pergh!” Irham menggeletar sebaik air kolah itu menjirus tubuhnya.
“Nah tualanya.” Zaara menghulur dari luar bilik air, tanpa melihat ke arah Irham. Segan hendak melihat tubuh Irham yang hanya berbalut kain basahan.
Irham menjeling ke arah Zaara, hanya lengan gadis itu yang kelihatan di sebalik pintu.  Irham segera menghampiri gadis itu.
“Sss..sejuk betullah air ni.” Irham bersuara sebaik menyambut tuala tersebut dan disangkutkan ke penyidai yang tersedia.
“Memanglah, air bukit.” Zaara bersuara di sebalik pintu.
“Yang kau ni menyorok kat belakang tu kenapa?” Irham tidak puas hati, tangan Zaara yang kelihatan, segera ditarik hingga menyebabkan Zaara termasuk ke dalam bilik air itu.
“Ei awak nak buat apa ni?” Zaara menolak-nolak tangan Irham yang memegangnya. Kesejukan tubuh Irham tika itu dapat dirasai Zaara apabila tangannya bersentuhan dengan tangan jejaka itu.
“Yang kau menyorok tadi kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Awak mandi ajelah.” Zaara tunduk malu. Enggan melihat Irham.
 “Takut dengan air sejuk ni lah tu. Nah rasakan...” Irham menelah sendiri seraya memercik air ke tubuh Zaara menyebabkan gadis itu sedikit kebasahan.
“Janganlah! Sejuklah...” Zaara meronta minta Irham melepaskannya. Rontaan Zaara yang kuat menyebabkan Irham terlepaskan Zaara dek kerana tangannya yang licin dibasahi air, mengakibatkan gadis itu jatuh terduduk di atas lantai bilik air itu.
“Aduh...” Zaara menggosok-gosok belakangnya. Irham yang tergamam segera menghampiri Zaara.
“Sorry sorry, aku tak sengaja. Kau tak apa-apa ke?” Irham menyoal, tanpa menyedari tubuhnya begitu dekat dengan Zaara.
“Saya tak apa-apa, saya tak apa-apa.” Zaara cuba untuk bangun sendiri namun Irham lebih pantas menarik Zaara untuk bangun.
“Kau ok ke? Maafkan aku.” Irham tunduk, cuba mencari anak mata Zaara yang enggan memandangnya sedari tadi. Zaara memandang Irham sekilas namun cepat-cepat dia berpaling semula apabila wajahnya mula merona merah.
“Dahlah, sambunglah mandi. Kejamlah awak ni!” Zaara segera berpaling, cuba untuk berlalu namun Irham pantas menggapai tangan Zaara.
“Alang-alang dah basah, mandi ajelah terus.” Irham tersenyum nakal.
“Eii benci!” Zaara menjerit sebelum berjalan terhencut-hencut untuk keluar dari bilik air itu.
“Astaghfirullah hal azim Zaara. Kenapa basah lencun ni?” kepala Hajah Amina terjengul dari luar sebaik terdengar bunyi bising dari bilik air.
Zaara tersenyum tawar, malu hendak menjawab, Irham yang sudah menyambung mandinya cuma tersengih.
“Kat bilik air pun sempat nak bermesra ya.” Hajah Amina menyindir namun dalam hatinya, dia rasa senang kerana Zaara bahagia.
“Ish mana ada ibu, abang Irham ni... bergurau tak kena tempat.”
“Alang-alang dah basah tu Zaara, mandi ajelah sekali. Bukan salah pun.” Hajah Amina berbicara sebelum berlalu ke dalam semula.
“Hah! Kan aku dah cakap.” Tiba-tiba Irham bersuara.
“Huh!” Zaara menjeling ke arah Irham sebelum berlalu masuk ke dalam.
‘Saja nak bagi aku tergoda ke apa dia ni? Haish!’ Zaara mengomel sendiri saat membawa langkahnya.
------------------------------------------------------------
 
p/s : Teaser terakhir dr AK. lepas ni jgn mintak dah tau! haha. nnti tak surprise dah, kalau bocor byk2. heehee. lepas ni, kenalah tunggu tengah bulan March ya! salam sayang semua!

Suka? =)

37 comments:

  1. Saya dah jatoh cinta..hua..sweet sngt..

    ReplyDelete
  2. sesekali akak tengok,irham ni romantik pada masa yang sama dia suka sangat buli si zaara ni..macam manalah dia orang jatuh cinta nanti ye..tak sabar nak tau kesudahannya nanti....

    ReplyDelete
  3. Hehe . Best2 ! Suka2 ! Thanks kak ! :)

    ReplyDelete
  4. Cweet sgt...malu malu meow diorg berdua ni..hikhikhik

    ReplyDelete
  5. Cweet sgt...malu malu meow diorg berdua ni..hikhikhik

    ReplyDelete
  6. Malu malu meow diorg berdua tu...sweet sgt....mandi bersama? Oppsss!!!

    ReplyDelete
  7. bestnya..... terbayng2 novel ni dh ade dkt tngn sy krng...hahaha makin x leh sabo....

    ReplyDelete
  8. alahai...dok mhitung hari je nie...tp nk tye terbitan mne ye..?nnt senang nk g order cepat2..hehehehe..:)

    -yayo

    ReplyDelete
  9. tq AK.. bestnya... dh pandai dh irham ni nak mengusik2. hehe.. sweet<3..

    ReplyDelete
  10. hoh! x sabar nie..

    ReplyDelete
  11. aduhai.... sabar,sabar....hati belajar bersabar.. Irham dah mula terima Zaara ke...

    ReplyDelete
  12. adoyai AK...btol2 buat fatin tekanan ni...Irham ni mmg nk kena Dushh sbb cute sgt ajak mndi tau...

    ReplyDelete
  13. AK...adoyai...btol2 gila byang ngan irham ni....ahh tidak...knapa dorang cute sgt??

    ReplyDelete
  14. X boleh sabar da niii....

    ReplyDelete
  15. AK!!! kijamnye dera org camni!!! haish jdi makinnn xsabarrrr taw. lambatnye nk tngu weekend nak cari LYMA.

    ReplyDelete
  16. ngeeee....... tak sabar!!!!!! bln dpan, for sure, dida akn beli novel nih!

    ReplyDelete
  17. hoh yg tak kasi mintak tu la yg nak mtk.hahaha. takpe2 sabar2 sikit lagi, lagi 17hari je lagi.haha. insyaAllah blh sabar.

    ReplyDelete
  18. amni turun kl 16-19 mac.. sarawak lambat sikit nak turun buku.. hopefully masa amni turun kl nanti dah ada. cant wait! Seronoknya AK...

    ReplyDelete
  19. AK come jumpa!! Nak sign jugak. Kat mana. do contact me please.. 016-8789437

    ReplyDelete
  20. arrr tidakk !!! mcti beli *dh bayng yg zaraa tu saya* haha

    ReplyDelete
  21. wajib beli!!!!!
    best giler~~~~~~
    terbaik...............

    ReplyDelete
  22. wahhh! Irham ni sweet sungguh... nak dapat laki cam dia ni boleh tak? harap-2 dapat.. amin... uwekk! :p

    ReplyDelete
  23. haha comelnya budak dua ekor tuu.. dann, cover atas tu gmbr jang geun suk kan?? mesti irham hensemm nak mati

    ReplyDelete
  24. akak3,, kite baru pom 1 .. so bru jerk jumpa novel nih.. sweet gile kut ,, haha sampai kat teaser ni jeh ye dapat sy bace .. buku pun berpatutan tkut mak tak ksi beli ,, haha well novel nih mmg sweet gile .. hrp 2 dpt jumpa buku nih kat kodai .

    ReplyDelete
  25. saya dah abis bca..best giler lah...mmg sweet...

    ReplyDelete
  26. Dear AK,
    Sy cari xjumpe pun novel ni.
    Boleh x klau sy nak beli ngan AK.
    Nnti email sy ye. dah lame sy mncari novel ni.

    Thankz.
    XSabar nak tunggu no yg lain dr AK.
    nurshaiidah92@gmail.com

    ReplyDelete
  27. AK ad lagi x novel nie? Cari kat jb tak jumpa

    ReplyDelete
  28. Novel ni ad lagik x?cari kat jb tak jumpa

    ReplyDelete
  29. bila keluarnya novel ni , tak sabar , tak sabar :D

    ReplyDelete
  30. yahooo....best nya bila cite ni kua kat tv3.. congrats :) terbaik jalan cite.....

    ReplyDelete
  31. congrats... best bila tgok cite ni kat tv3.. hehehe

    ReplyDelete
  32. Dah lama saya cari novel nie, tapi tak dapat...bolek tak kalau beli dari AK ja?? pls...

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!