~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, June 21, 2010

Novel : Kalimah Cinta Bab 2

Aku merenung Iman dari kejauhan, dia sedang asyik berbual dengan rakan-rakannya dalam dewan kuliah itu. Aku sendiri tidak pasti butir bicara mereka namun pasti ada sesuatu yang menarik hingga mereka ketawa berdekah begitu. Sekali sekala pandangan mereka dilemparkan padaku yang keseorangan di situ.

“Ila, Iman kirim salam, dia cakap Ila comel sangat.” Syida yang baru bertemu Iman sebentar tadi segera mengirimkan pesan. Aku terkedu mendengar kata-kata itu lantas segera memandang Iman.

Iman tersengih padaku lantas mengenyitkan mata, segera aku berpaling dari melihatnya, malu diperlakukan begitu. Seketika kemudian, terdengar tawa memecah keheningan dewan itu sekali lagi.

“Dia tu saja nak usik Ila lah tu,” aku mencebik bibir, geram. “Dah lah Syida, jom balik, malas layan budak gila tu.” Aku segera menarik tangan Syida, Farah yang tersengih dari tadi mengekori dari belakang.

“Kalau betul Iman suka dekat Ila macam mana?” Farah yang terdiam dari tadi mula bersuara saat langkah kami kian laju.
Langkahku terhenti lantas aku berpaling pada Farah yang tersengih padaku.

“Farah jangan merepeklah, takkan Iman sukakan Ila pulak,” aku berbicara perlahan.

Farah dan Syida memandangku dengan hairan, melihat riak wajahku yang berubah keruh.

“Kenapa tak boleh pulak? Tak mustahilkan Iman tu sukakan Ila, dia tu suka sangat usik Ila, perempuan lain dia tak layan pun,” laju Syida berkata-kata.

“Ila ni gemuk, tak lawa. Tak ada siapa sudi pandang Ila.”

“Ish Ila ni,” Farah menampar bahuku. Aku segera menggosok bahuku yang kesakitan.

“Aduh, sakitnya bahu Ila.” Aku mengaduh kesakitan, sambil memandang wajah Farah dan Syida, geram.
Farah dan Syida tertawa riang.

“Ila comel la. Jangan cakap bukan-bukan,” Farah cuba meyakinkan aku. Aku tersenyum tawar, tidak yakin dengan kata-katanya.

“Farah tahu Ila sukakan Iman tu, kan?” Farah sengaja menduga hatiku.

Mataku membulat, terkejut mendengar kata-kata Farah. “Merepeklah Farah, tak ada maknanya nak sukakan lelaki macam tu,” aku cuba berselindung, malu jika mereka tahu isi hatiku.

Farah dan Syida tertawa kecil.

“Ila tak payah menafikan kebenaran, sudah terang lagi bersuluh.” Syida bersuara pula.

Aku memandang mereka dengan rasa hairan.

“Apa ni? Ila tak faham la,” aku menggaru kepala yang tidak gatal.

“Ala, yang Ila dok tercongok-congok setiap hari cari Iman tu apa? Bila Iman tak hadir ke kelas, Ila gelisah ja, lepas tu bila Iman kirim salam, mesti Ila tersenyum sendiri. Ingat kami tak nampak ke?”

Kata-kata itu membuatkan aku terdiam, malu pada mereka.

“Ala, malunya Ila...” aku menjerit kecil. Farah dan Syida tertawa perlahan tuntas segera membuka langkah.
---------------------------------------------------------------------
Aku berbaring di atas katil di dalam asramaku itu, kejadian petang tadi terbayang kembali dalam ingatan. Wajah Iman yang merenungku tajam tak mampu kuhilangkan dari ingatan.

‘Mengapa dia sering mengganggu aku? Masih ramai perempuan lain yang boleh dia kacau, kenapa aku jugak yang dicarinya?’ Aku mengomel sendiri.

‘Takkanlah dia sukakan aku?’ Aku terfikir sendiri. ‘Ish merepeklah Ila, kau tu yang sukakan dia...’ aku membetulkan pemikiranku sendiri.

Benar kata Farah dan Syida, memang sejak kali pertama bertemu Iman dan menjadi rakan sekelasnya, aku sudah jatuh hati padanya. Aku sering memerhatikannya secara senyap-senyap. Iman seorang yang ceria di dalam kelas, suka membuat bising, agak nakal dan sesekali suka ponteng kelas. Tapi aku tidak kisah, aku tetap suka padanya.

“Hai Ila,” Iman tersengih saat pertama kali menegurku. Aku sendiri tidak tahu bagaimana dia tahu namaku, mungkin kerana kami sekelas maka hal itu bukanlah satu rahsia.

“Mmm, hai...” aku membalas malu-malu. Segan ditegur saat hanya aku dan dia yang tinggal di dalam kelas itu. Orang lain masih belum muncul, aku sengaja datang awal kerana singgah ke koperasi tadi, tak sangka pula akan bertembung dengan Iman di situ.

“Awal Ila datang kuliah...” dia bersuara. Aku memandangnya seraya mengangguk.

“Singgah koperasi tadi.”

“Cari makanan yer...” mukaku jadi merah padam mendengar kata-katanya. Dia cuma tersengih padaku.
Aku segera berlalu lantas mengambil tempat di dalam dewan kuliah, segan untuk berbicara dengan Iman lagi, dadaku rasa berdebar-debar. Aku duduk di kerusi dan senyap di situ, pandanganku sesekali kulempar ke belakang, Iman sudah duduk di kerusinya dan menekup wajahnya ke meja, mungkin cuba untuk melelapkan mata sebentar sebelum kuliah bermula.

Aku memandang ke hadapan semula, menanti Farah dan Syida muncul ke dalam kelas, begitu segan berada sendirian di dalam dewan kuliah bersama Iman sahaja.

“Ila!,” sergahan dari belakang membuatkan aku terkejut, hilang terus kenangan lapan tahun lalu yang baru bertamu. Dadaku kugosok perlahan sambil beristighfar dalam hati.

Aku berpaling untuk melihat gerangan insan mengejutkanku saat itu, Syida, tersengih bagai kerang busuk.
“Ila termenung apa tadi hah? kalu Syida tak panggil entah dah sampai negara mana dah…,” Syida berseloroh sambil mengambil tempat disebelahku. Suasana bilikku itu diam seketika.

Perlahan keluhan kulepaskan. Ada riak keruh yang terpamer diwajahku tika itu. Aku bersandar di birai katil, mataku menatap Syida, mengharapkan dia mengerti akan perasaanku tika itu tapi sia-sia, Syida cuma terpinga-pinga melihat kebuntuanku.

“Ada masalah ke?” soalan itu terpacul dari mulutnya.

Perlahan aku tersenyum seraya menggeleng.

“Bukan masalah Syida, cuma…,” aku menarik nafas. Cuba mencari kekuatan untuk meneruskan kata.
“Ila jumpa Iman tadi,” kata-kataku buat Syida tidak percaya.

“Iman? Muhammad Nurul Iman, budak kelas kita kat kolej dulu?” Syida meminta kepastian dan aku hanya mengiyakan.

Pandangan kubuang jauh keluar jendela. Menatap kerlipan bintang yang malap.

“Dia dah jadi doktor sekarang. Ila jumpa dia masa hantar pelajar Ila ke hospital tadi,” tanpa perlu ditanya aku bercerita.

Syida mengangguk perlahan.
“Ila ok ke?”

Aku menatap Syida sebelum tersenyum.

“Ok,” aku tahu aku cuma mahu menyedapkan hatiku sendiri tika itu.

Syida megelus lembut tanganku, cuba menenangkan hatiku tika itu. Mungkin faham dengan kesulitanku kerana segala ceritaku di masa dahulu ada tersimpan dalam memorinya kerana dia juga teman sekuliahku dan menjadi saksi segalanya.

“Syida tahu, dia tak kenal pun Ila,” aku ketawa kecil. Syida juga turut ketawa.

“Yelah, Ila kan dah banyak berubah. Dah kurus kering macam ni,” aku ketawa lagi mendengar kata-kata Syida. Memang benar aku jauh berubah dari dulu, diriku sudah banyak susut. Mungkin kekecewaanku dulu juga salah satu faktornya.

“Lebih baik dia tak kenal Ila, kalau tak mesti Ila tak sanggup nak jumpa dia,” aku tersenyum tawar sendiri.
Syida mengangguk penuh pengertian.

Suka? =)

5 comments:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!