~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, April 9, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 2

“Betul ke ni mak? Takkanlah!” aku melayang-layangkan gambar itu di hadapan emak yang sedang menonton televisyen bersama Ameena. Emak cuma tersenyum, mungkin tahu apa yang berada di dalam pemikiran aku.
“Dah dapat macam tu, bersyukur ajelah Deeba, dan berdoa dia boleh menjadi suami yang baik pada kamu. Dapat yang biasa pun tak apa, dah dapat macam tu, kira bonuslah kan. ”
Aku mengetap bibir. ‘Ish! Betul ke ni! Tak percayalah. Mimpi ke apa ni?’ Pipi aku yang tembam ni, aku cubit sendiri. Aduh sakit!
“Apa tu kak? Nak tengok!” Ameena tiba-tiba merampas gambar itu dari tangan aku dan pantas mencuri pandang.
“Wah! Kacaknya.. siapa ni kak? Emak?” Ameena sedikit terpegun.
“Itu bakal abang ipar kamu.” Emak tersenyum sinis sambil mengerling ke arah aku yang duduk termenung di sebelah Ameena, masih belum bisa percaya.
“Wah! Bestlah kak Deeba. Emak, nanti carikan sorang macam ni kak adik juga ya mak!” Ameena tersengih sambil menunjukkan gambar wajah bakal abang iparnya itu pada aku. Eleh, macamlah aku tak tahu rupanya. Huh!
“Hish! Jangan nak menggatallah adik oi, kamu tu muda lagi. Belajar elok-elok dulu baru fikir pasal kahwin. Kamu dah kerja bagus-bagus esok, baru emak carikan. Tapi entah-entah belum sempat emak cari, kamu dah cari sendiri kot.”
“Ish tak nak carilah. Emak la carikan, baru berkat. Nak bercinta lepas kahwin, macam kak Deeba.” Ameena tersengih-sengih sambil mengangkat keningnya.
“Huh! Mengada...” aku mencebik.
“Tak payah fikir banyaklah Deeba oi, emak tahu kamu serba salah. Tapi nak dapat macam ni, satu dalam sejuta tahu, jadi jangan nak fikir banyak dah. Emak dah terima dah pun. Buang karan je kamu fikir lebih-lebih.” Emak mengomel sambil tangannya melipat beberapa helai pakaian yang berada di dalam bakul bersebelahan tempatnya duduk.
“Habis tu, macam mana ni emak?” aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Kusut!
“Macam mana apanya lagi, minggu depan bertunang, dua bulan lepas tu, kahwin. Muktamad.”
Aku menelan liur.

Gila ke hape lelaki ni? Ke putus wayar? Takkanlah senang-senang saja dia nak terima aku? ah buta ke apa dia tu? Tak puas hati betul! Sepanjang hari ni, perkara tu jugak yang bermain dalam fikiran aku. Haish!
Aku meletakkan beg bimbitku di dalam bakul kecil bersebelahan meja sebelum aku duduk di mejaku. Mujur hari ini aku mula mengajar pada pukul sembilan pagi nanti, bolehlah tenangkan fikiran dulu. Kalau tak, mahu sampai dalam kelas aku teringatkan si jejaka itu. Ah!
“Wei, kenapa ni DD? Berkerut je dahi tu aku tengok?” Haiza yang baru masuk menegur aku yang baru sahaja hendak memusatkan pemikiranku tentang permasalahan yang sedang melanda jiwaku saat ini. Kacau daun betul minah ni!
“Oit, jangan panggil aku DD boleh tak? Nanti hilang hormat pelajar dekat aku kalau dengar nama aku macam tu.” aku keras memberi amaran, lagi dan lagi. Tapi aku tahu, si Haiza ni memang tak makan saman.
“Ala, DD kan stands for Deeba Debab. It suit’s you well.” Dia tersengih.
Hello, English teacher. Could you please shut up!” Aku bengang. Satu lagi anasir jahat datang mengangguku di saat aku mahu memikirkan masalah yang lebih berat dari masalah negara ni. Masalah rumahtangga. Haish!
“Haha. Sorry sayang, maafkan hamba Cikgu Bahasa Melayu. Hamba pacal yang hina.”
“Pagi-pagi ni tak bikin panas boleh tak. Dah lah aku tengah serabut ni...” aku duduk berteleku, malas hendak melayan Haiza.
“Oklah sayang busuk masam. Aku minta maaf, tapi aku suka panggil kau macam tu. Comel bunyinya.”
“Huh, yelah tu..” aku tarik muncung sedepa. Tak ada mood nak layan si Haiza.
“Ok-ok. Sekarang beritahu aku, sebab apa aku tengok kau macam ada masalah berat sangat ni. Ce citer. Ce citer..”
Aku berkalih memandang wajah Haiza, satu-satunya guru di sekolah ini yang sebaya dengan aku, kerana itu kami lebih rapat berbanding guru-guru yang lain. Cuma beza antara kami, Haiza sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, sekarang pun dia sedang mengandungkan anak yang kedua sedangkan aku masih belum berpunya. Apalah nasib... tapi! Nasib aku hampir berubah, cuma aku je masih kurang yakin dengan kenyataan ni. Haih!
“Entahlah Za, aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Aku rasa macam tak percaya je ni. Macam kena Bang Bang Boom.”
“Hah! Bang Bang Boom? Bobo datang rumah kau ke?”
“Ish seriuslah!”
Haiza menutup mulutnya menahan tawa.
“Kau yang mula tadi.” Haiza mempertahankan dirinya.
“Bukan Bobo si beruk tu, tapi rombongan merisik.”
Mulut Haiza terlopong. “Merisik? Siapa yang nak dirisikkan tu? Ameena?”
Aku mengetuk kepala Haiza, membuatkan dia mengaduh.
“Tak boleh ke pemikiran spontan kau tu fikir aku yang dirisik terlebih dahulu berbanding adik aku yang baru tingkatan empat tu? aku tahulah muka aku ni macam susah sangat nak dapat jodoh.”
“Ok sorry-sorry, nak buat macam mana, memang itu pun yang aku fikir dulu.”
“Tak apalah. Sebab memang aku pun fikir macam tu pada mulanya. Tapi guess what, aku yang dirisik kau tahu. Tak percaya aku.”
“Apa? Serius?” Haiza kelihatan tidak percaya.Aku tahu, bukanlah dia hendak meragui kata-kata aku tetapi aku, Adeeba? Bercinta pun tak pernah, tiba-tiba datang rombongan merisik. Memang magik! Hehe. Aku pun tak percaya.
“Muka aku tak cukup serius ke?”
“Ok-ok, aku percaya, tapi siapa? Aku kenal ke? Kau tak pernah cerita pun sebelum ni.”
“Nak cerita apa? Aku pun baru tahu. Aku pun tak kenal dia, tapi apa yang aku tahu...” Aku memperlahankan suaraku.
“Dia tu anak Cikgu Hamidah...” aku berbisik ke telinga Haiza.
“What! Anak pengetua? Gempaklah kau! Anak pengetua pun kau boleh rembat.”
“Ish diamlah. Senyap-senyap sudah...”
“Ok-ok. Tahniah! Tak sangka aku, kawan aku ni jadi menantu pengetua. Patutlah pengetua macam sayang gila kat kau, rupanya nak dijadikan menantu.” Haiza ketawa mengekek.
“Ceh, perli aku lagi. Dahlah! Aku nak sambung kerja. Syuh-syuh!”
“Haha. Aku nak pergilah ni. Tapi sebelum tu aku nak tanya. Apa yang kau serabutkan sangat? Baguslah kau dah nak kahwin, apa masalahnya sekarang?”
Aku menopang dagu, cuba memikirkan masalahku sebelum mengeluh pendek. Wajah Haiza aku pandang semula.
“Aku rasa kan Za, aku macam tak layak ja untuk dia. Tak layak sangat-sangat. Kalau lelaki biasa yang risik aku pun aku rasa tak percaya, inikan pulak orang macam dia.”
Haiza buat muka tidak faham. Aku membuka beg bimbitku, sampul surat yang berada di dalam itu aku keluarkan lantas kusua ke arah Haiza.
“Apa ni?”
“Tengok ajelah.”
Haiza mengeluarkan isi sampul itu, memandang gambar itu dengan wajah berkerut-kerut sebelum akhirnya dapat menangkap sesuatu.
“Takkanlah... ini...” dia menekup mulutnya yang mula terlopong.
“Ya itu...” aku seakan dapat menebak persoalan yang bermain di minda Haiza.
“Kagum aku wei, macam mana kau dapat tackle lelaki kacak macam ni? Kalau macam ni aku pun rela jadi perempuan gemuk.”
“Woit! Perkataan gemuk tu slow sikit eh.”
“Ok-ok, perempuan XXL. Macam mana kau boleh dapat macam ni? Aku pun nak, kau ajarlah aku.” Haiza seakan merayu.
“Mak bunting, sedarlah sikit kau tengah mengandung. Ada hati lagi nak mengorat orang lain.”
Haiza ketawa mengekek.
“Haha. Aku gurau jelah. Tapi macam mana kau buat eh? Kau mandi bunga ye?”
“Ish nauzubillah. Aku tak buat apa-apa pun lah. Sebab tu aku tak percaya ni. Mahu ke orang macam dia ni terima aku? macam mimpi jelah.”
“Memang pun.”
“Cis!”
Better kau contact dia dulu, tanya betul-betul, manalah tahu dia tu tersalah orang.” Haiza ketawa lagi membuatkan aku sedikit bengang. Tak ada insuran betul mak bunting ni, nasib baik bunting, kalau tak, mahu kena penampar sulung aku ni.
“Nantilah aku fikirkan. Dah pergi buat kerja kau, lagi banyak cakap dengan kau, lagi sakit hati. Tengah mengandung pun mulut tak jaga langsung. Besok anak kau mulut sama macam kau, aku tak tahulah.”
“Tak apa, nanti mulut anak aku aku insurankan siap-siap.” Haiza berlalu dari meja aku dengan tawa yang masih bersisa.
Aku geleng kepala, geram dengan perangai Haiza, mujur aku sudah lama berkawan dengan dia, jadi aku sudah kalis dengan kata-kata sindiran dan pedas yang keluar dari mulut dia, namun adakalanya sentap juga aku jadinya bila Haiza keterlaluan mengusik. Mulut memang tak ada insurans punya orang. Hmm. Tapi kan, betul juga kata Haiza, baik aku tanya dulu sebelum aku malu di kemudian hari.

Assalammualaikum. Saya Adeeba. Kita perlu berbincang.
Aku menaip baris itu sebelum menghantarnya di telefon bimbitku. Nombor telefon bakal suamiku itu, erk pelik pulak bunyinya. Nombor telefon jejaka itu, awal-awal lagi sudah emak berikan padaku. Bukan main bersungguh lagi emak, mentang-mentanglah hendak dapat menantu sulung. Ah ngeri pulak bila difikirkan.
Waalaikumussalam. Tak perlu kot.
Erk! Sentap! Sabarlah duhai hati. Balas dulu.. balas..
Kita kena jumpa juga. Saya tak mahu awak buat keputusan yang silap.
Hantar.
Abang tahu apa yang Deeba fikirkan. Jangan risau, abang tak salah pilihan. Pilihan abang, Nur Adeeba Addeen binti Muhammad Hakeem.
Aku terpempan. Sampaikan nama penuhku pun lelaki ini tahu. Pelik.
Habis kenapa tak mahu jumpa dulu?
Hantar.
Tak perlu sebab abang yakin dengan jodoh Allah pada abang. Lagipun abang takut akan timbul fitnah kalau kita berjumpa berdua.
Alamak, stok-stok ustaz la pulak.
Bukan jumpa berdua saja, Deeba bawa muhrim bersamalah.
Tak apa. Nanti masa majlis pertunangan, abang datang.
Aku mengerut dahi, tidak puas hati.
Tak perlu bincang dulu ke? Tak menyesal ke?
Tak ada sekelumit pun. InsyaAllah ini jodoh terbaik untuk abang. Abang pun harap Deeba dapat terima abang macam abang terima Deeba.
InsyaAllah. Ok maaf ganggu. Assalammualaikum.
Waalaikumussalam bakal isteriku.
Aku mengetap bibir, telefon bimbitku aku letakkan di atas meja semula. Masih terkejut bila dipanggil ‘bakal isteri’, rasa macam terbuai semacam. Haish! Adeeba, jangan dok terbuai sangat la! Tapi macam mudah benar dia menerima aku sebagai bakal isteri dia, walaupun dia tak pernah kenal aku, dan perkahwinan ini ditetap keluarga, sedangkan aku? Aku sendiri masih goyah memikir masa depan yang bakal kulalui bersama dia. Risau dengan penerimaannya terhadap diriku ini.
Ya Allah.. Tetapkanlah hatiku Ya Allah, sepertimana Kau menetapkan hati dia untuk menerimaku. Terima kasih kerana memberikan jodoh buatku yang serba kekurangan ini Ya Allah. Andai ini jodoh terbaik untuk aku, aku redha... Semoga dia dapat menerimaku seadanya Ya Allah. Amin!

Suka? =)

15 comments:

  1. suka..weng3...ape tah tdi nk taip..tpi luper lak..haaha chegu deeba yer...hehee

    ReplyDelete
  2. redha je eh laki tue...
    or dia mmg dh knl deeba?
    cite nie best.. :D

    ReplyDelete
  3. wah! baiknya lelaki tu.. sanggup accept deeba as his wife.. hhhmmm... tp, ad kemusykilan sedikit.
    anyway, i love diz story... continue ASAP !

    ReplyDelete
  4. tak sangka ..ya..ada juga seorg lelaki yg begitu murni hatinya..sesungguhnya saiz bukan ukuran..tabikla..pada mamat ..
    AK kira kira ada lagi extra stok macam ni..untuk dijodohkan ngan adik akak...
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  5. permulaan yg bagus. keep writing ya ^_^

    ReplyDelete
  6. krg faham ngan cte nie, blur
    hope wat ngan lbh bgs
    ape2 pun gud luck

    ReplyDelete
  7. sweet nya hero tu,,bole trma deeba cam tu..tp dlm dunia ni sgt susah mw cri org cam tu..

    ReplyDelete
  8. wah sweet sgt...suke suke suke......cinta XXL

    ReplyDelete
  9. suka sgt..., seronoknya dpt jumpa lelaki mcm tu... I like

    ReplyDelete
  10. best jgk citer ni.. bilo nk kuar novel nyo

    ReplyDelete
  11. alamak..kim bum idaman ati..hehe

    ReplyDelete
  12. wow, novel betul ada mesti best

    Jom kita makan Minyak Ikan

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!