~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, February 24, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! 5


“Sayang, jomlah teman I pergi shopping, I nak pergi beli kasut baru, kasut I yang ke dua ratus lima puluh enam tu dah lapuk la. Dah tak up to date, I nak beli kasut baru, kasut Datuk Jimmy Choo.” Sherry memuncungkan bibirnya yang tebal bersalut lipstik berwarna merah.
“Ok, anything for you baby!” Irham tersengih.
“Sayang, baju yang ni ok tak untuk I?” Sherry menunjukkan baju blaus berwarna merah itu pada Irham yang sedang memegang beberapa beg kertas berisi barangan Sherry yang dibelinya di pasaraya mewah itu.
“Ok-ok, cantik sangat.” Irham sengih lagi. Matanya tertancap pada harga pada tag yang terlekat pada blous itu. ‘RM599,’ Irham membaca sambil tersengih lagi.
 “Sayang beg ni cantik tak?” sambil Sherry tunjukkan beg jenama Louis Vuitton itu.
‘RM5999.’
“Eh ok! Ok sangat sayang, ambillah.” Irham sengih.
“Baby, I nak cincin yang ni, ok tak?” Sherry menunjuk pula pada cincin bertatah berlian itu pada Irham saat mereka singgah di kedai emas.
“Ok-ok. Cantik sangat.” Irham sengih lagi sambil pandang harga cincin itu. ‘Rm15,999,’ Irham sengih buat kesekian kalinya sebelum pengsan.
“Eh sayang, sayang!” Irham dapat mendengar suara Sherry namun dia tak mampu membuka mata.
“Bapak! Bapak!” eh suara dah jadi lain pulak. Cepat-cepat Irham buka matanya.
“Mak! Hantu!” Irham menjerit saat melihat seseorang dengan rambut menggerbang.
“Eh pak, ini Susanti pak, saya ingat bapak sudah ke kantor, makanya saya mahu kemasin bilik ini, rupanya bapak masih nyenyak tidur.” Susanti, pembantu rumah keluarga Irham menerangkan dalam bahasa Indonesianya yang pekat.
Irham gosok-gosok matanya lalu mengamati jam loceng di tepinya.
“Alamak! Dah pukul 8!”
Susanti tersengih memandang Irham yang masih berselimut.
“Eh Susanti. Tolong keluar dulu, saya nak siap. Nanti baru awak masuk balik.”
“Eh ya pak. Permisi.” Susanti bingkas keluar dari bilik itu.
‘Mentang-mentang aku ni boleh tahan kacak, sempat lagi dia ambil kesempatan, renung macam nak telan. Ei seramnya. Alamak, udah telat ke kantor!’
Pantas Irham berlari ke bilik air.
 “Fuh! Kalaulah Sherry jadi isteri aku, mahu bankrap Irham Holdings.” Irham mengomel sendirian di dalam kereta, mengingati kembali mimpinya tadi.
“Dengan perangainya yang menggedik macam tu, aduh tak tahan aku nak melayannya. Macam mana nak layan perangai dia hari-hari?”
Irham menggaru-garu kepalanya.
“Dari aku kahwin dengan Sherry yang gedik tu, baik aku kahwin dengan...”
Irham tersenyum penuh makna.
-----------------------------------------------------------------
“Zaara, kenapa monyok aje ni?” Hajah Amina merenung anaknya yang kelihatan lesu sebaik gadis itu masuk ke dalam rumah. Selalunya memang Zaara akan pulang ke rumah pada hujung minggu memandangkan rumah keluarganya tidaklah sejauh mana.
“Tak ada apalah ibu, kerja kat ofis tu banyak sangat,” Zaara cuba berselindung sedangkan hatinya berselirat dengan masalah yang menghantuinya, sudahlah malu pada ibunya gara-gara SMS yang dikirim Irham pada ibunya itu.
“Kalau kamu malu dengan ibu pasal SMS hari tu, jangan risaulah, ibu tak percaya pun. Cuma ibu nakkan kepastian kamu aja.” Hajah Amina tersenyum, cuba menenangkan hati anaknya itu.
Zaara merasa sedikit lega, senyuman mula terukir pada wajahnya. Sekurang-kurangnya kata-kata itu menyejukkan sedikit hati Zaara yang kepanasan dek perangai Irham. Tangan Hajah Amina segera digapai lalu disalami sebelum tubuh ibunya itu dipeluk penuh rasa sayang.
“Zaara takkan buat perkara yang boleh malukan ibu,” Zaara berbisik lembut.
“Ibu tahu sayang.” Hajah Amina membelai anaknya itu.
Zaara bingkas masuk ke dalam biliknya, mahu membersihkan diri setelah hampir sejam memandu untuk sampai ke rumah. Tenang sedikit hatinya dapat berehat di rumah tanpa gangguan Irham dan masalah hutang yang belum mampu dijelaskan.
‘Esok aku dah kena langsaikan hutang, tapi duit belum cukup. Tak apa, esok aku akan merayu pada Irham secara berdepan, mungkin lebih senang begitu daripada cuma menghantar SMS padanya seperti dulu,’ Zaara berkira-kira. Yang penting sekarang, dia tidak mahu memikirkan masalah itu buat sementara waktu.
----------------------------------------------------------------
“Assalammualaikum makcik.”
“Waalaikumussalam, siapa ni?” Hajah Amina tertanya-tanya.
“Saya... saya orang yang hantar SMS dulu tu.”
“Hah! Awak yang cakap anak makcik mengandung tu?”
“Aah makcik. Saya telefon ni nak minta maaf.”
Hajah Amina terdiam seketika. Tidak menyangka orang itu masih berani menelefonnya.
“Tak apalah kalau begitu. Makcik tak ambil hati sebab makcik kenal anak makcik macam mana.”
“Tapi makcik...”
“Tapi apa?”
“Tapi saya tetap kena bertanggungjawab.”
“Bertanggungjawab? Sebab apa? Makcik tak faham.”
Irham tersengih sendiri. Gagang telefon kembali dirapatkan ke telinganya. Jeratnya kian mengena.
“Anak makcik memang tak mengandung, tapi...”
“Tapi apa?”
“Tapi dia dengan saya... memang....”
“Memang apa?” Hajah Amina jadi kurang sabar.
“Memang bercinta makcik.”
Kata-kata itu buat Hajah Amina sedikit lega. ‘Fuh, aku ingat memang apa la tadi.’
“Saya dengan dia bercinta tapi sekarang dia tengah merajuk dengan saya sebab lambat sangat beritahu makcik pasal hubungan kami, padahal saya memang nak kahwin dengan dia makcik, ikhlas. Saya nak memperisterikan dia.”
Hajah Amina tersenyum. ‘Masalah orang bercinta rupanya.’
“Oh begitu, kalau benar-benar dah berkenan, masuk ajelah meminang. Makcik tak kisah siapapun pilihan Zaara.”
“Zaara?” Irham pelik.
“Yelah, Zaara anak makcik.”
“Oh ye, ye Zaara, selalu saya panggil dia sayang, sampai dah lupa nama betulnya,” Irham cuba membetulkan keadaan. Hampir-hampir saja dia kantoi kerana tak kenal ‘kekasih’nya sendiri.
Hajah Amina tersenyum. Rupa-rupanya dalam diam Zaara bercinta, patutlah balik rumah macam muka orang ada masalah.
“Ok terima kasih makcik, secepat mungkin saya hantar rombongan. Assalammualaikum.”
Irham cepat-cepat letak gagang, makin lama di talian nanti makin kantoi pula dia.
---------------------------------------------------------------------------------

“Apa! Meminang?” hampir tersedak Zaara dibuatnya saat ibunya itu membangkitkan soal peminangan ketika mereka sedang makan malam. Haji Zaidi cuma diam tidak berkata apa.
“Siapa pulak nak pinang Zaara ni ibu? Kalau anak-anak kawan ibu tu, hentikanlah bu, Zaara tak suka la ibu pandai-pandai terima pinangan orang.”
“Bukan anak-anak kawan ibulah, ini kekasih hati kamu sendiri.”
Zaara tersentak. Seumur hidupnya dikawal ketat oleh keluarga, manakan bisa dia berpacaran. Dulu masa zaman sekolah, kalau ada orang yang kirim surat cinta pada Zaara, memang siap budak tu kena hambat dengan ayah keliling kampung, jadi Zaara memang tidak pernah bercinta hinggalah sekarang.
“Mana Zaara ada kekasih, ibu. Bercinta pun tak pernah.” Zaara menegaskan.
“Lelaki tu sendiri mengaku dia tu kekasih kamu. Kamu tak payah la buat-buat tak kenal, ibu tahulah kamu tengah merajuk dengan dia sekarang ni kan.”
“Merepeklah ibu ni.”
“Takkan ibu main-main pulak. Dia cakap akan hantar rombongan peminangan secepat mungkin.”
“Ish siapa pulak dia tu?” Zaara tidak puas hati.
“Ala, yang hantar SMS kat ibu hari tu lah...” Hajah Amina mengangkat keningnya, meminta anaknya supaya mengerti.
Zaara terdiam seketika. ‘Yang hantar SMS hari tu?’ Zaara memikir. ‘Hah Irham!’
“Siapa yang nak meminang kamu tu Zaara?” Haji Zaidi tiba-tiba bersuara menyebabkan semua mata tertancap pada Haji Zaidi.
“Err, kawan Zaara ayah,” Zaara terpaksa berbohong agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Kawan? Takkan kawan sampai nak meminang.”
Zaara tak mampu bersuara, terlalu gerun dengan ayahnya yang memang dikenali kerana sifat tegasnya.
“Kekasih dia lah tu abang,” Hajah Amina membetulkan kata-kata Zaara.
“Kalau betul dia nakkan kamu, suruh dia datang sini elok-elok, cara baik. Tak ada siapa marah. Ayah tak suka kamu dok bercinta sakan sampai membelakangi keluarga.”
Zaara cuma mampu mengangguk walaupun cerita itu tak benar.
‘Biar aku selesaikan masalah ni dengan Irham dulu. Pandai-pandai aja dia nak meminang aku tiba-tiba. Permainan apa lagi agaknya yang dia cuba buat ni. Aku mesti buat perhitungan sebelum jelaskan semua ni pada keluarga.’
Zaara nekad.


Suka? =)

7 comments:

  1. hahaha..nakal jugak Irham tu,saian plak dkat Zaara...next n3 plez...

    ReplyDelete
  2. best2 suka juga klau si zaara tu kawin gan irham drpad si gedik tu...nak lagi sambung cpt ye

    ReplyDelete
  3. buat pink rasa nak ikuti mr arogan ni.er,,hehee sonok3

    ReplyDelete
  4. best ar! walaupon bru bce smpai bab 5...nk tnye! AK ade htr karya2 kt kedai buku...x!

    ReplyDelete
  5. Best jugak cerita ni...Lebih kurang je ngan dramanye

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!