~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, January 25, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 1


Zaara merenung jam pada dashboard kereta Myvinya itu. Jam sudah pun menunjukkan pukul lapan lima puluh lima minit pagi, menandakan lagi lima minit waktu kerjanya bermula. Zaara tidak mampu berbuat apa kerana sudah tersekat di dalam kesesakan lalu lintas.
Radio yang sedang memutarkan lagu Menyesal, dari Sixth Sense segera Zaara kuatkan, cuba mencari sedikit ketenangan diri dengan mendengar lagu kesukaannya. Saat tiba di selekoh yang menuju ke arah pejabatnya, Zaara cepat-cepat memecut dengan harapan dia mampu mengatasi masa yang pantas bergerak.
“Opocot!” Zaara melatah saat melihat seekor anjing melintas tiba-tiba. Brek segera ditekan supaya tak melanggar anjing tersebut.
Skrettttt! tayar kereta Myvi itu kuat mencengkam jalan saat Zaara menekan brek. Selang sesaat kereta itu berhenti tiba-tiba saja...
 Gedegang! Zaara tersentak sedikit bila keretanya dicium kereta lain. Tergamam Zaara seketika, tidak tahu mahu berbuat apa-apa.
Dari cermin pandang belakangnya Zaara dapat melihat seorang jejaka segak berbaju kemeja dan berkot keluar dari kereta BMW putih itu, merenung bumper hadapan keretanya yang kemek sedikit, lantas menghampiri kereta Zaara.
Knok knok! Cermin tingkap Zaara segera diketuk. Zaara menjadi teramat takut, biarpun sedar itu adalah kesilapannya, namun Zaara takut nak berhadapan dengan jejaka itu, takut dirinya dipengapakan. Iyelah, anak dara seorang diri di selekoh yang sunyi, pastilah mengundang bahaya.
Cermin tingkapnya segera diturunkan sedikit, membuatkan dia dapat melihat wajah jejaka itu yang kelihatan agak bengang. Namun di sebalik amarah yang kian terserlah, Zaara masih dapat melihat wajah kacak jejaka itu dengan jelas, matanya redup, bibirnya merah, kulitnya kuning langsat dan tampak berseri disimbah cahaya pagi. Zaara terpana seketika.
“Keluar sekarang,” arahan jejaka itu membuatkan Zaara menelan liur, perlahan-lahan dia membuka pintu keretanya dan keluar dari kenderaan itu.
“Err, maaf saudara, saya tak sengaja.” Zaara mengangkat tangannya tanda bersalah. Dia tersandar di tepi Myvi kesayangannya itu.
“Tak sengaja? Kau ingat murah ke kereta aku ni nak repair, suka-suka hati kau main brek ya!” muka jejaka itu merona merah.
“Err, tadi... tadi ada anjing melintas, sebab tu saya brek, tak perasan pulak kereta saudara kat belakang,” nada suara Zaara menggeletar ketakutan.
“Tak perasan? Habis, boleh ke guna itu sebagai alasan kau hah? Ni kerosakan kereta aku ni sape nak bayar?”
“Tak apa saudara, nanti saya bayarkan, beritahu je berapa. InsyaAllah saya sediakan.”
“RM5000. Ada?”
Zaara tercengang. ‘Lima ribu? Mak aih mahalnya, mana aku nak cekau duit! Itulah tak sayang mulut, main cakap je!’
“Err, errr... tak ada.” Zaara tersengih, dengan rasa bersalah.
Jejaka itu merenung wajah Zaara tajam.
“Tau pun tak ada, masa tekan brek tadi tak fikir pulak.”
Zaara berasa kusut, sudahlah dia lambat nak ke tempat kerja, tersangkut pulak dengan masalah ni.
“Err, nanti saya bayarkan boleh tak? Saudara tinggalkan kad nama saudara, nanti saya dah sediakan duit, saya bayar.”
“Macam mana nak tahu kau tak menipu? Siapa yang boleh jamin kau takkan lari dari aku?”
“Emm, nah!” tanpa berfikir panjang, Zaara menghulurkan telefon bimbit Nokia E72 kesayangannya kepada jejaka itu.
“Selagi saya tak bayar, awak boleh simpan telefon ni.”
Jejaka itu membelek telefon bimbit itu depan belakang, sudahlah berwarna pink, tergantung pula keychain berbulu-bulu, memang sangat keperempuanan. Wajah Zaara direnung dengan tajam.
“Telefon cikai ni?”
“Aah, mahal tau saya beli.”
“Eleh, kalau telefon macam ni, berlambak aku boleh beli.”
“Bagi awak memang boleh beli banyak, tapi orang kebanyakan macam saya ni, penat mengumpul baru saya boleh beli. Ini memang barang kesayangan saya,macam-macam benda yang saya sayang ada dalam tu, jadi awak boleh percaya yang saya akan bayar sebab saya mesti mahukan telefon saya balik.”
 “Baiklah aku percaya. Tapi kalau kau tak bayar, aku mesej semua orang dalam simpanan telefon kau ni yang kau ni orang yang jahat, teruk, tak guna. Ok?”
Zaara menelan liur. ‘Apa pulak dia merepek ni? Habislah aku kalau mak ayah tahu pasal ni!’ Zaara menggelengkan kepala.
“Tolong jangan buat macam tu! Saya janji saya bayar secepat mungkin!”
“Baguslah kalau macam tu, aku bagi peluang untuk kau jelaskan hutang sampai hujung bulan ni saja. Kalau kau tak bayar, siaplah kau nanti. Tau lah apa aku nak buat.”
Zaara mengangguk-angguk tanda faham. Kecut perutnya mendengarkan ugutan jejaka itu.
“Nah ambil kad ni, nanti jelaskan hutang tu,” ujar jejaka itu seraya membuka langkah ke arah keretanya semula sambil memegang telefon bimbit kesayangan Zaara pergi.
Saat kereta itu berlalu, Zaara masih lagi disitu, air matanya laju mengalir. Menangisi kecuaiannya di pagi hari, menangisi kecacatan pada keretanya yang perlu dibaiki, menangisi telefon bimbitnya yang dibawa pergi, menangisi dirinya yang tak masuk kerja lagi. Aiyark!
-----------------------------------------------------------------------
“Wei minah, dah la masuk lambat, lepas tu tidur pulak eh!” Fiz a.k.a Farizah menepuk bahu Zaara yang sedang menekup wajahnya di meja.
“Aku tak tidur laaa..” Zaara bersuara sendu.
“Wei kenapa ni?” Fiz kelihatan terkejut saat melihat wajah Zaara yang basah dengan air mata.
“Aku terlanggar kereta orang tadi.”
“Hah! Lepas tu apa jadi? Kau ok ke?”
“Aku ok, masalahnya kereta aku tak, kereta mamat tu pun sama.”
“So camne?”
“Itulah masalahnya. Waaa!” Zaara menekup wajahnya semula.
“Chill, chill! Relaks la beb. Beritahu aku detailnya, kalau aku boleh tolong aku tolong.”
Zaara memandang Fiz dengan sayu. Sahabat baiknya itu memang prihatin, cuma Zaara tak tahu bagaimana Fiz boleh menolong menyelesaikan masalahnya yang satu itu.
“Tadi pagi masa nak datang ofis, masa tengah bawak kereta, ada anjing melintas, aku pun brek la mengejut. Kang aku tak brek, mati pulak anjing tu. Tak pasal-pasal anjing tu mati katak.”
Fiz menggaru-garu kepalanya macam tak faham.
“Anjing yang mati ke katak yang mati ni?” terpacul soalan dari mulut Fiz yang memang blur.
“Dua-dua tak matilah! Aku yang mati!”
“Hah!”
“Ish cuba dengar cerita aku elok-elok dulu.”
“Ok-ok sambung. Hehe.”
“Sebabkan aku nak mengelak dari terlanggar anjing tu, aku brek mengejut, lepas tu kereta belakang aku hentam la kereta aku.”
“Oh jadi kereta belakang la langgar kau, bukan kau langgar dia.”
“Ikut logik memang la, tapi ikut kesalahan, aku la yang salah.”
“Hmm, betul betul betul!” Fiz mengikut gaya Ipin dalam kartun Upin dan Ipin.
“Sekarang ni tuan kereta tu suruh aku bayar gantirugi kerosakan kereta dia.”
“Berapa dia mintak?”
“RM5000.”
“Mak aih, mahalnya! Ni kereta ke lori kontena?”
“Dia bawak BMW, mungkin mahal kot nak repair BMW, aku pun tak tahu. Aku ikut je apa yang dia mintak.”
“Lurus sangat la kau ni.”
“Aku tak mahu cari gaduh.”
“Habis mana kau nak cekau duit?”
“Itulah masalahnya sekarang. Aku pun tak tahu.”
“Ala, kau buat senyap ajelah, haha.” Otak Fiz mula memberi idea jahat.
“Tak boleh. Handphone aku dalam bahaya!”
“Hah?”
“Aku cagar handphone aku. Lepas aku bayar baru dia pulangkan.”
“Ngok la kau ni.”
“Aku buntu! Aku nak tempoh masa, tapi dia tak percaya, sebab tu aku cagarkan.”
“Berapa lama dia bagi masa?”
“Sebulan.”
“Tak apa, relaks Zaara, nanti kita sama-sama fikirkan eh. Kau jangan risau, aku akan support kau dan tolong yang termampu.”
“Thanks beb!”
“So sekarang ni kau dah jadi katak bawah tempurung la eh?”
Zaara mengangkat kening, tidak faham.
“Apa masuk soal katak lagi ni?”
“Ye la, kan kau dah tak ada handphone, macam katak bawah tempurung la. Haha!”
“Huh!”
Saat Fiz berlalu ke tempatnya, Zaara segera mengambil kad nama jejaka tadi dari dalam tas tangannya.
“Zafriel Irham, CEO Irham Holding.” Zaara membaca kad itu.
‘Mak aih! CEO rupanya. Tapi mintak duit punyalah cekik darah, macam lah dia tak ada duit sendiri nak repair. Dah tahu kaya, kasi la kurang sikit duit tu. Hampeh betul!’ Zaara mengomel sendiri.


Suka? =)

19 comments:

  1. Best... Jadi, heronya muka mcm jang geun suk ek... Sesuai...

    ReplyDelete
  2. wah, ternampak bayngan jang keun sk kat dalam cerita ni..teruskan mengarang! saya support AK.. aja-aja fighting~

    ReplyDelete
  3. Sian Zaara... Myvi vs BMW mmglah mahal spareparts BMW... tapi sbb BMW yg hentam belakang Myvi, salah BMW actually... tapi kalau saya sorang2 mcm Zaara..mmg takleh buat aper2lah... mmg kalah Myvi nak lawan BMW... huhuhu..mesti fobia lepas tu bila terserempak dgn BMW...

    ReplyDelete
  4. buku ni x publish ke?x penah nmpk pn kedai buku...buku ni dari publisher mana ek...tlg gtau...lau ada nk beli...

    ReplyDelete
  5. salam AK..akhirnya ade mase gak nk baca karya2 AK..

    benci pulak ngan watak si Irham nih..huhu

    ReplyDelete
  6. so nice~
    wish you gud luck n harap sgt satu ari sy ader novel awk

    ReplyDelete
  7. bestlah cte ni....suka baca . Jalan cte menarik sangat...

    ReplyDelete
  8. jang keun suk 0ppa ~~!! ngeee ~
    kim hyung j0ong 0ppa ~~!!
    best2 !! hwaiting unnie ~!!!!!
    :D

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. sesuai sangat dgn Jan Geun Suk.tp, sukalah citer ni..dan Geun Suk jugak

    ReplyDelete
  11. suka citer ne. sesuai sangat dengaN geun suk, watak tu.. suka citer ne n geun suk jugak

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!